Adeh.... dari malam tadi tak sabar nak pergi kerja.... Dah masuk opis pagi nih, tak sabar pula nak habiskan kerja dan nak kerja untuk esok. Owhhh adakah itu sesuatu yang agak melampau??? Warkhhhh...
Yang pasti esok petang aku nak balik Kolumpo. Balik? Tak kisahlah nak balik ke nak pergi ke sebab memang aku tahu term 'balik' itu dah tak terpakai buat aku dah... He sehhhh sedeyyy plaks!!! Permohonan cuti aku Bos Besar dah tanda tangan ke belum erk??? Minta-minta tak ada masalah... Kusi aku kat sini agak panas juga, ada sahaja hal yang masuk.
Masa hari pertama, aku sah dalam unit apa, pagi itu juga ada kes tumpahan minyak. Kira-kira baru nak selesai kes, masuk pula kes pelupusan haremmmm... Memang haremmmm... Dak-dak kat sini, 'marah-marah' kat aku sebab sebelum ni tak ada kes yang besar macam ni. Ada dan sama tapi tidak cukup besar macam bila aku dah sampai sini. Cesss sungguh kureng!!! Jawab aku, "Ada hikmah tu. Huhu".
Minggu ni rancangnya baru nak angkat barang dari rumah lama ke sini. Rumah kat sini dah ready. Lagipun terasa lama benar aku menumpang di rumah Mak Long. Dia suka sebab berteman, tapi aku seganlah. Jadi perancangannya, esok akan cuti dan bergerak ke Kolumpo. Lusa akan kemas sikit-sikit, lepas tu petang nak sampaikan hajat nak pergi berlari dalam kawasan jajahan sebelum berbuka puasa di ..?.. Ermmmm akan difikirkan. Hari Khamis remover akan datang dan angkat barang terus ke kawasan jajahan baru. Tulat, aku akan kembali ke Kolumpo untuk selesaikan beberapa urusan pejabat. Sabtu dan Ahad, mahu mencari barang... Boleh ke aku dapat 'snapang' nih??? Isnin, akan selesaikan urusan pemulangan rumah... Selasa dah hari MERDEKA!!!! Hehehehe... Nak balik hari apa erk????
Wish list
- nak berbuka dan terawih di Masjid Sultan Mizan (Anash, Zul4iK4 dan kengkawan lain nak ikut sekali? Jom!)
- nak pergi berlari satu round di kawasan jajahan
- nak jumpa dengan dak kechik pengarang jantung
- nak cari 'snapang' (Janggel, sempat tak???)
- operasi potong memotong
- berbuka puasa dengan ermm, dengan aaa, dengan uuu (ramai lar pulak!)
[mana wish aku nak pindah barang nih???? hahahaha]
Kolumpo - Kuala Lumpur
Adeh - aduh....
sedeyyy - sedih
Kusi - kerusi
haremmmm - haram
Dak-dak - budak-budak