FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, January 25, 2013

MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 1 : Gua KeK LooK ToNG

Assalamualaikum dan salam jalan-jalan :D

Jom jalan ke Ipoh!  Moh ke Perak!  Visit Perak 2012 katanya gitew...

Alkisah bermula cerita seperti termaktub di dalam Teaser pada entri sebelum ini.  Program ke utara tanah air telah ditunda menyebabkan tiba-tiba cuti panjang hujung minggu menjadi KOSONG! Huh!  Najwa Latiff sangat! Kosong ~ Kosong ~ KoosoONG....

~ B.L.U.R kejap ~  hampeh taw sebab dah ready nak pergi sunbathing sesambil berguling di pasir putih... #pasrah.

"Cik Mas pergi mana minggu nih?"
"Mungkin saya kat Ipoh kot (?)" <- jawapan tak konfiden
"Ada tempat best yang best tak?"
"Owhhhh... Cik Mas pergilah Tasik Cermin"
"Haaaaaaa???????"
"Dia dekat-dekat Simpang Pulai, Kek Look Tong macam tu"
"Owhhhh yer ke??? Takpe, nanti saya cari!"

Maka teruslah di google akan nama tempat bernama Tasik Cermin itu.  Tak banyak informasi pasal tempat ini.  Ada yang kata di Gua Kek Look Tong dan ada yang aku tengok tulis kat Perak Tong dan ada pula yang tulis kat Tambun.  Haih!!!  Apapun, aku berpegang lokasi Tasik Cermin mungkin berada di Gua Kek Look Tong...  Diorang kata kat ada tasik cantik penuh teratai kat sana... Jadi, mungkin juga Tasik Cermin ada kat sana...

Yes! Dah ada yang perlu kita sasarkan nih!


Jom jalan di Ipoh, Bandaraya Bunga Kertas!!

Lokasi 1 : Gua Kek Look Tong

Gua Kek Look Tong termasuk dalam senarai lokasi pelancongan di negeri Perak.  Lokasinya di Gunung Rapat, Ipoh.  Sekiranya keluar dari tol Simpang Pulai dan menghala ke bandar Ipoh, simpang untuk ke gua ini berada di sebelah kanan selepas dari kawasan jualan limau bali iaitu (simpang Petronas) dan kalau dari bandar Ipoh, simpangnya sebelah kiri selepas dari Medan Gopeng...  Lokasi tepat nanti sat lagi aku bubuh longitud latitudnya. 

Gua Kek Look Tong ni sebenarnya memang menjadi salah satu sasaran aku untuk masuk dan ambil gambar.  Ada banyak gambar di internet dan buku yang aku tengok ada kolam yang penuh teratai dan kelilingnya bukit.  Bila tanya kawan-kawan, semua suruh awal-awal pagi (maksudnya pukul 7 tu dah ada dah kat sana).

Untuk sampai ke Gua Kek Look Tong, perlu melalui kawasan perumahan dan juga perkuburan Islam.  Rasanya tak akan sesat sebab ada banyak papan tanda tunjuk arah disediakan.  Tiada bayaran masuk dikenakan di tempat ini.  Walaubagaimanapun, memandangkan Gua Kek Look Tong ini juga merupakan rumah ibadat bagi kaum Cina, pakaian sopan la kot.

Laluan masuk ke rumah ibadat.  Nebes! Nasib baik kat luar ada papan tanda "Haiwan Peliharaan Tidak Dibenarkan" masuk ke kawasan ini.  Fuhhhh lega!  Memandangkan rumah ibadat ini berada di dalam gua (lebih juga kepada terowong di dalam bukit), mata lebih memerhati akan keindahan batu kapur di dalam gua.

Ini adalah antara arca-arca yang dipamerkan di laluan masuk dan di kawasan taman.  Wahhh padanlah kawasan ini dianugerahkan sebagi johan landskap bagi kategori rumah ibadat oleh Majlis Bandaraya Ipoh selama 3 tahun berturut-turut!

Salah satu patung dewa yang berada di dalam kawasan rumah ibadat


Keluar dari kawasan 'terowong', NAhhhhhhh..... Amboi tenang dan cantiknya!!  Macam luas je nih!  Padanlah orang cakap, ada kawasan jogging kat dalam nih.  Manalah aku tahu kan?!  Mana kawasan pokok teratai tu????  Ke dalam lagi kot?

Dalam kawasan taman.  Arca bersusun di sepanjang laluan di tasik yang pertama.

Kawasan lain..  Siap ada tempat rehat lagi dalam ni.

Ini ke Tasik Cermin?? Kecil je???

Kat satu kawasan lain ada satu bukit kecil yang kalau tengok betul-betul, macam rupa burung tengah duduk?  Puppies dengan ekor trim baik punya?  Kiut je.

Owhhh ini dia tasik ada teratai.  Malangnya masa datang, tasik tidak penuh dengan pokok teratai ni... Gambar tak mabeles (macam ler lelain tu mabeles! ekekekee perasan).  Ada kelihatan beberapa kuntum bunga teratai putih dan merah jambu dalam tasik dan banyak juga yang dah 'kering'.  Sesungguhnya misi pokok teratai berlatarbelakangkan bukit batu kapur di Gua Kek Look Tong hari itu telah gagal.

Selain teratai yang tumbuh secara semula jadi, terdapat juga beberapa kawasan yang ditanam dengan tumbuhan herba.  Sayangnya kebanyakkan pokok tu, aku tak kenal nama.  Papan tanda nama bunga sudah tidak jelas tulisannya.  Kalau tidak mesti ralit membedek dari satu pokok ke satu pokok lain.

*ralit - leka

Di satu tasik lain di dalam kawasan taman.

Tasik ketiga

Tasik yang terbesar di kawasan taman.   Nyaman dan tenang.  Alhamdulillah cuaca menyebelahi perjalanan kami.  "Ini ke Tasik Cermin??" Salah! Salah! Salah!

Aku dah Byya serta seorang lagi kawan (yang diheret sekali pada sesi gua KLT ni) menghabiskan masa lebih kurang dua jam di dalam kawasan Gua Tek Look Tong.  Dicadangkan tempat ini dikunjungi pada awal pagi  sebab rasa nyaman, sejuk dan terasa sedikit kampung dengan udara yang segar dan bunyi angsa, burung  yang meriah menghiasi suasana. *Buat bird-wacthing pun best kat sini!

Disahkan bahawa lokasi Tasik Cermin bukan berada di dalam kawasan Gua Tek Look Tong ini.  Daripada tiga orang yang ditanya mengenai lokasi tasik ini, hanya seorang pakcik yang tahu (in fact terus tahu) mengenai Tasik Cermin dan mengatakan ianya berada di Jalan Kuala Kangsar berdekatan dengan Perak Tong.  Maka, aku pun memandang kepada Byya, "Ok, salah le kita nih?" "Hurm" "Cer.. Cerr google" "Alamak, tak ada larr informasi ni.  Serius!"

Ok, jom kita sarapan dulu.  Kemudian kita terjah Jalan Kuala Kangsar.  Di sana ada Perak Tong dan juga Gunung Lang.  Mana pula orang tempatan nak tunjuk jalan kita kat sana nanti.. Agak-agak tahu tak diorang???  #Misteri

Monday, January 7, 2013

SeMaRaNG PaRT 2 : DeBaRaN Ke DeSTiNaSi UTaMa (PeRJaLaNaN Ke JePaRa)

HaLuUuuuUUUu...... 

Salam jom sambung jalan di Semarang!!!!!

Cerita dulu, cer klik kat --> sini

Bangun pagi sahaja dah berdebar rasa hati.  Hari ini kami akan bergerak ke Pulau Karimunjawa.  Malam tadi tak dapat pula telefon agen yang akan mengambil kami di hotel.  Telefon ke wakil pakej kami di Karimunjawa, minta kami sahkan kembali dengan telefon agen pada jam 6 pagi.

