FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, April 24, 2013

IPoH : WHaT i CaPTuReD DuRiNG HeRiTaGE WaLK TRaiL (PHoTo SHaRiNG)

Salam sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Salam Jom Jalan :D

Hari ini, tak ada cerita-cerita sambungan lagi.. Bertabah sajalah menunggu sebagaimana aku juga menabahkan diri me'nyukat' jalan di empat daerah dan kekadang sampai lima daerah dalam satu minggu....  Lunyai, lemau semua pun ada....

Apapun, berbalik kepada entri kita hari ini, pada hujung minggu yang lalu, Kaki Jalan terima satu pesanan ringkas.  Katanya ada tetamu dari #pekanKolumpo katanya nak masuk kawasan Kakak Jajahan (amboi giteww pulak yer?!).  Memandangkan kebetulan masa tu berada di Ipoh atau dalam bahasa aku #negaraEeypoh, makanya tetamu itu bersambut. Naaaaaa.... siapa dia tu.... kita bocorkan kemudian. (eh cam nak ngarang panjang pulak! rasa cam nak kongsi gambar jer... kikiki)

Oklahhh... Jom layan gambar yang Kaki Jalan ambil masa buat Heritage Trail Walk dengan tetamu dari #pekanKolumpo dan seorang lagi kawan beliau. 

Ok... baru tahu ada hotel bajet baru yang bukan main gagah tersergam kat tengah pekan Ipoh ni.  Lokasinya betul-betul berhadapan dengan kedai Nasi Ganja....  Kat mana Nasi Ganja??? Haaaa serius ke tak tahu??? Kalau masuk pekan Ipoh, lokasinya dekat dengan Balai Polis Pekan Baru

Bangunan dalam bangunan. Kalau tak lalu betul-betul, orang tak perasan sebab gambar-gambar dinding lebih menyerlah.  Dari bangunan lama dua tingkat, bangunan sekarang tak pasti dah jadi berapa tingkat... Yang pasti, memang bertingkat-tingkat.

Bangunan lama ini mempunyai empat jenis tingkap yang berbeza mengikut tingkat

Namanya tingkap juga?

Pintu-pintu lama dipalang

Juga digril gaya lama

Siapa tahu ni apa?

Basikal roda tiga dengan plat nombor.  Tak pernah pula terjumpa di tengah jalan.  Barangkali untuk digunakan di sekitar blok-blok kedai berdekatan sahaja kot?

Juga jumpa benda-benda yang terapung nih... Hahahaha... Iyolah terapung kununnnn.....  payung cina nih...  Kalau payung yang kaler coklat lakssss, lainnnn.....

Fiuuuuuuuuuuu...... antara benda paling mahal yang terjumpa hari tu.  Memang klasik habisss.. Kain pulicat chop sipoth okayssssssss....

Pernah jumpa Marilyn Monroe kat #negaraEeypoh???  Ni first time aku jumpa...  Kalau dia datang, memang kena kacau dengan budak-budak macam ni kan... Kompem!

Seriously ternganga sebab tiba-tiba boleh sampai dalam tempat nih....  Ada Art Gallery di tengah-tengah pekan lama #negaraEeypoh

Semua yang ada di sekeliling kita ada cerita dan ada sejarah dan rahsianya sendiri. Ditutup berlapis-lapis, suatu ketika akan terserlah juga.

Untuk sampai ke atas, kita perlu bermula dari bawah.  Peluang sama rata, mencari cahaya atau sebaliknya.

Ok dah habis dah sesi kongsi gambar... Semua gambar-gambar di atas dalam kawasan pekan Ipoh lama.  Jika ada kesempatan lain, nanti akan dimasukkan bangunan-bangunan yang disenaraikan di dalam Ipoh Heritage Trail Walk (tapi opkos la tak tahu bila...... kikikiki *larikkkkkkkkkkkkkk)

Terima kasih buat Wak Jan dan juga Airil untuk ekplorasi petang yang best.  Sampai bertemu lagi :)

Tuesday, April 9, 2013

FRIM : MaRi BeRGeMBiRa DI #TSDAYOUT AMaZiNG RaCE BeRSaMa ToURiSM SeLaNGoR

Salam semua... Salam rindu... Salam Jom Pi Jalan...

Nak ke mana tu?  Hahaahahaha....  Ok ada rahsia nak bocor sikit ni...  Entri ni cabarannya kena siapkan sebelum jam sebelas lima puluh sembilan malam ni... Aku baru terhegeh-hegeh mula jam sepuluh tadi, nak bukak komputer, nak sibuk-sibuk pilih gambar bagai....  Harap sempatlah submit.... Kalau takkk..... ambe pasrah... XOXO

Ada satu pagi yang best tu, ferrari merah aku meluncur masuk ke kawasan ni.  Tempat ni memang tenang dan penuh dengan pokok-pokok.  Kalau nak jalan kaki kat sini, waktu tengah hari pun tak de masalah (eh? tetiba dah tengah hari pulak ya?!...)

Di sepanjang jalan masuk, tempat ini merupakan salah satu lokasi menarik untuk menghayati keindahan suasana hijau alam sambil melayan jiwa

Tak cukup dengan tempat tadi, kolam kat sebelah dia pun leh layan.... Kalau sesiapa yang bernasib baik, akan nampak ikan arowana besar kat dalam kolam ni....

Sekarang mari kita layan pokok-pokok semula.  Dalam tempat ini, ada banyak pokok-pokok yang macam 'giant'!  Tinggi melangit, cuba dongak!

Salah satu tempat yang menarik dalam tempat ni..  Pokok tu daunnya memang warna hijau pucuk pisang (striking).  Jangan tanya itu pokok apa atau asal dari mana, sebab tak sempat nak tengok bebetul...  

Yerrr... Kalau korang masuk pula ke dalam tempat ni, mesti korang lagi suka ....

Ada tempat lagi sejuk dan boleh main air!!! Weeeeeeee.............  Tempat ni  panjat bukit sikit je dan dah boleh main air....
Amacam?????Agak-agak tahu tak kat mana tempat-tempat dalam gambar kat atas tadi???

Tadaaaaaaaaa...... 
Akhirnya...... Walaupun terlepas dengan MySelangor Story, akhirnya dapat juga aku  join aktiviti dengan Tourism Selangor.  Happy sangat!  Ni last minit punya teringat, hantar pesanan kepada Maszuber dan minta tolong daftarkan.  Memandangkan ada masalah masa awal pendaftaran, aku ingat belum lagi berjodoh dengan Tourism Selangor nih..... Yeayyyyyyyyy, rupanya ada juga rezeki.  Terus senyum sampai ke telinga :D

Kali ini, aktiviti #tsdayout anjuran Tourism Selangor berkonsepkan Amazing Race. Lokasinya di Forest Research Institute Malaysia atau ringkasnya FRIM yang terletak di Kepong.  FRIM ini merupakan sebuah institusi penyelidikan dengan pokok-pokok hutan tempatan dan juga dari luar negara.  Berkeluasan 600 hektar, terdapat ribuan jenis pokok yang ada kat dalam tempat ini.  Jika korang penggemar pokok, jangan lupa datang sini ya!

Cara-cara nak ke FRIM...  Untuk gambar lebih besar, boleh tengok di sini --> peta ke FRIM

Pada hari kejadian, kami telah dibahagikan kepada sembilan kumpulan dan diamanahkan dengan sebiji telur yang telah diperam selama 3 bulan (sumpah pegang kat tangan melekat bau dia!  BUSUK!! Hahahahahaa..... ).  Telur ini kena pegang dalam tapak tangan dan tak boleh bungkus ataupun disimpan dalam poket bagai... Ayoyoyo...  Setiap kumpulan juga dibekalkan dengan sekeping map tugasan.  Jom!!!!! 
[photo credit : Rasyidi Awaludin]

Nahhhhh.... mari gambar ramai-ramai sebelum kita basah dan berselut katanya.... Ada sembilan tugasan yang disediakan dan jom kita ber'gumbira'!!!!!!
[photo credit : Rasyidi Awaludin]

Mari bergambar kumpulan dulu....  Kenalkan team mate untuk hari ni ~> Naz dan juga Nuar (Penaberkala)... Nama kumpulan BON atas ringkasan huruf awalan ahli katanya. 

Tugasan pertama :  Cari 3 biji guli 
Marilah kita membasahkan diri...  Selama aku ulang-alik masuk FRIM, inilah kali pertama aku masuk dalam kolam ni.....  Weeeeee..... #sapalahhh yang tak mandi pagi lagi nehhhh???? 
Kolam ni terletak di kawasan piknik bersebelahan dengan kawasan air terjun dan dibuka untuk orang awam untuk bermandi-manda.
[photo credit : Rasyidi Awaludin]

Walaubagaimanapun, pada hari kejadian, kolam yang biasanya penuh dengan budak-budak kecil dipenuhi dengan 'budak-budak' besar.... "Mana guli nih??????? Arghhhhhhhhhhhhh...." [photo credit : Rasyidi Awaludin]

Tugasan kedua : Berpakaian Orang Asli... Eh? Eh??? Masa ni muka suci murni 
Akhirnya kami semua meneruskan race dengan baju yang basah kuyup!  Amboihhh sapakah yang begitu bersemangat dan senyum lebar tu :D 
Untuk tugasan ini, kami diberikan tali dan kebebasan untuk mencari dan menggunakan daun-daun kering yang berada di kawasan sekitar untuk menyediakan pakaian seakan-akan orang asli dan seterusnya memakai pakaian tersebut sehingga tamat race.
[photo credit : Rasyidi Awaludin]

Tukang buat baju profesional katanya!!! "Bro, tempah untuk raya satu!!!"

Tugasan 3 : Berjalan Menggunakan Tempurung
Siapa pernah main kasut tempurung ni??????  Haaaaaaa jalan-jalan... 
[photo credit : Rasyidi Awaludin]

Tugasan 4 : Menyusun Puzzle
Mana gambar? Mana? Mana????

Tugasan 5 : Combat (MeRaNGKaK DaLaM SeLuT) 
Main air lagi!! Kali ini selut pula!!  Setelah bertrekking dalam lima belas minit dalam trek, kami sampai ke checkpoint lima.  Tugasannya kena merangkak ala-ala combat.  Aku rasa kat sinilah paling ramai kena gigit pacat! Kahkahkah!!! Heyyyy... We are happy to be blood donour right??!!

Eh? Haaaa ni baru betul gambar group kami!!!!! 

Seketika kemudian setelah kuar dari lopak air, semua jadi macam ni!!!!  Seru semangat hijau katanya "Ku lihat hijau ~ oOOoo anok-anok, tokleh ke laut ~lalalalalaa~"

Tugasan Enam :  Berjalan Itik 
Hahahaa... itik la sangat!  Mata tutup dan boleh bergerak dengan cara berjalan itik ni sahaja untuk mencari bahan yang dikehendaki oleh urusetia....  Seorang ahli kumpulan akan menyampaikan arahan, manakala dua orang lagi (yakni termasuklah aku) terpaksalah meng'itik'kan diri sambil meraba-raba rumput.  

Tugasan 7 : Menyusun Paku 
Mari kita biarkan yang arif buat dulu! Cewahhh.... Katanya Nuar dah pernah buat benda nih...   Kalau tak de idea nak buat macam mana, agaknya lama juga masa yang akan habis kat sini.  Apapun, tugasan ini masih memerlukan kerjasama di antara ahli kumpulan supaya paku-paku ini boleh diangkat dan stabil...... Pheeeeewit untuk Nuar yang bagi idea :D

Tugasan 8 : Fear Factor 
Berani tak?????  Cari syiling dua puluh sen dalam bekas yang diisi oleh serangga, ulat dan tak tahu lah apa lagi dengan mata di tutup.  Nebes yakmats!!!  Cuit-cuit dalam tu, tetiba rasa lembik!!! Hadeiiiiiiiiiiii......  Nasib baiklah kena cari pat puluh sen je... Cuba kalau kena kumpul seringgit????  Mak pitam noks!!!!!!!! [photo credit : Rasyidi Awaludin]

Tugasan 9 : Serahan Treasure Item dan Senaraikan Permainan Di Kesemua CheckPoint 
Weeeeee..... ada rupa ala-ala orang asli lagi tak????  Cun tak kami????  Untuk race hari ini, kami ada kumpulan ketiga yang paling cepat sampai ke garisan penamat.... Weee weeeeee.......  Enjoy sangat!!! Terima kasih kat team mate yang sangat sporting dan sama kepala nih....

Tak kisahlah tugasan apa yang di berikan.... Ya aku enjoy aktiviti dengan Tourism Selangor #tsdayout ni.  Dan FRIM??? Best okays!!!! [photo credit : Rasyidi Awaludin]


Jika ke FRIM dan bertrekking, jangan sesekalil lupa untuk menyaksikan fenomena Crown Shyness.  Dah masuk kategori wajib tengok kat atas supaya boleh jumpa dan tengok tempat ini.  Sangat cantik!  Tempat ni pernah disiarkan dalam rancangan National Geographic pada tahun 2008.  Nama pokok ini kalau tak silap ialah Kapur atau Dryobalanops aromatica dan fenomena Crown Shyness ni  disebut sebab hujung daun pokok-pokok ni macam segan untuk mendekati satu sama lain.  Makanya, terjadilah bentuk seolah-olah jigsaw puzzle daun-daun pokok ini dengan berlatarbelakang langit.  Sebenarnya, untuk tugasan ke empat dalam Amazing Race #TSDayOut ini, adalah menyusun gambar bagi fenomena Crown Shyness ini.


Kalau korang berminat untuk menyertai program-program dari Tourism Selangor, jangan lupa untuk 'follow' twitter mereka di @tourismselangor, atau like page di FaceBook - Tourism Selangor atau satu lagi cara, boleh tengok event di laman rasmi untuk event #TSDayOut ni di http://tsdayout.my/

Info tambahan mengenai Forest Institute Research Malaysia boleh didapati dari laman sesawang rasmi FRIM di http://www.frim.gov.my

Last but not least, #TSDayOut FRIM dalam suratkhabar The Star pada 5 April 2013..  Tengok kat sini -->  Blogger's Fun Day Out


The Star 5 April 2013

dannn..... Selangor Times bertarikh 5 April 2013..... Klik kat sini -->  An Amazing Race in FRIM. Weeeeee weeeeeee.......

Terima kasih Tourism Selangor...  Selamat berkenalan buat semua kenalan-kenalan baru...  Jom explore lagi????

Pose khas sempena Hari Bumi yang akan datang pada 22 April ini, dengan pesanan Lets' Save The Environment :D