FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, April 22, 2011

PerJaLaNaN Ke SeLaTaN : DaY 3 (SeNJa Di SiNGaPuRa)

Mana? Mana nak tengok sunset?? Hihi..

Selepas ber'shopping' ala kadar (percutian bajet seperti biasa! :D), kami kembali ke stesen MRT Dholby Ghout dan menuju ke Esplanade. Di sana kami menikmati pemandangan senja di tepi Sungai Kalang. Walaupun titis gerimis menyinggahi kami sekali sekala, sedikitpun tidak mengganggu perjalanan dan aktiviti kami untuk terus merakam suasana di sana. Mujur gerimis hanya sebentar dan tinggalannya meninggalkan pelangi yang indah.

Menjelang jam 8 malam, kami bergerak untuk pulang dengan menaiki MRT di stesyen Clarke Quay menuju ke Kranji sebelum menaiki bas ke Larkin.

Dikongsikan gambar-gambar yang sempat dibidik.












* Sangat suka :D

PerJaLaNaN Ke SeLaTaN : DaY 3 (YeaYYY aKHiRNYa MeNJeJaK KaKi ke KoTa SiNGA)

Yippie.... akhirnya.... :D Hari ini buat pertama kalinya aku akan menjejakkan kaki ke Kota Singa eh Singapura (walla sama lar tu, bukankah???). Semoga perjalanan kami dipermudahkan :)

Pagi-pagi selepas sarapan di rumah Abu kami terus bergerak menuju ke Johor Bharu. Perjalanan menaiki kereta mengambil masa lebih kurang 3 jam dan pagi itu, awan nano masih menemani kami di sepanjang perjalanan. Alhamdulillah walaupun berpusing-pusing dalam bandar mencari jalan, dipermudahkan kemudiannya.

Sebaik sahaja sampai di stesyen bas Larkin, kami membuat pertukaran wang ala kadar. Kami menaiki bas Causeway Link dengan tiket berharga RM1.40 (hihi murah je). Dalam perjalanan kena berhenti dua kali iaitu yang pertama di Imigresen Malaysia, kemudian sambung naik bas, selepas tu di Imigresen Singapura pula dan sambung lagi naik bas sebelum kami turun di stesyen MRT yang terdekat iaitu Kranji. Yeayyyyy!!!!!!

Kami turun di Orchard Road. Sambil-sambil melihat-lihat bangunan dan gelagat-gelagat manusia, sempat juga kami membuat 'survey' bag kamera yang dikhabarkan murah.. Adehhh, macam mana betul-betul ada pula beg yang berkenan. Sabar. Sabar.... Ngeeee.....

Puas berjalan-jalan di Orchard Road, kami kembali menaiki MRT menuju ke Dholby Ghout sebelum menukar perjalanan MRT ke Bugis. JT yang paling beriya nak datang sini sebab katanya nak beli cenderamata beli kat sini murah! Ermmmm murah! Hehehehe, ter'shopping' lar jugak :D

Dikongsikan, gambar-gambar yang sempat dibidik...

Tiket bas. Tiket ni kena simpan sebab kita akan turun naik bas dan mungkin tertukar bas (sebab lama di Imigresen), kalau tak simpan tiket nanti kena bayar lagi

yeayyyyy dah sampai Singapura.... jom!

Muka orang excited nak pi berjalan :)

Dalam MRT

Bangunan Shaw Brothers - teringat filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee

Ion Orchard
Double decker bas

Terserempak pula, biasakah??

Simple store

Picnic??? Ramai yang duduk rehat sambil makan-makan di sini

wowweee... saya suka!

"Hi, boleh saya tumpang tanya??"

Aiskrim!

Uncle penjual aiskrim

Nak! Jom beli aiskrim!

akhirnya dapat juga makan aiskrim potong. Harganya $1.


Depan Bugis Street....

Rambang mata :p

T-shirt lawa-lawa... Saya suka warna :)

Pilihan terbaik untuk ole-oleh kengkawan (kalao diorang tanya!)

Yang diborong... sikit je kan!!

Wednesday, April 20, 2011

PerJalaLaN Ke SeLaTaN : DaY 2 (MeRsiNG - TioMaN)

Pada hari kedua di Mersing, kami membuat keputusan untuk ke Pulau Tioman. Ramai yang terkejut dengan keputusan kami untuk ke Tioman balik hari sahaja, percaya sahajalah dengan kami (inilah namanya pelan bertekad cemerlang, hahaha). Sesudah bersarapan di rumah Abu, kami bergerak ke jeti di Kuala Rompin untuk bertanya feri yang paling awal ke Pulau Tioman. Ermmm.... 9.30 pagi! Balik??? Tiada feri yang akan berhenti di jeti Kuala Rompin! (huh?!). Naik dari jeti Mersing larr nampaknya! Nasib baik tiket boleh dibeli terus dari jeti Kuala Rompin :)

Memandangkan kami masih punya masa, maka kami berhenti singgah di beberapa buah pantai yang terdapat di sepanjang perjalanan Kuala Romping ke Mersing. Langit kekal dengan awan nano yang sangat cantik :). Perjalanan dari Kuala Rompin ke pekan Mersing mengambil masa selama 30 minit.

Tiket ke Tioman sama ada perjalanan dari Kuala Rompin mahupun dari jeti Mersing berharga RM35 sehala. Perjalanan ke Tioman memakan masa selama 1 jam 3o minit. Kami memilih untuk turun di Tekek memandangkan Tekek mempunyai kawasan yang pantai yang panjang (mengikut hemahan aku melalui perjalanan terdahulu). Setibanya kami di sana, terus kami menyewa basikal dengan kadar RM5 sejam. Berbasikallah kami meneroka Kampung Tekek sehingga ke Air Batang. Jangan risau untuk mengangkat basikal mendaki bukit ke Air Batang kerana ianya berbaloi! Untuk catatan, keadaan di Tekek sudah jauh berbeza dengan kali terakhir aku menjengahnya dahulu. Habis ditambak keseluruhan pantai menjadi waterfront! Jika ingin mandi pantai, maka Tekek bukanlah tempatnya! Habis sudah agaknya karang-karang yang pernah menghuni laut di kawasan ini! [Tekek dan seluruh Tioman (2003), Salang (2009)].

Penat tapi berbaloi.... :)



Pantai Air Papan


Matahari pagi di Pantai Air Papan


Me pun perasan kurus macam papan (ahakss)


Sempadan : bahagian Mersing


Sempadan : bahagian Rompin


Kawasan berhampiran Pantai Hiburan


Pantai Hiburan

Opsss... di Tioman sudah! Merentas bukit dari Tekek ke Air Batang :)


Lucky shot


Pantai di Air Batang


Jeti Taman Laut, Tekek


Jeti Taman Laut, Tekek


Ada orang eh kat situ?? Sape yang jadi paparazi nih??? Hihi


Hoyeahhh.... Kami berbasikal dari Tekek ke Air Batang.... Gigih tak?? Hahaha


Senja di jeti Mersing. Mersing, bot nelayan dan langitnya sentiasa menggamit supaya dirinya dirakamkan.


Jom balik. Esok nak jalan lagi jauh eh???!!!

Sunday, April 17, 2011

PeNYaBoNG, MeRSiNG

Pada suatu petang, kami meronda kawasan kampung. Niat di hati mahu mencari pantai. Di dalam perjalanan, sekumpulan lembu telah menyambut kami :)


Tiba di lokasi, kami disambut ramah, "Dari mana nak?" [mood : Kami suka :D]

Yeayyyyyy!!! Lokasi idaman tersergam di depan mata! Kami tiba di Pantai Penyabong, Mersing. Akhirnya tiba juga di lokasi jeti nelayan yang sudah lama menjadi igauan untuk memburu matahari terbenam. [mood : makin suka, tempat ini memang best!]

Memandangkan waktu masih awal, kami berjalan di kawasan sekitar. Lalu, kami nampak ...

Pantai Penyabong [mood : suka suka]

Pantai Penyabong dan awan 'marbeles' [mood : tersangatlah suka]

Pindah ke jeti kayu pula... Awan mendung... Tempat ini tiba-tiba jadi macam lokasi Lord of The Ring, indahnya melihat langit yang menjadi latar belakang jeti. [mood : sangat nervous. dalam hati janganlah hujan!]

Terserempak dengan nelayan yang pulang membawa tangkapan... Kandungan isi beg : SOTONG BESAR-BESAR! [mood : Sangat best. Tapi dapat gambar ni gelap, jadi mood frust... Lepas je ambil gambar ni, hujan terus turun....]

Alhamdulillah... rupanya tadi hujan main-main.... Masih ada harapan untuk melihat matahari terbenam di Penyabong. Mood telah kembali suka. Pantai Penyabong sangat cantik, jom!!! :D
info perjalanan : Kuala Lumpur - Seremban - Kuala Pilah - Muadzam - Penyabong (Mersing) = 4.5 jam

* Catatan : tiba-tiba macam tak reti nak menulis, adehhh kritikal....