FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, February 25, 2010

KeNYiR : ALaMaK NaMa DaH KuaR!!!

Gila... Gila... Memang wat keje gila! Zki, Zli kata "Be ready, no turning back. No turning back". Engkau ni M memang larrr pesal larr cari penyakit???<- ni ayat aku untuk diri aku sendiri.

A dalam diam ada nada marah sebab aku berjaya menjebakkan dia (hihi, sebenarnya A marahkan diri sendiri sebab boleh terpengaruh dengan aku!). R pula ambil masa dua tiga hari nak percaya boleh mendaftar atas pujuk rayu aku yang tak berapa nak manis (hihihi <-gelak lebih sikit! Tu lar korang kawan dengan AJKT Jenayah Terancang tak tahu ke? Hahaha). Ermmmm.... ada ke sesi pujuk rayu dibuat erk? Takde pun! Hanya idea gila yang aku timbulkan, dan jawapan dari mereka "OK!". Idea yang aku utarakan dalam satu panggilan telefon kepada mereka dan berlangsung tak sampai 15 minit pun! Jadi tu bukan pujuk rayu, betul tak? Hasutan? Oh bukan juga! Pengaruh godaan dan keinginan kot??? Hahahaha.... Well kengkawan, masing-masing dah terjebak.... No turning back... No turning back... (ishk macam ayat keramat je aku dengar dalam beberapa hari ni... J dengan E pun dah cakap ayat yang sama "No turning back")

Nota 1:
A : M, betul ke apa kita buat ni?
M : Entah. Yang pasti, duit dah bayar, nama pun dah kuar.

Nota 2:
R : M, aku bayar double tak kayuh leh?
M : Boleh! Wangnya aku terima. Tapi, kayuh tetap kayuh.
R : Aduh! Kalau bayar triple?
M : Sama jugak! Wang nyer sahaja yang aku terima. Hehehe

~teaM PiNK JaMBu DaRi OMBaK!!~

[aku pun tak percaya leh wat mende camni, 30 days to go!]

Tuesday, February 23, 2010

KeNYiR LaKe INTeRNaTioNaL TRiaTHLon 2010 : Yes LaaaR

Kenyir Lake International Triathlon 2010. "Yes Larrr", kata Z masa E mendaftar. Bersungguh-sungguh Z mahu E menyertai acara ni. Macam-macam strategi disusun termasuklah cubaan memasukkan aku dalam satu pasukan (relay). Aku kayuh? Mana nak cari 'gerek mahal' (bak kata CGrinder)? Usul Z ditolak, tapi Z berjaya juga membentuk pasukan lain untuk E. Cayalah! Aku tahu E memang bersemangat lepas berjaya lari tanpa henti di dalam Putrajaya Night Run. E paling laju antara aku dan A.

Kenyir Lake International Triathlon 2010 akan berlangsung pada bulan Mac. Ermmm... Mac, bulan keramat yang tidak pernah aku lupakan sejak beberapa tahun kebelakangan. "F, P, korang takde program naik gunung ke (Mac kebiasaannya)?", tanya ku pada teman-teman sependakian aku. "M, ko bagitau lar gunung mana yang nak pergi". "Errmmmmm, takpe larr". Aku tahu mereka sudah khatam banyak tempat.

Aktiviti habis tenaga merupakan satu-satunya perkara penting yang perlu aku lakukan di minggu terakhir Mac. Bukan bercuti tapi membawa diri jauh satu keperluan buat aku. Tragedi Mac yang belum sembuh-sembuh. "DR, saya nak amek EL esok. Saya nak balik kampung. Saya rindu Opah. Saya kena tengok Opah. Opah tak sihat. Hari tu, Opah suruh tinggal sehari lagi tapi saya kata nak kena balik rumah. Ibu macam marah sebab tak balik rumah langsung". Memang masa tu aku memerap duduk rumah Opah, dan sesekali yang sekejap sahaja balik ke rumah mengambil pakaian. "DR., saya nak balik kampung esok naik bas, tapi tengah hari. Pagi tu saya nak singgah XXX. He". Dan pagi tu, seawal pagi aku terima berita dari kampung "Kak Yong, Opah nazak". Opah pergi masa aku dalam perjalanan pulang ke kampung (ah emosi! maaf!). Satu penyesalan yang tak pernah aku lupakan. Aku meninggalkan dia disaat dia meminta yang sedikit dari aku. Bagaimana harus aku membuat pilihan antara dua ketika itu? Walau bagaimanapun aku tidak sekali-kali menyalahkan takdir. Tuhan telah mengizinkan aku menghabiskan masa terakhir ku dengannya hanya dengan menemaninya beberapa hari sendirian. Hanya ada aku, Opah dan Atuk. Sejak dari itu, inilah yang aku lakukan pada minggu-minggu terakhir Mac. Jauh...

