FReNs iN KaKi JaLaN

Showing posts with label HoTeL. Show all posts
Showing posts with label HoTeL. Show all posts

Monday, May 21, 2018

SIME DARBY CONVENTION CENTRE RAMADHAN BUFFET 2018

Assalamualaikum... 
Salam Ramadhan.... 
Salam Jom Beriftar Sesama, (ewah!)

Nak cari idea jom jenguk Sime Darby Convention Centre Ramadan Buffet.. Jom! Jom!

Tahun ni tema iftar di Sime Darby "Sajian Tradisi Bufet Ramadhan" haaaa nama pun dah gigil-gigil boleh teka dan rasa-rasa apa menu yang ada kan?

Team kulinari di Halia ada menyediakan lebih dari 80 menu authentic dan masakan tempatan seperti Sotong Kangkung, Kerabu Mangga, Bubur Lambuk berherba, Sotong Sambal Tumis PETAI!, Kambing Bakar, Murtabak, Rojak Pasembor, Roti John Istimewa, Roti Jalan Pandan dengan serawa durian di sepanjang bulan Ramadhan ni (ouch sedapnya!).





Selain dari yang kita sebut-sebut di atas, ada 20 gerai siap dengan 'live cooking' pelbagai hidangan seperti Sup Berempah, pelbagai sushi dan shashimi, stimbot, 'hotplate'/ shellout, Asam Laksa, Char Kue Teow Penang, Satay, berbagai gulai kawah, lemang dan cucur. 


Tahun ini menawarkan 100 hidangan ALL-YOU-CAN-EAT untuk dipilih.. Dari lauk pauk ke kuih muih yang pasti akan mengecurkan lidah.. Seiring dengan tema "Sajian Tradisi Buffet Ramadhan" kuih-kuih tradisional banyak dihidangkan dan personal favourite KJ dah tentulah wajik dan dodol! Selain dari itu, ada juga tapai pulut, popia dan ais batu campur, lempeng, aiskrim dan 'churos' dengan sos karamel (sedap yakmats okay!)

Tak percaya cer tengok... cer tengok... kita bako! kita bako! hikss






Ok sesiapa yang rasa dah berkenan di hati, harga buffet Ramadhan di Sime Darby Convention Centre  (Halia / China Treasures) ini adalah RM99 (nett) dan buffet akan bermula dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam (haaa lamakan! makan sampai puas ye!  Surau dan kemudahan tandas sangat selesa kat sini).  Buffet Ramadhan bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 10 Jun 2018.  Kanak-kanak (umur 6 sehingga 12 tahun) dan warga emas (umur 60 ke atas) ada diskaun 25% dan kanak-kanak bawah 6 tahun makan PERCUMA!

Untuk tempahan, telefon / emel Halia di 
03-2089 3799 / halia.sdcc@simedarby.com 

atau bagi pertanyaan Banquet bolehlah menghubungi 
03-20893688 / enquires.sdcc@simedarbyproperty.com


SELAMAT BERBUKA PUASA :)













Wednesday, May 2, 2012

INDia PaRT 4 : WaY To JaiPuR, PiNK CiTY aND AMBeR FoRT

Pada hari ketiga di India, jam 5.30 pagi kami sudah keluar dari hotel dan berjalan kaki menuju ke Stesyen Keretapi Delhi.  Untuk berjalan pada waktu begini tidaklah menakutkan berbanding ketika berada di lorong-lorong hotel pada tengah malam (seperti pada hari pertama sampai di India).  Suhu pada waktu pagi sangat sejuk!  Pakai jaket sambil menapak dan mengangkut beg pun tak berpeluh.


Perkara pertama sekali yang kami lakukan di stesyen keretapi adalah mengesahkan keretapi yang akan kami naik.   Penjaga kaunter meminta kami terus menunggu di platform.  Sebenarnya kami mencari list nama penumpang bagi memastikan nama kami ada dalam senarai penumpang dan di platfrom dan gerabak yang mana yang akan kami naiki.  Keretapi kami akan sampai pada jam 6.50 pagi, hoyeahhhh...

Sangat pasrah dan bertabah hati kami meneruskan perjalanan ke Jaipur.


Hurmmmmm..... macam tak percaya pula kalau boleh dapat pemandangan macam ni kalau naik keretapi, betul tak?  Sebenarnya ada kejadian sadis yang jadi semasa di stesyen keretapi menyebabkan kami terpaksa menggunakan kaedah pengangkutan lain.  Cerita sadis tu, tak payahlah nak cerita kat sini sebab hikmatnya kami dapat melalui kawasan-kawasan yang indah seperti kawasan pergunungan dan ladang gandum di dalam perjalanan.  Hello RAJASTAN!!! 

Di kawasan rehat, terlihat dua jejaka yang macam dikenali.... Hahahahaha..... Hero hindustan kah???? Bab posing memang tak 'hengat'!


PLaCe To STaY iN JaiPuR :  MaYa NiWaS

Hotel Maya Niwas merupakan hotel yang baru dibuka pada September 2011. Hotelnya cantik, bersih dan selesa.  Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.  Satu bilik double berharga lebih kurang Rs900-Rs1000 (RM60) sahaja!  Murahkan!  Dalam bilik ada disediakan tv, set bancuhan kopi dan juga penghawa dingin.  Saiz bilik  dan bilik air memang super duper besar.  Puas hati ok!

Sebahagian kawasan lobi dan tangga hotel. Gambar lain dah tak payah letak, banyak sangat! Hahahahaha....


Arjun kuchhal
Mobile No. : +91 9829063600 
Kunal kuchhal
Mobile No. : +91 9829067776
56, Hathroi Fort, Hari Krishna Somani Marg,
Ajmer Road, Jaipur Rajasthan 302001 
Email: mayaniwas@gmail.com



Makan tengah hari kami, nasi putih, telur mata, air epal dan  sambal kelapa ikan bilis yang dibawa dari Malaysia. Lapar ni sebab pagi tadi hanya bersarapan biskut  sulam air kosong je... Jom makan!


PiNK CiTY, JaiPuR

Selesai makan, kami terus keluar untuk memanfaatkan masa yang ada sepenuhnya.  Di luar hotel ada sebuah tuk-tuk dengan pemandu yang mengenalkan dirinya sebagai Ahmad Gulzar.  Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan tuk-tuk beliau dengan harga Rs500 /sehari.

Sana pink sini pink, tengok mana-mana pun warna pink! Eh jap!? Pink?!?  Warna merah bata nak ke'oreng-oreng'an sebenarnya.  Bila dah masuk bandar yang kesemua bangunannya berwarna seakan-akan pink ini, memang tidak syak lagi bahawa kami sudah berada di Pink City. Menakjubkan bila tengok bangunan-bangunan lama yang cantik.  Bila berada di dalam bandar Jaipur ni terasa macam masuk bandar yang terancang.  Ramai peniaga namun tetap dalam keadaan yang tersusun.  Keadaan dalam Pink City tidak sesesak ketika berada di New Delhi.  

Pada waktu ini, walaupun masih penat dengan perjalanan dari Delhi dan kenangan tak berapa nak manis di stesyen keretapi awal subuh tadi, senyuman sudah boleh terukir di bibir. Bestnya!!!!

Terdapat lima pintu masuk ke Pink City, dan kami sempat bergambar di Amer Gate.... Meh camhore :p


AmBeR FoRT, JaiPuR

Amber Fort  nun sudah  berada di depan mata!  Tak sabar dah rasanya nak menjejakkan kaki ke dalam kota, walaubagaimanapun kami juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Amber Fort.  Iyalah, kalau dah depan-depan tu macam mana nak dapat gambar keseluruhan kota, ye dak????  

Eeeee memang tak sabar sangat nak masuk.  Amber Fort tersergam indah dan memanggil-manggil.... "Hey Jothy, Jehan, Johnny, buat apa posing-posing kat bawah tu?! Chalo! Chalo! Atas lagi cantik larr baijan, kaka!" <- dialog aku je nih.  Sumpah dari bawah dah nampak ke'gah'an Amber Fort.... "JOM!"

Tak 'hengat-hengat' kambing ni memilih tempat melepak.  Nah ko, bersusun kambing-kambing yang tengah berehat-rehat mengambil udara sejuk menyambut kami yang berpeluh-peluh mendaki anak tangga yang tidak terkira banyaknya.

Diorang ni dari mana pula???  Lokasi aku : Berenti sat kat tangga sambil ambil gambar...

Maklumat mengenai Amber Fort boleh klik kat sini.


Maota Lake dan taman yang terletak di bawah Amber Fort pada separuh perjalanan ke pintu masuk Amber Fort.

Dah penat mendaki nih.... harap-harap depan ni larr pintu masuk kota.

Tiket masuk ke Amber Fort bagi pelancong adalah Rs. 200, walaubagaimanapun kami membeli tiket berharga Rs. 300 yang membolehkan kami untuk masuk ke Amber Fort, Janta Manta, Albert Hall, Hawa Mahal dan Narhargarh Fort dalam masa 2 hari.  Untung!








Taman bunga yang terletak di dalam kawasan kota



Sebelum keluar dari kawasan Amber Fort, kami sempat membeli sedikit cenderahati.  Kedai pertama yang kami singgah menjual fridge magnet pada harga Rs. 100, pada kedai kedua Rs. 80 dan pada kedai yang ketiga Rs. 50.... Macam hampeh jer kan.... Nasib baik pada kedai pertama kami beli 2 sahaja!  Harga fridge magnet yang kami tengok masa di hentian Monti Mahal (dalam perjalanan ke Jaipur) dan kedai (proper bukan stall) kat dalam Amber Fort, berharga Rs. 150.

Keseluruhannya, Amber Fort memang sangat super duper marbeles dan berbaloi-baloi untuk bukan setakat pergi, tapi mendaki dan meneroka bangunan-bangunan yang ada di dalamnya.  Terus-terang, tiba-tiba aku teringin nak duduk dalam istana bila masuk jalan-jalan dalam kubu/ kota ni.  Overst tak?????? Eeeee bestnya :D ~wiNK


Cerita lain:
1.  Jangan percaya pada sesiapa di stesyen keretapi di India mahupun di mana-mana pusat pelancongan kerana kebarangkalian untuk ditipu sangatlah tinggi.
2.  Kami melayan lagu tamil(?) selama 4 jam dalam perjalanan ke Jaipur.  Fuh makk aiii, boleh tahan nak pusing kepala aku ni dok dengar lagu yang lebih kurang sama je bunyi nya antara satu lagu ke satu lagu. Ke ada 2 lagu je dalam kaset tu, pastu dok rewind sampai sepuluh juta kali?????? Hurmm.....



Thursday, March 22, 2012

INDia PaRT 1 : WaY To NeW DeLHi n ARRiVaL

Betulke dah nak pi mengembara nih???  Pagi nak pergi, hari itulah baru aku boleh senyum sensorang walaupun kerja opis tak siap-siap lagi.  Aku sungguh bertabah hati dengan menekadkan diri untuk meneruskan perjalanan dan menyiapkan paper work bila ada kesempatan.... Jiwa dah sampai India maaaa, macam mana nak fokus???? Huahuahauaua....

Jom ikut perjalanan Jothy, Jehan dan Johnny mengembara ke bumi kari....

Timbang beg sebelum check in - masing-masing beg 10kg.  Jehan dan Jothy penuh konfiden beg kami berdua hanya 15 kg (ni masa perancangan ~ bila dah sumbat makanan bagai..... naaa sorang 10kg jugak!)

Naaaaa ini larrr beg-beg yang akan dibawa. 

Makan tengah hari dulu kat LCCT - assam laksa ni sumpah tak sedap! makan tengah lapar pun tak boleh nak habiskan!

Hoyeahhhh..... seb baik ngam-ngam......

Dah naik kapalterbang dah....  Takde turning back dah ni.... Gudbye Enchek Bos ;p

Disebabkan makan tengah hari tak sedap ~ naga dalam perut memang ngamuk2 minta makanan...  Kami semua makan  Malaysian Cuisine (dalam perjalanan ke New Delhi hidangan nasi beriani disediakan)

Dah kenyang, diorang tidur! Cesssss..... bangun larrr bangun larrrrrr

Terpaksa melayan telinga dengan pemain mp3.  Nasib baik elok lagi  :)
*ehem to green porch Lily, hehehe

Lepas tu buat sifir tukaran nilai rupee dan Ringgit Malaysia.  Sifir ni memang wajib untuk aku bila pergi ke mana-mana buat supaya senang nanti tak ada tercangak2 dan nilai yang aku buat siap sampai boleh pakai untuk teman orang beli sari...

