Taraaaa..... Jom kita naik CRUISE!!!!! Mana eh datang rancangan sambut tahun baru atas kapal besar!!!!!! Atas cruise tu!!!! Ada yang kata kapal to nowhere, dan bak kata makcik2 (seriously betul!) yang duduk sebelah cabin aku dan kak Coco kapal menang judi! Hahaha suka hati je kan?! Muahahaha.... Katanya ada kasino kat atas ni, tapi tak jumpa lar pulak kat mana memandangkan bukan ada niat nak mencari pun! Ekekeke.....
|
Untuk naik cruise ni, masa check-in bermula dari jam 5.30 petang. Wahhh bukan main panjang nak kena beratur! Mula-mula kena ambil kad, lepas tu beratur nak masuk ke dalam gate pula. Bila dah lepas gate, beratur lagi nak masuk kapal!! Dah masuk kapal, beratur pula lagi sekali sebab dia akan check kad kapal dan simpan kad pengenalan!!! Fuhhhhh 4 kali check dan beratur nak naik kapal nih! |
|
Datin RaFeaH dah bertukar!!!!!!! Tak kenal dah beg trolli!!!! Hahahaha..... Katanya nak ambil feel, camno kalau berjalan dengan beg kena angkat-angkat nih...... ;p |
|
Cruise Libra yang kami naiki ni ada 10 tingkat (deck).... Kita akan masuk melalui tingkat 5.. Agak-agak nak tahu, ce kira lubang-lubang tingkap tu. Tempat kami kat tingkat 3 :) |
|
Taraaaaaa (lagik!)..... Kabinnya comel sangat! Ada dua katil kurus, ada tempat sangkut baju, telefon, dan bilik air. |
|
Seaview kekdahnya!!! Ini pemandangan sebelum kapal bergerak. |
|
Meronda atas kapal..... Agak-agak kalau titanic, sini larrr agaknya lokasi yang harus dituju.... Huuuu Namaoooo |
|
Lepas tu meronda di dek 9, kawasan terbuka untuk bersantai-santai. Kat sini ada banyak kerusi malas untuk yang nak berbaring-baring, bertidur-tiduran kat luar, ada bar, gim dan juga mtv untuk karaoke.... Teringin tak??? |
|
Kat sini ada juga swimming pool dan jakuzi (wow! wow! teringin nak baywatch! erk?! hihi). Spa nak berurut dan kilat kuku pun ada juga kalau nak merias-rias.. |
|
Naaaaaaaaa...... dah chop kerusi kerssss ;p |
|
Dah dekat pukul 7, kapalnya belum juga berlayar...... Last check in pukul 8.30 malam, hurmmmmmm.... Harus gerak jam 9 malam larrr tu, kan?!!!! Mari layan senja dari atas kapal. |
|
Takde keroje.... ehehehe..... saje sambil-sambil makan makanan sedap-sedap atas kapal...... *mood bagi warning siap-siap!!!! Skrol dengan tenang ok! |
|
Chef-chef sibuk membakar. Hidangan makan malam disajikan secara buffet bermula pada jam 6.00 petang. Jadi bila naik kapal tu, simpan barang terus larrr pi makan!!!! |
|
Taraaaaaaaa........ Sebahagian dari hidangan makan malam. Sebenarnya ada pelbagai hidangan dan variasi dihidangkan. Ada nasi goreng, pasta, bar-b-q, salad, desert yang tak terkira jenisnya, roti yang berbagai jenis, pilih larrr ikut hati. Erkpppp alhamdulillah....
