FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, June 15, 2015

KuaNG KaMPuNG ReTReaT : HS11 SMaLL GaTHeRiNG

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera...
Salam Hari Isnin  (yeayyy sekolah dah buka! lega kawasan opis dah tak sunyi :D)
Salam puas ke kome cuti???
Tak puas kalu, meh nak bagi lagi satu salam....
Salam JoM Pi JaLaN :D

Pi mana?  Hang nak ajak pi mana?
Apa Hang, Hang?
Ai is nak ajak cuti kat Kuala Lumpur je okay.
Opsss.. Okay! U nak ajak g mana? Ai is eksaited ni...
Muahahahahaha

Ada yang nak pi cuti ramai-ramai, kumpul-kumpul ngan keluarga, kengkawan lama tapi tak nak pergi jauh-jauh?  Meh sini nak kongsi satu tempat kat Kuang (siapa yang tak tahu Kuang kat mana, Tasik Biru taw?  Gugel erk! ;p )

Hari tu, aku bergathering dengan kawan-kawan masa belajar.  Gigih cari tempat mana yang sesuai dan senang untuk semua orang.  Yang dari Lembah Klang boleh datang, yang dari luar leh tidur terus takyah dah nak menggagau-gagau cari tempat tinggal nak tidur kan....  So cari punya cari, jumpalah satu tempat ni Kuang Kampung Retreat.  Lokasi of course la kat Kuang aka pinggir bandar Kuala Lumpur.  Kuang Kampung Retreat ni di bawah Avillion Private Collection.  Maksudnya bila dah sebut collection tu ada la pilihan-pilihan mantap yang lain dan bolehlah sesuaikan dengan bajet dan bilangan orang yang nak datang tu.. Haaa gitewwww....

Meh tengok gambar sambil layan-layan cerita.

Perjalanan untuk masuk Kuang Retreat ni, agak jauh naik masuk ke lorong kampung dan terletak di atas bukit.  Kalau pakai waze, tak tengok kiri memang boleh terlajak sampai ke track mountain bike.. Kalau korang dah sampai kat point tu, memang sah korang di jalan yang benar, cuma dah terlajak sahaja. Depan dari Kuang Retreat ni ada satu menara tinjau.

Masa aku sampai hari tu, family Aloy, family Iza, family Jambu, Beng, Prof dah sampai.  Amboiii sakan korang erkkk gelak-gelak sampai ke luar dengarnya...


Ni kat hall, bestnya kalau rumah aku macam ni haaaa.  Mesti rajin aku update blog.. Cewah

Yang ni pulak pandangan di sebalik ruang tamu utama.. Nampak tak tuala-tuala bersidai tu?  Haaa tu meja makan dan tuala-tuala anak Iza..  Candeliar kayu okay!

Ubah angle pulak... Tadaaaaaa nampak dak warna biru tu apa?  Swimming pool!! YahOOOOoOoOOOO sambil mata keluar love-love.. Omaiiii bila nak terjun nih????

Ni antara kekanak yang sepuluh kali turun naik masuk keluar kolam sampai yang menjaga dalam air pun gigil terpaksa tukar-tukar shift..  Mangsanya Aloy dengan Jambu laaa.. 

Ni dari side lain laluan nak pergi bilik.  Untuk Kuang Retreat ni ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air.  Peringatan mesra, kolam mandi yang korang tengok ni tak termasuk dalam senarai bilik air / mandi ;p

Rasanya ini bilik tidur utama kot.  Cam bilik pengantin je tetiber.. Malam ni, aku ngan Beng dapat bilik ni... Weeeeeeeeee i loike katil tiang dan dinding semua leh buka jadi tingkap.  SEMUA!!!

Bilik kedua... Dalam ni ada bilik air.. Sejuk je warna bilik ni.

Ini laluan dari bilik tidur utama ke bilik tidur kedua.  Kalau tengok dinding ni, sebelah kanan ada dua bilik air dan balik dinding kiri tu kolam renang.

Haaaaaaaa tak puas mandi dalam kolam, sambung mandi dalam bilik mandi..  Sejuk dan open concept.  Lapangnya!!! Maksud open tu, ada tingkap kalau mandi kome nak buka tingkap seluas-luasnya suka hati korang... errrrrrrr.  Maksud open tu ada satu pokok dalam bilik ni dan tak dibumbung sepenuhnya...

Ni laaa nampak tak batang pokok sebelah kiri aku dan tingkap seluas-luas alam kat sebelah kanan..  Tingkap tu kalau mandi tutuplah ye.... Seriau laksss kalau kena skodeng...

Added happiness value kat tempat ni, selain ada open air kolam renang (mandi pagi memang sejuk yakmat bak mandi air sungai lakss rasanya!), ada juga sebuah jakuzi dalam bilik mandi..  Curlasttt...

Aktiviti malam, kami buat bar-b-q.  Tempat pembakar ni boleh disewa.  Pestaim pakai ala-ala moden ni boleh adjust suhu, so waktu nak membakar pun cepat je...  Untuk barang makanan, kami sediakan sendiri.

Ayam, kambing, ikan, sosej bakar dalam panggangan.

Satu-satunya masalah kat sini (selain menahan kanak-kanak yang asyik nak mandi kolam), tv tak function sebab takde antena.  Nak tengok kalu, channel semut ada.  Nasib baik ada pulak geng yang pakai henpon canggih leh pancar wayang kartun untuk kanak-kanak semua ni sementara kami semua layan borak kat dapur sambil makan tak hengat dunia.  Hiksss

Jadi, dicadangkan boleh la bawak dvd player ke, ohp ke apa ke untuk back-up plan kanak-kanak.

Bangun pagi kat sini, memang segar sebab sejuk.. Dah memang duduk atas bukit dan keliling kebun getah.  Best wooo tidur sini, nyenyak!!  Malam tadi hanya famili Aloy, aku, Beng dan prof sahaja yang tidur ini.  Sarapan ada disediakan untuk 7 orang.  Macam heaven je makan main tambah-tambah..  Ada nasi lemak dan kuih-kuih kampung, roti dan pelbagai sapuan, telur, buah, air jus, air panas semua ada.  Untuk pagi ni, kami pakat nak makan kat luar pula.

Sebelum makan, pagi tu kami jalan-jalan kat belakang.. Tu diaaaaa..  Ada orang bandar tak pernah tengok ayam?  Sini ada.  Ada yang tak pernah tengok kambing, kandang kambing?  Sini ada.  Ada yang tak pernah tengok kuda, kandang kuda?  Haaaa kandang kuda ada, kuda dah takde.. Apapun budak-budak memang suka.

Reban ayam dan kandang kambing...  Meriahhh woooo bangun pagi ayam dah berkokok, kambing dok mengembek.

Kan dah cakap dinding tu semuanya tingkap!

Alahaiiii lupa dah nama buah ni.

Ni pula pokok malberry...  Ada banyak, nak makan petik je laaa... Aku memang pestaim makan, sedap.

Penat Prof layan budak-budak besaw cam kami

Sebab yang besau pun cam rakan sebaya je ngan yang kecik.. Ekekekeke

Seronok yakmats dapat jumpa famili Jambu..  Muka memang tak berubah, pastu muka anak-anak pun muka fotostat! Hahahahahaa... Sempoilah.  Ni wifey tengah layan baby kat dalam, pun sporting gak.

Yeayyy berjaya jugak...  Ni pose untuk yang datang masa hari pertama.. Hari kedua, ada lagi yang datang menyinggah.  Memang best dan salam muah-muahh untuk semua.  Ai is loike :)

Untuk maklumat lanjut Kuang Kampung Retreat ni boleh tengok kat link ni...
klik sini.  Untuk best price boleh cekidaut Agoda dan semua yang seangkatan dengannya.. Enjoyyyyyyy tempat ni memang rekomended la :)  Jomssss

3 comments:

elextro said...

berapa harga untuk 1 malam? dah cari xjumpa..mungkin tak pandai kot.

Dr Purva Pius said...

Hello Everybody,
My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius, call/whats-App Contact Number +918929509036 via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

Rose Crawford said...

Great post, thank you.