Selesai bersarapan pada jam 9.30 pagi, kami memulakan perjalanan ke Hotel Ajanta yang terletak di Arakashan Road. Kami nekad berjalan kaki kerana yakin hotel tersebut terletak di kawasan berhampiran memandangkan Smyle Inn juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari Stesyen Keretapi New Delhi.
Keadaan pagi di New Delhi pada hari tersebut agak jerebu. Selepas berjalan beberapa minit, kami terus mengenakan topeng kerana habuk yang agak ketara. Hahahaha eksen tak??? Kalau nak ikut *API, agaknya sudah sampai 80-90 kot??
Bila dah pagi ni baru nampak keadaan sebenar lorong Gangsta Paradise malam tadi. Dah siang, rupanya biasa je dan agak sibuk. Depan-depan bangunan kedai tu, ada orang yang nak buka 'stall' sorong-sorong tu.
|
Di hujung simpang, banyak beca sudah menunggu pelanggan. Oklah, tak semua diorang bangun lambat! Hehehe.
|
Ini adalah keadaan di tepi jalan besar sebelum memasuki Arakashan Road. Bangunan kedai kat tepi tu pun dah naik kelabu.
|
Keadaan jalan besar waktu pagi. Kalau kat tempat kita nih, harus kereta dah bersusun sebab sangkut dalam trafik.
|
Melintasi kawasan Stesyen Keretapi New Delhi... Satu stesyen jer trek dia nak dekat sepuluh kot?! Ada lagi platform yang tak termasuk dalam gambar nih.
|
QUTUB MINAR, NEW DELHI
Untuk masuk ke kawasan ini bayaran sebanyak 250 Rupee dikenakan kepada pelancong asing (cesss jauh mahal dengan warga tempatan!). Pasrah. Sejarah mengenai Qutub Minar ni, boleh klik sini. Qutub Minar ni telah disenaraikan sebagai UNESCO Heritage Site, sangat cantik dan wajib pergi kalau datang ke New Delhi. Kami menghabiskan masa hampir 2 jam di sini dan segera bergerak untuk ke destinasi selanjutnya kerana matahari sudah hampir ke atas kepala.
LOTUS TEMPLE, NEW DELHI
* Lotus Temple ditutup pada hari Isnin
INDIA GATE, NEW DELHI
Untuk ke India Gate, kami masih menggunakan tuk tuk yang sama dan kami dikenakan bayaran tambahan bayaran sebanyak 350 Rupee / trip. Haishhhhhh.... Sebenarnya kalau nak ikutkan, aku rasa tambang sebenar dari Lotus Temple ke India Gate ni paling tinggi pun mungkin 150-200 Rupee untuk satu tuk tuk (berdasarkan pengalaman pada hari-hari seterusnya). Masyuk orang yang bawa kami tu, cessssss.
Masa di India Gate ni, kami mengalami pengalaman retis buat kali pertama (*ayat tak boleh blah!). Ada orang tahan, ingatkan diorang nak minta tolong ambilkan gambar ke orang yang nak ambil gambar kami pastu minta bayaran <- ni memang ada kat sini, rupa-rupanya "Can take picture? Can take picture?" tu nak bergambar sama-sama.... Hahahahahahahaha sila bantai gelak sesama. Maka tersipusipot larrrr retis Johnny dan Jehan... ekekeke...
Masa di India Gate ni, kami mengalami pengalaman retis buat kali pertama (*ayat tak boleh blah!). Ada orang tahan, ingatkan diorang nak minta tolong ambilkan gambar ke orang yang nak ambil gambar kami pastu minta bayaran <- ni memang ada kat sini, rupa-rupanya "Can take picture? Can take picture?" tu nak bergambar sama-sama.... Hahahahahahahaha sila bantai gelak sesama. Maka tersipusipot larrrr retis Johnny dan Jehan... ekekeke...
India Gate dibuka kepada awam dari waktu terbit matahari sehingga terbenamnya matahari. India Gate ini juga kelihatan cantik pada waktu malam :D
SAROJINI MARKET, NEW DELHI
Shopping pulak yuk! Jom kita survei sari nak? Errr survei? Baik beli terus, pastu kita leh bungkus, pastu kita leh pos, pastu kita tak payah pening-pening lagi. Gitewwwww... Untuk ke Sarojini Market dengan menaiki Metro, turun di stesyen Ina. Tambang dah lupa! Bila dah sampai tu, kena naik tuk tuk sebab kalau nak menapak pergi Sarojini Market ini boleh mendatangkan pitam. Apatah lagi tadi dah menapak bukan main jauh India Gate ke stesen Metro, huuuuuuuu. Walhal, boleh je naik tuk tuk. Harga tuk tuk dari stesyen Ina ke Sarojini Market ialah 30 Rupee/ tuk tuk. Nasib baik dah tanya orang kat bawah (dalam stesyen Metro), local tu cakap naik tuk tuk tu harganya 30 Rupee. So dah sah kompom 3 * 10 Rupee = 30 Rupee <- apehal tetibe ada kira-kira nih?! hahahaha
* Setelah ditimbang kati bagai, kalau dari India Gate nak ke Sarojini Market, dicadangkan untuk terus ambil tuk tuk saja.
Walaupun ramai orang kat sini, tempatnya masih lagi teratur dan tidaklah berserabut. Takat-takat nak sorang beg trolly besar boleh lagi. HAhahaaha |
Alas-alas kaki, sarung kusyen (yang kecil-kecil) tu pun ada dan sangat murah. |
Untuk tambah baju, aku sambar kurta dua tiga helai. Hehehehe |
Entri Selanjutnya : Lokasi wajib lain di New Delhi ~ Red Fort
Cerita Lain
1.Pemandu tuk-tuk yang bawa kami ke Lotus Temple dipelawa oleh Johnny untuk makan biskut yang kitaorang bawa. Kami makan larr dua keping sorang dan bila Johnny nak simpan baki, ttiba-tiba pemandu teksi tu minta lagi. Cissssskek sungguh! Dah larr dah paw banyak kat tambang, ni ada hati nak paw biskut kitaorang pulak!! Apapun, kami keluarkan juga biskut tu dan habiskan.