FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, June 30, 2011

MaK DaRa NYoNYa <-- aKaN DaTaNG!

Bos, saya nak tengok persembahan nie. Saya minta excuse ya hujung minggu. Saya hantar wakil ya Bos.. (asyik kena keja hujung minggu je sekarang ni, huuu busan...).

Jom reramai melayan satu lagi teater terbitan Citra Production (dan Jamu Mak Dara (owh rupanya! Meletops!!!)), arahan Puan Rosminah Tahir.

Maklumat lanjut boleh larr jenguk-jenguk di http://makdaranyonya.blogspot.com/.

Jumpa di sana! Di sana! Di sana!


LaNGKaWi : CaRi MaKAN JoM

Langkawi?? Hurmmmm..... Agak-agak apa makanan yang wajib eh bila pi Langkawi nih???

Mapkanan pertama yang kami jamah (errr macam salah je!) sebenarnya nasi sebab dah lapar sesangat. Sarapan di Kuala Perlis setakat mengalas perut je yang mana alasnya mungkin senipis tisu je kot... tak tahu larr sebab terlalu excited nak ke pulau sampai tak ada selera nak makan atau memang makanannya tidak begitu memberangsangkan. Selepas sahaja check in di motel, kami terus keluar dan tempat utama haruslah kedai makan.

Makan 1 : (lupa laks namanya, tapi betui-betui seberang Akuarium)
Cheq suka makan kat sini... Selera tukang masak dengan tekak cheq memang sama! Dek sebab lapo, lupa pula nak ambil gambar!

Makan 2 : Gerai makan dekat Dataran Lang
Yeayyyyy dapat makan laksa utara yang SEDAP!! Nyaman nyerr rasa sebab yum yum memang sedap.... Nak lagi!!!


Makan 3 : Kembali ke Dataran Lang
Gara-gara terlewat keluar sebab tak sedar diri bergambar sakan bagai di Pantai Chenang dan mahu checked-in di Dataran Lang, kami keluar makan malam ke pekan Kuah. Gerai pilihan hanya selang beberapa pintu dari gerai petang tadi. Malam ni makan satay, huaaa ni siapa punya kegilaan makan satay 2 hari berturut-turut ni?? (kat Ipoh pun dah makan satay). Makanan utama cheq Nasi Goreng Ketam Istimewa, huuuuuuuu..... Jemput. Jemput. Jemput makan :)





Makan 4 : Makan tengah hari di gerai depan Akuarium (lagi sekali!)
HAhaha.... dah memang cheq suka makan kat sini.


Makan 5 : Laksa Power (tepi lapangan terbang)
Suatu ketika dahulu, masa cheq datang Langkawi, cheq rasa cheq makan kat kedai ni. Makan laksa dengan cendol, tapi..... tak tau larr ni kedai yang sama atau bukan... Nama laksa power, haduiiiiii.... rasanya inilah antara laksa yang paling hampeh yang pernah cheq makan... Hangit! Tanya pasal cendol, jawabnya ada tapi yang warna hijau dalam cendol tu tak ada! Huhhhhh tu bukan cendol tau! Mee rojak, antara yang paling hampeh jugak! Hurmmmm.... tolong larr meniaga betul-betul tuan... Ni belum buka cerita lain lagi nih.... Hurmmmmm (lagi sekali).




Makan 6 : LasT DiNNeR MaKaN SeDaP... KeDai iKaN BaKaR seBeLaH AmZaR MoTeL
Kedai ini sebenarnya terletak betul-betul sebelah motel yang chek duduk. Tengok sombong tak kami, simpan pi kedai makan yang dekat masa hari last?? Hahaha... Kedai ni memang ramai orang, kalau lapar sangat order lar yang simple-simple dulu... Tempat makan selesa dan harga makan pun ok!
Malam ini, satay untuk hari ketiga berturut-turut... Tak tahulah siapa yang mengidam nih!??






Makan 7 : Aii bukan sepatutnya makan kat tanah besar ke???
Gara-gara bot pukul 10 sudah habis (kami sampai jeti jam 9 pagi), terpaksalah kami menaiki feri jam 11.30 pagi. Hai lama juga nak menunggu tu (tapi best gak sebab sempat lar nak mengintai parfume! hihihi).
Menu sarapan pagi, masing-masing memesan mee goreng mamak dan teh tarik dan tambahan godaan yang tak tahan sekeping roti canai yang dikongsi tiga (kes takmo kenyang sangat! ntah hape-hape kan?!)


