Cerita dari sini -> INDia PaRT 6 : PLaCe To VisiT iN JaiPuR ~ HaWa MaHaL, JaNTaR MaNTaR, TiGeR FoRT
Sambung balik cerita India. Mengembara di Bumi Kari katanya Janggel. Seingat aku ada sekali je kot makan makanan berunsur kari sepanjang beberapa dah kat India ni. Dah yang itulah yang bawak 'baekkk' punya ceriberi pada aku sampailah dah balik ke Malaysia. Sungguh hebat penangan ujian kari nih...
Lepas je naik keretapi di Jaipur, rasanya aku tunggu kejap sampai orang datang periksa tiket lepas tu memang terus pengsan (tidur). Katilnya kecik kurus je (maksudnya aku pun masih kurus sebab boleh lagi nak pusing-pusing), tapi cukuplah bagi aku yang dah nak pitam sebab sakit perut yang hebat dari pagi lagi. Tambahan pula hari ni panas dan tidur tu macam ubat pulak rasanya (sebab tak yah nak jumpa mr Jamben ~ jamban).
Kami sampai di stesyen keretapi Agra Cantt pepagi alam (ala-ala kui 6++ gitu). Sebelum turun aku dah nampak dah sorang mamat ni dok nengok dan muka cam tak sabo-sabo nak nunggu kami (walaupun perasan retis, tapi haishhhhhhh). Dan memang komperem, lepas je kami jejak kaki kat stesyen tu, sibuk larr dia nak bawak kami naik tuk-tuk dia, nak bawak pi hotel bagai. Ada hati tu nak nak paw kami, kami dah kena tak mau dah kena lagi. Jadi kami buat bodoh je dengan dia, siap duduk jap kat tepi stesyen, check balik emel dari hotel. Nasib dalam emel tu, diorang dah siap-siap warning dan bagitaw maksimum harga dari stesyen keretapi nak pi hotel dalam Rs 40 je.. Jadi bila pegi kat tempat tuk tuk banyak-banyak, bila ada kata Rs 40, kami terus naik.
Tourist Rest House
Pejalanan dari stesyen keretapi ke tempat penginapan mengambil masa lebih kurang dalam 10 minit je. Sampai-sampai macam biasa kat mana-mana korang check-in hotel kat India ni, kena isi buku tourist diorang. Nak kena tunjuk pasport, fotostat dan bagitahu baru sampai dari mana dan nak ke mana pula lepas nih.
Sebab awal sesangat kami sampai, bilik pun tak siap lagi. Maka kat pun duduklah dekat kawasan taman a.k.a tempat makan a.k.a tempat lepak kat dalam tu. Janggel orang pertama pi cari mr Jamben, muahahaha mesti menahan perasaan gila-gila dari dalam keretapi tuh lagi). Nak sarapan kena tunggu sampai pukul 8 baru ada orang datang layan kami.
"TEH OOOOOO pekat satuuuuu, kopi OOOOoOOo pekat satuu" <-- setelah diterjemahkan.
[chai n black tea]
Haiiii tak sabarnya nak masuk bilik!!!! Hadeiiiiiii......
Tourist Rest House
4/62, Kutchery Road,
Opposite Zila Parishad Agra, Uttar Pradesh 282001, India
0562 2265018
|
Kawasan Tourist Rest House. Sewa satu bilik twin baru lebih kurang RM36 (murah sesangat!!) dan sebab nak cepat kami tambah duit sikit dalam RM8 untuk bilik air yang ada air panas.
|
|
Sarapan pagi kami yang seharusnya di'order' lebih dari sepinggan sorang lar. Muahahahaha.... Kat sini, makan je dulu berbagai ikut suka hati, nanti nak check-out dari hotel baru bayar. Jadi setiap kali makan tu, tepi-tepikan lar duit kat tepi sikit.
|
Idgah Bus Station dan cerita naik bas
Hasrat hati nak pergi Taj Mahal hari ni memang terkubur sebaik sahaja ada seorang mamat mat saleh ni balik marah-marah pada orang hotel sebab tak bagitahu Taj Mahal tutup pada hari Jumaat masa kami bersarapan tadi. Huwaaaaaa.... tukar plan larr kita nih eh? Jom kita pergi Fatehpur Sikri dulu hari ni. Nasib baik esok ada satu hari penuh juga kat Agra! #direstui.
Lepas berehat jap kat bilik, layan perut dan siap-siap apa yang patut kami pun keluar dalam pukul 10 pagi. Kami menapak keluar hotel sampai ke kawasan tuk tuk (tapi tak ambil pula tuk tuk sebab gigih sangat nak berjalan). Separuh jalan menapak, akhirnya kami tahan tuk-tuk. Nasib baik dapat tuk-tuk yang sanggup bawak kitaorang dalam Rs 30 (RM1.90), terus setuju naik. Nyesal tak tanya awal-awal! #padanmuka kekdahnya.
Stesyen bas Idgah, lebih kurang macam stesyen bas kat pekan-pekan kecil kat tempat kita juga. Tak susah nak cari tiket dan basnya. Tambang seorang bagi ke Fatehpur Sikri adalah sebanyak Rs. 26 (RM1.70) untuk perjalanan 36 km! Jauh tapi murah. Sebab? Bas macam reban!!! Hehehehe....
