FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, May 16, 2016

CYBeRJaYa : CYBeRVieW ReSoRT & SPa [RaMaDHaN BuFFeT]

Haluuuuuuuu
Salam Ramadhan dah dekat...
Salam ganti puasa dah habis ke belum...
dan Salam jom beriftar!!!!

Ada yang tengah cari tempat iftar Ramadhan yang sedap dan lapang tak sesak?  Jom ke Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya.  Weeeee... Iftar bersama Chef Imran kekdahnya.  Apa spesel??? Jom kita pi tengok.... 


Sebenarnya ini kali pertama aku masuk Cyberview Resort & Spa kat Cyberjaya ini walaupun tempatnya dekat sesangat kalau nak menyimpang-nyimpang masuk cari makan ke cari spa ke... Eceh...  Tapi peluang untuk pre-iftar baru-baru ini memang aku tak lepaskan peluang.  Dari pintu masuk resort sehinggalah sampai dijemput duduk, tak habis-habis disapa bak diri ku ini diva sangat hahahaha... Jadi, walaupun datang seorang, dek kerana hospitabilty dan keramahan semua staff resort, nak masuk pun terus tak kekok.

Tempat beriftar Cyberview Resort ini dibuat dekat Verandah Restaurant.  Lokasi tepi taman yang cantik dan tepi kolam.  Bagi yang nak berbuka puasa kat sini, pilihan duduk dalam restoran atau luar, dua-dua aku rasa best.

Ok, jom tengok dan terai apa yang diorang ada :)

Ini salah satu line up untuk hidangan berbuka.  Kalau nak kira, sepanjang table ini bahagian depan dan belakang memang penuh dengan hidangan pembuka selera.  Boleh pilih dari fresh salad bar, local salads dan kerabu (tempting giles!), malay platter (dari rojak buah, pasemboq, tahu sumbat huihhhhh!), ulam-ulam dan sambal (sambal berderet dalam lesung, tak tahu nak pilih yang mana nih?!), 

Kerabu pun ada lima enam jenis pilihan...  

Nasi Mandy dan kambing golek... 

Gulai asam pedas.... Ikan boleh pilih-pilih, nanti diorang masakkan on da spot

Gulai tempoyak.... Ikan boleh pilih-pilih, nanti diorang masakkan on da spot.  Chef Imran cakap, untuk gulai tempoyak ini, patin buah yang paling sedap... Nyum nyummm


Pilihan segar ikan yang hendak digulaikan

Gulai kawah!!!!!!!  Gulai daging, gulai kambing, gulai kerbau, gulai pisang dan gulai nangka!!

Highlight dan mesti makan! Ngeh ngeh ngeh, dari gerai ikan dan udang segar.  Ok, aku pun makan sepinggan, ala tak sedar diri ni :D

Lauk-lauk...  SUP TULANG MERAH pun ada..... pojaaan hati ku sangat tuuuuuu

Dim Sum!  Panas-panas!  Nak yang goreng pun ada..

Antara laksa Penang, laksa Johor, laksa Kelantan yang ada kat sini, aku pilih laksa Sarawak...  Bukan senang nak cari :D

Antara pilihan roti dan pastry yang ada.. Tapi yang ni cam best jerrrrr

Tekak Jepun?  Sushi ada, okonomiyaki ada....Tapi aku tak reti makan seaweed, jadi skip yang ni. 

Super fun, sebab ada kids corner..  Tak perlu lah nak tunggu budak-budak kalau nak serbu pun.  Tak ke rasa best sangat nak makan strawberry celup dengan coklat dari fountain tu???

Jangankanlah anak-anak, aku  ni pun tak tahan terambil juga sebab tempting yakmats.. Hiks

Siapa tengok red velvet ini tapi tak ambil, balik rumah mesti mengigau memanggil-manggil

Oklah walaupun disebut ketinggalan, tapi ini pestaim ai makan churros nokss... Sedap!  Boleh pulak nak cicah gula perang, coklat atau vanila.. Ok tiga-tiga aku terai... Yang tiga bekas lagi tu ada goreng pisang, keledek dan satu lagi tu keladi goreng.

Pengat pisang, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur asyura...

Bagai selaut pilihan buah-buahan nak pilih

So, siapa yang macam dah terliur-liur tengok makanan dalam ni, sekarang Cyberview Resort and Spa ada buat promosi Early bird dengan harga RM95nett untuk dewasa (hanya untuk minggu pertama dan keempat Ramadhan), dan RM108nett untuk sepanjang bulan.  Voucher ini dijual sehingga akhir Mei 2016.  Harga bagi walk-in, adalah pada RM138nett bagi dewasa dan RM69nett bagi kanak-kanak.  Ada 248 menu nak pilih nih!!!  

Soalan lanjut, bolehlah hubungi 03-82127091 /7092.
Atau bolehlah rujuk kepada laman rasmi di sini Cyberview Resort & Spa.

Terima kasih Cyberview Resort and Spa untuk slot Ramadhan Media Preview ni.  
Makan semua sedap-sedap :D

Dan untuk semua kengkawan dan pembaca sekalian, SELAMAT BERPUASA semua...


No comments: