FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, September 7, 2015

LaBu KuBoNG : BADANG MALAYSIA 2015 (PaRT 1)

Haluuuuu....
Salam Satu Malaysia
Salam Merdeka
Salam Perak Aman Jaya
Salam Sehati Sebendang
Salam Jom Jumpa Badang...
Eh eh dah macam rhyme pula ya BenDANG, BaDANG! Hahahaha

Hari Khamis yang lalu, tiba-tiba dapat info pasal satu event ni. Lokasi Kampung Labu Kubong. Errr errrr, mau pergikah? Tapi phewww dah lama tak cuti cari pasal, dan cari Badang dalam kampung?? WOw!! Ada sepuluh markah di situ!!  Maka agenda-agenda lain, dengan lajunya ku tolak ke tepi... Yihhhhh....


Kome tahu ke ada tempat nama Labu Kubong kat Kuala Kangsar? Cer tanya cik Gugel Map..  Lawa haa tempatnya.  Masuk kampung ada sawah keliling pula ada bukit-bukit, masuk pagi-pagi memang lawa yakmats, tapi masuk memalam haaa siap! Hahahahaha DUSH!


Pagi-pagi dah sampai tempat event.  Masuk kampung, tengok keliling hijau memang sejuk je mata ni memandang.  Tengok kat hujung sana, nampak pula beberapa buah khemah tengah sawah.  Amboi!! Port baik tuuu :)


Pusing sikit lagi, wow! Abang-abang Sado ber'morning run'... Hebat-hebat!  Kegigihan apakah ini??  Moh kita pusing lagi tengok apa yang ada kat sini.


Ada event rupanya... Sana sini orang sibuk.  Ni pun tengah get ready. 


Nampak dah? Nampak dah event apa?



Tadaaaaa...... Dare to be the strongest katanya... Siapa yang kuat sangat tu? Hiks
Oklah, takyah nak pusing-pusing sangat ayat..  

Hujung minggu yang lalu telah berlangsung Badang Malaysia 2015.  Ada sesiapa yang tak kenal Badang? Lelaki yang menjadi gagah dalam ceritera Melayu selepas makan muntah jin yang curi ikan tangkapannya.

Sedikit info pasal Badang Malaysia ini :-
  1. Badang Malaysia kali pertama diadakan pada tahun 2014
  2. Badang Malaysia 2015 diadakan pada 28-30 Ogos 2015
  3. Berlangsung di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
  4. Menguji tahap kekuatan, ketahanan dan kelasakkan peserta (maklumlah Badang kan gagah! )
  5. Dua kategori Badang dipertandingkan iaitu kategori A : atas 75kg, kategori B : bawah 75kg
  6. Acara lain yang dipertandingkan termasuklah Iron Lady dan Tarik Tali

Boleh rujuk page rasmi event di sini --> klik


Huuuu ini ke Badang???.. 



Calon-calon Badan Malaysia haaaa.  Abang-abang Sado yang sedang bersedia sebelum acara saringan dimulakan.



Sebahagian dari peserta-peserta yang bakal bertanding..  Gambar dulu buat kenang-kenangan..  Tahun ini dikatakan seramai 38 orang peserta cuba merebut title Badang Malaysia 2015 dan saingan tahun ni turut diberikan oleh peserta dari Brunei... Pheeweet!!! Go Badang Go!


Pencarian Badang Malaysia 2015, telah diadakan selama tiga hari iaitu 28-30 Ogos 2015. Pada hari pertama, para peserta mendaftar, pemeriksaan dan taklimat.  Hari kedua, barulah acara saingan Badang dibuat dan pada hari terakhir, peserta-peserta akhir bertanding untuk mendapatkan gelaran Badang 2015.  

Moh-moh, kita layan gambar acara saringan ;)


Acara saringan yang pertama merupakan acara larian sejauh 2km masuk kampung.  Misi untuk sampai ke Check Point 1 dan Check Point 2 sebelum kembali ke kawasan acara di sawah.


Check Point 1 tersorok sikit atas bukit.  Tugasan makan bubur jerr sebenarnya sebagai simbolik cerita rakyat Badang tu.  Aku pun terai jugak semangkuk, teringin benor nak jadi gagah... Hahaha sumpah sedap!  Nasib baik tahu malu, segan nak mintak tambah #EkRppppP ;p


Dah selesai makan bubur, peserta kemudian berlari lagi dalam kampung sebelum kena lari pula dalam sungai.  Best kan kampung Labu Kubong ni.. Ada sawah, ada bukit, ada sungai... woot woot.... ada home stay kampung (selingan jap!)... 


Sampai di Check Point 2 dah jadi matrix, Mission Impossible semua boleh... Panjat tangga ala-ala helikopter tu.. Berayun-ayun.. Nasib baik kalau jatuh tu, jatuh sungai je, leh la berendam mandi. Kikiki...


Dah penat berlari masuk kampung, panjat bukit sikit, lari dalam sungai, panjat tali, peserta lari balik ke sawah dan perlu selesaikan tugasan di Check Point 3 iaitu kena angkat balak sejauh 50 meter dan kemudian angkat pula tayar traktor 50 meter.  Sengsara nengok deme mengangkatnya weiiiii...







Dua acara terakhir yang perlu diselesaikan oleh peserta ialah membalikkan batang kelapa sebanyak 4 kali dan tayar traktor sebanyak 3 kali... Ok ai is pitam! HAhahaha hebat deme-deme ni...


Bolehke kome bayangkan berapa berat tayar traktor tu??? Uiii idak ler teman... 80kg nak balikkan selepas buat semua task?? Sado + Badang = SADANG dah tu kompom!


Sementara di depan khemah, berlangsung juga acara tarik tali Piala Pusingan ADUN Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz..  Ehhh hahahaha achhommmmmmmm...



Ok. Ok. Kembali ke gambar asal... Ater nyerr tak buleh ke teman ni nak berseni sikit???


Keme yang melaporkan dari lokasi.. Cewahh dah ala-ala reporter pulak.  Moh balik dulu moh sesiap.  Malam ni ada Majlis Perasmian pulak.  Keme dah niat nak semeja makan together-together dengan abang-abang Sado..  Muahahahaa... Iyer sangatla tu ;p


Selesai majlis perasmian, teman pun sibuk-sibukkan lah diri minta posing dengan peserta-peserta Badang Malaysia ni...  Sekali tengok, keme pun dah rasa cam sado sama cam deme.  Adakah kerana bubur di kaki bukit siang tadi????? Makkkkkkkkkkk tolong anak makkkkkk ni makkkkkkkk.... Hahahahaa......

Haishhhhhh mimpilah malam ni... 

Tunggu next entri untuk acara akhir dan  gambar-gambar event ;D

Boleh juga tengok cerita Badang ni dalam Selamat Pagi Malaysia... cer kome klik sini --> Badang Malaysia 2015 SPM

No comments: