FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, May 8, 2013

SHeNZHeN : PeRMuLaaN PeRJaLaNaN Di BuMi CHiNa

HaluuUuuUuuuuuu..... Salam JoM Pi Jalan.... Jom... Jom... JOMMMMM....
(pehal panjang naw jom nyer... walhal baru balik neh???? huhu... padah cuti lelama kan dah liat nak pi keje balik.....  Cam mana lar kalau leh cuti terus-terusan tak abes-abes erk??? best ke dak???)
 
Dek sekarang tengah panas lagi cerita Cina eh China, meh nak sesama meriah dengan geng #travelholicawesome lain lar tulis trip merentas 2 negara (dan sebahagian dari kami 4 negara).  Betul... Baru sahaja tiga hari kembali ke tanahair selepas me'nyukat' jalan dari Shenzhen dan beberapa tempat lain di China sehinggalah ke Hanoi, Vietnam.  Sempat taw, balik mengundi buat kali pertamanya (saya baru 21++ tahun kekdahnya, auwwwwww).  Untuk trip kali ni aku bersama-sama dengan John (Kaki Berangan), Maszuber, Ana Zuber dan Naju (mereka telah memulakan perjalanan 5 hari lebih awal ke Hong Kong dan Macau), Janggel, Kak Coco a.k.a #tansreecoco dan Dan Arif (semasa di Guilin, China).
 
Rancangan untuk trip ni rasanya dah nak dekat setahun.  Beli je tiket dari Air Asia tu dengan nekad, walau tak tahu bole pergi ke dak.  Tunggu dan lihat jer... Alhamdulillah, perjalanan dipermudahkan.
 
Aku ke Shenzhen seorang diri untuk bertemu dengan kengkawan yang terlebih dahulu ada kat sana.  Flight subuh alam pukul 6.25 pagi.  Haihhhhhh.... sape nak ngantar pepagi neh?????  Makanya, adindaku dikerahkan untuk hantar ke LCCT.   Ada sesiapa pernah tidur kat LCCT?  Kalau kat sana, ini memang kali pertama.  Rupanya tepat pukul 1, diorang nak tutup pintu bangunan, semua orang kena keluar... Aiyo!  Tepuk dahi!  Maka malam tu, tidur duduk atas troli lar aku kat luar depan McD.  Nasib baik ada baju sejuk dan dapat port elok.  Kebetulan, sejurus lepas tu ada dua orang awek cina sorong troli tepi aku.  Sembang jap, rupanya transit di KL dari Australia nak balik China, sama penerbangan ngan aku.  Maka saling berpesan, manalah tahu kot-kot terlajak pulak lelapnya.  Abes 1 citer sadis.
 
Perjalanan ke Shenzhen mengambil masa lebih kurang 4 jam.  Naik ke flight memang aku qado tidur puas-puas.  Zzzzzzz....  Bangun, sambung nyembang pulak dengan orang sebelah, auntie ni nak g jenjalan ke Hong Kong katanya dengan family.  Tapi family dia dok kat baris depan... Wooooo wokeyyyy... Dan lepas sarapan nasik lemak sampai... leh sambung zzzzz lagi.... hampeh je aku kan.. kikiki. 
 
 Aku tiba di Shenzhem lebih kurang 10.30 pagi.  Nak lepas imegresen untuk check pasport masuk memang tak ada masalah.  Kad ketibaan memang dah isi siap-siap dalam penerbangan.  Tapi lepas scan beg, demmmmmm.... mai kisah sadis aku yang kedua...  Haishhhhhh....  Sebenarnya dalam beg aku ada pisau yang lipat yang macam-macam fungsi tu.  Sumpah aku lupa pula nak keluarkan, perasan masa buka beg kat LCCT malam tadi.  Dalam hati aku memang suspect kena tahan sebab tu kot...  Masa scan beg, kebetulan aku sembang lagi dengan awek yang sama dengan aku malam tadi.  Masa kena panggil, awek dua orang tu pun tak pasal-pasal kena soal sama ada diorang datang bersama dengan aku atau tak.  Kenal atau tak...  EEeeeee......  Mujur la diorang lepas kejap je. 
 
Yang periksa tu, rasaya kastam diorang kot.  EEeeeeeee.... boleh pulak aku kena panggil nih....  Makanya aku nih pun dilayan seperti seorang yang sungguh suspicious bak mahu merompak dan mengganas agaknya.  Asasnya, aku tenang lagi sebab mungkin terkesan piso ataupun lense2 aku tu gamaknya diingat butiran bom?  Hurmmmm.... haiyarkhhhh (mood jackie chan).  Memula disuruhnya aku keluarkan barang-barang aku dari dalam beg.  Pelik sungguh sebab yang disuruh keluarkan barang ialah beg yang aku bawak naik atas. Dah keluarkan semua barang, yang 'mem' besar tu dengan rakus ambil beg aku tu pi scan balik semula. Ok fine... Suka hati ko larr...  Dalam hati, ni sah bukan pasal piso nih.
 