DaH LaR JoM BaLik!!
Trip Langkawi ni memang best.... Terimbau kenangan Pangkor dulu... Susah senang bersama. Ada campur, ada tolak, bincang-bincang yang penting hepi dan enjoy. Kepala kena sama baru happening!!!! Terima kasih Janggel, terima kasih Dhamin buat kesekian kali nya.... Jerejak pula ya lepas nih??? Hahahaha adoiiiiiii.....

Menunggu feri di terminal, mood gambar tetap tak habis!

Hoyeahhh, syukur dah selamat kembali.. Owhh Langkawi, gudbye...

Banyak makan, banyak jalan, ni larrr jadi nyerr..

Sebelum entri Langkawi ditutup, dikongsikan sedikit info.
Tempat tinggal : Amzar Motel (bilik yang dipilih aircorn untuk double RM45/malam * 2 bili * 2 malam
Kereta sewa : Kalau anda bernasib baik, harga kereta sewa yang terendah ialah RM50/- harga biasa RM70++ (Kalau di jeti Kuala Perlis ada yang offer RM50 tu kira ok dah tu)
Pakej island hoping - RM35 (harga yang paling tinggi). Should check kat chalet/ motel atau stall-stall sebab boleh dapat RM25 tanpa perlu tawar-tawar pun!
Kilim Geoforest - baik pergi ramai-ramai kalau mahu terus ke sana. Jika tidak, baik guna agen sama ada di motel atau mana-mana agen.

Jumlah perbelanjaan kami dari Kuala Lumpur ke Langkawi dengan menaiki kereta ialah RM210/seorang untuk 3 hari 3 malam (termasuk makan, minyak, tol, tambang feri, pakej, kereta sewa dan sebagainya - semua aktiviti kira sekali), tidak termasuk borongan coklat sebab tu ikut suka masing-masing :) Yeahhhhh...... Jom cuti-cuti lagi!!!!

Monday, June 27, 2011

LaNGKaWi DaY 2 : TaK PuaS MaNDi LauT JoM TeLaGa TuJuH!!!

sambung dari entri-entri terdahulu....

Waktu bercuti a.k.a berjalan wajar digunakan sepenuhnya. Tak ada masa nak balik berehat-rehat di bilik. Siapa nak ikut kami jalan, kena lar tahan... Muahahaa.....

Lega kerana selepas mandi laut di Pulau Beras Basah, kami dapat membilas badan dengan air tawar. Besar harapan, selepas kembali ke tanah Langkawi kami mahu sambung ke Telaga Tujuh (yeayyyy berjaya juga mujok ehemmm walaupun memula mendapat tentangan... tenkiusssss erk muah muah hahaha)..

ReBaK MaRiNa
- CHecKeD!

Dalam perjalanan ke Telaga Tujuh, kami singgah ke Rebak Marina tempat berlabuhnya kapal-kapal layar yang fuhhhh cantik-cantik belaka... Ermmm boleh tak nak berangan naik kapal layar???? Apapun, tempat tempat ni memang cantik untuk ambil gambar dan berangan-angan macam kat oversea....

Berjalan sambil berangan ...

"Banyak juga kapal layar labuh kat sini"

"Errrr, cheq punya bot depa simpan tang mana?? Awat cheq tak nampak pun?"

"Best wooo ambil gambar kat sini"

"Ala dah biasa larrrrr" <- kengkonon lar kan?! Ekeke

"Huuuu sudeyyyy... meh siapa nak ikut??? Kita keliling urmmmmm"

Wokey larrr tak kira, yang penting kita dah checked-in Rebak Marina :)


TelaGa TuJuH, LaNGKaWi - CHeCKeD!

Permintaan paling besar kot masa di Langkawi ni selain dari Kilim Geoforest, sebab cheq tak pernah lagi sampai ke Telaga Tujuh nih. Kalau dengan famili, memikirkan untuk mendaki dan keutamaan yang nak bershopping memang cadangan ke Telaga Tujuh akan ditolak bulat-bulat. Masa ber'girls' holiday pun diorang tak mau, shopping dan kereta kabel juga yang menjadi pilihan. Adeiiii..... Tima kasih ya Janggel (hehehe)... Tima kasih ya Dhamin....

Rupanya tinggi betul kalau nak sampai ke telaga tujuh tu! Masing-masing dah memandang satu sama lain... Belum apa-apa dah tengok bukit yang bukan main mencanak tingginya!!! "Errrrr.... hehehe.... kita g takat air terjun je larrr erk!?"

Info :
Bayaran tempat letak kereta dikenakan RM2 sekali masuk.
Terdapat gerai-gerai jualan makanan dan cenderahati sebelum perjalanan untuk naik ke atas (air terjun/ telaga).

yEAyyyyYYYYY... Betul ni dah sampai!

Haaa pilih, pilih nak naik tinggi lagi ke atau terus sahaja ke air terjun??? Jom! Air terjun ye yuk!

Elephant adventure???

Sampai sudah.... Ramai juga orang rupanya! Best juga mandi kat sini, dekat tempat yang ramai-ramai tu paras pinggang hinggalah ke paras kepala (5 kaki). Dekat tempat yang dalam tu, amboii seronok diorang melompat terjun dari atas batu ke dalam air...

aiii sejukkah???

nikmat mandi air segar

Yes! Telaga Tujuh checked!
*Jom jalan-jalan cari makan pula!!

Sunday, June 26, 2011

LaNGKaWi DaY 2 : PuLaU SuNGai BeSaR daN PuLaU BeRas BaSaH

MeLoMPaT ke PuLaU ke 2 : PuLaU SuNGai BeSaR (checkeD!)

Tarikan utama di Pulau Sungai Besar adalah aktiviti bagi helang makan (eagle feeding). Dari langit kosong, bila dicampakkan makanan ke air tiba-tiba dari dua ekor, datang lima ekor datang lagi berpuluh-puluh ekor helang dari langit (*cam cerita kayangan pula).





MeLoMPaT ke PuLaU ke 3 : PuLaU BeRaS BaSaH (checkeD!)


Dah nak sampai tengah hari dah.... korang dah mandi ke belum??? Euwwww..... hahahaha siapa yang tak terjun dalam Tasik Dayang Bunting, masa inilah nak mandi pun... Kalau nak tengok ikan, banyak kat jeti sahaja. Hari tu, KJ dan HD bersnorkelling jauh gak tapi ikan nya jarang-jarang kelihatan... Mandi laut je larr lagi enjoYYYYYY, jom join Janggel ber'bay watch' hahahah!!!!


Bila dah puas, ada satu telaga air tawar kat tepi pantai. Bergilir-gilir larr membilas badan supaya tak melekit... Kalau tak melekit, maksudnya??? jeng jeng jeng..... tunggu......






LangkasuKaSuKi??? eH SaLaH! Ngeee


*Jom jOM saPeR NaK PeRGi JaLaN LaGi NiH???

LaNGKaWi DaY 2 : HaRi MaiN AiR!!!!

Alohaaaaa.... Gud morning!!! Jom 'island hoping'. Eh?! Hehehe tak sabarnya!!! Untuk island hoping semalam lagi kami dah booking dengan sorang beach boy dengan harga RM35. Ni kes malas nak pi cari-cari lar nih... Kalau tak harga boleh dapat RM25 sahaja...

Dek disebabkan janji akan dijemput pukul 9 depan motel, jam 7.30 pagi kami dah keluar untuk bersarapan... Nak melompat dari pulau ke pulau, nak berenang, bersnorkelling bagai mesti aaa makan siap-siap. Lepas sarapan, kami tapau sedikit bekalan makanan untuk makan masa piknik nanti.

9.00 pagi....
9.05 pagi....
9.15 pagi....
9.30 pagi.... HUH!!!!! setakat nak pi jeti island hoping, kalo takmo jemput meh kami pi sendirik!!!! Grrrrrr..... seb baik sampai gak!!!

Jom kita melompat dari pulau ke pulau...

1. TuNGGu DaN MeNuNGGu.....

Errr... kita nak pilih pakej apa??? hahaha
EEeeee.......
Buat-buat sibukkk

2. YeaY SaMPai Da JeTi

Naik bot ni ke??? eRrrrrr..... takkkkk
"Cepat aaaaa"
"'Handsome' tak?" *sengalss~
Howooooo.... dah naik bot... Akhirnya!!

3. PuLau 1 : PuLaU DaYaNG BuNTiNG

Ya, itu dia.... lagenda? eh formasi? yang mana satu nih?? Bukit yang paling belakang menyerupai seperti seorang perempuan mengandung dalam keadaan berbaring.
Dah sampai kawasan jeti Pulau Dayang Bunting
Yeay sah dah nih... sampai dah
Opssss itu bukan kami
Nak menyampai ke Tasik Dayang Bunting kena larr ada adventure.... Naik tangga turun tangga...
Haa dah sampai pun kat tasik!
Nak mandi? Nak mengayuh bot??

Satu jam sahaja yang diberikan untuk beraktiviti di pulau ini... Chaloooo...

Info Pulau Dayang Bunting :
Tasik Dayang Bunting / Pulau Dayang Bunting seringkali dikaitkan dengan mitos dayang bunting. Konon-kononnya jika mandi atau minum air tasik dayang bunting ini boleh mendapatkan zuriat [Kata mitos...]
Tasik Dayang Bunting merupakan tasik air tawar semulajadi yang terbesar yang terdapat di Pulau Dayang Bunting.