FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, February 10, 2016

Jom Tengok Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya

Haluuuuu...
Lama wehhhh tak tengok teater.. Ni mai dah yabg best pakat cam rugi tak tengok..

Jom kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari 13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang menggunakan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.
Sinopsis
Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?zombie_poster
Jom kita dapatkan tiket teater Zombie LaLaLayang berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.comataupun di kaunter tiket Istana Budaya.
Ikuti media sosial CTRA Production dan MohdZarin.com untuk mengetahui perkembangan terkini:

Post a Comment