Haluuuuu.... Selamat pagi Khamis... Salam jom sambung pi jalan kat China...
Sambungan dari sini --> cer ketik
Lepas dah makan-makan (omaiiiii rakus diorang nih merebut roti dari Baker's Cottage yang aku bawak dari LCCT, awat korang tak pesan awal-awal! Hahahaa), bersih-bersihkan diri, solat, kitaorang pun keluar untuk jalan-jalan kat dalam pekan Shenzhen ni. Perkara pertama sekali yang kena buat ialah mencari tiket keretapi ke Guilin, kemudian baru boleh pusing-pusing.
Tiket ke Guilin
Asalnya rancang nak naik keretapi ke Guilin. Tapi nasib tak berapa nak baik sebab tiket pada tarikh yang dikehendaki dah habis. Tiket keretapi ni boleh check secara online kat sini "train ticket online". Masa periksa dah tahu dah tiket takde, tapi tawakkal sajalah mana tahu ada rezeki. Pilihan kedua, naik ke bas. Harga tiket bas ni tinggi sedikit (ni masa survey secara online) dari harga tiket keretapi. Maklumlah lagi cepat dan lagi selesa katanya.
Dari Grand Theater, naik Metro yang sama dan selang beberapa stesyen untuk sampai ke stesyen keretapi/ bas iaitu di Luohu dengan tambang 3 CNY. Kat sana, cari kaunter 'tiket untuk perjalanan jauh'. Dan, hurmmm memang sohih tiket dah takde. Hujung minggu kot!!!!! Diorang ni raya cuti Hari Pekerja sampai hari rabu! fuiyoooo... 5 hari tu campur hujung minggu!
Pilihan kedua, naik bas. Stesyen bas, kat depan stesyen keretapi tu je. Nak beli tiket, untuk ke Guilin, cari satu syarikat bas ni kat sebelah 7 eleven... cer kome cari. Harga tiket bas ni setelah ditawar (kiki cuma try luck je sebab beli banyak, mengangguk juga tokei syarikat bas tu..) jadi 220 CNY. Kan ker untung tu beli kat kaunter tanpa ulat-ulat atau agen-agen.
Perbandingan harga tiket keretapi dan bas
Keretapi hard seat 35 USD (215~220 CNY)
Keretapi hard sleeper 56 USD (~345 CNY)
Keretapi soft sleeper 95 USD (~585 CNY)
Bas (sleeper) 220 CNY (~240 - 280 CNY sebelum tawar)
Nota : Perjalanan menggunakan keretapi adalah 14 jam, manakala bas 12 jam.
Memandangkan masa perjalanan yang panjang, pilihan yang terbaik adalah perjalanan malam dan kena lar ambil sleeper.. :D
WiNDoW oF THe WoRLD
Hoyeahhh dah dapat tiket, lega.... jom pi jalan. Seminggu sebelum berangkat ke Shenzhen ni, sebenarnya aku terbaca pasal satu tempat ni. Katanya mesti pergi kalau ke Shenzhen.. Wahhhh berkobar-kobar kot aku nak pergi. Nasib juga dalam plan, petang akan ke sana. Yeayyy... Ayuh!
Dari Luohu, naik balik Metro Line 1 (hijau) beli tiket ke perhentian Shijiezhichuang (Window Of The World) dengan harga 4 CNY. Perjalanan dekat setengah jam rasanya. Di perhentian Window of The World ni, keluar sahaja dari stesyen terus sampai depan pintu masuk. Komperem tak sesat.
Benda pertama yang menarik perhatian mata aku dari luar ni, tak lain tak bukan ialah menara Eiffel Tower... Hai bilalah aku nak bercinta hati kat situ kan??? Katanya salah satu destinasi impian weiiiii... Tak dapat pergi yang 'real' punya, meh kita g posing-posing kat replika dia dulu.. Kikiki.
Window of The World (WoTW) ni sebenarnya merupakan satu taman ala-ala Taman Warisan Islam kat Kuala Terengganu tu. Cuma beza WoTW ini, terdapat replika-replika bangunan-bangunan bersejarah, world wonders dan juga kawasan yang direkabentuk seperti beberapa kawasan 'scenic area' di dunia. Haaaa gitu kannn... Banyak tu!!!
Bayaran masuk bagi orang dewasa dan kanak-kanak di atas 1.5m ialah 160 CNY, manakala kanak-kanak di antara 1.2~1.5m dan warga emas (65-69 tahun ke atas) ialah 80 CNY. Percuma untuk kanak-kanak yang ketinggian di bawah 1.2m dan warga tua melebihi 70 tahun. Harga lagi murah kalau datang selepas 7.30 malam iaitu untuk 'evening show' iaitu 50 CNY.
Tempat ini buka dari jam 9.00 pagi sehingga 10.30 malam, tapi kalau cantik, cer datang tempat ni pagi ataupun awal petang. Aritu kami sampai dekat pukul empat, memang agak nyesal sebab tak sempat nak khatamkan seluruh kawasan jajahan. Ater semua pun pegang kamera, semua pun bajet retis aka model katanya. Posing itu jatuh taraf wajib kayssss kikiki.
SHoPPiNG Di SHeNZHeN
Keluar dari WoTW lebih kurang jam 8.30 malam. Hujan lebat mencurah-curah... Pasrah je la tak dapat nak khatamkan seluruh tempat dalam WoTW tu. Maszuber, adik dan kawannya terus pulang ke hostel, manakala aku dan John kembali ke Luohu untuk survey-survey barang nak beli esok katanya.. Haiiiiii nipuuuu benor tu kan??? Survey je tanpa terjebak??? Itu adalah MUSTAHIL wahai masMZ dan John weiiiii......
Diorang sebenarnya dah sakan shopping sehari sebelum aku sampai dan aku pula memang ada malam ni dan esok sahaja untuk pusing-pusing shopping kat Shenzhen ni. Tempat shopping kat Luohu tu, ada mall yang memang macam heaven katanya. Macam-macam ada dan pandai-pandailah tawar. Kalau tak, baiklah beli kat chow kit atau uptown atau downtown atau yang seangkatan dengannya sahaja.
Untuk shopping malam, berjaya jugalah aku menyambar beberapa buah beg termasuklah beg tangan (sungguhpun sebenarnya selama ni aku pergi mesyuarat bawak begpack je! huahuahua). Sikit tips shopping kat sini ~ jangan lupa tanya diorang boleh terima bayaran kad atau tak (ni kalau kes nak pakai kad larr). Diorang akan kata ada, walhal kena pergi kedai lain untuk swipe kad tu... Jadi kalau nak shopping sampai lewat atau ala-ala kedai nak tutup, baik pakai tunai. Untuk makluman dan peringatan, kedai-kedai kat sini tutup pada pukul 10.00 dan Metro terakhir adalah pada pukul 11.00 malam. Jadi, sila JANGAN LUPA DIRI wokeyyy!!!!
Esoknya, pas siap tanpa sarapan ni terus sambung g shopping lagi sampailah ke detik-detik terakhir sebelum bas bertolak.. Gila dak????? Nanges.. Nanges.. Baru kat satu tempat dah hampir nak kayap dowhhhhhhh.....
Barang-barang jualan yang boleh diborong dengan sakan di Shenzhen ni, termasuklah beg-beg yang berbagai jenis dan jenama termasuk beg troli, baju, seluar, kain-kain (kapas, lycra, sutera) dan juga barang-barang perhiasan. Best woooOOOoOoOOoOooOoooo.... Murah. Murah.... Beg pun boleh beranak pinak kat sini sampai kena pinjam tangan kengkawan kan?????? Hahahahahahaa.... Banjer plissssss.
|
Yang warna hijau tu, tempat naik dari Metro... Kat ruang bawah tu ada tempat-tempat tukaran matawang asing dan juga gerai-gerai kecil. Bangunan sebelah kiri merupakan stesyen keretapi. Sebelah kanan yang tak termasuk dalam gambar ni pula letaknya stesyen bas dan shopping mall. |
|
Ni masa beli tiket bas kat kedai mak angkat katanya.. Tanya-tanya sama ada boleh tinggalkan barang kat sini dak sementara nak jenjalan shopping petang esok. Iyalah takkan nak patah balik hostelkan??? Nasib baik, mak angkat John ni baik dan boleh juga kami tinggalkan barang dan duduk-duduk menunggu. |
|
Ehhh dah patah balik gambar ke stesyen keretapi ni balik. Faham dengan tengok nombor sahajalah. Lenlain tu, teman nampak cacing je... huaaaaaa |
|
Weee Window of The World!!!! Bendera Malaysia pun ada okay!!! Aishhh tak berkibar pula masa nih.. Aku dah tak sabo dah nak masuk dalam nih. |
|
Bila masuk je dalam tempat ni ada dinding tinggi yang tinggi dan berukir dengan kuil-kuil dan dewa-dewa di serata dunia.
|
|
Kalau kome bernasib baik, akan jupe icon ni pula! Hahahaha.. |
|
Angkor Wat ni salah satu replika yang terdapat di dalam kawasan WoTW. Dalam kawasan WoTW ni sebenarnya dibahagikan mengikut kawasan iaitu Asia, Afrika, Eropah, Ocenia dan seterusnya. Kalau ke sana, jangan lupa ambil petanya supaya boleh tanda mana kawasan dah pergi, mana belum.
|
|
Zoom in sket... Ok dah lupa ni replika bangunan apa... nanti aku buka peta balik :D |
|
Siap dengan patung-patung kecil untuk tunjuk kawasan dalam replika tu guna untuk apa. Kalau tak salah, patung-patung penari ni di Gyeongbokgung Palace, Korea. Aku yang pakai baju kuning kat belakang tu... #tetiber |
|
Nahhhh.... ada rasa kat Holland dak dengan umah kincir angin ni??? |
|
Itsukushima Shrine, 'famous floating tori gate' yang terletak di Hiroshima. Dinobatkan sebagai UNESCO Heritage Site pun ada kat sini. Belakang dia, haiyarkk tak nampak laksss kannn... ada replika Gunung Fuji dilitupi ais... jangan tak cari erk!
|
|
Alamak! Ni dah macam tempat Tellytubbies ni :D |
|
Eiffel, I'm in love!!! He sehhhhhhh..... sapa nak wak aku g sana woooooo.... *terus pasang bulu mata palesu setinggi klcc dan kelip2 mata lelaju.. #kacao sungguh tulisan cina tuh..., kasi kantoi wa jerrrr... cis
Saiz Eiffel Tower ni katanya satu per tiga dari saiz asal.. Agak-agak, mungkin tak kalau lepas 2 trip lain, tetiber aku leh sampai tempat ni betul-betul??? (goncang tabung!)
|
|
wooOOooOOo.... ada jugak side yang tak de tulisan rupanya... Cissss... Apapun, sebenarnya tower ni boleh naik untuk sight seeing dengan sedikit bayaran... Adeh lupa dah berapa...
|
|
I'm ni Egypt pulak kekdahnya... #sambil bedek2 pasport... "Iya mei????" errrr... lupa nak bagitahu yang kat dalam WoTW ni kan, ada satu kaunter dibuka dan diorang jual pasport. kat kaunter tu jugak, ada cop2 imigresen yang idak la tahu betul ke dak tulisannya. Kalau tak salah, pasport sahaja beli tapi nak cop negara-negara mana tu free.. Kalau tak salahlarr... Hajat hati nak je cop kat pasport betul nih, tapi tak berani pulak nak buat..
|
|
Ini antara scenic view kat dalam WoTW ni.. Gambar yang kat atas tu, ala-ala kat Jepun sebab siap dengan bunga-bunga sakura lagi tu. Gambar yang kat bawah nih, tempat fancy-fancy ni memang aku bayang Tellytubbies... Ni area belah-belah Holand la nih..
|
|
Ini antara barangan yang ada jual kat mall tu. Sebenarnya lagi barang-barang best, tapi sah-sah tak sempat ambil gambar sebab sibuk membedek dan menawar-nawar... Kalau siapa gila tas tangan (wow! handbag der), memang rambang mata aaaaaaa.... Antara barangan yang aku beli semasa di Shenzhen ni, termasuklah tas tangan, beg trolli (memang tahan lasak dan lawa, cewahhh), beg-beg kecil, baju budak, baju fancy (i'm living in colours katanya), aksesori dan kain-kain (kapas, lycra dan juga sutera china) Phewwwwwww..... kansel begpack, meh kita sorong beg troli weiiii..... | |
|
|
|
Ok.. inilah dia stesyen bas yang di Luohu ni.. Betul-betul depan dengan stesyen keretapi.. Kat bawah tempat bas, atas tempat shopping..
|
|
Ni masa tunggu bas kat kedai Mak Angkat John... Katanya suruh tunggu 6.30... tup-tup dekat kut 8 baru naik van, pastu naik kat stesyen bas lagi satu pulak.. Masa nak pergi naik bas, ada satu kejadian pulak haih... Tetiber tiket bas tak dapat dikesan... Punya la lama lepak bersenang lenang kat sini, tetiber baru teringat tiket pulak yer.. Haaaa menggagau! Nasib baik laaaaa tokey bas Mak Angkat John (ulang lagi... kuikuikui)... Jadinya, kami pun menaiki bas tanpa sebarang masalah :D Yeaayyy
|
|
Akhirnya masuk juga dalam bas dan kami bergerak menuju ke Guilin pada jam 8.30 malam... Mana gaya nih?? Tidur sahajalah kita ya????? Dalam bas ni takde sleeper nombor, jadi paling baik, naik la bas awal-awal leh pilih port mana kita nak... Hehehehe.. |
|
Akhirnya kami semua selamat tiba di Guilin pada jam 6.18 pagi... Wooo lama sungguh di dalam bas tu... Nampak dak selimut-selimut yang bergelimpangan kat bawah antara katil tu??? Masa dalam perjalanan kat mana ntah, diorang kutip orang lagi dan boleh pula diorang baring kat situ.. Hurm iyalah nak duduk memang tak muatlah melainkan kalau muka mengadap katil orang.... penuh laluan tu orang tidur. Nasib aku dapat katil tinggi. Idak le kalih muka pandang muka orang ntah sapa-sapa... woooo
|
Oklah sampai sini je untuk entri ni... Kalau mengikut perancangan, hari ini Dan Arif, kak Coco a.k.a #tansreecoco dan Janggel akan sampai di Guilin. Wahhh meriah.. meriahhh... Errrr.. yer ke Dan akan datang???? debor-debor orang tuh weiii.... wink wink ;D