FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, November 28, 2009

CeRiTa RaYa kORBaN DeN TaHuN Nie

Petang di pejabat, orang lain sibuk-sibuk mengirakan akan pulang ke kampung mana... balik kampung sendiri ke balik kampung satu lagi ke, ada yang berkira nak bercuti, ada yang berkira-kira sedey tak jadi balik kampung gara-gara hari Ahad kena daftar diri berkursus... Aku? Ermmmm mengira-ngirakan Adinda-adindaku Salzeli (bak kata teman setia).

Malam raya bermenung, mendengar takbir bergema dari surau di bawah rumah dan silih dengan takbir di peti televisyen... Adinda-adindaku Salzeli telah pulang ke kampung... Bosan! Petang tadi dah makan siap-siap, tapi.... bosan mengundang lapar... Bukak peti ais, keluarkan daging kambing dan perap dengan sos lada hitam... Hampir tengah malam, jadi buat 'gila' aku masukkan daging dalam oven. Owhhh aku makan 'steak' di tengah malam! Huhu.... Bengong betul!!

Pagi, jam biologi memang dah tak boleh nak ubah.... Solat Subuh dan terus operasi kain... Berkira-kira untuk ke Gombak di awal pagi atau selesai solat sunat Idul Adha... Barang nak balik kampung tak siap lagi... Ermmm... nak bawak balik barang ke? Dalam berkira-kira, sedar-sedar aku dah bersiap nak ke masjid. Ahaiiii sensorang bergerak ke Masjid Besi...Sayu pulak... ERm.. Wah ramainya orang!!! Dari mana diorang semua ni datang??? Putrajaya ada orang ramai macam ni mei? Diorang tak balik kampung atau ni semua orang luar??? Syukur dalam keramaian manusia, dikurnia rezeki tempat letak kereta yang hampir dengan masjid.

Balik masjid, mencari sarapan. Cita-cita Den nak makan nasik lomak sodap kat Petronas... Alahaiii tak dak juai ka dah abes??? Akhir sekali, sarapan pagi dengan aiskrim Cornetto... Aahaha boleh?? Boleh larr tu! Balik rumah goreng cucur wat bekal, nak makan dah tak sempat... Padan muka sebab bersenang-lenang malam tadi dan sibuk-sibuk mengirakan kain... Padan muka sendiri!

Bergerak ke Gombak sebelum meneruskan perjalanan ke Kuang... Atokkkkkkk, alahaiiii my baby besar... Raya ramai-ramai ngan makcik-makcik dan pakcik-pakcik dan sepupu-sepupu kecik kat umah Atok sampai petang... Senyap je Atok, tapi Alhamdulillah sihat. Petang, Den dan Makcik No9 bawak Atok balik Teluk Intan... Perjalanan lancar, seb baek tak jammed!!!

Malam nie kena tidor umah Atok kat kampung laksss... Yang laen akan sampai esok dan lusa... Ermmmm... for u my Atokkk, momantai... Ayah telefon, "Anak balik kejap, Uncle A datang. Dia tanya kamu". [Uncle A, kawan ayah pernah duduk sekali dengan kami masa Den kecik-kecik]. Bila Uncle A balik, Den bergerak balik ke rumah Atokkk... Tapau nasik goreng untuk Atok sebab makanan kat umah abesss, tak sangka tetamunya ramai.... Ermmmm....

Tak sempat sampai rumah, ada panggilan dari kawan-kawan.... "M, ko kat mana? Kitaorang nak kidnap ko". "Kidnap? Erm ok... Malam nie di rumah Atok, tapi korang tunggulah kat sana. Belum sampai umah lagi". Mereka yang meng'kidnap' Den adalah teman-teman Den yang setia dari 'jaman' sekolah lagi. Iyalah, kali nie memang dah lama Den tak balik kampung! Makan supper di Oldtown... Aiii deme nie semenjak dua menjak ni, hehehehe....

Hari nie, satu hari dok kat umah Atok teman Atok... Ada tetamu-tetamu yang datang... Owhhh borak-borak... makan-makan... Sekarang dah petang, teringat satay Teluk Intan yang nipis dan manis... Den nak kuar sekarang... Harap hujan janganlah turun lagi... Cukup-cukuplah membasah bumi tadi...

Sori semua Den membebel tulis... Mana budak-budak kecik kesayangan Den tak sampai-sampai lagi nih??? Ermmmm.... nak kuar beli satay... nak kuar beli satay... nak kuar beli satay... satay Teluk Intan... Satay Teluk Intan... Satay Teluk Intan... Ermmmm.... Yum Yum...

Thursday, November 26, 2009

FeLDa CHuPiNG, PeRLis : ScENiC

Perjalanan ke Perlis, jangan tidak-tidak ke Padang Besar. Jika tidak ke sana pun, majulah ke Felda Chuping iaitu lokasi penanaman tebu dan pengeluaran gula Perlis. Gerenti akan terpegun dan berhenti mengambil gambar.

Tempatnya cantik. Memang cantik. Tak caya ke?? Den kongsikan sedikit gambar-gambar yang Den amek kat sana. Owhhh terasa ke'ober-da-C'nya, ekekeke...


Kiri kanan jalan pokok tebu. Ni nak habaq mai, pokok tebu ni batangnya kurus-kurus tak sama cam batang tebu yang diorang wat untuk mesin air tu... (alamak air tebu! bestnya!)
Saujana juga mata memandang

Da pokok tebu tentunya :)

Oklar... boleh larr nak perasan ni kat some where under da rainbow ober da C

Lagi... Lagi...

Eh, lagi... lebih kurang pulak gambar yang Den letak nih!

Di suatu lokasi di kawasan Felda Chuping jugak! [sekali tengok cam tempat scary pulak! Hik! Tetibe ada awam hitam berarak, angin pun bertiup kencang... pokok tebu bergoyang, bunyi angin dan daun tebu beramuk... fuh... kaki dah keras.. nak lari ke tidak nih?.. huuuu]

Berangan lar citer scary... Elok je tempat nih.. Pi larrrr jalan sana, amek-amek gambo :)

Gaya mesti ada eh!

Ni muka orang yang dah seharian pi berjalan... sudah hampir ke penghujung petang... Betul-betul nak pengsan dah nih!!! Jom balik rumah, Den nak pengsan dah nih! Jom!

[Syukur Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak amek gambar kat sini... Gambar-gambar dulu tak lawo!! Ngeh ngeh ngeh]

Monday, November 23, 2009

Gua KeLaM, PeRLis : CiTa2 TaK KesaMPaiaN

Cita-cita lama ku fikirkan sudah pasti menjadi nyata... Erm... sob. sob.. Lama tak lama kalau nak diceritakan impian nak ke Gua Kelam ni dari zaman sekolah lagi. 'Doulu-doulu' Den ni memang tukang gunting-gunting surat khabar... Antara artikel yang akan disimpan, tempat-tempat yang Den rasa macam best dan antaranya Gua Kelam inilah yang menjadi pojaan hati Den.
Gua Kelam terletak di negeri Perlis, waduh jauhnya nak sampai. Gembira bukan main kepalang bila Pakcik ingatkan kembali cita-cita lama nih. Almaklumlah sebelum ni berjalan dengan keluarga besar, tak akan nak ajak diorang pi masuk gua. Baru nak buka mulut, agaknya dah kena 'reject'! Hehehe....
Apapun, sungguhpun 'pintu' Gua Kelam tu dah tersergam depan mata, Den aritu cuma mampu memandang dari kejauhan... Arghhh dengan kesedihan larrr cita-cita tak kesampaian... Masa Den pi aritu, hari sebelumnya hujan lebat. Air naik, lepas tu ada masalah trek keretapi (ala2 yang macam zoo tu) terkopak.. Lepas tu pula, ada kabel wayar yang jatuh dalam air... Bahaya larr pulak... Erm 1, tak dapat masuk gua.... Erm 2, air sungai yang menggoda rasa tu pun tak leh nak pegang!!... Ermm...
Tak sangka pula tempat ni boleh layan juga untuk berkelah. Ingatkan dulu semata-mata gua dan sungai kecil je. Nak buat famili day kat sini pun sesuai sebenarnya sebab kawasan sekitarannya luas. Jadi, sesiapa yang berjalan ke Perlis boleh lar singgah datang menjenguk ke tempat ni. Jangan risau, pakai baju lawa pun dah boleh masuk gua :) [ewah... Den petik dari ayat orang laen nih untuk pujuk diorang pi tempat nih]
Dikongsikan gambar-gambar sekitar kawasan Gua Kelam untuk dipasang cita-cita... Hehehe
Den udah sampei!!!

Tengok lar airnya kuat bukan main!

Dak-dak ni tak de yang menjaga ke?? Bahaya eh!

Waduh!
Air yang tenang, jangan sangka tiada buaya.. Eh, ada ke??? Akuikuikui
[Kalau ada rancangan ke Wang Burma, Perlis, ada yang mahu mengikut??? Hehehe... peh tu kita masuk Gua Kelam ni jugak. Amacam???]

TuLisaN Jiwa KaCaO

Bila ada pilihan, maka pilih.
Nak pilih senang, nak pilih susah.
Nak pilih lapang, nak pilih semak.
Nak pejam mata, nak bukak mata.

Alah aku serabut.
Maka benar bila dikata aku terlalu banyak emosi.
Maaf kerana aku tak pandai memilih senang terlebih dahulu.
Maaf kerana aku tak mampu memilih lapang, ianya memang telah semak.
Maaf juga kerana aku tak boleh menutup mata, ianya telah jelas kelihatan.

Hanya mampu terkebil-kebil melihat keadaan.

Catatan 1 : Ingin berlari lagi... Bila 'penghalang' mahu surut??
Catatan 2 : Bagusnya jika punya teman bicara
Catatan 3 : Mana tukang vakum, tak ada pulak ke arini???

Friday, November 20, 2009

MaKaN KeLi Di ANJuNG KeLi

Fuiyooo.... saper suke makan keli bakaq, keli sambai, keli goreng, keli masak lemak cili api, ermmm mai lar makan kat Anjung Keli, Kuala Perlis... Ada teman maya suh pi makan keli bakaq kat tepi tasik, tapi Chek tak tau nak cari tempat. Tengok-tengok dekat dengan tempat Chek duduk ada tempat ni. Dalam hati, "Nak pi. Kena pi. Nak cari keli bakaq jugak! Tempat ni mesti ada!" Ohhh sungguh memang ada, alhamdulillah memang dah namanya rejeki aku!

Saper yang tak makan keli, kat sini bukanlah tak de lauk lain. Ikan, ayam, daging ada gak. Sayur pun macam-macam, tapi yang best aritu makan kerabu. Ditanya kerabu apa ni? Jawabnya kerabu tauge. Ceh memang dah terang-terang nampak tauge nyer tapi saja gatal nak tanya apa lagi isinya tak terjawab pulak. Takpe biaq Chek teraiii! Kerabunya tauge campur ngan ikan campur ngan kerang campur dengan dua tiga jenis ulam laen... Alamak, memang best!!
Nak cari Anjung Keli, cari sekolah menengah sains, lokasinya kat simpang tiga berdepan dengan Desa Pulai. Ramai betul orang makan tengah hari kat sini... Dah lepas jam dua pun, kete dok bersusun parking kat tepi jalan besar sebab nak masuk dalam dah tak dak tempat...
Disertakan gambar-gambar buat santapan mata... Hehehe

Di balik papan tanda kedai tu, kedainya larr... kat depan tu sawah...

Ini keli ngan sambal... peberet :)
Ini keli bakar yang menjadi igauan.... lagi peberet :D
Keli goreng

Keli masak lomak

Pilih lar nak sambal apa... nak ulam apa...
Gulai terung... (Chek tak pandai makan terung!)

Gulai apa erk? Keladi? (Tak gheti jugak!)

Kerang rebus? Ermmmmm.....

Akhirnya, inilah pilihan makan tengah hari Chek... Keli bakaq yang diidam-idamkan, sayur kambing Chek dengan kerabu yang nampak sedap dan disahkan memang sedap!

[Sudahnya nak jadik cerita, chek sorang je yang makan keli sebab depa laen tak gheti makan. Aicehhhhh! Pepun tima kaceh sebab makan kat sini jugak! Hehehe]

Thursday, November 19, 2009

LaKsa KuaLa PeRLiS : KeDai KaK Su

Betulke orang sini makan laksa pagi-pagi? Tahan eh diorang?? Ni citer dari oghang Perlis.. Aku tak berani nak cuba.  Kalaulah perut meragam, camna nak pi jenjalan erk?! Huhuuuu tidak mahu.  Layan laksa tengah hari, petang atau malam tu memang sangat OKAY!!!!! Peberet!!!! Tak sabar nak kot nak makan laksa perlis!!!!  Dan kedai laksa wajib singgah kat Perlis nie mestilah kedai Kak Su : Laksa Beras Asli dan Segar.

Yang aku pergi aritu dekat-dekat dengan jeti nak p Langkawi iaitu kat Kuala Perlis. Katanya ada dua lagi kedai ni kat Perlis, tapi tak tau kat mana sebab dulu pun aku mai makan kat sini jugak.  Korang pun kalau pi Perlis, jangan lupa makan laksa Kuala Perlis kat sini erk!

Menu kat kedai nie, selain laksa ada pulut udang tapi dengan sedihnya masa aku pi aritu pulut udangnya dah habis.. Kempunan jugaklarr sebab pulut udang memang peberet jugak (sob. sob.sob).  Nota : Lenkali datang awal sikit!!

Alamat kedai Kak Su : 
No 97, Jalan Siakap 1, Kuala Perlis (cari Maybank)

Kedai tutup ari Selasa, jadi silalah mai hari lain. Takut kempunan lakss nanti :)




[he'eh tetibe teringin lakss nak makan laksam... guane nih?]

SaRaPaN TePi BeNDaNG

Leganya dah sampai Utagha... Bertolak tepat tengah malam, berhenti Subuh di Gurun dan sampai di Kangar cun awal pagi... Dah pagi, apa lagi kita pi carik sarapan aaaa.... Sombong tak sombong, mesti mau makan tepi sawah eh? Bukan gitu ka? Baru ada 'feel'kan?! Yeahhh... Jadinya sepanjang beberapa ari di Utagha, tiap-tiap hari sarapan kat tepi sawah... Amek gambar satu ari ja larrr... Hehehe..
Seronoknya balik kampung
Bukti nih makan sarapan tepi sawah

Ni nasik lemak Chek
Sekarang Chek nak makan. Hang pa nak makan jugak ka? Mai la Chek nak tolong suap! Ngeh ngeh ngeh... Jemput makan :)

[Kalau pi jalan tempat banyak bendang, kita makan tepi bendang. Mana mau lalu tepi ja, betui dak?? :)]

Wednesday, November 18, 2009

ciTeR NaK G uTaGHa

Alamak utagha dah banjir! Camna nak pi cuti? Ermmm.... tapi kalo tak pi kali nie, alamat edisi jalan ka utagha kita tangguh setaun lagi buleh? [<- setelah setaun ditangguh, tangguh lagi eh?? ]

Aiiii.... tak laghat aih nak dengaq Pakcik dok tanya bila KJ nak pi sana. Kata ada chita-chita lama yang terpendam? Ha lar... Ha larr... kita pi jugak larr... Kalo tak pi takut pakat memang tak pi dah... Malaih aih simpan janji lama-lama, merajok panjang kang... ngeh ngeh....

[making roger 1]
KJ : Weh S, tempat hang banjir tak?
S : Dak aih, or-raittt. Awat? Hang nak mai ka? Mai larrr
KJ : Hang ada tak? [memang kalo pi mana-mana tak susahkan kawan-kawan memang tak sah!]
S : Ada. Hang nak mai bila? [he'eh tak tau bila nak datang bila - dah kata ada?! ngeh ngeh. Chantek aaaa]
KJ : Minggu nie aaaa.... Aku booking cuti ujung minggu hang eh?!
S : Baekkkkkkkk

[another roger]
KJ : MN, aku nak mai utagha
MN : Bila hang nak mai?
KJ : Minggu nie. Ada tak?
MN : Tak dak larrrr (:p) Tapi aku tau, kalo ada pun hang mesti suh kosongkan jugak! [yeahhh... memang pun! MN nih memang memahami!]
KJ : Jangan pi mana-mana tau! Rindu nyer kat hang. Lama eh tak jumpa! Nak jumpa ngan dak-dak 3 orang tu jugak... Mesti depa nak jumpa ngan Auntie Meh diorang [ewah perasan!]

[last roger]
KJ : Pakcikkkkkkkkkkkk.... kita on!!!!! Yeahhhhhhhhhh

Orraitttt.... peh ni KJ kongsi OLe-oLe DaGHi UTaGHa... besT oooo jenjalan... makan-makan...

