FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, January 12, 2011

JoM NaiK KeReTaPi - ETS iPoH To KuaLa LuMPuR

“Alo.. Mas, dah tetap ke nak ke Kolumpo camne?”
“Dah. Nak naik keretapi. Tunggu aku kat sana boleh? Lapar, teman makan! Hahaha”

Jam 2.40 petang,“Alo.. Mas, ko katner?”
“Parking. Dah sampai ke?”
“Betul ke nak naik keretapi?”
“Haaa... betul!”
“Ni keretapi pukul 3.00!”
“Haaa??????? Pas kui 3 kui berapa lak?”
“5.30 petang!”
“Ampun, jangan marah aku....”

Salah aku kerana tersalah pendengaran akan hal puan Auntie yang sebelum ini menaiki keretapi jam 3.30 petang... Adeiiii, cuai kerana tidak merancang perjalanan dengan menyemak jadual perjalanan keretapi terlebih dahulu. Lain kali, sila telefon 1-300-88-KTMB(5862) atau semak laman web ETS-Train KTMB dulu ya!


Jadual perjalanan ke arah utara klik sini ---> Jadual 1
Jadual perjalanan ke arah selatan klik sini --> Jadual 2

Perjalanan naik ETS ni, kemudiannya berlanjutan ke naik komuter, naik LRT dan bagai....


Wokeh... dah ada dalam ETS, bilo nak gerak nih??? Tadi ingat dah tak cukup masa dah... Hahaha

Keadaan dalam ETS... Ruang tempat duduk luas dan selesa...

Tak sempat makan??? Dalam ETS ada 'cafe' dan 'steward/ess' yang menjual makanan

Sepanjang perjalanan pergi dan balik melayan cerita kartun

Aktiviti dalam ETS, membaca, tido, tengok orang ... dan ada rupanya ada plug kalau nak pakai laptop (cess tidak ku perasaan akan hal itu sehinggalah nak sampai ke Ipoh balik!)

Tangan memang gatal, ni gambar curi dari cermin (refleksi)

'Tuaian' di stesyen keretapi Batu Gajah. Sebenarnya ETS ni akan berhenti di beberapa stesyen iaitu Ipoh - Batu Gajah - Kampar - Rawang - Stesyen Keretapi Kuala Lumpur - KL Sentral

Perjalanan dari Ipoh ke Kampar mengambil masa 20 minit

Yippie... Dah sampai KL Sentral...

Hari nak balik... Naik komuter ke Kuala Lumpur...

Ni tak de kerja lar nih...

Refleksi... melayan masa dalam ETS

Dah terlentok pulak! Alololo

Haaaaa... sampai pun... Ramai orang naik ETS ni sebenarnya... Koc yang KJ naik pun penuh

Tak de keje dan sempat lagi menembak... Agak-agak bila nak pegi Hatyai erk?!

Info train -
Tambang - harga adalah berbeza mengikut jenis iaitu 'Platinum', 'Gold' dan 'Silver' (klik sini --> tambang) RM30 sehala (tawaran sehingga Tahun Baru Cina)
Perjalanan Ipoh - Kuala Lumpur (dan sebaliknya) - 2 jam 15 minit
Kemudahan - tempat duduk selesa, ada meja dan plag, bilik air, cafe dan siaran tv (kartun!)

Catatan :
Huahuahua.... Den nak citer yang Den jumpa somebody dalam ETS ni..... Tungguuuuuu

Tuesday, January 11, 2011

JaUH Di MaTa JaUH Di HaTi

HuH!!!!!!!!!! TeRaSa BeNaR BeTaPa UNGKaPaN ‘JaUH Di MaTi JauH Di HaTi’ iTU TeRLaLU BeNaR DaN DeKaT MaKNaNYa KiNi…. DeMmmm (dam dum ok!)...........

Perjalanan ke Kampung Kedua yang nampaknya sudah menjadi Kampung Pertama aku memang tidak dirancang langsung. Tidak ada perancangan aku untuk ke Kampung Kedua, namun atas kemenangan skuad Harimau Malaysia cuti umum khas diumumkan oleh YAB PM, aku menerima pesanan ringkas dari Enchek DeDi seawal pagi Khamis.
“Doter (nama sudah tukar kasi sedap cerita), kamu ke Kampung Kedua hari ini ke esok?”
Respon pertama – ternganga. Respon kedua – perlukah?
“Dedi n Mami nak tumpang lar Doter”
“Ermmm... Baik”
Namun atas beberapa pindaan perancangan oleh Enchek DeDi dan Puan MaMi yang tiba-tiba mahu memandu sendiri, maka aku memutuskan untuk menaiki keretapi sahaja. Mujur Puan MaMi izinkan (Doter nak merasalah MaMi. Ahad nanti boleh terus balik Kampung Perantauan ni terus).