Ye... hari ini perjalanan kami bertemakan "Anak Jutawan Memilih Jalan Susah".
|
Nak beli tiket kat dalam tempat yang dibulatkan tu dan basnya kat depan tu je. Harga tiket Rs. 26.
|
|
Rupa-rupa anak jutawan yang pasrah dan tengah menahan sakit |
|
Dalam 2 jam perjalanan (tapi 36 km je?), kami melalui kawasan ladang nih. Kenapa 2 jam, nanti aku cerita.
|
|
Bila dah turun bas, kena menapak lagi masuk kawasan deret kedai ni sebab bas tak boleh naik sampai atas. Dalam perjalanan ni pun akan ada orang yang dok tanya-tanya suh ambil dia jadi guide. Laluan untuk ke Fatehpur Sikri ada kat celah-celah bangunan ni (sebelah kanan), jadi kena tanya orang. Kalau tak, kang terlajak jauh pulak.
|
FaTeHPuR SiKRi daN ToMB of SaLiM CHRiSTi
Setelah melalui celah orang ramai dan mendaki anak tangga yang agak tinggi, akhirnya sampai juga. Fatehpur Sikri ni sebenarnya salah satu UNESSCO Heritage Site. Maklumat pasal Fatehpur boleh klik kat sini -> Wikipedia Fatehpur Sikri, dan Tomb of Salim Christi pula klik kat sini -> Wikipedia ToMB oF SaLiM Christi.
Untuk jalan-jalan dalam ni, kami ambil guide untuk bercerita dalam Rs.200 (RM14/ 3 orang). Nanti kalau tak ambil, kami jalan saja pula dalam nih.
|
Walla, dah panjat bukit, nak kena panjat tangga lagi??? Ni pintu gerbang Fatehpur Sikri. |
|
Yeahhhh dah sampai! Bergambar sesambil mengah panjat tangga tetengah hari (matahari betul-betul atas kepala!)
|
|
Tomb of Salim Christi bangunan yang warna putih kat depan tu. Sibuk guide yang bawa kitaorang tu suruh masuk. Suruh pulak beli kain kapan eh kapas (cotton) untuk derma. Katanya nanti dapat 3 tali, boleh ikat dan buat wish. Wish? Ikat? Haishh!! #khurafat. Kekdahnya nak jumpa waris alim ulama dalam tu dan buat berkat. Diorang (guide dan ada sorang mamat kat situ, siap macam pandang serong lagi (macam nyampah kat kitaorang) sebab taknak beli kain dan masuk dalam tu. Huh!!!
|
|
Kubur dan kubur dan kubur |
|
Jualan yang terdapat dalam kawasan Fatehpur. Ukiran marmar yang sangat halus. Sebenarnya dalam gajah tu pun ada gajah lagi. Nasib baik larr hari ni mengaku susah dan tak berniat nak shopping.
|
|
Ehemmmmm.... Walaupun aku kata aku tak nak shopping, tak bermakna takde orang yang ngidam sangat nak beli something! Muahaha.... Seingat aku, ehem hahahaha... John dok cari souvinier pinggan marmar dari Delhi lagi... Dan bila dapat beli kat Fatehpur ni (walaupun penuh drama), muka hepi giles cam leh nanges!!!! Ekekeke... Masa ni larr aku tengok muka John paling berseri-seri walaupun masa tu mungkin melekit melengas (opssss!)
|
|
Dah, jom balik! Saujana mata memandang ke luar.... Agak-agaknya kat mana laluan bawah tanah yang katanya sepanjang 40km terus sampai Agra tu????
|
|
Laluan sebelum masuk ke pintu gerbang Gulav Shankar Gate yang ada deret kedai tu. Aku pun lupa dah kenapa aku tanda nombor-nombor dalam ni (kekdah lama sangat peram). Yang pasti, no 3 tu aku nak tunjuk OPEN TOILET!! Naaaaa sanggup tak nak membuang air kat situ????
|
PeRaYaaN?? 200 km PeRJaLaNaN
Omaiii cam nak naik gila kalau perjalanan yang hanya 36 km tapi kena harung panas dengan debu 2 jam dalam bas! Belum kira dengan lapar dan sumber bekalan air minum yang ada tak seberapa. Sepanjang perjalanan pergi dan balik, sepanjang perjalanan itulah kami sangkut dalam jammed sebab sebelah laluan jalan raya ramai umat yang sedang berjalan kaki. Katanya 200 km untuk sembahyang / upacara keagamaan. Sesungguhnya memang aku tak tahu larr itu perayaan apa, cuma kagum tengok diorang ni mengangkut beg, bawak anak, jalan panas-panas. Pakai kasut pun cam selipar je... Sepanjang perjalanan kami juga bertabah menahan telinga dengar bunyi bising dari speaker yang pasang lagu ke zanji ke aku tak pasti. Bila ada khemah je, maka hingar kawasan tu. Khemah ni mungkin untuk diorang yang berjalan tu rehat kejap dan minum air. Ni belum lagi kira yang bas/ lori pasang lagu yang sama kuat-kuat lalu / berhenti kat sebelah bas. #pekak
Nasib baik, perut kami semua sopan dalam menghadapi dugaan perjalanan yang panjang nih. Tak ada rasa nak bxxxk dan tak ada rasa nak terkucil.
|
Anak-anak 'jutawan' yang memilih jalan susah sebagai tema perjalanan... Siap aku pun tudung ala-ala kain pelikat lalalalala.....
|
|
Bas 5 seater dengan aircond free flow air, fuiyooooooo sebijik cam dalam drama dan aku rasa memang hidup aku dalam drama hari tu.
|
Kami sampai di Agra dalam pukul 5++ petang. Memang penat larr sebab duduk dalam bas lama. Malam tu kami lepak kat tempat makan sambil tengok-tengok gambar jer. Untuk makan malam, kami order nasi putih dan makan dengan lauk sambal ikan bilis. Lepas tu memasing memengsankan diri lagi.
Doa : minta-minta esok dipermudahkan cita-cita nak pergi Taj Mahal!