FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, January 28, 2013

MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 3 : KeLLie'S CaSTLe, BaTu GaJaH

Assalamualaikum dan Salam Jom Pi JaLaN!!!

Meh sini nak sambung Misi Ipoh Hidden Gem...



Mengikut peracangan asal, selepas ke Tasik Cermin, kami akan terus menuju ke arah Gopeng dan Batu Gajah bagi hari pertama.  Dek kerana misi kurang berjaya, maka setelah meriki segala  ceruk jalan dan bertembung dengan lori-lori gaban a.k.a hantu, kami pulang berehat sebentar untuk solat dan rehat.  Cadangnya balik setengah jam tapi aku ralit search pasal tasik dan Byya terlena pula. Sejam kami rehat sebelum keluar semula.

KeLLie'S CaSTLe, BaTu GaJaH

Perjalanan dari Bandar Ipoh ke Batu Gajah pada kebiasaannya hanya akan mengambil masa 20 minit.  Petang ni langit biru wooOOOOOO... Bestnya!!!!

Nak tahu pasal tempat ni leh tengok kat sini --> cik wiki menjawab

Tiket masuk yang dikenakan adalah RM4 seorang bagi pelawat biasa dan bayaran RM50 dikenakan bagi shooting pengantin.

Tiba-tiba tepon bunyi #drama1
"KJ, haa jadi ke nak g kebun durian?"
"Errrr... kata ada tetamu nak datang?  Sempat ker?"
"Diorang dah balik.  Pukul berapa boleh sampai?  Jangan lelambat.  Gelap dalam kebun nanti!"
Aku pun pandang Byya, "Hurmmm agak-agak berapa lama eh kita dalam ni?"

Tiba-tiba tepon bunyi lagi #drama2
"Mas, korang kat mana?"
"Jalan-jalan larrr"
"Aku nak datanglah join korang! Hahahahaha.." <-- jeles letew
Tunggu dan tengok siapa yang akan join aku dan Byya esok!!! Weee~ meriah!!!!

Kalau tengok dari luar, tempat ni memang tak berapa nak besar.  Konon-konon sejam je boleh habis.  Dah masuk kaluuuuuuu... nahhhh tempat ni memang tersangatlah best untuk buat shooting!!!! Kalaulah tak disebabkan tempat ni nak tutup, harus kami tunggu sampai matahari terbenam dari atas bumbung!!! 

Waktu melawat Kellie's Castle pagi sehingga jam 6.30 petang.  Spending time kami berdua kat sini dekat 2 jam... 

*hari ni demam, tapi nak update gak sebab kalao tak semua kena bertabah tunggu tak tahu bila blog ni akan bersambung... bertabahlah






Laluan misteri di mana kononnya bayang Mr Kellie lalu-lalang di sini

Bilik bawah tanah... Gelap!!!  Ni main petik je kamera dengan flash.. Kalau tetiber cik tikus ke apake ehem, aku pasrah!! Hahahaa

Ni bilik untuk minum arak terletak berhampiran dengan bilik bawah tanah arak

tempat lif katanya


Ni tempat "Party on the Roof!"  Meh buat pesta kat sini!

Dan shooting

Posing

ok! stop!

Ni pemandangan dari mansion lama iaitu rumah asal...

Ok lupa nak tunjuk... Ni sebahagian dari mansion / rumah asal mr Kellie sebelum merancang untuk duduk dalam Istana

Gambar-gambar terakhir sebab bateri nak habis nyawa dah... Tepuk dahi! Pap! Pap!

Adakah retis dari Travelholicawesome akan mengambil gambar kahwin di sini????  Atau dari kengkawan dari KaKi JaLaN???

*nak jurugambar kahwin / majlis leh emel kat aku erk!  kawasan Ipoh dan sekitar lembah Klang gitew #iklan

Cari Mr Kellie Smith kah yang dok ulang-alik tuh???

Ok, ada satu lagi misteri di kawasan Kellie's Castle ni dan memang amazing!  Pokok beruang!!! Nak tengok???

Nahhhh sebijik macam Yogi Bear!!!  Pokok ni memang tinggal batang jer... Daun pun takde tapi kepala beruang ni elok tak berapuh pun...  Kalau datang sini, jangan lupa tengok ya!

Oklah nak cau cin cau.....  teman akan berada di Tepen untuk hari ini, esok dan lusa untuk meluaskan kawasan jajahan eh? melawat rakyat jelata??? Hurmmm merapu dahhhhh.... srok srekkkk srok srekkkkkk haihhhhh tension!!

Last but not least....... #misteri adakah wujud tasik yang dinamakan sebagai Tasik Cermin??? #speku #usaha #gigih dan #jaya <--- gaya tulis macamlah boleh link ke twitter



Saturday, January 26, 2013

MiSi IPoH HiDDeN GeM PaRT 2 : PeRaK ToNG DaN GuNuNG LaNG

Assalamuaikum dan Salam Jom Jalan!!


Memandangkan jam sudah menunjukkan jam 10.00 pagi, maka sudah mengamuk-ngamuklah 'naga' dalam perut minta makanan!  Almaklumlah pagi tadi sempat menyuap seketul donut je kot...  Sebut nak balik sepuluh juta kali pun tak reti-reti nak balik...

Kami berhenti makan di pekan Ipoh sekejap sebelum bergerak ke Jalan Kuala Kangsar.  Menurut Unkel yang kami jumpa di Gua Kek Look Tong tu, tempat yang kami cari tu terletak di "Kangsar! Kangsar!"
"Ha?  Kuala Kangsar? Jalan Kangsar?"
"Itu Jalan Kuala Kangsar... Lu taw ka??"
"Taw.. Taw Unkel!  Mana tempat?"
"Itu Jalan Kuala Kuala dekat Perak Tong.  Itu atas ada tulis Tasik Cermin"
[kat atas ada tulis Tasik Cermin?  Ada ke?  Setahu aku, kalau kat atas bukit pernah jumpa tulisan IPOH dengan GUNUNG LANG je!  Hurmmm takpe lah nanti cari.  Memang terpaksalah kan sebab orang lain yang kami tanya semua tak tahu tempat yang kami cari ni... #misteri okay!!!!]

Perak Tong

Terlupa ambil gambar pula kat sini.  Walaubagaimanapun tempat ini ada satu look up tower atas bukit. Sempat juga kami bersembang dengan dua orang yang kebetulannya juga pelancong (dari Segamat).  Beriya tunjuk gambar dari kamera diorang... Yerrr cantik! Hahahaha... Tapi kami tak berapa nak kuasa panjat bukit tu hari ini memandangkan misi masih belum menemui kejayaan dan petang nanti sudah ada rancangan untuk menerjah ke tempat lain.

Kami bertanya lagi kepada orang sekeliling dan juga stesyen minyak, jawapannya "Tak tahulah.  Tak pernah dengar pun."  Haip! Haip!  Kemudian kami membuat keputusan hanya akan tanya pada unkel-unkel jerrr sebab yang muda komperemmmmm memang NGANGA!  Cer tanya dengan Chawanna, mesti nganga jugak! Hahahahahaha #motip???


GUNUNG LANG, Jalan Kuala Kangsar

Nak ke Gunung Lang ni tersangatlah senang.  Dari exit highway Ipoh / Jalan Kuala Kangsar, kat lampu isyarat terus rapat kiri (dari highway pun sebenarnya boleh nampak tulisan Gunung Lang tu - hala ke utara di sebelah kiri).

Di kawasan Gunung Lang ini ada sebuah jeti untuk naik bot ke seberang.  Kalau setakat nak duduk kat jeti, kat sini ada tempat makan dan tempat tengok ikan yang besar-besar belaka.  Bila semua sua-sua mulut ke atas, fuiyoooooo ngeri....  lengan ni lepas kot masuk mulut diorang!

Kami tanya kaunter, "Kak, Tasik Cermin kat mana?"
Kakak kaunter, "Entah.  Kat kawasan Jalan Kuala ni sini je tasik."
"Owhhh... Hurmmm" <-- dah agak dah! Hahahahahaha

Aku pun pandang Byya, "Nak masuk dak?"
"Hurmmm.. Entah. Bolehlah kot"
"Hurmmm.. takpelah dah sampaikan... Aku pun tak pernah gi seberang"

Tiket bot pergi balik berharga RM3/- dan perjalanan naik bot adalah tak sampai 5 minit pun.  Alahai, frust! Kejapnya!!

