FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, May 22, 2015

KeNaLi PeNYu, SaYaNGi PeNYU 2015

Haluuuuuu.....
Assalamualaikum....
Selamat pagi Jumaat....
Esok dah hujung minggu ~yahOooOOOOOOoooooooo #jeritdalamhatisambiljogetlambak!

Minggu ni kerja sibuk bertawaf daerah-daerah jajahan (eceh!), dan ada satu event ni memang nak sangat pergi dengan harapan kengkonon dapatlah merasa lepaskan penyu lagi...  Tapi kali ni cita-cita nak lepaskan penyu beso pula ~ gitukan cita-cita.

Jadi, pada hari Selasa yang baru ni ada jemputan daripada Malakoff Power Berhad untuk program tanggungjawab sosial korporat diorang di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang dengan Jabatan Perikanan Negeri Perak,  Ada yang tak pernah pergi tempat ni?  Haaa leh kelik balik kat sini.  

Program ni memang tiap-tiap tahun ada dan aku rasa best sangat terutama untuk orang yang macam aku ni la ~ emo hahahahaha.  Selalu 'touching' bila tengok benda-benda camni...  Cam happy la, tengok penyu kembali ke laut lepas dan doa untuk 'survival' dia. Macam penyu ni, dia diam je, baik, tak kacau orang dan kalau boleh pun tak nak orang kacau dia (eh cam aku laks!).  Kalau datang nak bertelur pun, dia datang usha-usha pantai beberapa hari tengok line clear ke tidak.  Sama tak macam tempat dia menetas dan first sampai air.  Pantai sama lagi?  Rasa pasir sesuai dak?  Bersih? Misteri macam mana penyu boleh berenang beribu-ribu batu, tapi boleh kenal lagi kat mana hidup dia bermula.  Kita?  Bila kita dah berada di puncak, kita balik tak ke tempat asal kita?  Adakah kita kacang lupakan kulit?  Jangan..  Tinggi mana pun kita sesekali pandang jualah ke bawah kerana di situlah bermulanya kita.  Tak naik ke atas kita ni, kalau tak mula dari bawah.  Hehehe tetiber citer lain pulak!  Oklah, penyu ni memang itulah kebiasaannya.  Biasanya akan kembali ke tempat asal untuk bertelur, macam mana dia ingat untuk 'capture landscape dan feel view' tu memang kuasa Allah lah.  Hebat!!

Macam mana kalau pantai tu berubah?  Tiba-tiba menjadi pantai peranginan?  Pantai penuh hotel?  atau pantai menjadi kotor bila ombak membawa sampah-sampah yang hanyut dan akhirnya tersadai sepanjang pantai?  Macam mana kalau pantai penuh minyak dari aktiviti kapal-kapal?  "Aku usha, tapi aku takkan naik dan kembali ke sini lagi!  Kotor! Sesak!!  Terganggu!!!..."  Takkan lagi ada penyu naik bertelur.  Takkan ada lagi anak-anak penyu yang akan meng'capture magnetic memory' pantai kita.  Dan akhirnya, generasi muda kita hanya akan sebut, "owhhh ye ke kat Malaysia dulu ada 4 spesies penyu dari 7 spesies di dunia?  Kagumnya!".  Tak ada lagi Penyu Belimbing,  Penyu Karah, Penyu Lipas dan Penyu Agar.  Tak ada juga yang mendengar 'penyu menangis. Hiuhiuhiu.

Oklah nak kongsi gambar masa program hari tu, enjoy ;D 

 Ada briefing dari Malakoff dan juga Jabatan Perikanan.  

Ada sesi mandikan penyu..  Haa sampai licin hilang dah lumut-lumut atas cengkerang tu.  Suka bebudak ni.

 Macam pegang baby pulak ye?!  Yeayy dah mandi dah :D

Saya seekor penyu..  Cuba tuan/ puan, adik-adik sekalian senaraikan perbezaan saya dengan kura-kura.

Meh bergosip... Ok soalan dua, ini penyu apa? (kenapa pulak tetiber ada kuiz ni?)

Ok, penyu yang nak dilepaskan ni di bawa dalam kain..Berat wooo tu la ramai kena angkat!  Lagi dewasa lagi berat.. Lagi besar saiz dia lagi panjang umur penyu ni bila dibandingkan antara spesies.  Ok soalan tiga, spesies penyu yang mana mempunyai jangka hayat yang paling panjang?

Ok, nampak tak benda pelik atas cengkerang tu?  Itulah peranti yang dipasang atas badan penyu untuk kita pantau pergerakan penyu. Maksudnya ke mana penyu ni berenang, pit stop berhenti dia ada apa kat situ,  port rumpai laut ke?, suka main-main kat mana haaaa. Macam mana kita boleh tahu?  Sebab penyu ni perlu naik ke permukaan untuk bernafas dalam masa sejam atau dua jam sekali.  Setiap kali naik, satelit kan kesan dan data akan direkodkan, macam tu.

 Ok dah ready nak lepaskan balik penyu ni.

 Good bye dear.  Have a safe journey and please come back ;D

 Huhuhuu.... mesti best dia nak berenang balik dalam laut tu.

Semoga Pantai Pasir Panjang Segari ni akan kekal dalam ingatan.  "Snap! Snap! Snap!" Betul ke sebelum jauh meninggalkan pantai, anak-anak penyu ini akan berpaling dan meng'capture' semua memori pantai supaya dia akan sampai ke sini balik??  I adore you :D