FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, April 16, 2010

TiGeR TaLK oN 17 APRiL

Kengkawan di KaKi JaLaN, Den nak ambil kesempatan untuk memaklumkan bahawa bersempena dengan Tiger Blog Fest 2010 akan diadakan satu 'talk' yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-

Tarikh : 17 April 2010
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : WWF Malaysia, 49, Jalan SS 23/15, 47400 Petaling Jaya (Tel : 78033772)

Kepada semua yang berminat, ini peluang untuk untuk mengetahui situasi / ancaman yang sedang dihadapi oleh Harimau Malaya kita nih...


Harimau dalam simpulan bahasa 1: Anak Harimau membawa maksud anak orang yang ada kekuasaan. Contoh ayat, "Anak harimau tidak boleh diganggu".

[Anak harimau yerrr.... sape nak jawab kenapa simpulan bahasa ni ditulis??]

[AummMMMMmMMMMMMMMMMMMM]

..aWaY 4 a WeeK...

owhhh macam orang gila arini... Kelam kabut sebab tiba-tiba ada banyak benda yang nak kena setel. Leaving to Kuala Terengganu tonight sebab esok dah nak masuk Pulau Kapas. Sad to say, i'm not going to swim due to the flu, cough dan demam yang main-main(kejap demam kejap tak). So tahun ni nampak gayanya jadi support crew jugaklarr... Eh pandai pulak tetiba team yang aku pegi sekali ni semua swim kecuali aku! Cessss!! It was a frustration for me as aku memang berkobar-kobar jugak nak masuk... Takpe, aku percaya ada rahmat di sebalik setiap kejadian. Ok larrr memang bukan rezeki aku lar tu....
Pukul 3 tadi, tiba-tiba dapat arahan untuk ke Kuching on this monday sampai Khamis (uiii tu waktu gue cuti larrr... gue nak berpoya-poya kat home stay kat Marang atau Kuala Terengganu! Baru nak berangan-angan, cessss!!!). So, ari Isnin nanti program untuk ber'poya-poya' terpaksalah dipendekkan... Cuti Isnin dan Selasa dah kena cancel.... Ermmmm.... Kelam kabut sebab nak kena wat preparation laksss... Perancangan kerja pun sudah lari! Mati!
Buat semua kengkawan Ombak, good luck and all da best!
Buat diri aku sendiri - sabo lerrrr....
[eh ada yang baca2 KaKi JaLaN ni ke Kapas-Marang???]
[ni tengah geram dengan laman KL-Marathon ni, tak dapat-dapat jugak nak register!]

Thursday, April 15, 2010

STaNDaRD CHaRTeReD KL MaRaTHoN 2010 (NaK cuBa TaK?)

Tahun ni Den rasa Den akan buat apa je yang Den rasa teringin nak buat. Haaa bagus tak cita-cita macam ni??? Last year, Den punya cita-cita untuk khatam semua pulau-pulau peranginan kat Malaysia dah tercapai (sebenarnya suppose to achive before pengurniaan tiga calit, tapi during pun boleh larrrr... I'm happy enough!). Lepas dari tu, Den tak ada cita-cita besar melainkan Den nak pi Haji kalau boleh sebelum lima calit... Moga-moga dipermudahkan niat Den yang satu ni. Tahun nie Den memang tak pasang cita-cita sampailah beberapa minggu yang lepas, Den rasa Den patut buat semua yang Den rasa Den nak buat sementara ada peluang, sementara ada kederat dan sementara nak menetapkan apa yang Den nak buat dengan diri Den selanjutnya (wah! scary!).
Next event, coming very soon in June 2010 is Standard Chartered KL Marathon. Akan diadakan pada 27 June 2010, bermula dan tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Race information boleh tengok dekat sesawang KL-Marathon. Kategori yang disediakan untuk individu ialah 42.2km, 21.1km, 10km dan 5km, Family Fun Run (group 3-6 family/ friend) - 5km, kanak-kanak (kid dash) - 3km dan 950m, run for a cause, corporate challenge dan sponsored enteries. Den? Ermmmm.... Den rasa teringin nak buat 21.1km. Agak-agak drastik sangat ke kalau Den nak buat half marathon ni? Den dah cuba 7km masa Putrajaya Night Run(Feb), 10km masa Larian Di Raja Klang (Mac), 10km masa triathlon Kenyir kat 'Bukit Antu Kuman Kumin) (Mac) dan 21.1km? Ermmmm...
Kengkawan, ada yang nak lari dengan Den tak? Den nak cari partner/ buddies untuk larian 21.1km... Run just for fun dan takde target hadiah melainkan experience, finisher cert and medal serta kesempatan buat kerja 'gila'.... Hehehe... Jom! Ada early bird registration (yuran pendaftaran murah sket) extand sampai Sunday midnight 18 hb April 2010. Jom!

route untuk 10km

route untuk 21.1km
[peluang nak jadi volunteer during event pun ada, kalau berminat sila masuk sesawang KL-Marathon]

[Cita-cita besar masih belum nampak bayang untuk digapai]

Monday, April 12, 2010

ADoiiiiiiii

arini tak ada apa yang nak di tulis... kepala rasa berat sangat... pakej demam-batuk-selsema macam tak ada hujung... rasanya hari nie yang paling teruk kot... ermmmm, apa aku nak buat nih???

Friday, April 9, 2010

HaPPY BiRTHDaY aDiK :)

Budak kecik pengarang hati Kak Yong, arini sambut birthday yang ke-enam... Rindunya aku dengan budak kecik ni walhal minggu lepas baru je jumpa... Merajuk-rajuk setiap kali Kak Yong nyer balik, heeee..... (kena pastikan kalau ada program lain, jangan singgah rumah budak kecik ni dulu. Nanti sama ada nak mengekor atau tak nak lepaskan - uiii bahaya!)

[sesi merajuk ala-ala marah minggu lepas]
KY : [ayat pujuk] Kak Yong esok ada work larrrr. Lain kali Kak Yong datang tidur rumah Adik
A : Tak nak cakap dengan Kak Yong dah [muka jadi masam]
KY : Eh, birthday Adik bila erk? Minggu depan erk?
A : [jeling dan cebik]
KY : Ermmm.... oklah. Kak Yong tak datang rumah Adik nanti. Kak Yong pun merajuk jugak larr
A : [jeling dan cebik lagi] Janji tau, nanti Kak Yong datang rumah. KY kena tidur rumah Adik!
KY : [muka nakai] Janji.... Tapi tak de hadiah birthday tau! Hahahahahahaa

Dush. Dush. Dush kena pukui...... Adoi!!!

Happy Birthday Adik :D

Kalau pasal berangan, memang serah je pada budak kecik nih!

Konon macam cikgu marah kat anak murid

Dah dapat gitar, perasan cam Yuna lar pulak!

Ermmmmm....

[kalau kondisi aku masih kurang memberangsangkan sehingga Ahad, then i will consider not to do my Kapas-Marang (KM).. it will upset me for not taking this opportunity. I guess "tahun ni bukan rezeki aku kot" but frens please pray for me as deep in my heart, i still want to do this (KM) - one in a lifetime]

Wednesday, April 7, 2010

KaPas MaRaNG iNTeRNaTioNaL SwiMaTHoN 2010

Cepatnya masa berjalan... dah setahun berlalu lepas KaKi JaLaN menyibuk-nyibuk kat event Kapas Marang tahun lepas. Menyibuk-nyibuk jadi support crew kelab Ombak tapi lepas tu dah terasa macam reporter pula kat sana.... Citer KaKi JaLaN tahun lepas "MeNCiPTa JaYa Di KaPas MaRaNG".

Kapas Marang International Swimathon 2010, tahun nie akan diadakan pada 18 April 2010. Lokasi dah tentulah sama iaitu dari Pulau Kapas sampailah ke Pantai Kelulut, Marang. Jarak swimathon nie 6.5km. Maklumat lanjut mengenai event ni, bolehlah tengok dekat Triathlon Malaysia.

Kalau mengikut perjanjian, tahun ni sepatutnya KaKi JaLaN bukan lagi jadi support crew, KaKi JaLaN nak kena swim sekali dengan kengkawan KaKi JaLaN... Adoiiii.... kalau perjanjian tu, ada tak perjanjian palsu??? Tak ada hitam putihkan??? Sesungguhnya diriku ini amatlah tidak bersedia dari segi fizikal mahupun mental. Lepas balik dari Kenyir, adalah setakat main cicah-cicah air je... Memang liat betul nak masuk air tambah-tambah kesihatan pun tidak cukup memberangsangkan (aku yang masuk ayor ye ler!) ... Ermmm sedey... Mental pun down, tak tahu kenapa hati aku dah jadi kristal sekarang. Senang sangat kena gugat dengan kata-kata. Iyalah, aku pun tahu ... sambil nyanyi... "Siapalah diri ini, untuk meminta budi" (eh yer ke ini lirik lagu tu?). Kalau aku masuk, bukan dengan ayat "Tak harap ko habis pun", tapi dengan "I'll do my best, as far as I can go".