'Mem' ni tak reti cakap omputih..  Muka memang kerek giles..  Sabar Mas... Sabar... Nasib baik pembantu dia cool, tahu speakong dan lebih professional.  Sibuk Mem ni tanya kenapa aku datang, aku nak pergi mana, dengan siapa aku datang, siapa yang aku nak jumpa, siapa yang tunggu aku, berapa hari dan banyak lagi la soal jawabnya.  Bila aku jawab, aku ada empat orang kawan yang dah ada kat sini sebab datang lagi awal, Mem tu terus pergi keluar dan cari empat orang yang aku maksudkan...  Macam haremmmmm bila masuk cakap "Tak ada pun kengkawan yang tunggu aku." WoooOOOooooooo.... terpaksa aku explain lagi sekali, pastu keluarkan emel direction nak pergi hostel.  Masih lagi tak puas hati, aku dibawa pula ke satu bilik untuk x-ray...  Gitewww mak weiiiiiii... nak scan badan pula...  Suka hati kome lerrr... yang aku ingat, malam tadi aku makan beger mcD, dalam flight aku makan nasi lemak.  Ikut sahajalah....  Kira-kiranya dekat sejam juga aku tersangkut dalam prosedur tuh...  Memang hampeh...  Mamat tu minta maaf kat aku, katanya prosedur.  Eeeeeeeeeeeeeeeee.... banyaklah mengkome punya prosedur.
 
Keluar dari kawasan lapangan terbang, aku terus cari train (Metro) untuk ke hostel.  Nak pergi Metro, kena keluar dari bangunan, belok kanan dan ikut sahaja papan tanda yang ada gambar keretapi warna hijau.  Tercengang-cengang jap aku...  Mana pula gaya nak beli tiket nih..  Ini ke Metro? Ke line lain pulak ke kan?  Mamat kat kaunter tu tak reti pulak cakap omputih..  Nasib baik tetiba ada seorang insan ni tegur aku dan tanya nak g mana.  Fiuuuuu lega.....
 
Tukar duit kecil kat kaunter kemudian terus beratur kat mesin tiket.. Rupanya hostel yang aku nak pergi ni dalam line yang sama. Tak perlu susah-susah nak tukar.. Yeayyyyy....  Kat mesin tiket ni, nasib ada pilihan bahasa Inggeris.. kalau tak, harus 3 jam aku nak beli tiket membedek huruf satu-satu.. hahahaha....
 
Panduan kalau pergi tempat-tempat yang kita tak pernah sampai, baiklah minta orang hostel bagi direction lengkap macam mana nak sampai kat tempat diorang.  Lagi baik, minta diorang tulis dalam tulisan 'local' supaya senang nak tanya-tanya kat orang.  Macam tempat aku nak pergi nih.. diorang bagi panduan camni
 
Shenzhen Grand Theather Hostel
 
"...our Chinese address is 深圳市罗湖区金塘街48号帝廷峰大厦(即丽晶大厦北座)28B,our reception number is 0755-82481961, please give us a call or show people the address if u have trouble finding us. If you take metro, get off at grand theater station, exit from E, turn left and walk through the parking lot of the tall peak shape building around the side and to the back of the building. you will then see another tall building across the street with a black iron gate and the number 48. cross the street and enter that building. security will buzz the door the the elevator hallway. take the lift to floor 28. we are at 28B to the right of the lift. "
 
Hostel ni dalam apartment, tiga bilik kalau tak salah.  Kami conquer 1 bilik, hihihi.... kos untuk seorang ialah RM29.41.  Murahkan??
 
Owh yaaaa... tambang Metro dari lapangan terbang ke hostel (berhenti di Grand Theater) berharga 8 yuan dan mengambil masa lebih kurang 40 minit.  Sampai-sampai hostel, weeeeeeeeeee...... syukur.
 
Meh layan gambar sambil cerita pula...
 

Ini gambar pertama yang aku ambil kot semasa sampai di Shenzhen.  Lokasi?  Dalam hostel.  Memang takde mood lepas kena tahan lelama tadi.. Kan dah terlepas gambar airport Shenzhen. Haishhh....


Nahhhhh..... bangunan 39 tingkat kekdahnya... Ingatkan bila duduk tingkat 28 tu dah kira penthouse dah.. Belum lagi rupanya!  Tapi nak habaq mai, naik lif ni kejap je sampainya.  Idaklah macam kat sini, nak naik tingkat 5 pun berjam nunggu. Hehehe


Ni keadaan dalam bilik.  Kata diorang, ada katil yang ada tuan lain...  Nasib masa malam aku tidur sana, memang bilik tu kami sahaja yang duduk.  Senang sikit buka bekal makan :D
 
Dah bersihkan diri, makan, kami tunggu zohor sebelum bergerak untuk keluar membeli tiket ke destinasi selanjutnya dan jenjalan di dalam kota.  Ceritanya.... kita sambung nanti... opssss soweeeeee......
 


Wednesday, April 24, 2013

IPoH : WHaT i CaPTuReD DuRiNG HeRiTaGE WaLK TRaiL (PHoTo SHaRiNG)

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Jalan :D

Hari ini, tak ada cerita-cerita sambungan lagi.. Bertabah sajalah menunggu sebagaimana aku juga menabahkan diri me'nyukat' jalan di empat daerah dan kekadang sampai lima daerah dalam satu minggu....  Lunyai, lemau semua pun ada....

Apapun, berbalik kepada entri kita hari ini, pada hujung minggu yang lalu, Kaki Jalan terima satu pesanan ringkas.  Katanya ada tetamu dari #pekanKolumpo katanya nak masuk kawasan Kakak Jajahan (amboi giteww pulak yer?!).  Memandangkan kebetulan masa tu berada di Ipoh atau dalam bahasa aku #negaraEeypoh, makanya tetamu itu bersambut. Naaaaaa.... siapa dia tu.... kita bocorkan kemudian. (eh cam nak ngarang panjang pulak! rasa cam nak kongsi gambar jer... kikiki)

Oklahhh... Jom layan gambar yang Kaki Jalan ambil masa buat Heritage Trail Walk dengan tetamu dari #pekanKolumpo dan seorang lagi kawan beliau. 

Ok... baru tahu ada hotel bajet baru yang bukan main gagah tersergam kat tengah pekan Ipoh ni.  Lokasinya betul-betul berhadapan dengan kedai Nasi Ganja....  Kat mana Nasi Ganja??? Haaaa serius ke tak tahu??? Kalau masuk pekan Ipoh, lokasinya dekat dengan Balai Polis Pekan Baru

Bangunan dalam bangunan. Kalau tak lalu betul-betul, orang tak perasan sebab gambar-gambar dinding lebih menyerlah.  Dari bangunan lama dua tingkat, bangunan sekarang tak pasti dah jadi berapa tingkat... Yang pasti, memang bertingkat-tingkat.

Bangunan lama ini mempunyai empat jenis tingkap yang berbeza mengikut tingkat

Namanya tingkap juga?

Pintu-pintu lama dipalang

Juga digril gaya lama

Siapa tahu ni apa?

Basikal roda tiga dengan plat nombor.  Tak pernah pula terjumpa di tengah jalan.  Barangkali untuk digunakan di sekitar blok-blok kedai berdekatan sahaja kot?

Juga jumpa benda-benda yang terapung nih... Hahahaha... Iyolah terapung kununnnn.....  payung cina nih...  Kalau payung yang kaler coklat lakssss, lainnnn.....

Fiuuuuuuuuuuu...... antara benda paling mahal yang terjumpa hari tu.  Memang klasik habisss.. Kain pulicat chop sipoth okayssssssss....

Pernah jumpa Marilyn Monroe kat #negaraEeypoh???  Ni first time aku jumpa...  Kalau dia datang, memang kena kacau dengan budak-budak macam ni kan... Kompem!

Seriously ternganga sebab tiba-tiba boleh sampai dalam tempat nih....  Ada Art Gallery di tengah-tengah pekan lama #negaraEeypoh

Semua yang ada di sekeliling kita ada cerita dan ada sejarah dan rahsianya sendiri. Ditutup berlapis-lapis, suatu ketika akan terserlah juga.

Untuk sampai ke atas, kita perlu bermula dari bawah.  Peluang sama rata, mencari cahaya atau sebaliknya.

Ok dah habis dah sesi kongsi gambar... Semua gambar-gambar di atas dalam kawasan pekan Ipoh lama.  Jika ada kesempatan lain, nanti akan dimasukkan bangunan-bangunan yang disenaraikan di dalam Ipoh Heritage Trail Walk (tapi opkos la tak tahu bila...... kikikiki *larikkkkkkkkkkkkkk)

Terima kasih buat Wak Jan dan juga Airil untuk ekplorasi petang yang best.  Sampai bertemu lagi :)