FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, September 29, 2012

TeaSeR : BaNDaR Ke LiMa TeRBesaR Di INDoNeSia

Asslamualaikum dan SaLaM JoM Pi JaLaN!!!

Haluuuuuu..... salam siang semua....  pagi ini berada di bandar Semarang iaitu bandar kelima terbesar di Indonesia.  Sedang menunggu untuk dijemput oleh van untuk meneruskan perjalanan bertemu dengan ikan hiu.... EEE lambatnya!!!!  Bilangnya jam 6.30, kemudian jam 7.00 dan sekarang sudah jam 7.30 masih belum lagi muncul... 

... tettttttttt



Nota :  SiRi IPoH HiDDeN GeM masih berbaki 2 + 1 episod lagi! Ngeeee..... Ampun!


Friday, September 21, 2012

ANoTHeR TeaSeR FRoM MiSi IPoH HiDDeN GeM : eHeM *BaTuK. BaTuK*

Assalamualaikum dan salam jom pi jalan!!!!!

owhhhhh apa eh Misi Ipoh Hidden Gem????? Hahahahaha.... Hoyeahhhhhh.......  Finally, on the second day we made it!!!! JUMPA!!!! Yerrr kami JUMPA!!!!!  Priceless mission!!!! *lompat-lompat! YeaYYYYYYYYY............

Unfortunately (tukar cerita jadi sedih), hari ni tak cukup masa nak update blog... This is auto-publish entry...

Will try with all my best to update about Tasik Cermin  as soon as possible... <-- ni tetiber cakap omputih, tersampuk lenggok Mr Kellie kat Kellie's Castle semalamkah??????




This is how Tasik Cermin look like!!! Yeahhhhhhh!!!! Cermin!!!  Sila gosok mata korang!!! Memang super duper mabeles sampai rasa cam nak menitik air mata!!!! Fiuu giler punya drama! Overst!!!

and see who with us?!!!! Yeahhhhh Mr Maskulin (do check-out Maskulin for October (magazine) from Kaki Berangan and Maszuber form Journey Of My Life.   Hoyeahhh Travelholicawesome!!!!!  Kita jumpa!!!!  Hidden gem in Ipoh!!!!  Omaiiii mana gambar aku????  Hahahahaha.... ehemmmm terpaksa la nyorok dulu sebab mesti semua orang hangin entri Misteri Tasik Cermin tak terbongkar lagi kan???? 


Op! Op! Op! Oppa Gangnam Style! Op! Op!!!!

Hahahahaha larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk



Monday, September 17, 2012

TeaSer : IPoH HiDDeN PLaCe

Assalamualaikum dan Salam JaLaN-JaLaN <-- tetiber ada salam baru pulak!

Habis sudah cuti hujung minggu yang panjang.  Agak-agak ke manalah korang semua berjalan??  Perancangan hujung minggu aku untuk menuju ke utara tanah air telah berubah pada saat-saat akhir apabila dimaklumkan program terpaksa ditunda ke akhir bulan.... Dengggg Whoaaaaa menchik.....

KJ :  Byya, program tunda.
Byya :  Bila?
KJ : Akhir bulan derrr... Ala.... tapi... hurmmmm..... (bla.bla.bla)
Byya :  Lepas tu?
[dua hari bincang-bincang, tukar plan sana-sini]
KJ : Apa kata datang Ipoh je???  Special itinery gitew.

Nantikan siri percutian di Ipoh dan #misiRahsia kami...... Memang Awesome!!! Sumpah lawa!!!

Nota : 
#Cari sampai dapat!!  #Redah je!!  #Speku!!  #Taklah, bro tu tipu kot? #Haishhh terpaksa speku lagi #Giler misteri #Boleh ke masuk????


the hidden place

Wednesday, September 12, 2012

Cameron Highlands III : Time Tunnel (a must visit!!)

Assalamualaikum!! Dan Salam Satu Malaysia semua....

Hari ni nak sambung jalan di Cameron Highlands....  Seriously ada satu tempat ni memang teringin sangat nak masuk sebab katanya cantik dan gambar-gambar yang aku tengok sebelum ini pun memang cam menarik sangat.  Lagi ler pulak, kalau barang-barang lama ni memang macam 'meraung' le jugak aku tengok! Yerr AKU SUKAAAA.

Lepas berjalan-jalan di MARDI dan makan aiskrim strawberi bagai, aku pun meneruskan perjalanan untuk pulang ke #negaraEeypoh mengikut Simpang Pulai.  Dan dalam perjalanan itulah aku membulatkan hati untuk singgah ke muzium / galleria Time Tunnel ni.  Kira-kira kalau tempat ni nak tutup, aku nak suruh juga diorang buka untuk aku (hurmmm perasan berkuasa sangat!).  Yes! Nasib sempat!! YahuuuUUUUUuuuuuuu.......

Muzium / Galleria Time Tunnel ini katanya telah mula dibuka semenjak tahun 2007 dan telah disebut sebagai Malaysia First Memorabilia Museum (hebat!).  Untuk masuk ke Time Tunnel ni bayaran masuk sebanyak RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak) dikenakan dan tempat ini dibuka dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.  Aku luangkan masa lebih kurang sejam kat dalam ni dan keluar cepat sebab ingat dah nak tutup (kes tak perasan waktu tempat ni buka dan memang tak ada jam). 

Lokasinya di
UT/MR/F-255,
Jalan Sungei Burung,
39100, Brinchang,
Cameron Highlands,
Pahang Darul Makmur

GPS : 4°29′41″N 101°23′32″E

Pada aku, memang aku suka sangat tempat ni dan aku memang syorkan untuk korang semua masuk.  Memang suka sesangat larrrrr....  Kalau jalan dalam ni memang terasa macam kat tempat 'lain'.  Memang istimewa!! SUKA! SUKA! SUKA!

Dikongsikan sebahagian buat-buat 'racun' untuk korang pergi!  Percayalah kat dalam tu lagi BEST!!!!  Ada banyak lagi segmen-segmen menarik ada dalam tunnel ni tapi haruslah tidak ditayangkan semua dalam blog ni kan?!  Jangan lupa singgah sini okayyyy!! Berbaloi-baloi!


Kopitiam!!!  Masa dulu selalu ikut Tuk g minum kat kopitiam bila aku malas ikut opah pergi pasar... #mysweettime


Yerrrr.... Baiklah... Saya berhati-hati...  Owhhh tengok tong susu dumex tu!  Macam  dari 'jaman' saya jugak!

Wow! Wow!!! Apakah????

Lampu minyak tanah

Yeayyyyyyy..... aku rasa aku pernah tengok mak aku pakai benda nih dulu kat rumah.  Errrrr lebih kurang ~ hahahaha.... Ingat dak dulu-dulu nyer penyembur nyamuk ke??? Tu la kotttt...  Nanti nak bawa ibu datang sini larrrr, mesti suka!

Telefon lama, botol-botol air minuman dan segala macam benda.  Yerrr lagho (kata orang Perak) aku menengok benda ni satu persatu.

Salah satu sudut dalam Time Tunnel ni ~ kelas.  Seingat aku masa sekolah rendah dulu, ada akak kat sekolah yang pakai beg kotak tu...    Ada sempoa kayu kat atas meja tu pun aku pernah tengok kat sekolah...  Hadeiiii di'jaman' mana eh aku nih???


Last but not least ~ comeyy dak saya????? hikhik

Saturday, September 8, 2012

Cameron Highlands II : Taman Agroteknologi MARDI

HAluuuuu.... Assalamualaikum..... 

Jom jalan-jalan di tanah tinggi Cameron Highlands!!!

Mana datang tetiber terus Cameron Highlands Part II dah yer??? 
Untuk Cameron Highlands Part I :  Jom kita ke Irau...  Link klik sini 1, sini 2 dan sini 3.

Cameron Highlands terletak di sempadan Perak-Pahang.  Untuk sampai ke sini, ada tiga laluan iaitu melalui Tapah, Simpang Pulai dan dari Gua Musang.  Pada KJ tak ada masalah untuk naik dari Tapah mahupun dari Simpang Pulai memandangkan tempoh masa untuk sampai ke atas lebih kurang sama sahaja.  Yang membezakan perjalanan, laluan dari Tapah perlu melalui jalan yang lebih sempit dan berlengkang-lengkok berbanding Simpang Pulai.

Meh larrr tengok gambar sambil cerita erk!

Semenjak duduk Ipoh ni, lagi kerap KJ naik Cameron.  Pada kebiasaannya naik lewat petang dan kadang-kadang mula bergerak malam ikut Simpang Pulai.  Perkara yang KJ suka kalau naik malam ialah dapat tengok lampu-lampu di ladang atas bukit ~ macam tengok fairyland jew.

Gambar dari tingkap bilik di Heritage Hotel.  Cantik cuaca hari ini, langit biru dengan awan berkapas-kapas. Memang rezeki nak bagi jenjalan hari ni.  #motif tetiber nak dok hotel? G mesyuarat dan boleh jalan lepas habis mesyuarat okay! huahuahua...

Bunga ros, dah namanya perempuan kannnnnn....  Memang tak terdaya nak menahan mata dari memandang dan mencium bau wanginya.  Kata orang ada bunga ros yang wangi di tanah tinggi, tapi kalau bawa turun bawah tak bau langsung.  Apapun memang KJ tak percaya sangat sebab memang ada bunga ros yang wangi dan ada yang tak berbau.  Kalau nak yang wangi, jangan lupa tanya pada si penjual bunga dulu ya!

yerrrrr.... jom jalan jom....

Kemudahan tempat letak kereta di Tanah Rata.  Stesyen bas terletak berhampiran.

Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi MARDI terletak di Tanah Rata iaitu kira-kira sepuluh-lima belas minit berjalan kaki dari terminal bas/ letak kereta.  Kalau membawa kenderaan sendiri, ada juga parking disediakan untuk pengunjung taman.  

Bayaran masuk yang dikenakan adalah RM3 untuk dewasa dan RM1.50 untuk kanak-kanak / pelajar sekolah.  Taman ini dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari.


Ada taman khas untuk kaktus.  Tak cukup dalam pasu, atas tanah pun penuh disusun.


Tanaman tomato.... hurmmmm cam lehhhh petik terus ngap jer! hahahahah.... tapi jangan buat sebab tak boleh main petik je sesuka hati.

Semaian salad

Salah satu taman yang terdapat dalam kawasan Taman Agroteknologi Mardi.

Bergayut-gayut pokok ni di bumbung...  Cantik.

Replika kilang teh juga ada di taman ini. Di Cameron Highlands, terdapat 2 kilang teh utama iaitu Kilang Teh Boh dan juga Kilang Teh Bharat.

Langit masih biru, jom kita mendaki!  Dalam kawasan taman ni ada satu bukit dan kena naik untuk menikmati pemandangan seluruh kawasan Taman Agroteknologi ni.

Nahhhhhhhhhh.... ini pemandangan di separuh perjalanan.

Untuk yang paling menyeluruh kenalah naik dan tengok dari pondok tu.  *sayang sikit sebab pondok ini tempat duduk di dalamnya sudah tidak boleh diduduki dan tidak dijaga.

Tambah sikit gambar, hehehehe.... ni daun pokok teh yang berlatarbelakangkan langit biru.

Dalam taman ini juga terdapat kandang arnab yang mana sungguh sesuai kalau bawa budak-budak berjalan, almaklumlah  diorang ni lagi suka menda-menda yang comel kan dari layan pokok!  Selain kandang arnab, ada juga rumah burung (yang turut dihuni oleh seekor seorang iguana).

Bahagianya makan daun salad sesungguh hati..  Ni larr namanya berguling-guling atas makanan! Mewah!

Opssssss...... hahahahahahahaaa..... 


Banyak lagi yang menarik ada di dalam Taman Agroteknologi MARDI ni.  Kawasannya yang luas dengan pembahagian-pembahagian yang menarik -> semaian, tanaman berpasu, kaktus, rumah arnab, ladang strawberi dsb, terdapat juga laluan untuk 'jungle walk' dan kemudahan-kemudahan seperti kedai cenderahati, surau dan juga tandas.

Kita layan jer la sebahagian gambar-gambar yang sempat dibidik dalam taman ni. *takde idea nak nulis nih. haihhhhhh *ketuk kepala*.






Last but not least, do checkout the real time temperature / humidity of Tanah Rata near the main building...

Sekian, melaporkan... Hahahaduii kritikal nihhhh...

Lepas ni kita ke Time Tunnel pulak!  One of must go in Cameron Highlands... :D


Wednesday, September 5, 2012

BuBuR PeRaK di TiTi GaNTuNG, PeRaK

Assalamualaikum dan selamat petang semua... rindu pulak, ekekeke...

BLOG KAKI JALAN BERSARANG LAGI <-- dah macam boleh buat tajuk berita giteww.  Sibuk sesangat sekarang ni dah nak sama taraf dengan YB dah rasanya, maka ampunkan je larrrr kalau blog ni selalu benar bersarang...

Entri kali ni nak kongsi satu tempat yang aku dah usha sejak 2 tahun sudah.  Dok usha-usha tapi memang tak berkesempatan nak singgah sebab waktu yang kurang sesuai - kekadang lalu awal pagi, balik dah lewat petang / malam, kekadang lalu dah kenyang, hahahaha memacam kan???  Jadi, semalam memang aku nekad untuk skip makan tengah hari (ehemmmm makan tengah hari pun dah dekat pukul 3 petang, jadi aku tahan jer biar diorang makan).


Gigih aku panjat tangga kat kilang semalam di kala matahari tegak atas kepala...  Terel dak??


Oklah... Tempat yang aku nak kongsi ni terletak di tepi jalan Ipoh - Lumut iaitu di Titi Gantung.  Lokasinya betul-betul di lampu trafik sebelah kiri jalan kalau dari arah Ipoh.  Info lain -  Batu 30 atau lebih kurang 200 meter dari Kompleks Pertanian Titi Gantung atau nak lagi senang tanya jer larr orang dekat-dekat situ.  gerai BUBUR PERAK ni memang sahih terkenal - KOMPEM!


Ni pehal papan tanda dah duduk kat bawah ni entah?  Nak gantung papan tanda baru kot?


Antara bubur yang ada jual kat sini...  Ada bubur kacang hijau, pengat pisang (peberet), pulut hitam (peberet jugak!), bubur caca, bubur keledek, bubur nasi, gandum, jagung etc.


Ni bubur pulut hitam - saya suka! LULUS!


Ni pengat pisang - peberet tapi terlebih manis laksss..


Bubur pulut hitam, pengat pisang dan bubur kacang hijau.  Kalau datang makan kat sini harganya RM2 semangkuk, dan kalau bungkus harganya RM2.50.

Jangan lupa singgah gerai BUBUR PERAK ni kalau sudah berada di Titi Gantung.  Ada yang teringat-ingat pulak nanti! Ekekekeke.....  Gerai ini dibuka dari jam 10.00 pagi sehingga 7 malam :)

#misi mencari BUBUR ANAK LEBAH

Wokeyyyy nak sambung kerja :D