Yes Laarrrr. Kenyir Lake International Triathlon 2010, aku datang. Sungguhpun dengan alasan yang salah (mungkin), aku akan mencuba sedaya upaya ku. Tunggu........

Info Lake Kenyir International Triathlon 2010 :
Date : 28 March 2010
Time : 8:00am
Venue : Lake Kenyir, Terengganu
Distance : 1.5km swim, 40km bike, 10km run

* Kengkawan di KaKi JaLaN, wish me all da best!!

* Erin, Ann, Rudy, 1st trial haaa! Yes Larrr. chaiyok! chaiyok!

Monday, February 22, 2010

TeRiMa KasiH, MaaF DaN RiNDU

Dalam aku berfikir, "Iya, banyak terima kasih yang belum aku sampaikan. Terima kasih atas alasan yang pelbagai. Ada juga terima kasih yang perlu ku iringkan dengan maaf. Benar aku mohon maaf kerana aku terpaksa menolak. Kalaulah kamu-kamu dapat memahami aku. Arghhh, satu kelegaan buat ku jika aku dapat menyampaikan juga rinduku padanya. Genap lagi sebulan, tiga tahun pemergiannya. Hilang sudah tempat aku bercerita dan meluah rasa. Dia yang mengerti aku walau dalam nada garangnya".


Terima kasih ku, maaf ku dan rindu ku...

Buat teman yang meninggalkan aku dalam tanda tanya,
terima kasih kerana membiarkan aku terus bingung. terima kasih kerana membiarkan aku terus menghitung hari.

Buat teman yang menyesakkan kepercayaan aku tentang sahabat,
terima kasih kerana membiarkan tanpa langsai. Apa perlu aku rayu pada kamu?

Buat teman yang ingin mengambil kesempatan,
terima kasih kerana mencuba. Maaf buat kamu kerana aku percaya kepada ikhlas.

Buat teman yang menawar bukan hak ku,
terima kasih tetapi maaf.
Jika kehilangan itu adalah takdir aku, maka aku rela.
Aku terima tanggungjawab ini dengan jiwaku.

Buat kesayangan ku merah,
aku merayu jangan meminta lebih dari ku.
Jangan pada masa ini. Jangan. Jangan.

Buat kesayangan orang lain, maaf-maaf-maaf.
Ampun kerana menyusahkan.
Ampun kerana mencacatkan.
Ampun atas segala-galanya. Adui, maaf dan sesal yang tak terucap oleh ku.

Buat teman-teman yang senantiasa bersamaku,

terima kasih yang tak terucap dari aku untuk kalian.
Aku tahu tuhan menduga hambaNya, aku bersyukur kerana sentiasa diingatkan.
Doaku jangan aku dijauhkan dariNya.


Aku rindu Opah.
Aku rindu Opah sangat-sangat.
Tuhan, aku berharap untuk duduk, berbicara dan membuat pelbagai bersamanya.
Kalaulah aku masih punya kesempatan bercerita semua rasa hati aku sekarang padanya. Owhhh...


Nota 1:
Teman-teman sekalian, terima kasih buat ke sekian kalinya.
Nota 2 :
Tuhan menguji hambaNya. Iya....

Friday, February 12, 2010

RoNDa KL : KaKi JaLaN saY GuD BYe (haRDLy)

Dah habis edisi aKU suKe KoLumPo.
I need a break. Feel so sick and i'm searching for strength. Wish me best of luck. Till then, sweet memories from "aKu suKe KoLumPo" just for frens in KaKi JaLaN.

Jom kita RoNDa KL

Pose untuk kengkawan di KaKi JaLaN

KaKi JaLaN @ KLCC

KaKi JaLaN back to Central Market, 2010

KaKi JaLaN nak jadi Jane. Sembang dengan si encem Jambul,
Jane tanya : Hye, I'm Jane. Do you know anybody named Tarzan?
Jambul jawab dalam hati (agaknya lar) : Gapo dio dak perempuan ni ghoyak eh? Dok pahe. Dok pahe.... Owhhhhh baek kawe laghi!

Jane with new fellows

I'll miss you guyzzz too

KaKi JaLaN nak balik... I wanna go home... I wanna go home...

[and they only see me smiling...]

...[LOST]...

Thursday, February 11, 2010

RoNDa KL : TaMaN BuRuNG KuaLa LuMPuR

Taman Burung Kuala Lumpur a.k.a KL Bird Park (KLBP) terletak berhampiran dengan Lake Garden iaitu kawasan hijau di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. KL Bird Park disebut sebagai taman burung tertutup yang terbesar di dunia (memang besar pun!) dan dikatakan juga menjadi tempat tinggal kepada 3000 atau lebih burung pelbagai warna dari 200 spesis burung tempatan dan luar negara. Untuk aku, taman 21 ekar ini memang berbaloi untuk dikunjungi. Aku memang rekomen tempat ni untuk bawa budak-budak, gerenti lar diorang suka punya :)

Dalam edisi AKu SuKe KoLuMPo : Hop oN HoP OFF, KLBP adalah antara lokasi-lokasi terakhir yang aku singgah. Kalau nak kira macam main game kat komputer tu, masa masuk taman ada 3 suku kelip-kelip nak ke separuh dahh... Hehehe... Tempatnya memang best. Burung-burung kat dalam ni memang bebas dan jinak. Nak lalu tepi boleh, nak ambil gambar pun boleh. Yang boleh tapi tak dapat, nak pegang jew (kecuali kat sangkar burung kakak tua - bayar untuk bagi burung makan dan burung-burung ni akan bertenggek kat bahu kat tangan).

Tarikan-tarikan yang ada di KLBP ni termasuklah bergambar dengan burung-burung (disediakan/ boleh guna kamera sendiri - bayar), bagi burung makan dan persembahan burung. Sebelum masuk taman, tengok-tengoklah jadual-jadual ni dulu :)

Untuk masuk ke KLBP ni bagi warga tempatan(MyKad) RM15 (dewasa), RM6(Kanak-kanak 3-12 tahun). Pelancong RM39 (dewasa), RM29 (kanak-kanak 3-12 tahun).
Waktu operasi dari 9.00 pagi hingga 7.00 petang.
Maklumat lanjut : www.klbirdpark.com


Pintu masuk Taman Burung Kuala Lumpur
Kawasan bersangkar dalam Taman Burung. Sekali tengok macam jalan dalam Jurassic Park pun iya juga!
Amphitheater tempat persembahan burung - kakak tua, helang, milky stork. Waktu persembahan 12.30 t/hari dan 3.30 petang. Persembahan tambahan 10.30 pagi pada hujung minggu. Menarik!

Antara yang membuat persembahan :)
YaNG SoLo

YaNG BeRPasaNGaN

YaNG BeRKuMPuLaN

Psst 1 : Mak aiii beli air kat sini dah sama macam makan tengah hari! Harga air mineral / gas RM4 sebotol/ setin! Bawa lar air sendiri erk!
Psst 2 : Depan KLBP ada Taman Orkid dan Taman Bunga Raya, kalau rajin singgah lar masuk. Hari biasa masuk percuma, hujung minggu dan cuti umum masuk RM1.

Wednesday, February 10, 2010

PeNGaLaMaN PuTRaJaYa NiGHT RuN

[Berhenti sekejap eDisi OLe2 aKU suKe KoLuMPo].

Putrajaya Night Run 2009, the first night marathon held here and it was in Putrajaya! Owhhh i am so proud to be one of da crowd... Heh, crowd? Hoyeahhhhhh, bukan crowd yang datang tengok tapi salah seorang yang berlari! Yeahhhh i'm in da history! Aku bersama 8000 peserta berlari di marathon malam yang pertama! Mak aiiii bukan main emosi lagi heh! Hehehe...
Malam kejadian, sudah lar memang malam yang bersejarah, aku tambah lagi sejarah dalam peribadi aku sebab malam ini aku berlari dan berlari pulak dalam event. Ermmmmm memang tak pernah pulak terlintas nak masuk event-event macam nih. Kasut memang sudah lama kasi gantung dan sekarang i'm back! Hehehe....
Malam kejadian, aku dengan my running buddies Erin dan Ann masing-masing first time join event macam nih... Strategi malam tu, rileks dan lari sama-sama. Lepas tu gilir-gilir 'tow' member.
Paling banyak yang kena tinggal tu aku larrr. Kena 'tinggal' masa km keempat sebab motivation aku turun kejap. Owhhhh psikologi! Mental aku memang tak cukup kuat lagi. "Mas, pandang bawah Mas. Pandang bawah Mas!". Masa dekat jambatan yang mula-mula, memang nampak orang ramai gila kat depan (sebab dari corner laluan turun bukit sikit dan naik jambatan), mental masa ni ok lagi sebab coach Z cakap "Korang steady je, orang lain akan pecut awal-awal. Korang maintain speed lepas tu automatik satu-satu korang potong". Habis je bukit yang kedua, mak aiiii! Tengok runners kat depan, memang ramai dan aku rasa entah 1-2 km kot(?) kat depan aku... Nasib baik aku ada strong buddies dan dioranglar yang 'tow' aku. End up, we made it in 65 minutes (qualifying time for cert. 80 minit).
Aku terlepas peluang mendapat medal walaupun dalam larian 200m terakhir, aku masih mendengar juruacara menyebut nombor peserta dalam kategori aku. Hanya pada 100 peserta yang pertama? Arghhh lari! Lari! Unfortunately, kat depan memang ramai runner lagi, arghhhhh frust!! Erin, orang yang pertama sampai jaraknya mungkin dalam 100m depan aku lagi frust sebab medal memang betul-betul baru habis... Kengkawan, lepas ni kita chaiyok-chaiyok lagi yer.

Kengkawan lain, Nazeem sampai lambat terus salin baju and lari macam mana aku tak tahu sedar-sedar dia dapat medal!!
Half marathon finisher - Wan, Zaki, Jay, Dush, Ayet, Zali dll tahniah!!
Ombak girls in 7.7km - first event
Frens in Ombak and Adination
Eh, kata tak dapat medal? Ahakssss

Note on Me:Ekau memang pasang gear reverse lar Mas!
Yer... nak buat macam mana? Aku nak ke depan, semua dah broken in2 pieces (Congratulation to da person. Terima kasih yang teramat...)
I should do something right? And now, i think i'm addicted to it!

Friday, February 5, 2010

RoNDa KL : LoKasi BiaSa DaN LuaR BiaSa

Lokasi-lokasi biasa, separuh biasa dan luar biasa...

Lokasi biasa 1 : Hentian Puduraya

Lokasi biasa ulang alik dengan bas dari kampung ke pekan Kolumpo sendiri, rasanya bila dah mula berdikari sendiri dan diberi 'lesen' empat belas lima belas tahun dulu larr. Bila aku dah kerja kat Kolumpo, suatu ketika dahulu ibu suka naik bas sebab turun dari bas naik Star LRT dan terus sampai rumah (macam spot check lakssss tiba-tiba dah muncul depan pintu!).


Lokasi separuh biasa : Nando's dekat Kotaraya
Apa pula yang separuh biasa? He... sebenarnya tak pernah pun masuk Nando's kat sini... Yang biasa tu, dekat kawasan-kawasan sekitar cam bangunan shopping mall yang ada mural letrik terbesar tu (Kotaraya), Petaling Street, Mydin Kotaraya. Itupun suatu ketika dahulu ketika zaman muda rumaja. Saja-saja berjalan sambil tunggu bas nak balik kampung atau adakala ber'poya-poya' lepas balik kampus. Hehehe. Dulu-dulu memang rajin berjalan kat sini, tapi sekarang ampun! Kalau boleh mesti nak ada kawan - aiii tak berani dah.


Lokasi biasa dahulu : Central Market (CM) @Pasar Seni
Aku memang suka pergi sini dulu. Paling aku suka bila tengok orang melukis. Tempat ni memang tempat rasmi kalau turun Kolumpo dengan sepupu Y... Sebabnya BMW (bas mini wilayah) no 31 kaler pink memang akan berhenti kat sini. Masa jalan-jalan hari tu rupanya dah tak ada yang melukis gambar potret kat sini... Mana eh, lokasi sekarang???


Lokasi sudah menjadi kebiasaan (hahaha) : Istana Budaya
Istana Budaya yang terletak di Jalan Tun Razak, mana bisa aku lupakan setiap kali adanya pementasan teater dan makyong! I like!



Lokasi Luar Biasa : Masjid Negara
Alhamdulillah, akhirnya aku masuk dan sempat juga solat kat sini. Still wondering kenapa selama ada rombongan sekolah, rombongan cik Kiah kat kawasan-kawasan Lake Garden nih tak pernah berhenti solat kat sini... Owh, dah memang rezeki aku di kempatan ini. Aku selalu (ermmm sebenarnya kena suruh) duduk dengan arwah Opah tengok siaran langsung solat Jumaat kat Masjid Negara nih. Opah... Opah... (aku memang tak putus sebut nama Opah dalam minggu nih, ermmm)

Lokasi luar biasa : KTM Headquarter

Memang tak hal atau alasan nak masuk bangunan ni kan? Ermmmm.... Tapi kalau keretapi komuter turun dekat Stesyen Keretapi Kuala Lumpur tu ada larrr.... Teringin pulak nak naik keretapi gi Singapura, he :) Cita-cita naik keretapi kat Tasik Merah dengan Gua Musang dah tercapai, uiiii best!!
Nota : teringin nak menapak ke depan lagi, tapi kaki dah lunyai macam jeli



Lokasi paling luar biasa : Istana Negara

Biasa-biasa lalu kat Jalan Istana selalu je tengok bas-bas pelancong penuh depan Istana Negara. Dalam hati, "Apa lar yang diorang tengok? Bukan nampak apa pun!". Jadi dikesempatan yang sudah pasti amat jarang muncul ni, aku turun dari bas Hop On Hop Off (yang sememangnya akan berhenti lebih kurang 5-10 minit kat sini) dan ambil lar dua tiga keping gambar (sebenarnya on rushing gak sebab orang bas kata nak berhenti 5 minit je, tak nak kena tinggal dan tunggu setengah jam laks kat sini, hehe).. Yang aku baca dalam brochure, untung kalau dapat tengok acara pertukaran pengawal. Well, i'm not lucky during my stop but it's ok :).

[LOS]
[Esok hari lari! Wow weeeee]

RoNDa KL : SkY ScRaPeR

Some of sky scraper you can find in Kuala Lumpur. Most famous Menara Kuala Lumpur located at Jalan Bukit Nenas and Kuala Lumpur City Centre (KLCC). I wish to enjoy Kuala Lumpur view from Menara Kuala Lumpur and share it in Kaki Jalan. May be in some other fine day, hopefully :)


[entah apa mimpi cakap omputih laks yer!]

Thursday, February 4, 2010

RoNDa KL : BaNGuNaN SeKiTaR DaTaRaN MeRDeKa

OLe-OLe aKU SuKe KoLuMPo... Dari aku kecik sampai besar ulang-alik, ulang-alik Perak - Kuala Lumpur (KL a.k.a Kay Ell a.k.a Kolumpo). Saja gatal nak cuti kat KL sebab boleh bersenang-lenang dan ber'gumbira' dengan semua sepupu sepapat kat sini. KL dah lama jadi bandaraya, tapi aku ikut bahasa opah. Bila opah tanya "Kamu nak ke mana?", aku jawab "Nak ke pekan!". Kalau Datuk Bandar tahu, aku rasa menangis jugak sebab aku dengan opah dok sebut lagi KL ni sebagai pekan Kolumpo... (Rindunya aku pada Opah :'( - opss Opah tak duduk KL).
Masa aku pusing-pusing kat Dataran Merdeka mencari perhentian 'Hop On Hop Off' (enchek Janggel sebut Ho-pon Ho-pof), tergerak hati nak ambil gambar-gambar bangunan kat sini. Mahu mengabdi bangunan-bangunan lama yang masih cantik dan berdiri dengan megah di dalam lensa. Namun, dalam seronok-seronok ambil gambar, muncul rasa malu kerana tak mengenal dengan semua bangunan-bangunan ni dengan baik. Masa pusing-pusing baru tahu "Oh, dekat sini Panggung Bandaraya!", "Eh, KL ada perpustakaan sendiri!", "Perpustakaan Kanak-Kanak? Kenapa aku tak tahu?", "Ermmmmmm, apa daaa".
Aku kongsikan beberapa gambar yang dibidik di sekitar Dataran Merdeka...

[Aku akan kembali untuk ambil lagi banyak gambar. Di hari kejadian ramai sangat orang :) ]