FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, January 29, 2010

GuNuNG JeRai, KeDaH - DaH SaMPai

Cerita pasal Gunung Jerai di Kedah, yang chek ingat dulu ada kawan chek ajaq pi daki.. Tapi masa tu chek tak sempat nak ikut depa sebab ada hai laen. Chek kata kat depa, "Hang pa naek larr... Takpa larrr tinggaikan chek... Ermmm chek tak kisah... Hang pa pi larrrr...". Dalam half redha kasik depa pi (dulu ler, skrg dah redha). Jadinya chek ngadu lar kat kawan chek yang laen. Kawan chek yang ni oghang Kedah. Chek cakap kat dia, "Kawan-kawan Gunung chek tinggalkan chek. Depa pi Gunung Jerai." Erphmmmm hampeh kena gelak dengan kawan chek yang soghang nih. Tak dak belaih kasihan langsung! Cesss! Katanya, "Oklar nak daki gunung tu, pi larr. Nanti I tunggu kat ataih. Leh lagi ensem bergaya, tak dak kuar peluh setitik pun! :p". Memang tak patutkan! Chek tau lar dia oghang sana, grrrrrr...

Jadinya, memang dah sah lar chek kena tinggai, peh tu memang dah kena gelak sakan. Memang sampai ati depa no... Ermmm... Tapi tu cerita dua tahun lepas, memang dah takleh nak pegi nak buat camno... Tahun lepas, chek ada projek kat Gunung Jerai.... Dalam hati, bila lar depa nak pangge wat site visit? Hehehe... Bagai ulam dicita pucuk mendatang, di akhir projek ada taklimat... Yes! Ada site visit! Cayalah!! Terima kasih wat JMG Kedah!

Gunung Jerai, chek mai nih... Akhirnya sampai juga ke puncak (well, tak sampai ke puncak yang paling atas - but still! Hehehe). Sorrylar sebab akhirnya chek sampai jugak kat ataih sungguh pun dengan cara yang paling tidak adil. Chek naek 4wd... Kengkawan kat KaKi JaLaN, hang pa nak naik ataih pun buleh. Takdak hai. Aritu chek tengok kete pun leh naik.

Pemandangan kat atas, memang cantik. Marvellous lar bak kata omputih... Tengok sawah luas terbentang. Tengok laut. Tengok pulau... Tapi kat sini, chek takdak gambar yang elok yang leh kongsi ngan hangpa. Masa chek pi tu jerebu sket. Gambaq sawah tak nampak sangat.. Aduiii... Frust eh! Yang chek leh kongsi, ada kat bawah nih. Gambar pemandangan takdak lar yang cun dan sebab chek pi sebab keje, yang chek dapat amek gambar clear gambar yang dekat ja iaitu gambaq segala batu-batu dan mineral yang ada kat sini. Namanya kena tanya dengan oghang JMG Kedah (tapi JMG Kelate pun buleh jawab jugak! Hahaha).

Dikongsikan gambar-gambar masa chek pi Jerai.
Selamat datang, ini santun Malaysia.... Chek suka :)

Duduknya Gunung Jerai ni kat dalam Hutan Simpan Kekal Gunung Jerai
Sebahagian pemandangan dari kawasan resort kat Gunung Jerai

Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm.... (cikgu-cikgu jangan marah! saya budak baru belajar!)

Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm....
Nama nyer.... ermmm....
4wd yang chek naik. Nanti chek tukar ngan gambar ramai-ramai kat sana tu

KaKi JaLaN pada ketinggian 1200m dari aras laut

Kat atas ni ada resort lar. Masa chek pi hari tu, resort ni tak buka lagi. Tempatnya memang cantik, chek gerenti dan kat atas ni memang sojuk walaupun kek bawah tu panaih! :)

Pemandangan dari bawah.... Den ado (eh silap cakap nogori laksss!). Chek ada gambaq lama yang tunjuk Gunung Jerai ni cantik berkabuih (nak kena korek fail lama eh!). Nanti chek kongsi kat KaKi JaLaN :D
[terima kasih wat JMG Kedah atas layanan dan semua bantuan yang diberikan masa chek kat sana]

Wednesday, January 27, 2010

TeRiMa KasiH BuaT TeMaN SeTia

Tak ada kata-kata yang nak diluahkan... Sekadar terima kasih yang teramat buat teman setia... Tak cukup rasanya menyampaikan rasa terima kasih walau berkali-kali diucapkan padanya.

