Assalamualaikum...
Salam Ramadhan....
Salam Jom Beriftar Sesama, (ewah!)
Nak cari idea jom jenguk Sime Darby Convention Centre Ramadan Buffet.. Jom! Jom!
Tahun ni tema iftar di Sime Darby "Sajian Tradisi Bufet Ramadhan" haaaa nama pun dah gigil-gigil boleh teka dan rasa-rasa apa menu yang ada kan?
Team kulinari di Halia ada menyediakan lebih dari 80 menu authentic dan masakan tempatan seperti Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk berherba, Sotong Sambal Tumis PETAI!, Kambing Bakar, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John Istimewa, Roti Jalan Pandan dengan serawa durian di sepanjang bulan Ramadhan ni (ouch sedapnya!).
Selain dari yang kita sebut-sebut di atas, ada 20 gerai siap dengan 'live cooking' pelbagai hidangan seperti Sup Berempah, pelbagai sushi dan shashimi, stimbot, 'hotplate'/ shellout, Asam Laksa, Char Kue Teow Penang, Satay, berbagai gulai kawah, lemang dan cucur.
Tak percaya cer tengok... cer tengok... kita bako! kita bako! hikss
Ok sesiapa yang rasa dah berkenan di hati, harga buffet Ramadhan di Sime Darby Convention Centre (Halia / China Treasures) ini adalah RM99 (nett) dan buffet akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam (haaa lamakan! makan sampai puas ye! Surau dan kemudahan tandas sangat selesa kat sini). Buffet Ramadhan bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 10 Jun 2018. Kanak-kanak (umur 6 sehingga 12 tahun) dan warga emas (umur 60 ke atas) ada diskaun 25% dan kanak-kanak bawah 6 tahun makan PERCUMA!
Untuk tempahan, telefon / emel Halia di
03-2089 3799 / halia.sdcc@simedarby.com
atau bagi pertanyaan Banquet bolehlah menghubungi
03-20893688 / enquires.sdcc@simedarbyproperty.com
SELAMAT BERBUKA PUASA :)
No comments:
Post a Comment