Dijadikan cerita juga sepanjang minggu lepas, beberapa orang teman beriya-iya mahu aku ke lokasi Kampung Kedua dan aku katakan kebarangkalian besar tidak kerana baru sahaja pulang dari sana. Ahhh, mungkin menggembirakan hati Enchek Dedi, Puan MaMi lagi dan memenuhi permintaan teman-teman adalah yang terbaik untuk hujung minggu tahun baru ini apatah lagi waktu yang aku punya panjang. Baik... Aku pergi lar juga.

Masa yang aku luangkan untuk Enchek DeDi dan Puan MaMi memang tidak dinafikan tidak dapat ditimbal balik. Cukup-cukup berharga. Beberapa perjalanan aku ke Kampung Kedua memang untuk bersama mereka. DeDi, MaMi, Doter luv you so much.

Kepada kamu, kamu dan kamu yang beriya memujuk aku untuk berada bersama kamu, aku merayu kepada kamu dan kamu supaya aku tidak lagi dilibat-libatkan di dalam perkara-perkara yang kamu cita-citakan buat kesekian kalinya??? Sekali... Dua kali... dan yang ketiga kali cukup... . Mungkin sukar untuk keempat kalinya... Dem (dam dum!)... .

Buat kamu seorang sahabat lama aku pula (yes my dear I luv you muah muah muah), beberapa minggu lepas kamu secara tiba-tiba memohon maaf kerana telah mengatakan bahawa kamu berkecil hati kepada ku kerana aku tidak ada masa untuk bersama kamu dan teman-teman lain. Kebetulannya aku sangat sibuk dengan tugasan pejabat dan hujung minggu ku juga telah disaratkan dengan aktiviti-aktiviti yang telah jauh dirancang berbulan sebelum ini dan aku lebih kerap ke Kampung Kedua kerana pertemuan-pertemuan dengan Enchek DeDi dan Puan MaMi lebih banyak di sana. Sungguh aku sentap kerana bukan niat aku tidak kembali ke Kampung Pertama. Terkejut sama sekali. Tidak tersangka perkara ini akan timbul. Sahabat, aku tahu kamu membaca ini. Aku juga mohon maaf kerana bukan niat aku begitu. Terlalu banyak kebetulannya dan menghubungi kamu juga sukar kerana lokasi kamu yang tidak menentu dan perhubungan kita perlu melalui Enchek uNKeL daN PuaN auNTie.. Lantas, tatkala kamu merayu aku ke lokasi Kampung Kedua (kamu juga) aku turuti. Harus aku akui, aku minta maaf kerana aku merasa kecewa dengan kesungguhan kamu.

Merayu aku kepada kamu, kamu dan kamu untuk tidak mengikat aku jika ia hanya untuk kamu atau apa yang kamu mimpikan. Aku suka menggembirakan kamu dan memenuhi impian kamu tetapi.... bukanlah sesuatu yang menggembirakan lagi jika akhirnya apa yang dicita-citakan kamu itu tidak diusahakan oleh kamu juga sedangkan aku sudah beriya dan bersungguh. Aku merayu supaya kamu dan kamu dan kamu berhenti berusaha untuk menebus apa-apa kerana apa yang cuba kamu kini, jelas menunjukkan keterpaksaan dan lebih buruk kerana kamu menyeret aku ke dalam keadaan kamu. Telah ku cuba melahirkan Ok - takde masalah - no problem. Telah aku turuti kamu dan kamu. Tidak perlu merasa sibuk kerana mahu mengganti apa yang telahpun terjadi (or what so ever). Dengan sepenuh harapan, aku merayu yang sudah biarkan berlalu. Rayuan aku juga supaya kamu dan kamu berhenti menunding jari di antara kamu dan kamu untuk mengelak daripada perkara-perkara yang telah kamu usulkan sendiri.. Kamu tak sanggup menjadi aku.

Teman Setia, aku rindu kamu tapi benar kata kamu Jauh Di Mata Jauh Di Hati. Nampaknya kali ini kamu bukan bergurau. Doa kamu benar bukan sahaja untuk kamu dan aku. Aku juga melihatnya merata-rata... Terima kasih.


Teman Jiwa, semoga kamu cepat sembuh... Tidak sabar mahu bertemu dengan kamu, gue rindu bangat sama loe ;)

Sekian...

M.A.S.A