Terima kasih yang teramat kerana sudi berkongsi waktu. Terima kasih kerana mendengar semua kisahku. Mendengar di waktu gembira dan mendengar di waktu kusut. Terima kasih yang teramat juga kerana tidak pernah meninggalkan aku. Tidak membiarkan aku hanyut di dalam senang dan tidak membiarkan aku resah di dalam susah. Terima kasih kerana tidak pernah menunggu terima kasih dari ku (owhhh yer ke? Hahahaha).





[rahsia yang satu itu, biarlah rahsia... Ahakssssss]
[terima kasih kerana menjadi tuan guru, tuan penasihat, tukang ketawa dan juga teman yang setia. terima kasih sekali lagi :) ]

Monday, January 25, 2010

BeNGuNG - KeTe WaT HaL

Arini, bengung! Kete wat hal...
Mati tengah jalan, sampai koma tak sedar diri...
Aduh di bawah bahang matahari yang berada tegak atas kepala...
Achoommm di tengah kawasan sesak dengan kenderaan...
Aiyoooooo di keliling ku debu...

Arini, bengung! Kete wat hal...
Mati tengah jalan, sampai koma tak sedar diri...

Aishhhh tahu pulak dah sampai ari gaji...
Memang pandai ko bajet erk!!! Takpe, takpe!

Arini, bengung! Kete wat hal...
Mati tengah jalan, sampai koma tak sedar diri...
Tima kasih wat semua yang menolong...
Tima kasih wat DR.
Tima kasih wat R.
Tima kasih pada pasukan Wonderpets yang datang menolong
Tima kasih Y, Tima kasih L dan Tima kasih G.

Arini, bengung! Kete wat hal...
Mati tengah jalan, sampai koma tak sedar diri...
Owh Tima kasih pada diri sendiri kerana pandai sangat cari pasal...
Baek, semua cadangan diambil perhatian...
Ok, semua nasihat dibuat pemikiran...
Semua kutukan? Yarkh.... Sabau....

Arini, bengung! Kete wat hal...
Mati tengah jalan, sampai koma tak sedar diri...
Owhhh Kira. Kira.
Kira. Kira. Kira... Ermm...
Oklar semua-semua perkara akan dipertimbangkan semula...

Friday, January 22, 2010

BaNDuNG YaNG MacHeT

Geram masuk blog sekadar sempat menjengah sekejap. Punya beberapa urus yang punya perhatian segera dan tugasan luar yang datang secara tiba-tiba. Gambar di Bandung juga belum dapat di'korek' habis... Mana sih, gambar foto dari satu lagi kamera... Udah konpius, di folder mana sudah ku simpankan! eRMMMM......
Kita buka cerita yang paling senang sekali, iaitu satu-satunya yang gue kurang senang di Bandung kerana bandarnya yang machet! Haaa korang tahu ke machet tu apa? Machet tu, jammed! MasyaAllah, kalau salah timing boleh macam nak gila eh dok dalam kereta! Jalannya machet! Jalannya jammed bangat! Sesak dan gue pun menjadi sesak! Heh!
Anyway, yang gue kagum bangat sebab kat sini memang tobat gue takkan bawa kereta... Pegang steering pun gue tak sudi... Memang siapa yang bawa kereta atau sebarang kenderaan kat sini memang gue tabik spring! Hebat! Entah ler gue pun tak tahu gi mana diorang semua ni punya skill mencilok dan kesabaran yang teramatlah tinggi. Kalau kat sini, korang dalam kereta memang dah dengar segala sejenis kutukan yang boleh mendatangkan kerosakkan 'jiwe' dan emosi serta hon tu rasanya bersahut-sahut. Belum lagi kalau nak dikira dengan geram orang potong barisan dengan masuk lorong kecemasan. Lepas tu ada laks accident... Aiyooo....
Kat sini, memang sesak giles dan nak keluar masuk lorong memang kena ada skill kalau tak memang sangkut. Lepas tu, yang gue tengok kereta dengan kereta sebelah memang sipi-sipi yang gak ngeri jugak, tapi bak kata pak supir "Jangan khuwathir". Jarang jugak tengok kereta yang bercalar balar apatah lagi kalo accident! Ishkkk cam magical of wonderland ler gue rasa.

Oh yerrr.... satu lagi.... yang biasa kita tengok kat peti televisyen tu, memang biasa juga tengok pemandangan anak-anak muda remaja datang nyanyi-nyanyi kat tepi cermin kereta kita, lepas tu ada yang datang jual macam-macam. Ada lagi yang gue tengok, siap ada show ngan monyet, main buih eh macam-macam! Huiyoooo!!

[nape tak de snap banyak gambo erk masa trip nih?! Muskil ler pulak!]

Monday, January 18, 2010

BaNDuNG : TaNGKuBaN PaRaHu

Perjalanan ke Bandung, percutian dengan keluarga (diorang memang excited gila-gila nak pergi wat kali kedua, aku? He... kali pertama menjejak tanah Indonesia itu).
Tangkuban Parahu atau nama sebenarnya Taman Wisata Alam terletak di Jawa Barat. Tangkuban Parahu ni sebenarnya gunung berapi yang dah tak aktif dan menjadi salah satu tarikan bila melancong ke Bandung. Lokasi agak terpinggir dari bandar Bandung, kira-kira perjalanan makan masa 45 minit - 1 jam (kalau tak salah!). Tempatnya cantik, menarik tapi bukan tempat shopping ye sebab barang-barang yang jual kat sini agak mahal juga kalau dibandingkan dengan di Pasar Baru. Almaklumlah bila dah letaknya di tempat pelancongan, demand tinggi lar sikit!
Disertakan gambar-gambar yang sempat dibidik di sana :)

Perjalanan ke Taman Wisata Alam a.k.a Gng. Tangkuban Parahu
kawah gunung berapi
Kawah gunung berapi
Pemandangan gerai-gerai yang terletak di Tangkuban Parahu. Klasik!
Banyak gerai-gerainya, nak jalan turun baik bukit jugak!
Bersiap-sedia untuk turun naik tangga!
Bersiap-sedia untuk kena serbu dek penjaja kat sini

Segala rantai, gelang, cincin pun ada
merata-rata juai benda nih... sejenis anglung eh?
for ladies [tapi Den tak minat, sowee]
jual ubi ketuk goreng
Akak ni bakar jagung... Kat dalam botol tu, sulfur untuk dijual

Shawl.... Sapo2 nak poei sini, bawaklar jaket spare kot2 sojuk. Den poei aritu idaklar sejuk mana tapi terasa jugak lar kedinginannya :)

Berposing dengan berlatar belakangkan pokok-pokok gunung

HoYeahhhhh... never ever turun bawah or nanti keracunan dek bau 'telur tembelang' yang agak kuat! Mau pengsan gue!

[Den leh cadangkan sesapo nak poei melancong ke Bandung wat kali pertama untuk menjengah ke tempat ni]
[Sebenarnya ada juga trip untuk mendaki buat sesape yang berminat [tanyalar pak supir], tapi Den ghaso masa trip ni kureng lar seswai memandangkan Den datang dengan keluarga. Erm.... seb baek jugak tak terbuka pintu hati nak mendaki kek sini, kalo tak mahu pulak lar kempunan! Eh! Hehehe]

Friday, January 15, 2010

RiNDuNYeRRR kaT ADiK :(

"Adik", panggil aku pada budak kecik yang sorang ni... ermmm kalo Yeop ngan Akak baca, gue rindu sama loe dua orang jugak! Ekekee... Lama tak jumpa, dak-dak ni bila dah masuk sekolah lagi lar payah nak jumpa... Acik, kalo baca entri ni, jom lar kita semua-semua serbu umah Anjang. Leh ke?

Adik tahun ni nak masuk 6 tahun... Dia wat keputusan sama cam KY dia tukar sekolah, lepas tu tiba-tiba rindu kat kawan-kawan kat tadika lama... "OKlar Adik mengaku, Adik yang salah" [sama lar cam KY doulu]. Ciannyer kat diyer. You'll be ok, my dear Dak Yang Banyak Cakap dan Berangan :) [again : sama gak cam KY doulu]


[Adikkkkk, rindunya kat adik!!!!!!!!!]
[tumpang luah perasaan kat Kaki Jalan takpe kan?!]

LiVe LiKe We'Re DYiNG - KRiS ALLeN

Sometimes we fall down and can't get back up
we're hiding behind skin that's too tough
how come we don't say I love you enough
till it's to late, it's not too late

Our hearts are hungry for a food that won't come
we could make a feast from these crumbs
and we're all staring down the barrel of a gun
so if your life flashed before you
what would you wish you would've done

Yeah... gotta start
lookin at the hand of the time we've been given here
this is all we got and we gotta start pickin it
every second counts on a clock that's tickin'
gotta live like we're dying

We only got 86 400 seconds in a day
to turn it all around or throw it all away
we gotta tell 'em that we love 'em
while we got the chance to say
gotta live like we're dying

And if your plane fell out of the skies
who would you call with your last goodbyes
should be so careful who we live out our lives
so when we long for absolution
there'll no one on the line

We never know a good thing till it's gone
you never see a crash until it's head on
all those people right when we're dead wrong
you never know a good thing till it's gone

[precious time]
[Cu cakap KY kurang vitamin C, owhhhh like we're dying... gotta live like we're dying... KY cakap dia tengah pulun benda laen] <- KJ pun tak paham. ERrrr

Thursday, January 14, 2010

CiKu - BaSuH LaR DuLu

Kadang-kadang aku rasa diri aku ni cam 'daghat' sket.. Banyak juga benda-benda simple dan biasa tapi aku tak tahu (ke memang tak pernah ambil tahu? Errr tak... tak nah pun orang cakap kena buat camtu). Masa g umah Mak Teh, Mak Teh kata buah ciku kena bersih. Dah tu, aku tanya balik sebab cam pelik je, "Bersih yang macam mana?"

Ciku, salah satu buah peberet aku selain dari pisang dengan buah rambutan (terutama yang Opah dah kerat sket kulitnya! He!). Ciku paling sedap, bila tiba-tiba dah ada dalam peti ais. Paling rajin kupas tak lain tak bukan Enchek Ayahanda Kesayangan Hamba (yeahhhh). Ciku ni peberet ayah jugak, jadi bila ayah bawak balik mesti dia terus kupas... Anak-anaknya suka 'curi' dalam peti ais je.. Hahaha....

OK... balik pada sesi kat umah Mak Teh kek Kola Pilah... Mak Teh cakap, buah ciku bila dah petik, kenalarr basuh sampai bersih. Sepanjang diingatan aku, bila basuh tu maksudnya basuh lar buang cam serbuk-serbuk kat kulit dia kan, sebab bila dah kupas takde lar habuk-habuk tu. Dan lepas kupas basuh lagi... Erm (tu yang biasa aku buat lar). Mana tahu rupanya bila Mak Teh kata kena bersihkan, maksudnya kena bersihkan betul sampai nampak kulit yang dalam tu. Kata Mak Teh, bila dah bersih tak ada lagi lar getah-getah tu dan senang lar simpan. Rupanya pun cantik. Ermmm, cam gitu rupanya. Sorry baru tahu!! Tapi, setelah di bawa balik ke bandar, aku ghase memang bagus jugak bila ciku ni dibasuh bersih sebab senang sket Den simpan dalam peti dan lawa ler rupanya. Ahaksss...


Beza buah ciku dah dibersihkan dengan belum bersih

Ni cara nak bersihkan - guna sabut dan lalu tepi air

Ciku-ciku yang Den bersihkan... Tempting eh!

Ingat leh tahan ke? Sabar eh! Lum leh makan lagi. Kena peram dulu :)

[sedap nyer ciku... sok baru ada pasar malam...]
[kepala tengah kering, takde idea...]

Wednesday, January 13, 2010

MaKYuNG ANaK RaJa Dua SeRuPa


Yezza, permulaan yang menyeronokkan bagi tahun 2010 - MAKYUNG!!

Pada 22-24 Januari 2010, Istana Budaya akan mempersembahkan Makyung Anak Raja Dua Serupa. Kesenian makyung yang diiktiraf sebagai 'world heritage', memang di'rekomen'kan pada semua orang yang belum pernah menonton persembahan makyung untuk datang menonton.

Masa aku ajak beberapa orang teman yang tak pernah layan teater (apatah lagi lar nak melayan makyung), diorang cakap "Ko nih biar betul lar Mas! Takde tempat lain ke yang ko nak ajak?". Jawab aku "Hehehe. Ala, no harm pun. Bukan kena bayar!" (Masa tu persembahan makyung kat MaTiC).

Last sekali, diorang pun ikut...
Ekspresi pertama : Depa cakap apa nih? Aku ngantuk larr.... (sebelum persembahan makyung, akan ada satu pembukaan yang mana masa ni penari-penari makyung akan masuk menyanyi dan menari sambil diiringi dengan musik. Intro ni dipanggil sebagai 'Mengadap Rebab'. Disebabkan makyung ni berasal dari negeri Kelantan, memang aku akui lar yang aku pun kadang-kadang susah juga nak menangkap bait-bait perkataan yang dinyanyikan. Sebenarnya diorang ni nyanyi intro cerita ni, jadi nak senang faham kenalah ada buku program. Ekekeke).

Ekspresi kedua : Hahahaha... Kah kah kah... warkh hahaha... (sampai nak berair mata!) (ermphhhh... depa ni memang tak berenti-renti ketawa! Nak tahu sebab apa? Makyung ni sebenarnya persembahan dramatari hiburan rakyat. Dulu-dulu dimainkan di kampung-kampung lepas selesai tuai padi. Ceritanya ringkas saja tetapi memang sangatlah menghiburkan dan mengasyikkan! Pernah dulu (di suatu jaman jahil), aku ingat makyung ni macam 'seram sejuk' sikit lar nak pergi sebab dengarnya ada unsur ritual sama macam ulek mayang. Sekarang, masa dah berubahkan? Jangan risau, memang tak rugi tonton makyung... (aishhh gila-gila punya promote nih!).

Info Mak Yung Anak Raja Dua Serupa:
Arahan bersama :
Fatimah Abdullah dan Lokman Ghani
Menampilkan :
Rosnan Rahman, Juhara Ayub, Sabri Yunos, Norsiah Md. Yatim dll. (siapa PaK Yong? Siapa Mak Yong? Siapa Peran? Jin etc... kita tunggu!)
Tarikh persembahan : 22-24 Januari 2010
Masa persembahan : 8.30 malam
Tiket : RM20, RM50, RM70 dan RM100 (kat kaunter IB / http://www.ticket2u.biz/)


Pesanan aku : Jom weh kita tengok Mak Yung kat Istana Budaya!!
Psst : Mak Yung - Hibur n Asyik!

Monday, January 11, 2010

MaSMoNa - JeFFRYDiN

[Semalam masa menonton AJL, tiba-tiba JeffryDin sudah nyanyi lagu Mas Mona daaa.... Lagu tu sungguh pun campur tolak bahagi darab tak sama pun dengan nama aku Cintaku 100% Mas Idayu, tapi lagu tu ermmm lagu masa kat sekolah, kira-kira lagu sakat dan lagu perasan larrr....
Puas eh, Den cari liriknya tapi dok keluar Mas Mona II (JeffryDin jugak) dengan lagu PoP Yeh Yeh (kumpulan VE). Dah lar semalam dengar best-best tiba-tiba siaran tergendala.... Alamak.... kacao daun tul larrrr..... Tak pe... Tak pe... nanti aku tukar teks ni dengan lirik lagu Mas Mona - JeffryDin tu]
* owhhh jangan salah.... Mas Idayu tu pun jauh eh dari nama Den nih hah.... Hahahaha (apa yang aku mengarut nih ntah!)

BeNCiNTa - FaiZaL TaHiR

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu...
Hati mu...
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu

Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... KamuKu cinta...
Kamu

BeNGaNG - AkiM

Aku bosan dengan cintamu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku
Aku fikir kau tak searus
Biarkan ku beralih
Biarkan diriku terus bersendiri

Ku tak sanggup engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanyalah bibir berkata
Yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Terus hingga diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka
tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin aku sanggup bersama denganmu

RiNDu TeRHeNTi - ToMoK

Telahku tinggalkan
Memori Silamku ituT
idak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu

Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi

Biar di asal ku nanti
Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi

PeRGi - aiZaT

Sayu terpisah
hikayat indah
kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya
kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

MaSiH JeLas - HaFiz

Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda
Kehilangan..

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku

Ratib sendu..
Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Thursday, January 7, 2010

PaSaR AWaM TaNJuNG iPoH, KoLa PiLaH

Nama tempatnya Tanjung Ipoh. Lokasi sebenar bukan kat Perak... Ate nyerr deme, ingat kat Peghak je ada nama tempat Ipoh?.... Tanjung Ipoh yang Den maksudkan kek sini letaknya di Kuala Pilah. Den poei sano jalan-jalan numpang kaseh kek umah makcik sahabat lama Den maso kek Kulim (eh, dah tiga negeri nih! Nak kena tukaq loghat lagi ka?). Pagi tu, Den ajak lar M pegi pasar tani. Katanya, "Hang nak buat apa pi sana? Bukan ada apa!" (ni sebab member Cheq ni doq n besaq kat Kulim, Kedah). Dah tentular Den jawab, "Aishhhh, tak kigha. Hang kena bawak aku jugak! Aku nak pi tengok apa yang hang kata tak dak apa tu!" (Nak pegi nogori, tapi sepanjang perjalanan dari Kolumpo sampai Kola Pilah sampai balik Kolumpo balik, ghasenyer Mak Teh soghang ja yang cakap nogori... Yang laen semua dok cakap loghat utagha termasuklar aku nih yang hanya kadang-kala tersasul jugak 'terai' cakap nogori bile Mak Teh tanya atau nak tanya apa-apa dengan Mak Teh!).

Jadinya, M kena lar jugak bawak pi ke Pasar Awam Tanjung Ipoh, Kuala Pilah. Jalan-jalan akhirnya dah serupa pelancong sesat! Ekekeke.... Dah cakap utagha ja.... Lepas tu tangan pegang pula kamera.... Ambuih! Kan maen lagi! Ngeh ngeh ngeh... Sebenarnya memang niat nak jalan-jalan kampung dan kalau M tak mau pi, Den nak paksa jugak M pegi. Den nak jugak pergi pasar kampung (hik hik.. biler lagi nak buli M?!). Mana lar tahu kalau ada yang istimewa, lain tempat lain lar barang yang ada kan?! Ermmmmm..... Jadi kat sini, Den kongsikan apa yang Den jumpo kek Pasar Awam Tanjung Ipoh, Kola Pilah. Kalau nak datang jenguk, bangun lar awal pagi Ahad sebab pasar tani kampung ni cepat tutupnya :)


Pasar Awam Tanjung Ipoh, Kuala Pilah
Puyuh salai (seb baek lar dah siap sarapan kat umah! Yummy!)

Daging batang pinang salai.... Kek tompek laen, Den ghaso susah nak cari nih! Eh sodap buek masak lomak cili api nih! Peberet!

Keli salai yang dah dibakar.... (Y kat opis nih sah terlioq nih!)

Ni buah kundang.. Mana rupanya kat dalam Den tak tau.. Den tak gheti makan :)
Ni ghupe buah keduak (oghang utagha sebut) atau nama lainnya buah kerdas... Ya ampun, Den tak makan!
Buah kerdas yang dah dikeluarkan dari kulitnya.
Ni ghupe buah jering... Den pun tak makan... Ermmm.... simpulan bahasa 'tangkai jering', mana ceritanya?
Yang rupa ala-ala buah manggis ni namanya buah capu. Makan macam mana? Hehehe Den lupo dah! Tapi Den pun tak ponah makan buah nih :)
Makk ampun kan anak omak yang soghang nih! Esse tak ingat ni buah apa nih. Anak omak ni kadang-kadang pelupe oghang nyer.. Yang pasti ni makan wat ulam jugak! Den tak ponah jumpo buah nih.. Tak ingat dah Makcik kek pasa ni sebut nama apa eh, buah nih! Sape yang tahu, mintak tolong sket!?!
Amboiii tergoda dengan namanya... aiskrim magik tu... Den tak tipu, namanya aiskrim magik. Sebab apa? Korang pilih lar nak perasa apa. Nak dari air gas, air bancuh kordial atau air susu kocak, order jerrr... 5 minit leh siap! Hehe... Rega? RM0.50 ja.

[kampung mano laei Den nak masuk nih! Seronok eh banyak menda baru yang Den boleh belajar :)]