FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, September 26, 2008

Lembah Danum, Sepilok dan Kinabatangan, Sabah

Kesempatan belajar di Sabah membawa aku ke Lembah Danum iaitu kawasan hutan hujan yang tertua dan paling kaya di dunia. Di sini terletaknya pokok hutan hujan yang tertinggi, dikatakan lebih tinggi dari yang boleh di dapati di Amazon dan equotorial Afrika. Lembah Danum juga merupakan salah satu kawasan pemeliharaan yang paling penting di Asia Tenggara. Jauhnya nak sampai ke dalam dengan tanah merah dan sesekali melalui tebing Sungai Segama. Ada ketika terpaksa menunggu sekumpulan gajah melintas jalan. Indahnya Danum kerana ketenangannya. Seronoknya tidak habis di situ.


Lembah Danum merupakan belantara pertama yang aku jejaki. Jangan salahkan aku kerana cinta ku yang pertama memang indah! Burung Kenyalang. Lebah dan sarangnya. Kelawar dan lipas-lipas yang memakan tahi kelawar di Gua Gomantong (Gua Seribu Keranda), orang utan di Sepilok. Tengok wildlife, aku pun jadi wild! Erm… hampir terlupa yang paling utama di Lembah Danum, sahabat bernama cik Pacat! Aku bukan budak bandar, aku budak kampung. Ke kebun dan bermain banjir bukan asing. Pacat bukan sesuatu yang luarbiasa. Tapi pacat di Danum, kalau boleh aku ibaratkan, perkampungan utama mereka agaknya! Punyalah banyak dan lebih hebat, ada pacat yang berwarna coklat, merah dan hijau! Bukankah menakjubkan?!!

Di kesempatan lain, aku bermalam di SAFODA yang terletak berhampiran Sungai Kinabatangan. Seronok seperti di Danum, namun menyusur Sungai Kinabatangan petang menjelang ke senja, menjengah proboscis monkey (monyet belanda) lebih menarik! Di tengah malam, hadir pula payau di sekeliling hostel.

No comments: