FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, February 24, 2011

TeRiMa KaSiH CiNTa

Pada Jumaat malam terima pesanan ringkas berbunyi "Mau menonton Terima Kasih Cinta? Kalau mau ikot saya esok". Wowweeeeeeeee mimpikah???. Projek teater!!!! Hahahaha....

Terima Kasih Cinta dipentaskan berdasarkan kepada filem Cinta yang diterbitkan pada tahun 2006. Cerita cinta yang punya cinta-cinta yang berlainan di dalamnya. Jalan cerita cinta yang disebut sebagai cinta luar biasa di antara cikgu Elyas dan Rubiah. Jalan cerita cinta tanpa batasan di antara Airin dan Harris. Cerita cinta yang tidak disangka antara Azlan dan Azura. Cinta suci di antara Arianna dan Taufiq dan akhir sekali cerita cinta abadi di antara seorang kakak kepada adiknya iaitu watak Dyan dan Taufiq.

Sememangnya jalan cerita tidak pergi jauh dari filem Cinta. Susunan dan plot memang sudahpun dijangka, namun yang ditunggu adalah pemain-pemain watak. Dengan lima kisah cinta, Terima Kasih Cinta membariskan watak hero dan heroin tersendiri bagi setiap kisahnya. Pasangan yang pertama di antara Latif Ibrahim (yang sungguh mantap lakonannya) sebagai Cikgu Elyas dan Safura sebagai Rubiah. Pasangan kedua, Tony Eusoff (juga sangat mantap) (sebagai Haris) dan Norish Karman (Airin). Pasangan ketiga Vince Chong (Taufiq) dan Nadia Aqilah (Arianna), pasangan keempat Shajiry (Azlan) dipasangkan bersama Faradhiya (Azura) dan pasangan yang terakhir Deja Moss (Dyan) dipasangkan bersama Anding Indrawani (Dhani). Turut menjayakan pementasan ini ialah Didi (AF) dan barisan pelakon-pelakon pembantu yang lain.


Secara keseluruhannya, sungguhpun penonton disaratkan dengan 5 kisah cinta yang berlainan, penceritaannya dan pemahamannya agak mudah kerana pendukung-pendukung watak diwarnakan mengikut kisah cinta mereka yang tersendiri. Sebagai contoh, pasangan Cikgu Elyas - cerita cinta luar biasa - baju warna biru, pasangan Haris - cerita cinta tanpa batasan - baju berwarna oren dan seterusnya, sedang watak-watak sokongan yang lain hanya memakai baju putih dan hitam.

[Adeiii.... naper tiba-tiba tak reti pulak nak nulis nih!] Senang cerita, pementasan ini telah dipermudahkan untuk penonton, dari segi watak, pentas yang ringkas (erk?! bagi saya ianya mudah dan senang difahami - set boleh berubah mengikut cerita (bayangan)), lagu-lagunya memang best (sampai lepas tu teringat pula nak pergi karaoke!). Sesuatu yang agak pelik dalam pementasan ini namun mungkin tak memberi kesan apa-apa ialah pakaian jururawat di kaunter yang memakai baju putih tanpa lengan, "Wow, nurse seksi!"

Catatan lain:

Suara Latif Ibrahim ketika menyanyikan lagu 'Permata (Kau Isteriku)' memang wow! Menusuk dalam hati!!


...

Friday, February 18, 2011

SuNGai BaTaNG PaDaNG DaN KuaLa WoH (RaHsia...)

Hari ini saya nak kongsi satu rahsia... Hahaha... Tahukah anda tentang asal-usul Sungai Batang Padang??? Jeng... jeng... jeng....

Baru-baru ini setelah sekian lama (agak-agak dah lebih sepuluh tahun kot!) tak menjejakkan kaki ke Kuala Woh yang terletak di Tapah, saya telah membuat keputusan nekad untuk membuat 'angkara' kepada beberapa orang sahabat-sahabat saya untuk meninggalkan perkara-perkara yang belum dirancang oleh mereka di hujung minggu untuk mengikut saya (huu macam pakai kuasa veto!) ke sana.

Pada seorang sahabat di pejabat, "L, jom kita pi Kuala Woh bawak Aish (alasan kuat) untuk main air". Pada seorang teman sejabatan tetapi di lokasi berlainan "I, sok pagi jom ikut pi Kuala Woh. Tengah hari u ada kelaskan? I ajak pi pagi tau... Tengah hari i tak ajak! HAhahaha". Pada sahabat-sahabat di kampung, "N dan O, weh sok aku nak g Kola Woh. Jom. Aku tunggu korang kat sana yer. Aku dengan 2 orang kawan seopis dengan sorang hero kecik.... Ngeeee. Datang tau!" Haaaa, betul tak veto!! Wakakaa....

Ok, sambung cerita di Kuala Woh ni.... Apa cerita Kuala Woh dengan Batang Padang ni??? NGeeee.... Sungai yang mengalir di Kuala Woh ni ialah Sungai Batang Padang (erk? tu rahsia ke???). Jadi, apa rahsianya???? Jeng. Jeng. Jeng (lagik!)...

Owhhh... Rupa-rupanya bagi masyarakat orang asli, Batang Padang tu membawa maksud kawasan lapang atau tanah yang gondol tanpa pokok. Namun, tahukah anda macam mana Sungai Batang Padang mendapat namanya?? Ermmmm....

Orang asli percaya bahawa ianya berasal dari kisah seekor beruk yang telah dihidupkan oleh seorang penduduk kampung ribuan tahun dahulu. Kerana terlalu murka dengan kejadian tersebut, Penjaga Alam telah memerintahkan Petir, air panas dan juga naga-naga untuk menghukum penduduk kampung yang pernah mendiami kampung tersebut.

Tiga ekor naga yang perkasa telah turun dari kayangan untuk menyekat air sungai. Apabila air yang disekat itu menjadi tinggi, ketiga-tiga naga tersebut melepaskan air sungai itu dengan serentak. Kejadian itu ibarat sebuah empangan besar telah pecah dengan tiba-tiba. Air sungai yang mengalir deras telah membawa bongkah-bongkah batu yang besar dan merempuh kampung tersebut. Semua benda yang berada di laluannya telah musnah termasuklah kampung dan sebahagian hutan di kawasan tersebut. Keadaan kampung ibarat 'padang jarak padang tekukur'. Begitulah cerita bagaimana sungai ini mendapat nama..... (heeee)


Nak tahu cerita Kuala Woh pula, kenalah pergi sendiri kat sini. Banyak papan-papan tanda informasi dan ada sebuah muzium di kawasan rekreasi ini. Ada satu kedai makan kat sini yang menjual minuman, sandwich, burger, nasi lemak dan macam-macam lagi.

Layan gambar laks ya....

Bagusnya datang pepagi tak ramai orang!

Huu layan..... adakah kami tidak senonoh apabila tak reti nak keluar dari air melainkan untuk naik makan??? Akuikuikui (terpaksa lar ngaku)

View kalau layan duduk dalam air.... kalau nak ke muzium tapi takmau basah, kenalah jambatan gantung tu (pengakuan: hari tu tak pergi tengok sebab masa dalam air tersangatlah berharganya - melayan jiwe)

Air dari hulu

tempat melepak, masa air kering ok je.... kalau air tinggi.... takut!!

Sumber rahsia.... Asal usul Kuala Woh ada gak tulis kat sini tapi..... cam tak best je kalau semua dah story kan??? :p

Alasan kukuh untuk membuat angkara....


Psst. Psst..
Kat sini ada air panas tau.... Nak tahu macam mana atau dari mana datangnya sumber air panas????? Hehehehe.... silalah datang ke Kuala Woh nih....

Sunday, February 13, 2011

RoGeR RaBBiT FoR RaBBiT YeaR

New famili member in da house... Hehehe bukan umah Den, tapi umah atuk kek kampung den. Atuk dok kek pekan Kolumpo tu lagi... ermmm bila Atuk nak pindah dok kampung balik... Den rindu dengan Atuk.... Den lagi rindu dengan arwah Opah... Den takleh nak jupe Opah lagi... Den ado Atuk je... Dulu Den jaga Opah, kalau boleh Den nak jaga Atuk pulak.... (alamak tetibe Den sentimental pulak). Gambar-gambar ni Den ambil masa cuti raya cina iaitu cuti paling sentimental... ermmm...

Ada 8 ekor roger rabbit yang comel-comel kat kampung tu. Semua Peta (dak comel) dah bagi nama. Nama omputih ada, yang nama kampung pun ada... entah cam ner Peta bagi nama entah... hahaha tetap kiut dan seswai...






[ishkkk lupa lakss nama roger-roger rabbit ni... nak kena tepon Peta larr... rindunyer dengan dak kecik comei tu - uiks gambar last tu kakak pada Peta... hahaha udah rupa abang ler pulak!]

Wednesday, February 9, 2011

Truely, i lost my passion in everything. I lost my spirit. My almost everything. Dem, i need help. Help me... I cry myself to help myself., I pray for myself, tunjukkan jalan... berikanlah aku kekuatan... I need it so much... I'm getting lost of myself and it's effecting everything...

[awan hitam berlalulah kamu, aku merayu]

Sunday, February 6, 2011

Le ToUR De LaNGKaWi 2011

Seminggu KJ cuti raya cina kali ni, macam dah lebih-lebih dari cuti raya puasa KJ yang lepas... Seminggu berkampung di kampung yang kali ini telah di kampungkan lagi (rumah atuk dah jadi ala-ala farm stay sekarang, fuiyo!!). Cuti, ermmmm..... ada sehari saja sempat lari ke Kampung Kedua (pekan Kolumpo). Naik bas dan pergi balik hari saja dari kampung. Ibu tanya nak cekih apa (nak buat apa?), jawapan paling ringkas "Ambil gambar". Lepas tu menyerogeh lar aku (senyum ala-ala siput sedut).

Hajat hati nak ber'hop on hop off' lagi, almaklumlah cuti Hari Wilayah jalan dah tentu lengang dan best. Manalah tahu bila bas memasuki pekan Kolumpo tu, banyak pula banting Le Tour De Langkawi... Alamak! Hari ni ke? Sah jalan banyak tutup! Gambar beskal lar hari ni nampaknya ya! Huahuahua..

Maka, di hari kejadian KJ pun dari terminal bas Bukit Jalil terus menaiki lrt ke bandaraya... Untuk melengah-lengah masa, KJ pusing-pusing dan makan tengah hari di Sogo dan the story goes......

ui mak aiii ada Datuk Siti pulak rupanya!

fuh matahari atas kepala betul!

port pertama yang dipilih, tapi lepas tu pindah bila bomba parking belakang katanya nak wat shower.... hoho OwH TiDaK!!

masih di port pertama, hi3x nyaris tak gugur jantung menerima senyuman manja dari brader nih (ha3x)

di lokasi kedua. Kejap saja sebelum berubah fikiran.. Takpe ada masa, diorang belum sampai lagi.

port ketiga, tapi aku injak sikit dari tempat ni..... ltdl 1st round

port keempat : ltdl pusingan kedua

wuhuuuuuu........ tapi tetiba ada satu auntie ni melintas tanpa rasa bersalah dan lenggang kangkung betul-betul masa racer-racer ni lalu dan gambar cun.. Cam hampeh betul! Kalau KJ tunjuk, sah korang pun rasa hampas kelapa dengan auntie tu... Punyalah luas jalan kat belakang nak lalu atas jalan raya depan den ni pulak! Aiyoyo...
port kelima : ltdl pusingan ketiga

wuhuuuuu..... port best

memang best!

port ketujuh, selepas port keenam kena sabotaj jugak! Lokasi depan Kamdar

wuhuuuu buat kesekian kalinya pada hari ini

memang best!!!!!

ngeeeee..... nak beli beskal gak boleh???

ops! they got me in tv???

maka tamatlah perjalanan KJ di pekan Kolumpo sensorang pada hari tersebut.... Balik tu, 'pengsan' dalam bas dalam keadaan yang amat puas hati. Yeay!!


menyerogeh : tersengih-sengih/ senyum-senyum
injak : bergerak sedikit
sensorang : seorang diri
wuhuuuu/ yeay : ekspresi gembira!

Friday, February 4, 2011

... [merapu]

Penat dah kepala otak ni menulis.... Hari ini rasanya merupakan hari yang paling produktif di dalam penghasilan entri blog... sudah berapa ya?? Entah! Sepuluh?? Tak terkira sebab malas nak mengira... yang pasti, entri Bali harus diselesaikan. Hari ini, saat aku menulis ini seharusnya aku telah meninggalkan bandar perantauan ku ini dan telah berada di Kampung Kedua untuk perjalanan ke belantara. Namun, hasrat dan keinginan hati telah ku kuburkan sungguhpun hutan itu bak kata seorang teman "Tengok Mas, macam dapat energy baru!". Memang hutan antara tempat terapi aku.

Maaf aku pada teman M. Kecewa, tapi tak terdaya bagi ku melawan rasa dalam hati. Terasa diri begitu jauh dari mereka sehingga hilang keyakinan aku untuk menghadapi hari-hari yang panjang di sana. Bukan niat ku untuk lari dari kamu M. Jawapan pesanan ringkasnya kepada ku sebelum berangkat "It's ok dear, ktrg paham........., kitaorang tak cari pengganti sbb u're special". M, kamu masih lagi baik pada ku.

** K.U.S.U.T.
Ehemm hemm hemmm [alangkah bagusnya jika bahasa dehem ini dapat ku tafsirkan maksudnya]... Dem, i miss u...

*** Belum ku tetapkan lagi duduk ku di mana sepanjang minggu ini... Maaf jika aku sunyi..

Adeiii, macam apa je yang aku tulis nih.... oklah nak roger n out.... kepala otak dah tak betul kot! Satu hari tak makan mengadap KaKi JaLaN menyiapkan entri-entri Bali (tiap-tiap hari yang aku post tu dah set dengan scheduled to publish when and when). Yang betulnya, 1) sori untuk enchek mamud tetiba dapat tempias sebab aku tak boleh nak cover rasa jauh aku dengan teman-teman lain; 2) frust tak dapat pg Gunung Tahan (aku sendiri yang tarik diri); 3) rindu sama itu ehemmmmmn; 4) tak tahu ehem suka kat aku tak? <- sebenarnya dah lama giler aku nak tanya tapi tak pernah boleh nak terkeluar soklan tu (atau yang seumpama dengannya) (hahaha gila maut soalan direct aku!); 5) aku nak pergi menembak tapi senjata kesayangan ada orang pinjam la pulak! Wooo lamanya aku leh jumpa 'dia' balik!; dan akhirnya 6) Adehhhh apa aku nak buat cuti seminggu nih????? ROGER RABBIT n Da LIMAU LAILA.... Maapkan je larrr apa-apa yang aku merapu ni yerrrrr...

Thursday, February 3, 2011

BaLi : WaJaH KeHiDuPaN

Tidak ada tulisan hari ini. I believed a picture can tell a millions word, kalau pictures lak???? Hehe...



Oopsss kantoi skodeng..... hahahaa..... (ala rindunya dekat ehemmm wa.... tak dapat nak wat operasi skodeng lagi.... ermmmm sob sob)

** Gong Xi Fat Chai for those who celebrating chinese new year...
** Happy holiday and have a safe journey to all travellers during this festive season.....

Wednesday, February 2, 2011

BaLi : TaNaH LoT LOKaSi YaNG DiDaMBaKaN

Tak ada apa yang boleh aku gambarkan mengenai Tanah Lot, iaitu sebuah lokasi pelancongan yang sangat terkenal di Bali. Justeru itu, tidak lengkap perjalanan ke Bali tanpa ke Tanah Lot. Lokasi melihat matahari terbenam yang terbaik, penyaksian ombak memukul tebing yang mengasyikkan mata, dan kawasan membeli belah terbaik jika pandai menawar. Jika kena pada harinya, akan ada tarian barong dan jika kena masanya, boleh pula menyaksikan penganut Hindu berjalan ke Kuil Tanah Lot (the big Holy Temples in Bali).

Dikongsikan...


Esok pagi-pagi dah nak balik.... Ermmmm....