Sebab kami dah makan petang kat Padang Kota, jadi kuranglah ruang nak makan dengan banyak. Arghhhh rugi! Rugi! *geleng-geleng kepala. Masa makan ni, ada pula satu masalah besar!!!! Tak jumpa kaunter air!!!! Tahu-tahu ada je pelayan yang datang tanya nak order air apa.... Korek-korek beg, alahai tertinggal pula air mineral dalam kabin! Pilihan air sama ada air buah yang kalau tak salah harganya RM12 atau sejag air teh air limau RM28++. Dah tentu kami pilih air teh limau, pastu minum bercatu! Wakakaka sadis! Nasib baik ada hidangan tembikai yang gebu-gebu dan banyak air, jadi bila agak-agak kering tekak makan tembikai kekdahnya. |
|
Menjelang jam 7.30, ada pula persembahan live band..... Katanya dari Filipina...... Layan....... |
|
Sambil-sambil makan, boleh berhenti kejap tinggalkan makanan naik ke dek paling atas an tengok matahari terbenam. Senja itu, betul kami dapat menikmati 'golden moment'. |
|
Antara pengisian yang ada di atas kapal, malam tu ada persembahan dari penari-penari dari errrr (t hapdet! hahaha), penari ballet professional dan penyanyi dari errrr (t hapdet jugak!). Persembahan yang terakhir, kami tak dapat nak tengok sebab semua orang dijemput untuk naik ke dek atas pada jam 11.30 malam untuk sambutan tahun baru. Nak keluar dari lounge, masing-masing dapat door gift (ie party pack!). |
|
Sambutan tahun baru atas kapal.... Sementara menunggu jam 12.00 tengah malam, ber'parade' keliling kolam lagi. Kami kejap je kat aras tu sebab ramai yang berpontensi sangat BESO untuk mabuk memandangkan setiap meja tu, semua pesan air tu dalam bekas besar!!! |
|
Oopsss iklan!!!! Berposing setelah meronda keliling kapal. Hajat hati nak masuk tempat karaoke, tapi tak kesampaian. Mtv karaoke tu tempatnya macam dalam restoran kecil dan nyanyi kat kawasan dalam restoran..... Ada pulak semeja orang yang sambung minum kat dalam tu....... No! No! No! Bak kata Abang Leman.... Last sekali, terpaksa nyanyi lagu fofular Abang Leman "Mailah siniiiiiiii..... Lalalalalalaala....." <-menchik taw! |
|
Sejuk-sejuk kat luar, kami kembali ke Stardust Lounge.... Kali ni tak ada artis yang buat persembahan , deme pasang wayang cerita Super8 pulak... cerita 13PL ok! hahahaha.... Masa nak keluar dari lounge tu, maka kelihatanlah orang-orang yang ambil standing pax, me'landing'kan diri dengan baiknya di atas kerusi yang best. Mana rupanya, tunggu..... *kacau betul ada budak tiga orang duduk betul-betul kat depan skrin, macam lah tak ada orang lain yang nak tengok cerita tu. |
|
Sarapan pagi di kapal ni adalah termasuk pakej. Pun banyak juga pilihan! Akhirnya dapat juga aku minum air panas! Lega rasa tekak. Antara hidangan yang ada kat sini termasuklah nasi goreng, sosej, roti jala, pau, bubur nasi, bijiran, kuih-muih, buah-buahan, set vegetarian dan oooiiii panjang nih kalau nak list! *peace~ Waktu sarapan 6.00 pagi sehingga 9.30 pagi. *Pukul 10.00 pagi dah boleh turun kapal dah yer! |
|
"Caner ni, kita nak tinggalkan Abang Leman tak?" "Hahaha, boleh ke??? Kang dia panggil lagi ~Mai larr sini!! Hihihihi" |
|
Dah habis jenjalan atas cruise (apa sedap panggil kapal! hahahaha), dah makan puas-puas, dah snapping berabis, beli souviner kat dek 4, maka marilah kita melarikan diri dari Abang Leman. Eh, kantoi lakssssss...... Dah siap tunggu rupanya!!! Bagi kami pulak jadi retis ye! |
|
Sebelum keluar, jangan lupa ambil balik kad pengenalan dalam Stardust Lounge..... Wahhh merasa naik atas stage dan berangan buat show. |
|
Dah pulak siapa nih????? Sibuk pulak nak interprem! Nak kuar anak kapal akan verify kad, kot-kot ada hutang! Hahahahaha!!!! Memang tak boleh lari ke mana larrr... |
|
Dan akhirnya berakhirlah percutian sambutan tahun baru ala-ala anak jutawan di atas Cruise to Nowhere...... Lepas ni enchek Harun, Abang Leman, cik Aloyah dan Datin RaFe'ah dah nak balik. Kita jenjalan dengan orang lain pulak yer! :D
|
Harga tiket standing pax - RM142 per pax
Harga tiket cabin - RM402 per pax
** Untuk mendapatkan info aktiviti dan kemudahan yang ada kat cruise, maklumat boleh diperolehi melalui kaunter reception. Kaunter tersebut ada berdekatan dengan pintu masuk cruise.
Citer versi enchek Harun, leh klik kat sini. Oopsss sini yerr! Hahaa...
Versi Abang Leman, errrrrrr..... Siaran tengah terganggu~ tettttttttttt
12 comments:
kepala abe leman terpeleot ke wei? aku tgk cam terpeleot je masa bersandar kat kusi tu...kihkihkih
aku suka gmbr "golden moment" tu....pandai ko shoot :)
woiittt tak tido jugak ke Fatt??? Hahahaha...
Abang Leman nak posing jugak! Tu pasal beriya angkat kepala... Oowhhhh Abang Leman!!!!!! Retis gayanya!
muahahha...motif gmbr last ko takde gmbr katun? hehehe...
dah abes dh ke cite cruise??? huhuhu...
aku bru balik weyyy!!!
Jazuki tu apa? Sama dengan jakuzi ke? Ahakssssss!
tepon tu comel betol.. olskool kaler kuning.. abg leman punye siaran tergendala? hahahahha
aku dari aritu bc kt blog janggel, kena tinggal IC tu xpaham napa.. bahaya tuh kalu org curik
patuu napa la korg2 sume ckp kenyang dh mkn kat padang kota?? aku dh la xbuleh tgk makanan yg byk2 nih...
@Bdk2 aka John,
LAlalalalala.... dah check out... Ko dah check in?? hahahahahahah
Yang takde gambo kartun tu saper eh??? entahnya!!! interprem plakss!
@Janggel,
Haip!!!! Tatau... Tatau...
@Ely,
Dalam kabin tu, semua oldschool. Klassik beb!! Ada larrr membawa ke donia lain (cewahhhhhh ala-ala jaman doulu-doulu sket).
Ha'ah... moral of the story, nak naik kapal jangan makan benda berat-berat! Atau kalau nak makan, makan awal-awal kui doblas ke, seblas ke, baru larrr kui nam tu ada ruang nak sumbat makanan! Hehe... Dah kami makan pukul empat, haruslah tengah kenyang!
IC tu, orang cruise yang pegang.... Tak tahu larrr apa motifnya nak simpan IC @ pasport penumpang.
lawa gambo.... minah mana enterorem tuh. ish! bok bok nnt baru tau! HAHHAHHA...
*mode masih jeles*
Muka abg leman di merata2 blog!! *tak puas ati, sambil hempas pintu toilet*
Korang tak join mabuk2 skali ke masa tu? hahaha (soklan nk kena penampor!)
Masmz,
muka komik yg cute ikat 2 ala-ala tanduk...amat comel dan kena dengan Datin Feah tau...
hahaha...
(*tetiba datin???motif?)
update lagi...tinggalkan leman dan keje hakikinyer...
(larikkkk)
Ni naik dari mana ni mas , port klang ke penang. Cruise to nowhere ada lagi ke ? Aku ingat dah habis dah
Xplorer,
Kami naik dari Penang, turun pun kat Penang (Swettenham Pier). Cruise overnight ni sentiasa ada :)
Post a Comment