Maka, sungguh awal Dhamin bangun untuk telefon dan ... supir yang akan mengambil kami belum lagi bangun!  Haih!  Konon 6.30 pagi nak datang ambil!  Beriya kami minta orang di hotel hantar sarapan ke bilik (makanan di dewan hanya disediakan dari jam 6.30 pagi).  Memang agak hampeh di situ...  Dari boleh layan makan sedap di dewan hotel, kami hanya dapat makan roti bakar dan teh O sahaja kerana permintaan sarapan awal kami.

Masa menunggu di lobi layan-layan bosan, maka terkeluarlah entri Teaser aku tu.. Siaran langsung katanya!! Teaser klik kat --> sini

Dari jam 6.30 pagi, hampir jam lapan baru muncul di hotel..  Hadeiiiii.. Sangat spoil ok!

Hari ini layan gambar dari Semarang ke Jepara je yer jah.. Janji bersambung!!


Tataw muka buat-buat senyum ikhlas ke dak nih!? Huahuahua... Muka ngantuk dah kot!!  Pukul lima dah bangun bersiap, berdebar nak ke pulau impian! Half of my buddies - Hang Dhamin, Ca'ol (new friend) dan Ain (new friend).

Bergambar dulu depan van yang mengambil kami.  Sungguh impressif ada wifi gayanya.  Bila masuk?  Hado?  Nan hado!  Nasib baik air-corn sejuk dan dalam selesa..  Bolehlah sambung tido zzzzzzzzzz...  Bayaran untuk van ni dalam Rp32,500 / seorang iaitu lebih kurang RM12.


Apapun, dalam van ini disediakan sedikit ole-ole yang terkandung air dan sedikit kuih.  Cukup buat santapan dalam perjalanan terus tanpa henti (nasib baik semua berdisiplin! hahaha).

Kira-kiranya pemandangan dari Semarang ke Jepara, didapati bahawa perusahaan tani yang utama di sini ialah sawah.  Sayang kerana sewaktu kami di sana, sawah tengah kering kontang.  Saujana juga mata memandang macam kat savannah.  Gambar yang jelas ni tak pula saujana?? *Soweeee gambo dari dalam van laju, tak sempat nak snapping.

Pastinya ini tali air kerana kelihatan bersih dan bebas sampah (rasanyalah!).

Kekadang juga melalui kampung-kampung... Sebenarnya sepanjang perjalanan, memang tak menempuh sebarang pekan. Kampung dan kawasan sawah sahaja yang ada.

Rupa bentuk rumah di sini.

Lain pulak tengok atap zink yang diorang pasang.  Menegak?

Masjid-masjid juga banyak didapati sepanjang perjalanan.

Masjid lagi.


Masjid di Jepara. 

Sama macam kat India, rel keretapi belakang rumah je.. Kita dulu pun macam ni jugakkan?!  Kat Teluk Intan suatu ketika dahulu  pun cam ni jugak tapi tak tahan kena kejor anjing.  Kenangan sungguh! 

Secebis dari perjalanan ~ anak kecil mengadu pada ibunya?

Kalau dah nampak penyu ni, sah lar dah sampai ke jeti di Jepara.  Yeayyyy!!! Perjalanan dalam van komuter mengambil masa 2 jam lebih dari Semarang ke Jepara.  Lega....

Keadaan di sekitar jeti di Jepara.  Sebaik sahaja turun, penarik-penarik beca akan datang mendatangi pelancong yang baru turun dari bot.  Jika tidak dengan agen/ supir yang di'charter' terlebih awal, ini sahajalah cara untuk ke pekan Jepara kerana tidak kelihatan pun pilihan pengangkutan yang lain.

Ini tiket ferinya..  Harganya telah termasuk dalam pakej kami.  Lupa pula nak catat.  Apapun, hari ini kami akan menaiki kelas eksekutif A. Dalamnya tak tahu la macam mana.  Harap ok!


Oklah... jangan marah eh... nanti esok lusa (ikut la entri nak kuar bila lagi kan???) kita sampai la ke pulau idaman kami semua...    Gi mana Dhamin??? Karimunjawa katanya!  Ayuh!!!!!
 
Tungguu........