FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, August 7, 2011

ExceLsioR, IPoH : JoM Buka PuaSa n TuNaiKaN PeRMiNTaaN BiRTHDaY GiRL/s??

Dialog minggu lepas masa di kampung,
O : Ko minggu depan balik lagi tak?
M : Minggu depan tak dah kot! Dah berapa bulan dah berturut-turut asyik travel je... [termasuk aa sebab kena kerja hujung minggu! huh bosan!]
O : Minggu depan Y balik kot, leh kita buka puasa sama-sama
M : Kalau kat kampung, mana boleh buka puasa dengan korang! Weh meh lar datang Ipoh... Leh celebrate birthday deme kat sana (time ni aku dah bisik dengan O sebab N ada dalam kereta, hoho)

Jadinya, petang tadi diorang pun sampai. Hari ni birthday N dan Y pula baru je sambut birthday dia pada 1 Ogos yang lalu... N, Y dengan O ni kengkawan aku dari sekolah rendah wokeh!!! Dan jangan tak tahu yang Y tu dari sekolah tadika!! Fuh fuh fuhhhhhh cam tak caya eh! Ni pun tak cukup korum ni, ado laei sabonar nyer... Dalam pujuk rayu aku soh diorang datang Ipoh, aku cakap nak masak-masak (cewahhhhh), tapi birthday girl wish nak berbuka kat hotel!!!! Owweeeeeeee.... baekkkkkk.... Jom!!!!

Maka, kami pun berbuka di Dalang Coffee House, Hotel Excelsior.
Pakej Ramadhan Buffet yang diambil - RM38/- bersih. Kanak-kanak RM19.50 bersih.
Secara keseluruhannya,
Makanan - ***' banyak pilihan ada nasi beriani, nasi putih dan macam-macam lauk, ikan bakar, kambing, rojak, mee goreng, assam laksa, mee kari, bubuk lambuk, dan pelbagai jenis manisan
Tempat - ***' selesa. Kemudahan surau juga ada *sila bawa telekung sendiri sebab dalam surau ada sepasang sahaja telekung!
Xtra - ***' lepas je turun dari solat, masuk-masuk ada lagu raya, pastu ada pula live band dari Filipina (ada orang dapat lagu birthday!!!)
Servis - **' lambat eh diorang ni nak angkat pinggan dari meja! Udah lar meja punya keluasan secukupnya aje!!

Dah habis makan-makan, kami pun jenjalan ke Greentown... [mao sambung ke tak eh????]

Tempahan : 05-2536666 ext 8514.
Lokasi : 43, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30300 Ipoh















meh meh kita jenguk-jenguk jualan kat GM!

Selamat meneruskan puasa erk semua :D


psst. psst : Nana, Yus, selamat ulang tahun! Semoga dikurnia kesihatan yang baik, sihat tubuh badan, dimurahkan rejeki dan dipanjangkan umur... Copek-copek aaaa pecah rekod, weeeeeeee



Friday, August 5, 2011

BRoGa, SeMeNYiH : JoM maiN LaLaNG LaGi

Broga... Terjebak lagi walaupun pada sebelah malamnya hingga menjangkau jam 1 pagi masih lagi membuat pujuk rayu supaya perjalanan dialih arahkan ke aktiviti main air... Akhirnya, " Baiklah, saya ikut saja"...

Broga tidak pernah semakin cantik berbanding dari kali pertama aku ke sana, namun tetap juga aku ke sana... Populariti Broga tidak dapat menahan dari sesiapa pun untuk ke sana. Ada yang menikmati Broga ketika matahari bangun dari pertidurannya, ada juga yang menikmati Broga untuk melihat bintang bertaburan di siling bumi. Namun, buat aku 'menikmati' Broga dengan melihat manusia berpesta di setiap puncak Broga. Sudah sesak!! Mendaki juga perlu beratur, haihh!

Pendakian kali ini, sama ada percaya atau tidak, aku hanya mencecah puncak yang pertama dan itu juga tidak sampai ke tengah... Ya udeh, sini udah cukup... Mari kita layan gambar je... Klik! Klik! Klik!













*hurmmmmm.... nak kongsi ke tak ehhhhh projek Broga XXX???? ngingau2 pulak nanti....