Ermmm.... fikir lagi .....
"Nak masuk ke tak? Nak masuk ke tak?"
"Pesal nak buat keje gila nih?"
"Mas, ini one in a lifetime, at least ko pernah cuba/ buat"
"Mas, ko berani ke? Air tengah pasang sekarang!"

Adoiiiiiii..... aku buntu larrrrr!!!


What M say to me :
"Bear in mind when u join, its not about to win the competition, its about who u become when you try " (yup! SETUJU!)
Another word from M to me (said taken from pepatah Arab) :
"Cabaran yang tak mampu mematahkan tulang punggung akan menguatkan tulang belakang you Mas :) " (thanks M! it's you who never stop supporting and inspiring me. I wish u all the best M, gud luck! :D)

[3 hari lagi genap setahun mengenal MAA, ingatkah dia?]

Tuesday, April 6, 2010

KuaLa TeReNGGaNu : KuiH-KuiH YaNG MaRVeLLouS!! HuuuUUuu

Entri hari ini, kawe nak kongsi kuih-kuih nak kawe jumpa kat Gerai Kuih Gong Kapas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Banyak betul kuih-kuih kat kedai ni, ternganga jugalah menengoknya. Datang laks ramai-ramai, jadi kawan ni beli sikit, kawan tu beli sikit, last-last dah jadi berjensis-jenis. Bermacam-macam kuih yang kawe cuba dan kawe nak cakap kuih-kuih kat gerai ni memang best! Semua yang kawe makan, semua sedap-sedap. Semua secukup rasa dan tak ada manis leting, just nice! Heeeee....

Kat gerai ni, tak cukup dengan kuih-kuih, ada mee goreng, tauhu sumbat, rojak buah, agar-agar, ermmmm apa lagi ye dalam bungkus-bungkus yang banyak-banyak kat gerai ni entah, macam-macam lar. Rasanya kalau tuan empunya kedai nak buka meja kat depan gerai dia ni, dah memang leh jadi bistro... Yezza.... Harga kuih-kuih kat sini memang murah (owh i miss harga kuih-kuih kat sini, dah lar murah, sedap lakssss... memang berbaloi!), seringgit empat ketul pun leh dapat lagi!  Katanya ada lebih seratus jenis kuih yang dijual di gerai ini! Yummehhhhhhhhh....

Kawe sajikan kuih-kuih yang ada kat gerai ni, buat penawar di kala lapar.... Hahahaha



psst : kawe dah lupa nama-nama kuih kat atas ni, sesape rajin kawe minta tolong namakan :)

psst 2 : ermmm.... dah berapa hari kejap cam demam kejap cam ok.... kawe lapar larr tapi tak de selera
. Bila nak baik nih???

Monday, April 5, 2010

'X' GoReNG KaT KuaLa TeReNGGaNU

Owh Kuala Terengganu (KT), kenapa larr baru kali ni aku tahu kat sana diorang jual mende-menda 'x' goreng tepung yang best?!!! Kalau aku tahu, setiap kali datang KT mesti aku dah paksa kengkawan aku berhenti kat gerai-gerai tepi jalan beli mende-menda 'x' goreng tepung yang menjadi idaman nih....
'x' goreng tepung? Kah kah kah... jahat ke aku? Tak de larrrr.... Layan je erk! Lokasi persinggahan di Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu (dekat dengan balai polis) dan singgah sekali lagi kat gerai tepi laut belakang lapangan terbang, Kuala Terengganu (yang ni ada tambahan ketam dan udang!).

Kalau tak tengok mungkin kita ingat banyak dulang sebab pisang dua tiga jenis, keledek, sukun etc yang seangkatan dengan standard kat Kolumpo atau pekan Teluk Intan (muahaha)

Pisang goreng... Ermmm... sesuatu yang memang dijangka dan memang menjadi pojaan hatiku
Keledek goreng, kepok lekor pun menjadi idaman (dah lama tak makan sukun goreng! nak balik kampung larr...)
Cendawan goreng tepung... Boleh layan jugak!
Ikan goreng tepung? Haiya! Ini mau buat makan petang ka mau ratah? Jual sekali dengan tempat pisang goreng? Ok, aku kagum! Serius!

Sotong goreng tepung? Ermmmmmmmmmm... diorang ni bestlar!!
Ok, ni ketam goreng tepung... ni kat gerai belakang airport Kuala Terengganu... Gilalah! Minum petang meratah ketam!!! Uiiii yum yum!!!
Nie rupa nikmat tak nikmat makan sotong goreng tepung kat Kuala Terengganu... Tak de lar sampai menjilat jari cam iklan KFC, tapi masyukkkkkkk...
psst 1 : nak cari makan larrr.... huk huk... LAPAR!
psst 2 : teringin nak duk kat kampung nelayan, dok tepi jeti... masa laen main wau ke layang-layang ke... ermmmm hehe... maner nak cari famili angkat kat sana :)

KeNYiR TRiP : KoNPiuS!!

Kenyir trip kali nie bukan trip seperti trip aku ke Kenyir sebelum ini dan bukan juga bukan seperti trip aku dengan Ombak yang biasa. Luar biasa kali ini sebab aku tak pergi memancing dan aku bukan lagi support crew, heeeee... Bila dah masa nak buat kerja gila, maka kita pun buat lar kerja gila!

Kenyir trip, perjalanan 1k+ km dari malam Sabtu hingga ke subuh alam Selasa agak memenatkan tetapi menyeronokkan. Seronok? Heee... Boleh larr... Enjoy. Kengkawan pun semua enjoy. Trip yang serius selepas training bersungguh-sungguh, selepas kena psiko dengan kengkawan dan selepas dimomokkan dengan Kenyir sebagai 'the toughest triathlon in Malaysia' (memang pun! sangat3x! keluar dah Bukit Haram Jadah, Bukit Koman Kamin, Bukit Hantu, Bukit Gila), akhirnya menjadi sebaliknya. Konpius : INI TRIP ATLET KE (waduh perasan nak mampus!), @ NI TRIP JENJALAN DAN MAIN-MAIN? Semua orang jadi banyak main, event nak mula pun sempat main-main lagi... Nasib baik semua habis dan bukan yang terakhir... Betul-betul serius masa hon dah bunyi dan masa semua sampai garis penamat (itu sahaja 2-4 jam yang serius), bila semua dah sampai dah mula main-main balik semula (menggelakkan diri sendiri, puji-puji, kutuk-kutuk etc). Ringkasnya aku rasa ni trip jenjalan tetapi tetiba jumpa event ni, lepas tu suka-suka je masuk, lepas tu jenjalan balik semula... Ermmm yer ke??? Sepatutnya bukan sebaliknya ke? Haiya, ini budak <- aku lar tuh!


Semua dah sampai, akan gerak dengan 4 buah kereta dengan jumlah keahlian seramai 14 orang (termasuk seorang kanak-kanak) dan 7 buah basikal (termasuk 2 buah mountain bike)

Singgah sarapan di Kuala Berang kat gerai tepi jalan

Ni rupa nasi dagang yang belum dibuka.. kalau buka bungkus pisang ni, kang ada laks yang terliur nih.... Tapi kat gerai kami sarapan ni memang sedap! M makan sampai 3 bungkus.

Dah sampai Kenyir Lake Resort, antara yang terawal sampai rasanya

Carbo-loading selepas perasmian. Makan gila-gila macam dah tak ada hari esok dah untuk semua orang!

Sebelum race, masa ni orang lain dah mula ambil posisi nak dok depan... Kami memang target masuk lambat... akakaka (terutamanya aku larrr)

Sempat lagi nyanyi-nyanyi lagu apa yer? :)

Selepas race, A entah macam mana rezeki terpijak dapat no 1 dalam Terengganu Close

Minum petang makan bihun sup kat tepi tasik, santai-santai

Seafood dinner kat tepi sungai Kuala Berang.. Takde pilihan melainkan ikan je, udang dan sotong yang biasa-biasa.. Makan sampai kenyang untuk ganti balik lemak yang hilang (eh lemak ke tenaga? akuikui)

Memborong kuih-kuih kat kedai kakak yang kat belakang aku tu (ishkk banyak betul kuih kat kedai akak ni dan sedap-sedap laks tu! nanti wat spesel entri untuk kedai akak nih)

Berjalan sampai ke Kuala Terengganu, singgah kat Masjid Kristal

Jangan lupa singgah beli keropok lekor... Uiii sedap!

Lagi sesi untuk makan-makan... CC belanja kek lar pulak! Aku pun perasanlah konon triathlete, tapi aku bukan yer...

Kenyang-kenyang tu ada hati diorang ni nak melompat!

Wanita-wanitanya.... CK dah balik terus lepas race

Partner aku A dan E serta seorang penyokong fanatik (yang kat belakang tu!)

[Nanti aku curi masa lagi, tulis pasal makan pula ye! Aduh sotong yang manis! Ekekeke]