FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label DRaMa. Show all posts
Showing posts with label DRaMa. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

TaiPiNG BaNDaR WaRiSaN : TaMaN TaSiK daN PaYa BaKaU

Haluuuu.... dah dapat teka ker????? Blackout konon kan nak panggil TNB bagai... Hehehehhehee... #Drama je kan?!!!!! Muahahahaa.......

JoM JaLaN Pi TaiPiNG (bunyi sebenarnya Tepen).


Dari pekan Kolumpo kami singgah menjamu selera di rumah Janggel.  OOomai aiiiiii banyaknya lauk, sampai kami semua terduduk kekenyangan.  Bila dah tersandar, boleh pulak melayan cerita Hindustan sampai Danny mujuk rayu tunggu cerita sampai habis.  Ada dekat tiga jam kami di rumah Janggel sampailah kami dapat panggilan dari Chawanna dan anak  tokey satay Biqque yang sepuluh kali telefon tanya kami kat mana.... Erkppppp Alhamdulillah.....

TaMaN TaSiK TaiPiNG

Entri Taman Tasik Taiping sebelum ni boleh klik sini.

Tepat jam 4 seperti mana perancangan asal, kami pun tiba di tempat kejadian.....  Kalau  dah nampak pokok-pokok besar ni memang dah sahih dah sampai ke Taman Tasik Taiping.  Tempat cantik yang tidak pernah berubah rupanya dari zaman aku mula kenal Taiping sampailah sekarang.


Dan pokoknya seolah mahu mencium air tasik yang sentiasa tenang.


Sebahagian pemandangan yang best untuk ber'posing' dan laluan jogging yang best :)
Omaiiii tu dia dah sampai dahhhhh....  terus konpius mana satu retis untuk trip Tepen nih.... Kerrr aku yang retis sebab diorang yang pegang kamera kan????? #pasan gitew

Dan setelah beberapa bulan tak jumpa dengan Icam si Pengembara Tumpangan, memang siaplar kena sakat dan tersipu-sipu kerana terkejut.  Drama untuk Icam ~ ditipu Chawanna nak g Jusco, membawa ke Kuala Kangsar dan tetiba ter'ke' Taiping.  Dah sampai Taiping, ramai pulak yang ada kan....

Hurmmmmm cam tak caya Icam dah kurus ke chup! CUP yang dah ehem????? hahahahahahahaku tak bersalah lalalalalalala

Dan bila dah jumpa dengan ratu drama, maka shooting pun diteruskan....  Bajet-bajet dok bersyarah, ber'rimau', ber'diva' bagai bawah pokok buluh pun jadik.... 

Padan larrr Kim K eh Kim B beriya, ada yang khusyuk layan

Belum lagi kira yang nak jadi pengikut! eH sape ikut sape nih ntah....

Protege baru dari Taiping bersungguh-sungguh cuba memahami apa yang sedang berlaku

Yer larrr kasi can orang lain juga interprem.....  

Dalam satu drama tambahan yang lain, terdapat juga retis tempelen pinggiran yang membuat aksi lompat kijang untuk peminat sebelum bergerak meninggalkan Taman Tasik Taiping.  


KaWaSaN PaYa BaKaU LaUT, KuaLa SePeTaNG

Yeayyyyy, satu lagi kawasan bakau untuk dijelajah!!! Aku memang suka!!!  Kawasan paya bakau ini terletak di bawah Pejabat Hutan Kecil Kuala Sepetang dan terletak di sebelah kanan kalau dari Simpang nak menghala ke Kuala Sepetang.  Nyaman dan seronok betul bila dapat cium bau hutan (udara segar).  Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke kawasan ini.

Buat yang berminat untuk bermalam di sini, ada banyak unit chalet untuk disewa.  Istimewanya chalet-chalet ini dibina di tengah-tengah kawasan bakau.  Mesti malam sejuk gilessss...

HAhahahaha... ini rupa orang yang pertama kali masuk kawasan  hutan bakau

Dah puas jalan-jalan dalam kawasan hutan, kami keluar ke kawasan sungai.  Katanya nak tengok matahari terbenam (?), errrrrrrrr bukan tempatnya kot!!! Mana pemandu pelancong nih???? Haip! Haip!!!

#drama merenung masa hadapan

#drama hantuk kepala ke tiang sambil mengambil gambar????

#drama jejaka pilihan????

Omaiiii sambung drama kat sini pulak!!!! Ooooooo akak #drama sangat tuh!  Harap-harap dengan drama nih, adalah yang sudi menegur dan meminta otograp, kan.

Dan walau #drama macam mana pun kami di Tasik Tepen, dalam hutan bakau mahupun di jeti sungai, Sucisonia tetap lena diulit intan #drama jugak!


Entri selanjutnya JoM CaRi MaKaN kaT TePeN :D

Post tag :
Beauty In Darkness (Biqque) ; Chawanna (Chawan & Na) ; Coco Nutz (Kak Anash) ; This Is Our Lalaland (Ely) ; Janggeltrekker's Life (Janggel) ; Kaki Berangan (John) ; Kaki Jalan (MasMZ) ; Traveller's Anatomy (Byya) ; Journey Of My Life (MasZuber) ; Pengembara Tumpangan (Icam)



Monday, April 2, 2012

#DRaMa : MiSi SuCi Di SeKiNcHaN

Ni rumah aku, dah buruk... Dah lama tak ada orang balik...

Housemate aku pun dah pindah bawak diri....  Aku tanya, "Kenapa tak nak duduk kat rumah aku lagi?"..... Jawabnya, "Rumah rasa kosong.  Duduk kat sini sekurang-kurangnya ada swimming pool.  Kalau boring, aku boleh buat bunggy jumping fefiling macam kat oberC"

Bunga kat taman pun dah suka main sembunyi-sembunyi....  Kalau tak intai celah lalang, memang tak nampak...

Bila tak tahu nak buat apa, aku baring atas titi.  Sebenarnya aku gayat sebab titi dah reput.  Tapi........ aku fikir, "Kalau jatuh, adalah alasan aku nak mandi."

Masa lain rasa nak gantung diri pun ada... Tapi aku tak reti nak ikat tali macam mana....  Last-last aku duduk atas tunggul pokok pisang depan rumah...  Nak panjat sampai atas, aku tak reti.  Licin.  Lagipun kulit aku sensitif <- perasan pulak kan?!...

Sekarang sekeliling rumah aku dah hijau....  Lupa dua bulan lepas Pak Mat tuan tanah yang baru, semai padi.... 

Ya, keliling rumah aku ni cantik.....

Masa dulu, aku selalu sembang dengan anak tuan tanah...  Dia selalu  jenjiwang atas  batas....  Kat mana larrr dia sekarang....  Mentang-mentanglah KaKi JaLaN, tak reti dah agaknya nak balik tengok aku.... Yer aku faham, aku bukan mak angkat dia pun.... Mak gula apatah lagi.... Rindunya aku pada dia.... 

Ni anak jiran belakang rumah.... Selalu lari-lari atas batas sambil pakai songkok.  Aku pun tak tahu motif sebenar.  Dulu masa kecik-kecik pernah kena gigit lintah, agaknya sebab tu larr bila masuk bendang jer berlari atas batas je pastu pakai baju lawa-lawa konon nak pi sekolah larrr,  pekan larrrrrr..... Memacam alasan tak nak masuk dalam bendang.

Ni samseng kampung sebelah.... Selalu wat aksi joget-joget tengah bendang sambil nyanyi-nyanyi.  Khabarnya dok mikat anak cikgu sekolah selang tiga petak sawah dari rumah aku nih.

Ni larrrrr marka samseng kampung sebelah tu.. Ala, anak cikgu tu....  Aku selalu tengok dia suka berangan-angan aksi model tengah bendang.

Yang aku tak faham, kadang-kadang tu suka ketawa sensorang....  
Hurmmmm, overst kan?!

Mungkin sebab tu mereka ni sesuai.  Penat dah aku tengok #drama nih....  Kadang-kadang macam tengok filem  Hindustan jew... Ataupun, mungkin diorang berangan berlakon dalam cerita Nur Kasih???

Ustazah kat madrasah kampung...  Rupanya ada hati juga nak buat #drama tengah bendang. * Aku heran kenapa semua orang nak kena pakai payung jernih tu????  Kenapa aku tak ada????

Hurmmmm.... aku harap semua orang akan balik ke sini lagi....  Janganlarr bawah beg besar-besar dan pergi jauh-jauh... Owh lupa aku nak pesan, "Kalau masuk bendang beg trolly jangan bawak yer.... Tak seswai"

Aku harap aku dapat tengok suasana macam ni lagi.... Teringat masa  dulu-dulu, aku pun selalu kena dukung macam nih.

Dan rasa gembira 'yakmatss' almaklumlarrr sebab aku akan jadi tumpuan :D

Waktu-waktu macam tu kejap je kan.... Budak comel yang aku tengok hari tu pun dah pergi....

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Ingat kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

*Lagu yang selalu aku nyanyi masa tengok sawah

Kita nak tunggu siapa nih???? "Putih, ko rasa ada tak orang  yang  sudi bawak kita pi jenjalan??" #drama lagik!

Dan selepas ber#drama-drama, akhirnya aku teringat pasal MiSi SuCi.... Haishhhh.... Lupa diri jugak aku nih.... #Akibat banyak drama, hahahahaha *sengal!
Misi Suci sebenarnya nak jumpa dengan Suci di Sekinchan.

Selamat Datang Sucisonia Maryam.....  
Semoga membesar menjadi anak yang solehah dan mengikuti auntie-auntie dan unkel-unkel yang suka benor  berjalan dan berdrama nih.....  
Tahniah buat Ely (This is Our La Land) dan Hasrul dan Sami... Hehehehe....


Jom tengok #drama apa pulak dari #TRaVeLHoLiCaWeSoMe....
~ Janggeltrekker's Life (Janggel) ~ KakiBerangan (John) (yang last nih.... errrrr hurmmmmm errrrr)~ ~