FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, September 26, 2008

Lembah Danum, Sepilok dan Kinabatangan, Sabah

Kesempatan belajar di Sabah membawa aku ke Lembah Danum iaitu kawasan hutan hujan yang tertua dan paling kaya di dunia. Di sini terletaknya pokok hutan hujan yang tertinggi, dikatakan lebih tinggi dari yang boleh di dapati di Amazon dan equotorial Afrika. Lembah Danum juga merupakan salah satu kawasan pemeliharaan yang paling penting di Asia Tenggara. Jauhnya nak sampai ke dalam dengan tanah merah dan sesekali melalui tebing Sungai Segama. Ada ketika terpaksa menunggu sekumpulan gajah melintas jalan. Indahnya Danum kerana ketenangannya. Seronoknya tidak habis di situ.


Lembah Danum merupakan belantara pertama yang aku jejaki. Jangan salahkan aku kerana cinta ku yang pertama memang indah! Burung Kenyalang. Lebah dan sarangnya. Kelawar dan lipas-lipas yang memakan tahi kelawar di Gua Gomantong (Gua Seribu Keranda), orang utan di Sepilok. Tengok wildlife, aku pun jadi wild! Erm… hampir terlupa yang paling utama di Lembah Danum, sahabat bernama cik Pacat! Aku bukan budak bandar, aku budak kampung. Ke kebun dan bermain banjir bukan asing. Pacat bukan sesuatu yang luarbiasa. Tapi pacat di Danum, kalau boleh aku ibaratkan, perkampungan utama mereka agaknya! Punyalah banyak dan lebih hebat, ada pacat yang berwarna coklat, merah dan hijau! Bukankah menakjubkan?!!

Di kesempatan lain, aku bermalam di SAFODA yang terletak berhampiran Sungai Kinabatangan. Seronok seperti di Danum, namun menyusur Sungai Kinabatangan petang menjelang ke senja, menjengah proboscis monkey (monyet belanda) lebih menarik! Di tengah malam, hadir pula payau di sekeliling hostel.

Thursday, September 25, 2008

Jeram Besu, Pusat Arus Deras Kebangsaan


Tahun 2008 aku ke Jeram Besu, Pusat Arus Deras Kebangsaan yang terletak di Pahang. Mengambil pakej di Countryview Recreation Park, tercapai juga cita-cita untuk membuat aktiviti melawan jeram (water rafting). Memang best.

Suasana tempat tinggal semasa di Jeram, ala-ala hostel ‘kampung dusun’, disajikan makanan ala kampung, ditemani pula dengan haiwan-haiwan ternakan (macam duduk farmstay!). Meriah! Ada ayam (serama), itik, burung, kucing, siamang, kambing, kongkang (slow lorisNycticebus coucang), kolam ikan, banyak lagi!!

Terlajak di Jeram Besu, langsung mencuba trill pacuan empat roda (4WD). Seronok tak terkata kerana ianya turut menduga kecekapan mental dan tenaga. Di penghujung perjalanan, mandi air terjun. Rajah Brooke, salah satu rama-rama yang mempunyai warna yang paling terang di Malaysia dan dinamakan bersempena dengan Sir Rajah Brooke, boleh didapati dengan banyak di sini. Dengan kamera yang tak cukup canggih, tengok sajalah kan!

Panjang kalau nak cerita di sini. Tunggu tajuk khas Jeram Besu!!