Tulisan ini atas bukit dan memang boleh nampak dari Lebuhraya Utara Selatan

Tiket bot berharga RM3 yang pada aku agak kurang berbaloi... Mahalnya sebab banyak kaler??

Ok, ini jeti kat pintu masuk dan kita akan naik bot sampai seberang sana.

Kat kawasan ini ada 3 (4?) buah rumah kampung yang aku kurang jelas konsepnya.  Rumah kampung sahaja atau rumah Perak?? or whatever lar kannnn....  Yang pasti seingat aku, ada beberapa kawan aku yang datang buat shoot pengantin kat rumah ni.

Kemudian ada beberapa sangkar yang menempatkan burung dan arnab (berkongsi), kemudian sangkar rusa dan juga burung unta.

Dan seekor raksasa kering hahahahaha.... Oklah ada taman permainan kanak-kanak

Ada menara pandang (yang rasanya hanya dapat memandang kawasan keliling kawasan taman) dan juga di bahagian belakang ada la pokok-pokok besar dan rendang.  Pokok-pokok ni kalaulah keliling tasik dan tak putus, mesti cantik untuk joggers.

Kat kawasan taman ini ada satu tasik.  Pokok-pokok rimbun ni mengeliling hampir sekeliling tasik tapi joggers kalau jog kat sini tak boleh tawaf penuh sebab tak ada maintenance (itupun kalau titi kayu tu digunakan untuk joggers? Ke kena lompat??

Ini ke Tasik Cermin???? Tidak! Tidak! Bukan wehhhh... Tak sama dengan gambar yang kita gilakan tuh! Hahahahahaha... Yerrrr... Disahkan Tasik Cermin ni bukan di Gunung Lang mahupun tadi di Perak Tong,

Dah lar jom balik!

Gunung Lang memang tak akan termasuk dalam senarai tempat-tempat yang akan aku rekemenkan kepada sesiapa.  Tempat ni memang super boring gilers...  Hendak sahaja aku hantar submission Pelan Tindakan Pembaikan kepada pihak pengurusan.  Memang boring dowh ! <-- giler pestaim aku matikan tempat pelancongan nih!  Rasanya kalau orang pergi dating pun, aku tengok kau, kau tengok aku atau mungkin tengok orang lain yang ada kat situ.

Aku memang tak akan jejak lagi tempat ni melainkan tetibe diorang upgradekan. Kalau tak, tempat ni kosong ~KosONG ~KOoOsOOONGgggggg (terpaksa nyanyi lagu Najwa Latif lagi!).

Satu cerita tertinggal -->
Soalan kepada abang bot, "Bang, pernah dengar tak Tasik Cermin?"
Abang Bot, "Pernah. Tapi kat mana tu?"
"Ada yang cakap kat Jalan Kuala nih... Tapi yang kami cari kat area Gunung Rapat, Simpang Pulai camtu"
"Owhhhhh.... Ada kat belakang kawasan traktor-traktor tu"
"Yang mana satu bang?  Ada banyak kat situ" <-- haa jangan main-main ngan aku!
Pastu soal-soal lagi dan abang ni maklumat memang main agak je kot... Cessss....  Takpelah kami cari lagi.
Katanya lagi tempat kami cari dah tutup.  Tak ada orang masuk dah.. Tengah baikpulih.  Tobat aku dan Byya tak percaya.. #spekulasi

Lokasi yang berlainan di kawasan Simpang Pulai

Kami kembali dan cuba mencari laluan masuk di beberapa lorong di kawasan Simpang Pulai... Huwaaaaaaa gagal!!!!! Caner nih?????

Takpelah!  Nanti balik kita siasat lagi kat internet.  Petang ni kita proceed dengan rancangan kita dulu.  Esok kita cuba cari lagi.... #frust #speku #gigih


Hambek sampai hujung jalan dok selisih dengan lori je.....  Camner nih????????  Tak jupe!!!!! Eeeeeeeeee

Next Entri ~  Ada LALUAN MISTERI!  Kat mana tuh???
.