Lokasi Betong
"Haaaa nak gi mana?"
"Cari makan larr kot?!"
"Mas, kat Ipoh nak makan kat mana?"
"Ipoh ke? Jauhnya lagi?? Hahahaha"
"I tak kisah, ke kat all the way balik?"
"Errrrr...Wokey!!!!"
Lokasi Dalam Kereta Kat Grik
"Pi Penang dari sini pun dekat kan?"
"Boleh larrr... Hari tu aku pi jalan cross pi Sungai Petani tapi dari Pengkalan Hulu tu. Dah sampai sini tak tahu larr dekat ke lagi jauh"
"Sama je larrrr"
"Errrr.... Ko ada apa-apa?"
"Tak ado"
"U? U?"
"Tak ado"
Kring. Kring. (jaman bila punya ring tone daaaaa)
"E, kitorang nak pi Penang.. Korang nak ikut tak?"
"Penang? Gila!"
"Balik larr ikut PLUS nanti. HEhehehehe (mood menghasut)"
"HAhahahaha.... takpe larrr korang proceed je yerrrrrr"
Maka itu larr cerita pelancongan tanpa rancangan! Gilos! Orang ni cakap makan sana best, orang ni cakap makan sini best, dan aku pun sah-sah larr nak promote tempat kan?! Haahahaha.... Tapi akhir sekali, enchek M kata nak bawa pi makan ketam! J pun dah terliur-liur dengan ketam. Dapat pula rupanya tempat tu memang ngetop!! Wow! Hahahahaha.... Aku pun WOKEY, I POLO :) *dalam masa tak sampai sebulan, 3 kali dah kot aku pi Penang!!
Misi mencari ketam bertelur ~ bakar ini rupanya membawa kami menyeberang ke pulau. Mati-mati ingat setakat nak makan kat tanah besar je. Gigih sungguh diorang nih, pukul berapa nak balik nanti nih???? HAhahaha. Sampai di Butterworth pada jam 8 malam dan sepakat nak naik feri sahaja untuk rehat sekejap sambil feeling-feeling (esp aku larrr sebab nak wakilkan kak anash feeling naik feri! hahahaha). Perjalanan feri dari tanah besar ke pulau mengambil masa dalam 20 minit atas air... Sempat juga larr nak posing-posing, ecehhhhh (walhal penat dowwwww).
Tempat nak makan ketam tu letaknya di Tanjung Bungah, oiii mak aiii...
"Mud, ngala ke B.Feringgi tu tak jauh ke?"
"Alaaa.... Ekceli dekat je larr Mas. Kita susur pantai je...." *hahahahahaha sambil gelak
Iya sangatlah susur pantai... C, sibuk pakai gps tapi ngokngek apa punya navigation kuar dari KL!!!
Akhirnya sampai juga di tempat yang nak di tuju iaitu Sea Pearl Lagoon. Kalau tanya aku, kalau dari bandar, tempatnya sebelum sampai kampung yang kena tsunami tu (masjid terapung tu), dekat area flat-flat yang pack. Kalau nak tanya orang, tempat makan ni di Tanjung Bungah, dan ada temple cina yang berusia 200 tahun. Kompom!!
Kenapa sebut ketam bertelur bakar??? Mengikut kata Md dan Jn, semua ketam yang diorang hidang memang kompom akan ada telur! dan telurnya besar! Owhhh ok! hahahaahah... Terus terang, aku tak reti nak makan telur ketam ni, tapi tengok diorang makan cam nikmat gilessss... Sape yang minat leh cuba makan :)
Selain dari itu, kami juga memesan udang bakar, bihun goreng dan nasi goreng. Rupanya kami adalah pelanggan terakhir dan sampai habis semua meja kerusi bersusun. Auntie-auntie tu mai kutip satu-satu pinggan yang kitaorang habis..... Jadi, siapa nak datang makan kat sini, eloklah datang sebelum jam 9 malam sebab kedai ni tutup pukul 10.00 malam.
Hari tu, kami sampai kembali ke Ipoh dekat jam 2 pagi!!! Fiuhhhhhhhhhh fengsan!! Zzzz
*jemput makan kengkawan :D