FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, May 31, 2018

"SINAR RAMADHAN AL-MUBARAK" DI TONKA BEAN CAFE DELI, IMPIANA KLCC HOTEL

Haluuuuu....
Assalamualaikum....
Entri cari tempat berbuka puasa di tengah bandar Kuala Lumpur lagi!!
(Cari makan je kau ye?!)

Ok! Hari ni nak kongsi buffet berbuka puasa di Tonka Bean Cafe Deli di IMPIANA KLCC.  Lokasi tengah bandar yang menawarkan sajian yang menyelerakan  di pelbagai stall dan 'live cooking stations' (haaa nampak tak ada huruf 's' kat station tu... ada banyak taw!).

Executive Chef bagi buffet Ramadhan iaitu Chef Mazlee Abdul Rahman akan menyediakan resipi bertemakan "Sinar Ramadhan Al-Mubarak" dengan hidangan-hidangan utama yang diperolehi dari warisan keluarga.

Untuk hidangan buffet Ramadhan ini, tetamu akan dapat merasai signature dish Impiana Hotel dari resipi dan rempah ratus Melayu yang mana merupakan keaslian masakan Malaysia.  Salah satu highlight ialah Roti Pak Johan yang disalut dengan sos resipi rahsia oleh Chef Mazlee hanya untuk buffet Ramadhan kali ini.  Selain dari itu, Sup Gear Box, Marinated Roasted Lamb, Chicken Wings, Roasted Ox Tongue(!), Chicken Shawarma dengan roti pita, Chessy Pisang Goreng dan banyak lagi turut menjadi hidangan istimewa di sini.  

Paling best juga di buffet Ramadhan Impiana KLCC 2018 ini ada FREE FLOW DURIAN woottt wootttttt.....  Hado?! ADO!!!

Meh layan gambar dulu bagi kecur-kecur air liur tu.. hiks

Roti Pak Johan!

 Sup Gear Box, slurppp slurpppp!

 Kambing bakar!

 Lidah! Hahahaha siapa berani makan?

 Ketam!

 Kambing!

 Nasi Beriani!

 Pelbagai jenis roti!


 Ketam cili!

Udang Nestum!

 Sajian dari laut

Makan bubur nasi ni jangan lupa ambil sekalli paru dia! Mabeles!

 Manggo Cheese Cake


YA AMPUN ADA 12 JENIS AISKRIM BASKIN ROBBIN!!!!

 Eh pulut apa ni? Hihi mangga ke durian? 

Pilihan buah-buahan pelbagai jenis.

Persembahan dari kumpulan muzik tradisional Seni Melodi sepanjang bulan Ramadhan.


Untuk yang berminat, Impiana KLCC Hotel menyediakan buffet berbuka puasa sepanjang Ramadhan dari 16 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018 bermula 6.30 petang sehingga 10.30 malam setiap hari.  

Harga buffet RM148 nett bagi dewasa dan RM74 nett bagi kanak-kanak 4 hingga 12 tahun.  Kanak-kanak di bawah 4 tahun makan adalah percuma.  Bagi pembelian early bird, beli 10 percuma 1 sah sehingga 15 Mei 2018.

Untuk tempahan bolehlah hubungi
Telefon 03-21471111

atau

lawat sesawang impiana.com untuk keterangan lanjut.

Selamat berbuka puasa!!





No comments: