FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, August 27, 2012

KiSaH RaYa 2012

Assalamualaikum.

Selamat hari raya...  semua orang dah masuk kerja ke hari ini???  Bertabahlah sebab aku pun sebenarnya dah mula kerja hari Khamis minggu lepas... Super maha bosan sebab line internet takde, walhal banyak kerja yang aku kena update dalam talian.  Last-last kerja aku tulis surat, tandatangan sendiri dan jadi tukang faks selain menjadi operator telefon dan tukang kunci opis... Hamboihhkan, memacam aku buat.  

Raya tahun ni aku rasa macam sadis jer...  Memula macam tak sampai hati nak cuti, kerja punyalah banyak sampai tak cukup-cukup tangan dan orang kat opis laks takde.  Kalau boleh klonkan diri untuk cepatkan produksi kan best!!

Layan cerita dengan gambar jer larr....


Alhamdulillah tahun ni dapat solat aidilfitri di masjid yang dulu, kini dan selamanya.  Tahun ni, tak tahulah apa ceritanya, aku terlambat dan ruang solat kat dalam penuh.  First time aku solat kat luar dan kat tepi tangga.  Memang sejarah!

yang budak-budak kecil ni sepupu dan anak saudara, tapi tengok gambar yang dewasa nyer yang over! hahaha..

Ni gambar hari raya yang pertama...  Tema ungu katanya....  suka sangat gambar nih...

Ni batch pertama saudara datang raya kat rumah.  Aku suh jugak diorang datang tak kisah la kui sepuluh atau kui sebelas malam sebab ada seprais birthday partyyyy untuk salah seorang dari makcik-makcik aku yang datang malam tu.  Hahahahahahaha...

Raya kedua, ibu suruh kami pergi beraya kat Pasir Salak.  Hah?  "Pergi sendiri ke Bu?"  "Ha, pergilah!"  Terus kami roger rumah opah dan tanya siapa yang gerak g sana.  Yeayyy, konvoi 3 biji kereta beraya 3 rumah hari tu.  Aku ngan adik-adik terasa macam retis sebab tak pernah dibuat pakai baju yang sama.  Nasib kaler baju lain! ekekeke

Ni gambar posing-posing sebelum adik balik sambung beraya rumah mertua dia pulak....  hurmmmm tetiber aku rasa aku somel dalam gambar-gambar ni! hahahahahampun kekadang perasan!


Hakikat yang sebenarnya, pada raya kedua selepas balik dari Pasir Salak, aku jatuh motor.  Kekdahnya nak pergi cari kawan dari Kuala Lumpur yang sesat.  Tak sangka kawan aku ni datang betul-betul dan bawa maknya sekali...  Terharu okay!!!!  Terima kasih Tee datang :)  

Kisah jatuh  - biasalah, aku selalu rasa aku ni gagah.  Aku jatuh sebab nak elak kereta yang tiba-tiba keluar dari barisan.  Nah sekali terus lipat baring.  Mana gaya jatuhpun tak pasti, sebab aku ingat cepat kalehkan motor dan aku bangun.  Kereta banyak kat belakang dan aku taknak kena 'sapu' pulak.  Masa tu memang sakit tak sakit sangat larrr (tapi dalam kepala boleh tetiber teringat tweet chawanna kata aku gigih ke gagah ntah).  Orang yang bawa kereta aku nak elak tu berhenti dan keluar.  Lepas tu ada seorang mamat yang bawa motorsikal berhenti dan beriya tolong aku*.  Masa kat situ, aku rasa bahu sakit, luka sikit.  Nasib motor boleh gerak lagi walaupun yang kat depan suma pecah.  Periksa tayar tak bengkok, jadi motor boleh jalan dan aku boleh lagi bawa balik rumah...

Kisah badan sakit bermula beberapa jam kemudian dan berdengkot-dengkotlah aku sehingga hari ini.  Huuuuuu sob. sob.....  Kira-kiranya cerita raya aku memang sampai petang raya kedua sahajalah.

Harap-harap lepas nih boleh sambung pulun sebab tak puas lagi beraya.  Ada open house jangan lupa jemput ya!!! HEhehehehe

* teringat suatu masa dahulu motor buat hal kat kampung, ada seorang mamat tak tahu dari mana tolong beriya-iya juga membantu sampai dalam keadaan aku tak percaya sama macam kejadian jatuh motor kali nie...  Syukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang baik dan ikhlas membantu.



Thursday, August 23, 2012

INDia PaRT 9 : BaCK To NeW DeLHi / MaLaYSia (HaRRy PoTTeR caBiN, CiViLiSeD n SuRviVeD)

Sambungan cerita sebelum ini --> INDia PaRT 8 : TaJ MaHaL the WoRLD WONDeRS

Amboihhhh bercinta sungguh aku nak habiskan entri Mengembara Di Bumi Kari ni.  Tambahan lagi dah yang nak akhir-akhir ni ya, makin banyak memori, makin sukar untuk diluahkan.  Pengalaman mengembara hampir 8 hari di tempat seperti ini banyak memberi ujian dan pengajaran.  Tiada yang buruk kerana akhirnya membawa kepada segala yang terkandung di bawah 'Incredible India'.

Pada pagi hari terakhir di India, kami masih berada di Agra. Awal-awal pagi kami sudah bersiap-siap dan pemandu tuk-tuk kami (dah janji siap-siap) hantar ke Stesyen Keretapi.  Nak balik dah ni, tak tahu nak kata apa.  Untuk meninggalkan Agra, adalah antara yang dinantikan sebab bandar Agra ni sangat kusut bagi aku.  Satu-satunya tempat yang menjadi NADI Agra ialah keajaiban Taj Mahal sedang yang lainnya #pitam! 


Tempat penginapan di Agra - Tourist Rest House (~ RM18/seorang)

Matahari baru nak muculkan diri dan kami dah bersedia untuk meninggalkan Agra.  Gambar ni dari depan hostel.  Kalau dah siang, tempat ni sebenarnya warna kelabu sahaja.

Dah sampai stesyen keretapi Agra Chantt. Pagi ni drama lagi dengan pemandu tuk-tuk sebab suruh kami turun punyalah jauh walhal dia boleh je lajak lagi ke depan dan memang pun dia kena ke depan untuk buat pusingan-U.  Haihhh, degil kami taknak turun... EEEE sekeh kang!! Garang tak???

Ini adalah keadaan di sekitar stesyen keretapi.... Ishkkk bila nak masuk tunjuk kabin nih??? Keadaan di luar berkabut kelabu dan kelihatan rumah-rumah bewarna bata.

Hari ini alhamdulillah dipermudahkan perjalanan.   Kali ini kami menaiki keretapi Jbp Ndls Sup Ex  kabin 4 katil...  Sebelum naik, kami periksa nama, coach dan juga platform mana yang harus kami tunggu.  Kali ni memang dengan yakin tak mahu layan sesiapa dah, sapa-sapa nak naik keretapi pun kena yakin dan tawakkal jugak.  Masa tunggu di platform B, tiba-tiba aku perasan papan tanda LED tunjuk keretapi yang bakal kami naiki bertukar ke Platform A.  "Janggel, cer tanya orang tu!" sambil aku tunjuk pada dua orang unkel yang macam menunggu keretapi yang sama. Unkel tu dengan penuh konfiden suh tunggu je kat Platform B sampailah kami tunjuk papantanda tu...  Nak dengar announcement ada, tapi hehehe caya tak caya takut salah dengar.
*unkel - uncle / pakcik


Naaaa.... ini dia kabin ala-ala Harry Potter yang kami naiki.   Ada 4 kerusi panjang (2 baris 2 tingkat).  Ikut suka hati nak tidur baring ke nak gigih duduk.... Tak kuasa pula nak panjat, ngeh ngeh.  Nasib baik takde orang lain masuk untuk 1 lagi katil kosong tu! Yeayyy...  Dalam cabin ini ada plag untuk cas handphone, bateri  dan nak apa-apa barang letrik lain, seronoklah aku ngadap netbook layan cerita Hantu Kak Limah Balik Kampung sepanjang berjalanan sedang Janggel dan John tido.  Aku rasa John tido mati kot, tak jaga langsung dalam perjalanan tuh.  Mengqado gamaknya.  Kemudahan lain dalam kabin ni, selain aircorn, ada juga kipas, paip (+sinki air) dan kemudahan seperti bantal dan selimut.  Aku sedap je bungkus diri dengan sleeping bag aku sebab sojukkk..

Dalam perjalanan Agra ke Delhi, ini antara pemandangan biasa yang dapat dilihat. Khemah atau rumah???  Daif.  Mana tempat bersihkan diri? Tandas??? HUrmmm....  Satu pemandangan yang aku tak boleh lupa semasa keretapi mula bergerak, huhhhhh....... pagi-pagi terus aku menyumpah-seranah menyesal tak sudah.  Dah duduk tepi tingkap, sudah haruslah pemandangan luar tidak aku lepaskan.... Nahhhhhh kau, siaran langsung 'shilake' seorang lelaki dewasa mencangkung kat atas lintasan keretapi (banyak relnya) tengah BERAK..... eeeeeeee memang sumpah aku menyumpah pagi--pagi tuh dah la ternampak direct, gila ko memang dekat dengan keretapi aku naik nih.... Dan yang bestnya mamat dua orang tu tak tengok, haishhhhh sungguh tak indah langsung pemandangan aku pagi-pagi nih.

Kat satu stesyen lain masa kami berhenti, aku nampak seorang lelaki ni macam 'sami?' ni membasuh kainnya dan mandi sebelum didatangi oleh seorang lagi.  Bersungguh-sungguh mandi dan mencuci. Ya AIR itu satu NIKMAT!!

Dekat tengah hari kami tiba di Delhi.  Yippieeee.... Lega!!!  Sungguhpun panas, sibuk dan padat Delhi tidaklah sesemak mata aku di Agra.  Kami kembali ke Hotel kami Sweet Home kerana barang-barang kami masih ada di sana.  Cadangnya mahu meninggalkan beg kami dan kalau boleh nak minta check-in bilik untuk menyenangkan kami solat dan membersihkan diri.  Almaklumlah, flight balik ke Tanahair Tercinta malam nanti. Hihi... 

Alhamdulillah, kami mendapat harga yang berpatutan (rasanya dalam Rs1000 je kot).  Untuk balik, cukuplah satu bilik sahaja kerana  hari ini kami akan ke Sarojini Market untuk menambah tuaian (sari dsb) dan kami juga akan ke Sarket.  Letak je bag, layan perut yang belum ok lagi (jumpa mr J), masak maggi, pastu terus keluar.  Yeayyy Sarojini jomssss...... 

Kami di Sarojini dalam 2-3 jam sahaja sebab dah tahu kedai yang nak dituju dan keadaan yang panas.  Tak sabar-sabar  nak pergi tengok shopping kompleks kat Delhi nih...  Sasaran utama Hard Rock Cafe!! Gila aah dah lama tak masuk tempat shopping berhawa dingin.  Shopping mall Select Citywalk ni terletak di Sarket, jaraknya dalam lima belas minit dari Sarojini.  Tambang tuk-tuk rasanya dalam Rs 100-120 je kot #lupadah.

Untuk masuk ke dalam shopping kompleks ni dua kali kami kena scan dan siap kena check beg lagi. Agaknya atas sebab yang sama bila masuk tempat awam yang bertutup kot ~> keselamatan.    Apapun, sejurus masuk ke dalam kompleks tu terus terasa bagai "Yeayyyy i'm alive! hahahaha!".  Rupanya dah seminggu duduk berjalan dalam tempat yang berdebu dan pekan-pekan kecil.  Gila drama sebab fuhhhhhhhh nikmat yakmats dan lega we save the moment sehingga hari terakhir.

Dan di dalam situ, kami reward diri dengan air sedap dan pie di Coffee Bean.  Fuiyohhhhhhhhhh memang best.  Maka duduklah kami bersantai-santai menikmati detik bertamadun moden gitew.  Bebas dari kesesakan jalan raya dan kesadisan melihat kemiskinan hidup juga NIKMAT.  Dibelanjain juga NIKMAT! Hahahaha terima kasih #youknowwhoyouare ~ atas request kena rahsia katanya.....  Tanda syukur.

Dah bersenang-lenang di Coffee Bean, kami meneruskan misi untuk ke Hard Rock Cafe... Yeayyyy....  tapi bukan rezeki aku untuk dapatkan gelas yang comel tu.  Kalau ada yang lain g sini, aku pesan yer......

*tuktuk dari Sarket ke hotel Rs100-120.

Nahhhhh tu dia beg kami yang telah beranak-anak.  Asal datang sorang satu beg je dengan ~10kg, balik?? sepuluh kali ganda taw! wow! wow!!!  Sila tanya tukang borong sakan ~ Johnny John, ekekekeke.  *Itu pun TAK CUKUP! Terpaksa bawak hand lugage nak elak bayar untuk excess luggage....

Kami meminta bantuan hotel untuk mendapatkan taxi bagi airport transfer dan bayaran yang dikenakan adalah sebanyak Rs 600. Selesa dan semua barang dapat dimuatkan di belakang tanpa perlu meriba-riba.  Kami tiba awal di Indra Gandhi Airport.  Sempatlah orang tu berbaring dan lena kejap.  Ya, ruang menunggu untuk penerbangan jauh lebih selesa berbanding ruang di ketibaan.  Cukup keperluan untuk 'landing ~ tidur', charging gadget, makan, toilet dan juga tempat solat (macam tak percaya jer).  Kami balik ke Malaysia dengan menaiki penerbangan AA pada jam 9.20 malam dan sampai di Malaysia lebih kurang 6.15 pagi.  Penerbangan selama 5 jam, bagai siri ngeri di dalam pengalaman naik kapal terbang kerana terdapat penumpang yang mengunyah sireh siap bunyi ludah (tak tahulah ludah dalam apa), budak menangis dan segala macam bau....  Memang flight penuh malam tu ~ Wooooo PITAM!!!!!!


Perbelanjaan

Jumlah perbelanjaan selama hampir 8 hari di India termasuk perbelanjaan pengangkutan (termasuk tiket penerbangan), penginapan, makan minum, tiket masuk dan shopping (tak termasuk belian sari) ~ RM2000 (maksimum).

Detail boleh tengok kat tempat John --> Perbelanjaan Di India


Secebis Pengalaman

Pengalaman Mengembara Di Bumi Kari merupakan pengembaraan yang tak dapat aku lupakan.  Macam-macam pengalaman manis, masin, pahit yang aku lalui bersama dua teman aku Janggel (Jehan) dan John (Johnny John) menjadikan perjalanan kami sangat bermakna.    

Incredible India sama seperti namanya.  Tidak kurang dan tidak lebih.  Aku melihat kemiskinan, kegigihan dan keterpaksaan serta keadaan yang sangat terdesak sehingga  adakalanya aku geli dan jijik melihat segelintir mereka.  Pengotor, putar alam adalah sebahagian yang disebabkan dari keadaan dan juga kebiasaan mereka.  Kami ditipu secara sindiket, kami juga dipaw sebuta-tuli di awal hari di Delhi, juga aku bertemu petugas kaunter yang kurang jujur.  Kalau diingatkan nanges!!  Di sana penuh si pengambilkesempatan hanya jika kita tidak cukup bersedia.  Dengan keadaan seperti ini, kami tetiba-tiba menjadi sedikit 'miskin'.  Hilang sudah taraf 'anak jutawan' <-- walaupun hanya perasaan macam kaya je.  Kejadian yang berlaku pada awal-awal perjalanan kami di India, membuatkan kami berhati-hati dan alhamdulillah pada peringkat seterusnya, perjalanan kami menjadi lebih mudah.  Ya bukan semua mereka, kerana masih terdapat  warga-warga yang jujur dan baik hati.  Aku berterima kasih kerana bertemu dengan Bhaijan di Jaipur, tidak cukup-cukup membantu kami di sana malah mengganggap kami seperti saudara.  Ya aku masih berhutang dengannya....  Kami juga dibantu oleh Alok dari hotel yang bersungguh-sungguh membantu dan memenuhi permintaan kami.  Berjalan dan berlari dia ke merata tempat, "Not this one?", "Wrong, sir?", "I'll get for you  sir".

Bergambar bersama Bhaijan dalam perjalanan ke Tiger Fort, Jaipur.

Di India, aku menunaikan cita-cita emas untuk sampai ke salah satu 7 Keajaiban Dunia iaitu Taj Mahal.  Rasa macam dalam mimpi melihat keindahan ketersergaman Taj Mahal yang gah di depan mata.  AMAZING! AWESOME! dan semua perkataan yang sinonim dengannya. KAGUM.




Keadaan di India juga membuat aku lebih bersyukur kerana dilahirkan dan berada di Malaysia.  Berada dalam kesesakan lalulintas yang tak masuk dek akal, ya sesak di tempat kita masih boleh diterima. Juga melihat langit yang tidak kelihatan birunya, sumber air yang amat terasa lainnya.... Ya semuanya jauh lebih baik di sini.  Walaubagaimanapun, kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila sebenarnya aku berkongsi lalulintas dengan segala jenis kenderaan dan pengangkutan yang boleh bergerak di atasnya.  Ya, berkongsi kereta, tuk tuk, motorsikal, basikal, beca, kereta lembu, unta dan gajah, belum lagi ditambah dengan troli yang ditarik oleh tulang empat kerat manusia di laluan paling kanan sekali. *melihat gajah yang digunakan sebagai pengangkutan di Jaipur dan bergerak atas jalanraya yang sama, sebijik macam filem!!

Panjang lagi jika nak diceritakan semula pengalaman di India.  Kisah perut yang meragam, kisah kegigihan meriba kotak, berkonsert secara live di dalam tuktuk, semuanya dalam ingatan.  Owhhhhh satu lagi ~ kenangan terasa sangat RETIS apabila beberapa kali ditahan untuk diambil gambar (ok, ni aku tumpang glamer John yang cam Korea? Japan? Malaysia? muahhaahaha).  Aku harap semua kenangan Mengembara di Bumi Kari ini sudah aku dah tulis kat KaKi JaLaN nih... InsyaALLAH *kecuali di rumah Bhaijan! <-- ada pulak yang tertinggal! takpelah sebab Janggel ada tulis (hahhaa boleh gitew? Check balik gambar, takde pulak!)

Saat yang paling kelakar semasa berada di Delhi.  Sumpah LAWAK!! Sesak nafas tapi kami  masih  mampu saling berpandang dan ketawa. Yerr BUDUS dan GIGIH dan PALING LAWAK!

Walaupun ditimpa musibah, tak mungkin kami kalah kerana setiap perjalanan ada dramanya.  InsyaAllah setiap dugaan ada hikmahnya.

Malam terakhir di New Delhi, @ Arakashan Road. Selamat tinggal dan terima kasih India.  Perjalanan ke sini memang berbaloi-baloi :D 

Me expriencing INCREDIBLE INDIA!! YeaYYYYY!!

Jehan, Jothy n Johnny (Janggel, MasMZ, John) Mengembara Di Bumi Kari, Mac 2012.

Sebelum aku menutup siri paling panjang dalam KaKi JaLaN ni, terima kasih istimewa buat 2 orang teman yang sentiasa bersama mengharungi susah senang, pahit manis untuk merealisasikan perjalanan Menggembara Di Bumi Kari ini.  Tanpa tolak ansur dan persefahaman serta otak yang sama 'weng', perjalanan kita takkan se'happenning' selama hampir 8 hari kita kat sini.  Hehehhee..... Ayuhhhhhhh Menggembara lagi!!!!  Buat kak Coco, yang setia mendengar drama kami sebelum dan semasa pergi ~ bertabahlah dengan karenah kami... Hehehehe..... 

Kepada sesiapa yang teringin untuk merasai Incredible India, jangan matikan impian korang untuk ke sini.  Walaupun kami diduga, kami gembira dan menghargai masa kami di sana.  Penuh gelak ketawa walaupun masing-masing berada dalam kesihatan yang tidak memberangsangkan.  Kalau orang lain, gaduh dah kot.  Kami, bila tengok muka masing-masing ~ gelak! gelak! hahahaha... mengenangkan nasib diri yang serupa.  India tempat yang selamat dan InsyaAllah akan dapat memberi banyak membuka mata kita tentang kehidupan.  Banyakkan persediaan bagi menggelakkan si pemutar alam dan Go bebeh Go!!  U gonna enjoy it so much... hehehehhe perghhh cam ayat #drama lakssss....  dan satu lagi jangan lupa jaga makan minum bila di sana demi kesejahteraan perut :D

Cerita versi Johnny / John klik sini : - Kaki Berangan
Cerita veri Jehan Misekin / Janggel : - Janggeltrekker's Life

Wednesday, August 15, 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi

Assalamualaikum...

Teman-teman di KaKi JaLaN, sedar tak sedar rasanya Ramadhan kali ini berlalu dengan pantas sekali.  Baru sahaja memulakan ibadah puasa, tup-tup dalam masa beberapa hari lagi dah nak sambut raya.  Bulan puasa kali ini merupakan bulan puasa yang paling mencabar dalam hidup aku.  Bulan yang super duper sibuk sampai nak mohon cuti raya pun macam nak nanges.  Keadaan di luar yang masih berterusan jerebu juga turut menuntut lagi pengorbanan, hurmmm...

Mohon maaf kerana blog yang selalu terabai (eceh bajet cam retis gitewkan!) dan mohon maaf sekiranya ada tulisan-tulisan di KaKi JaLaN yang menyinggung perasaan (ke sebab tak terjawab bagai etc).

Untuk yang akan memandu jauh, berhati-hati di jalan raya.  Jangan lupa tanggungjawab anda untuk balik bakor lemang, kacau dodol, rebus ketupat semua (kang tak raya lakss).  Dan paling penting, jangan lupa keluarga tersayang yang menanti di kampung.

Buat teman-teman di KaKi JaLaN yang tak dapat kad raya bersetem dan bercop Pos Malaysia, ini naaa kad raya spesel edisen untuk korang.... Weeeeee.........

SeLaMaT HaRi RaYa aiDiLFiTRi daN MaaF ZaHiR BaTiN.
#dengan pesanan tambahan --> NaK duit raya!!! Hahahahahaha.... Motif sangatkan?!


Buat Janggel yang jauh di sanun, bertabahlah beraya di perantauan...

Cantik dak baju raya aku??? Kaler kek lapis berpelangi giteww

Kad raya KaKi JaLaN tahun lepas leh tengok kat sini --> Raya 2011