FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, August 29, 2016

KEDAH TRAVEL FAIR 2016


Haluuuu...

Assalamualaikum... 
Salam Satu Malaysia...
Salam Jom Pi Jalan...

Korang dah sampai Kedah?  Ada cita-cita yang jalan pi sana?  Haaaa ni memang terbaiklah kalau nak survey nak pi mana kat Kedah tu, nak pi cari apa, nak pi makan apa bagi sesape yang suka jalan-jalan cari makan ni...  Jom pi Kedah sebab Macam Ada 'Something' kat Kedah tu wehhhhhh......

Jom pi tengok apa ada Kedah Travel fair 2016 yang bakal berlangsung di Pusat Pelancongan (MATIC) Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 September 2016.

Program yang dianjurkan oleh FORWARD KEDAH dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Tourism, Matic, MITA dan Santai Travel ini merupakan satu langkah proaktif dalam mempromosikan Kedah sebagai satu destinasi pelancongan domestic dan antarabangsa. Ianya bakal menjadi satu platform untuk pengusaha pengusaha industry Pelancongan untuk menjual produk produk dan perkhidmatan pelancongan decara pukal atau pada harga yang sangat kompetitif.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini akan turut dimeriahkan dengan beberapa acara sampingan termasuk business matching (B2B), forum tamadun Kedah tua, pelancaran buku ‘kedah travel guide’, Job fair, Persembahan Kebudayaan, pertandingan photografi dan  Makanan unik Kedah.

Menurut Ketua Eksekutif Tourism Kedah, Dato Zulkifli Mohammad yang turut mewakili YB Dato Hj Mohd Rawi bin Abd Hamid, EXCO Pelancongan Kedah, penganjuran Kedah Travel Fair 2016 adalah sangat penting untuk mendapat perhatian dan sambutan dari Pelancongan pelancong tempatan terutama di ketika Kedah sedang menyambut Tahun Melawat kedah pada tahun ini hingga 2017.

Pengerusi Forward Kedah En Khairil Hanafi pula yakin program ini bakal dikunjungi oleh lebih 30,000 orang dan mampu menjana jualan lebih dari RM2 juta.

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari www.kedahtravelfair.com







No comments: