FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, June 8, 2015

TaNaH AiNa, PaHaNG ll BeR'PRiVaTe' PaRTY DaLaM SuaSaNa HuTaN

Haluuuuuuuu
Salam cuti sekolah
Salam korang tengah buat apa?
Jom pi jalan!!! Ececeece....

Siapa pernah dengar Tanah Aina?  Angkat tangan kanan..
Siapa pernah pergi Tanah Aina?  Angkat tangan kiri..
Siapa nak pergi Tanah Aina? Ok seluk poket.. kikikiki..

Percutian singkat ke Tanah Aina Fahad yang perjalanannya lebih kurang dalam 2 jam dari Kuala Lumpur, merupakan percutian yang tiba-tiba termasuk dalam kalendar cuti-cuti singkat aku.  Ini semua angkara mereka! Mereka! Dan Mereka! Dan aku pun, WOKEYYYYYYY! Ayuh!!!

Hari kejadian, aku lambat! Ehem sangatkan sebab ada urusan sulit angkara kena tipu dengan seorang personal shopper ni..  Huhu... jadi... Mereka semua meninggalkan aku dan setelah aku yakinkan mereka, "Jangan risau, aku datang okay?!" Hihihihi..  Dan akhirnya merempitlah aku dengan boipren hensemku mengharuk jammed di Karak.  Aku sampai lewat sejam je haaaa dari Mereka!  Nampak dak betapa lajunya hensemku berdesuppp ;p

Ok, jom layan gambar sambil cerita.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanah Aina walaupun disebut Pae sebagai sedikit adventure sebab kena masuk ala-ala kampung dusun bagai, dipermudahkan dengan guide yang diberi oleh Tanah Aina.  Cuma bila dah jauh masuk dalam, tak sampai-sampai lagi tu yang aku cam errrr betul ke?  Muahahaha...

Sampai je sana, pekerja Tanah Aina menyambut aku.  Uiii mujur aku sempat sampai sebelum hidangan makan tengah hari habis.  Yang best, diorang tolong simpankan dan buat hidang khas untuk aku ok! Hihihi sedap dan nikmat yakmatss makan sebab memang lapar.  Tengah-tengah makan tu, aku disapa oleh Mereka dan Mereka...  Cepatnya! Ingatkan nak teman makan! Eh? Ermmm sebenarnya kitaorang nak gi mandi sungai dah! Ceh!  Ermmm ok!  Korang gi la dulu.. Gila ke hape aku dah melantak cam hape je tetiber mandi sungai! Erkkkkkk... 

Tempat makan tu sebenarnya dekat dengan pintu masuk Tanah Aina.  Kalau nak pergi ke tempat khemah, kena menapak sedikit dalam 200 meter camtu.  Inilah kawasan tempat khemah yakni tempat tidur kami malam ni.  Banyak khemahnya boleh muat sampai 120 orang tetamu bermalam dalam satu masa.

 Tadaaaa...  Ok dah jumpa khemah.

Ini rupa dalam khemah.  Siap ada pembahagi kalau nak tidur privately.  Hujung tu, belakang tirai putih tu, ada satu lagi katil.

Gambar ni pula ambil dari tirai hujung tadi.  Dalam khemah siap ada cermin dan hanger.

Ini baju pengantin.  Ermmm,, Hahahahaha,,, Haaaa percutian kali ni bertemakan kuning.  Kenapa kuning?  Sebab kuning tu cam warna hepi mr Smiley (icon dalam tepon tuuuu).

Ini bilik keluarga Chawanna..  Sebab dah diinform ada seorang bayi yang akan turut serta, maka satu baby court disediakan.  Fuiyoooo kemain haaaaa.

Lepas kemas-kemas barang, aku pun join diorang mandi sungai.  Best woooo air sejuk giler dan ada aktiviti 'hanyut'.  Dah abes mandi sungai, naik sebab hujan takut kepala air turun, pindah pula mandi kat kolam mandi yang airnya dari air sungai! Weeeeeeee SUKAAAAAAAA.

Pukul 5 petang, minum petang dah tersedia.

Mereka-Mereka telah menukar pakaian seragam yang bertema KUNING!

Party!!!!  Happy birthday to Pae dan Hang Dhamin.  Amboiii tetiber muka bahagia nampak! Hiksss

Tak cukup makan dekat ruang makan Tanah Aina, kami sambung lagi makan dekat depan khemah.

Haaaaaa nampak sikit je nih... Tapi kami semua dah makan petang, sumpah tengah kekenyangan masa ni.

Dan untuk dapatkan gambar, cam ni la kebiasaannya...  Sampai panjat-panjat kerusi tu :)

Zafran pun cam errr apa korang buat tu???

 Group photo tapi Cawan tak masuk sebab sibuk dia nak ambil gambar kami-kami ni haaa.

Close-up apam comel..  Dalam dia isi blueberry yummmm yummmm

 Bestlah Aqilah ramai rakan sebaya yang melayan ;D

 Aku pun best juga, sebab ada yang melayan pose bukan-bukan aku.. Kikiki

 Jerkah apa pun tataw... Layan je laaaaa....

Ini laaa kolam mandi yang best tu.  Air dia memang sentiasa berganti sebab menggunakan air sungai.. Sejuk!!!

Budak ni memang sentiasa hepi...

 Suasana malam di kawasan khemah..  Curlastt ok!

Dan makan malam pulak!  Asyik makan je kerjanya..  Malam ni menu bar-b-que.. Sedap ada nasi goreng, ayam bakar, KAMBING BAKAR, kentang bakar dan memacam lagi..  Ya ampun!

Selesai makan, layan live band depan unggun api.  Siapa hafal lirik dan nak nyanyi leh join sekali atas pentas.  Hadehhhhh gagal sungguh sebab gagal menggunakan gugel mencari lagu nak buat konsert.  Demmmmmm hahahahaha

Dan tetiba, tansree Coco kak Anash naik atas dan mainkan lagu Hepi Birthday khas untuk Pae dan Hang Dhamin.  Masa ni Cawan lakss pegang microphone nyanyi lagu Hepi Birthday.  Satu lagi part yang best malam ni, diorang layan request kami nak lagu Hepi Birtday versi dangdut!  Lawak!

Bangun pagi, 7.30 dah gerak g tempat makan..  Huiii huiiiiii apa ni???? Kem bina lemak ke???? Bestnya makanan dia.  Benda first sekali aku ambil ubi rebus dengan kelapa dan gula merah. Mabeles!!!!

Jam 9, ada aktiviti hiking.  Nak rentas sungai, panjat bukit okay!  Makan bukan main, nahhhh sekarang jom bakar balik!  

Posing ngan semua #teamyellow.  Cawan kat belakang tu tengah bertenang setelah mendukung Zafran panjat bukit.  Zafran first nature trip dan third time untuk Aqilah.  Steady je deme.

Ini benda yang paling menggelikan mata dan meremangkan bulu kaki ku.  Tapi best tengok sebab ini jarang-jarang jumpa.  Tahu dak ini apa?  Yang melingkar-lingkar banyak-banyak ni bak boleh penuh sekuali ini rupanya anak-anak gonggok atau nama lain sepah bulan yang baru menetas.  Yang ini namanya anak, tapi saiz lagi besar dari yang biasa kita terserempak kat umah tu kot!

Dan penamatnya, sampai balik dekat tempat mandi manda petang semalam..  Yeahhh berjaya!  Hiking secara keseluruhannya makan masa hampir 2 jam.

River crossing... Laju air kat tengah-tengah tu.  Sambung lagi mandi sungai dan kolam sebelum siap-siap untuk balik.

 Untuk yang nak bercuti ke Tanah Aina dan risau pasal bilik air..  Bilik air kat sini memang lain sikit.  Nebes??? Kikiki...  Air leh layan nak mandi air sungai atau air paip.  Nyaman!

Dan kalau datang ramai-ramai leh solat berjemaah dekat sini..  Sejadah disediakan.

Pada aku memang bestlah dapat lari keluar dari bandar walaupun dalam tempoh yang singkat..  Ion negatif tu banyak sangat dan perlu recharge dalam suasana hijau.  Percutian Tanah Aina ni menang berbaloi.. Ayuh!!!

No comments: