FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, May 10, 2017

PaKeJ BeRBuKa PuaSa Di SiMe DaRBY CoNVeNTiaN CeNTRe 2017

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali….

Salam rindu dan salam nak menyambut Ramadhan….
Semalam tebiat menyanyi lagu Ramadhan tiba… Ramadhan tiba… hahahaha ok siapa tahu lag utu?

Nak sambut Ramadhan ni  korang dah siap plan ke nak berbuka kat mana?  Beriftar dengan keluarga, dengan kengkawan, dengan opismate, dengan yang ehem-ehem tersayang gitew….
Meh arini nak kongsi, satu pakej iftar untuk korang buat pilihan. Cewahhhh…

Hari tu dapatlah join iftar preview di Halia, Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara dengan tema ‘Selera Ramadhan’.  Bukan main banyak menu yang membuka selera sampai terduduk jugalah kekenyangan kat sana gagaga.  #DASAR!!  Menu wajib Ramadhan yang menggiurkan antaranya termasuklah Bubur Lambuk Berherba, Lidah Goreng Pedas, kambung bakar, murtabak, seafood rojak pasembor, roti john, pulut serawa durian (auw!) dan bubur kacang hijau durian.

Ada 19 stall yang akan sediakan masakan yang dimasak secara ‘live’ seperti stall sup berempah, pelbagai sushi dan sashimi, sizzler hot plate/ shell out, kue teow Penang, satay!, masakan kawah Pak Yus, ketupat palas, pelbagai jenis tempura, shawarma dan cucur atau orang utagha sebut cucoq.

Selain Halia, Sime Darby Convention Centre Bukit Kiara, ada satu lagi restoran yang terkenal kat sini (aku pun suka yakmats!) iaitu China Treasures.  Untuk berbuka puasa ni ada paket 60 All-You-Can-Eat masakan ala minute di samping 79 jenis dim sum yang lazat.

Menu ala-minute termasuk yang paling direkomenkan chef adalah deep fried fresh mushroom with salted egg yolk, poached tiger prawns with hokkien shrimp sauce in claypot, deep fried chicken with dried chilli and cashew nuts, dan itik panggang dengan sos masam siam.  Manakala antara dim sum yang akan disediakan termasuklah ‘deep shrimp patties with slice almond, stir-fried radish cake and beansprouts with chilli sauce, deep fried prawn and salted egg yolk roll, steam szehuan hot and spicy chicken dumplings, steamed buttered and salted egg yolk bamboo charcoal buns. NAK CAKAP DIMSUM DIA SEMUA BEST!  SALTED EGG BUN PUN SEDAP MENGGILA! Adehhhhh….. terasa-rasa pulak dah!

Untuk berbuka di Sime Darby Convention Centre ni, voucher berharga RM99 seorang dan dibuka setiap hari bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam dari 27 Mei sehingga 22 Jun 2017.  25% diskaun untuk kanak-kanak (berumur 6 hingga 12 tahun) dan warga emas (berumur 60 tahun dank e atas).  Pembelian awal iaitu sebelum 14 Mei 2017 adalah RM79 dan bagi setiap pembelian 10 voucher, 1 voucher akan diberikan sebagai penghargaan.

Untuk tempahan, bolehlah menghubungi no telefon dan emel berikut :

Halia – 03-2089 3799/ halia.sdcc@simedarby.com
China Treasures – 03-2089 3788 / chinatreasures.sdcc@simedarby.com


Bagi pakej lain seperti pakej berbuka puasa istimewa, rumah terbuka hari raya dan khidmat catering luar juga ada disediakan.  Pertanyaan lanjut bolehlah hubungi talian 03-2089 3688 / enquires.sdcc@simedarby.com

Ok jom layan mata sambil telan-telan air liur dulu :)








 







 








Saturday, May 6, 2017

MAKAN-MAKAN DALAM AIR DI CASTELLA CAFE, GRIK

Assalamualaikum...

Halu.... Jom jalan! Jom makan! eh? Jom balik kampung!!
Wow!! JOMMMMMMMMMMM....

Bulan lepas kawan aku Syira pi tag aku ngan kengkawan kat satu tempat ni.. Laju je aku terus tanya nak ke? #dasarrakussangatnakpijalan!  Laju tu bukan kenapa, sebab kampung tu aku pernah pergi tapi doulu-doulu takde pulak cafe ni.. pastu kawan aku pun pernah pergi sana tayang gambar, so very the menyampah iols ok!! hihihi

So, dah set tarikh dah roger sama Tok Janggut, tuan empunya Castella Cafe ni (nak pergi ni siap dua kali pinda tarikh, memang rejeki sangat tarikh-tarikh yang kitaorang nak tu ada - dah ko booking  dua bulan awalkan?! Haruslah!)

So pakej yang diberikan pada kitaorang untuk pilih (pakej bermalam ye... pakej untuk makan sahaja pun ada, tapi gambar hilang pulak kamera mana pun tak ingat! )

Check in petang
*makan malam (bbq)
*aktiviti bebas
*sarapan pagi
*makan tengah hari
*rehat santai
*makan petang
*byebye (hahaha ni rasa lawak!)
RM350 untuk 2 orang
RM500 untuk 5-6 orang

Tapi sebab kalau balik petang ahad nak gerak g KL penat, kitaorang request untuk check in tengah hari dan awal pagi lepas sarapan terus check out.. Kalau sesiapa nak sambung ke lajak sampai petang, ada harga lain sebab boleh sewa hut atau bilik tu untuk sepagi, setengah hari, sepetang dan opkos la kena order makan lain... kat kawasan ni tempat nak duduk berkelah tu memang kat Castella ni saja, takde kawasan lain nak hampar tikar bawa makanan sendiri ye.

Pada hari kejadian, kami bergerak dari Ipoh.  Kira-kira perjalanan ke sini ambil masa dekat 2 jam jugalah.  Simpang nak masuk tempat ni senang nak cari sebab dari jalan besar memang dah ada papan tanda dan dalam waze pun dah bagi kawasan yang tepat.


 Masuk-masuk disambut dengan burung hantu yang besar ni...


Dan dah nampak orang dok kusyuk makan dalam air... Air sungai tu pun menggamit-gamit panggil terjun SEGERA! SEGERA!


EEE geram-gerammm


 Tu diaaa ulam sebuluh bukan sepinggan ke setalam ke


 Sambal cicah pun ada 4 jenis... Nak masam? Nak pedas? Nak apa? 


Ulam-ulaman dengan gulai lemak ikan apa eh? Lupa! 


 Pekasam pun ada!  Wajib le kan ikan pekasam kalau makan kat Perak ni.


 Ikan bakar! hAA dah kenapa tenung ikan tu sampai camtu gayanya?


 And the four of us.. Ewahhh omputih pulak ye

Macam tahu-tahu je nak shooting yerr... Mana pernah bermake-up sakan nak g mandi sungai kome! Tup-tup viral!


Menu minum petang... Deme hantar ke sungai.


Dan lepas puas mandi naik atas terus hujan turun selebat-lebatnya dan turun kepala air.  Meja-meja makan pun nampak atas je..


 Sesambil tu layan duduk2 kat atas ni layan burung hantu ni berposing.


 Elehhhh eksen tak nak pandang kamera pulak!


Syira acah2 pun tamao pandang! takpe nanti aku ambil model lain!  OOO yang belakang tu kitaorang punya bilik (lupa nak kabo)


Tadaaaa... muncul dah model lain!  Terus jadi model Wonder Cheese aku!  Siapa nak order Wonder Cheese, borong pun boleh - pm tepi kat KJ ye.


Lauk makan malam pulak!  Puas hati makan!


Bismillah... Jemput makan! Dan tempat tu cam kitaorang punya pulak hahaha takdak orang lain.  Tapi lepas kitaorang makan, ada geng-geng deme potong pokok patah kena panah petir senja tadi.


Pose happy.


Yang ni lagi happy sebab dapat ayam!  Mana boleh tak makan ayam sehari katanya sebab peberet tuuu..


Menu bakar-bakar spesel dari Tok Janggut!  Sejuk-sejuk memang lapar sesaje.  Dah kenyang macam ular sawa + sejuk + nyaman bau hutan + segar udara kampung + seronok didondang bunyi sungai dan unggas, maka ..... (sila sambung)


Dan pagi dengan penuh kesegaran, bangun dah siap dah sarapan nasi lemak, kuih muih dah teh o panas..  Sedapnya!  Hajat nak terjun sungai pagi ni tak kesampaian sebab air masih lagi kuat...  dah nak balik baru nampak air clear sket.


Haaaa ni rupa dalam bilik.. kat atas tu dinding jarang sebab tu sejuk yakmats subuh!


Bila balik, sedar-sedar video dari Hang Dhamin dari trip ni capai 'like' dan 'share' meletops kat facebook.  Gila ahhhh.. Hahaha pemes iols rasa...  

So, jangan lupa kalau jalan kat Perak boleh la lajak sampai ke Grik dan cuba makan di Castella Cafe ni. Masakan kampung habis!  Sedap pulak tu. Lai laiiii... 

Untuk tempahan boleh cari FB 'Castella Cafe' atau whatsapp Tok Janggut +601120503454.