Dalam kapalterbang kena isi 'arrival form'.  Isi jangan tak isi siap-siap.

Setelah menempuh perjalanan selama 5 jam setengah dalam kapal terbang, ini adalah masa rasmi kami berada secara rasmi dalam lapangan terbang Indira Gandhi Airport :D

Punya larr ramainya orang nak beratur depan imigresen.... nak  masuk baris pun ada banyak lorong pastu leh lagi bercabang dalam tu....

Ni bila dah kuar dari imigresen... masa ni terasa macam retis tetiber sebab ramai sungguh orang memegang nama ;p

Walaupun niat asal untuk bermalam di airport, akhirnya kami akur juga untuk mencari hotel kerana  bench di kawasan ketibaan sangat terhad... suhu kat luar masa nih sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....  Ada banyak teksi kat luar ni dan harga adalah tetap... Cuma nak dapat teksi lawa dengan tak lawa bergantung pada rezeki memasing.

Akhirnya kami menaiki teksi ni dengan tambang sebanyak Rupee 400.  Jarak nak ke hotel dalam 16km... Yeayyyy jomssssss....

Dari airport ke bandar, masa kat highway ni ada pulak seorang budak perempuan dukung bayi minta sedekah dari tingkap ke tingkap kereta.

Daftar masuk Hotel 1 : Smyle Inn

Dalam masa dua puluh minit perjalanan teksi, kami sampai ke kawasan hotel.... Errrrr..... sebenarnya sampai ke hujung jalan besar dan pemandu teksi suruh turun.... Omaiiiii..... gila kejap!  Mana hala nak tuju????  Tak kira, suruh juga pemandu teksi bawa masuk...  Malam tu kami lalu di kawasan yang ala-ala gasta paradise, scary!!!  Masa kami sampai kat kawasan tu dah pukul 11 malam, pintu-pintu kedai semua tutup dengan anjing sepanjang jalan....  Kadang-kadang melintasi sekumpulan local yang kami tak tahu orang baik kah? bukankah? Mabukkah??? Oleh yang demikian, kami memang tak mahu turun teksi selagi teksi tak berhenti depan hotel.  Memandangkan pemandu teksi pun kurang pasti lokasi hotel, dok pusing sana sini, terpaksa larrr roaming buat panggilan untuk dapatkan  panduan ke hotel.... 

Smyle Inn
916, Cali Chandi Wali, Main Bazaar, Pahargani
New Delhi - 110055, India
Tel: +91-11-23584076 / +91-11-23589107
Faks: +91-11-228542651 
E-Mail:   smyleinn@hotmail.com  

Keadaan dalam bilik Hotel Smyle Inn yang berharga RM21 untuk semalam.  Biliknya bersih, cuma adakala terhidu juga bau busuk dari luar.....

Bersarapan di atas bumbung!  Pagi-pagi dah kena mendaki tangga 4 tingkat untuk makan sekeping toast, semangkuk bijirin, segelas susu, sebiji pisang dan sekotak air.... 

Entri selanjutnya : Pagi di Delhi, daftar masuk hotel lagi dan lagi dan jom menapak

Cerita lain
1. berat lugage asal yang dibeli untuk tiga orang adalah 25kg, tapi ditambah pada saat-saat akhir apabila menyedari beg sudah lebih muatan.  Belian tambahan berat dibenarkan pada had masa tertentu sahaja... Nasib baik kami sampai awal!
2.  masa beratur kat Imigresen, ada orang *ehem potong barisan dan yang paling tak tahan sebab dok mengasak aku dengan perut dia yang muncit! Omaiiiiiiiiiii....... memang aku sumpah seranah dalam hati dekat 3 timba.  Geli kot!! EEEEEEEEEEEEEEE....
3.  Smyle Inn ini terletak dalam lorong kecil, dan nak cari memang bercinta!  Kami berpusing-pusing di kawasan tersebut dekat setengah jam! Nasib baik, kami suruh juga pemandu teksi bawa depan hotel...
3.  Kami yang kejut orang hotel bangun, buka pintu dan 'paksa' diorang sediakan sarapan! Walhal masa tu dah pukul 8++ pagi!!!