Pstt 1 : Ada oghang cakap, tak sabar-sabar eh nak pi utagha balik? Nak lawat tempat jatuh eh? Ermm.... ada doa ke?? Dah makhbul tu :(

Friday, November 13, 2009

SYuRGaMu - uNGu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa

Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena kutahu
Hanya Engkau Tuhanku

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku
Karena kutahu
Hanya Engkau Tuhanku

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon ridho dan ampunanMu

Wednesday, November 11, 2009

KaKi JaLaN @ PuTRaJaYa WaTeRSki WoRLD CuP 2009

L telefon pagi hujung minggu. L tanya "Nak pergi amek gambar?" Kaki Jalan tanpa fikir panjang "Cam best". Sedap je jawab tanpa fikir panjang dan kemungkinan adegan jatuh lagi akan terjadi... (ada sorang teman setia Kaki Jalan selalu tanya "Tempat ke3 kat mana?" dengan merujuk kepada tempat jatuh yang ketiga akan berlangsung di mana dek kerana Kaki Jalan ni tak sedar-sedar nak duduk diam.. He :) ) Apapun, Kaki Jalan tetap ikut L ke Putrajaya Waterski World Cup 2009 yang berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 (tepi Pullman Hotel).

Acara-acara yang dipertandingkan Women/ Man Slalom, Women/ Man Shortboard serta Jump. Penyertaan dari France, USA, Australia, Britain, Belarus, Argentina, Denmark, Canada dan lain-lain lagi yang mana semuanya tempat omputih aaaa. Ada satu wildcard dari Indonesia. Peserta dari Malaysia wooo ramai, tapi tu kategori kanak-kanak jer.... (Kaki Jalan terlepas nak tengok kategori ni!). Puas hati tengok champion-champion ni beraksi, bukan calang-calang eh! Ada yang pegang world champion dan world record. Tapi memang best sampai tak sedar bila balik kulit dah sun burn!

Dikongsikan gambar-gambar yang Kaki Jalan bidik di Putrajaya Waterski World Cup 2009 (6-8 November 2009).

[psst1 : nk amek gambar org tgh wat 'stunt' .. gambar tak cun :( ]
[psst2 : sun burn je tau, tak jatuh! :p - owhhhh jangan!!]
[psst3 : thanks L]

Tuesday, November 10, 2009

EMM... ALAHAi

Kerja Den sekarang nie mengemas dan membuang barang... Jadi rasa-rasanya buat masa nie, Den akan masukkan apa-apa yang Den rasa menarik dan tertarik.... Muehehe....

Kali nie Den nak kongsi satu 'page' dari kolum EMM... ALAHAi dari majalah Gila-Gila lama dulu. Tajuknya 'Sehari Bersama MXXXXXX, Guru Silat Wanita Pertama'. Den memang perasan gila majalah nie guna nama Den sebab page nie kuar lepas Den menang dalam kuiz yang majalah ni buat beberapa bulan sebelum keluaran nih (Jadi betullah Den boleh perasan kan??).

Bukan main lagi eh guru silat wanita pertama.... Apa yang nak disilatkan ntah??? Nak paling terror Den silat - angkat kaki dan cha-alif-but (cabut) aaaaaaaa....

Dikongsikan page yang dimaksudkan... Klik gambar kalau nak baca....


[psst : Den takdo lar seganeh nih... eh, langsung tak ganeh eh! :D]

Monday, November 9, 2009

NaK CuBa WaT KawaN, TaPi... oPss SowEE

Seronokkan kalau jumpa orang dan buat kawan baru. Aku suka! Aku suka kalau dapat kawan baru atau setidak-tidaknya aku suka bercakap dengan orang di sebelah, owh oklah aku memang suka senyum dan tegur orang. Aku takut dengan keadaan yang sunyi sepi. Dan aku kan orang Malaysia, yang disebut-sebut sebagai ramah... Owh, itukah aku? Muehehehe...

Baru-baru ini, masa satu event yang aku yang perasan sebagai Kaki Jalan menyebuk-nyebukkan diri, buat-buat ramah dengan satu orang ini sebab kawan Kaki Jalan yang sememangnya lagi rajin borak dah tegur dan cakap dengan satu orang ini. Kawan Kaki Jalan ni bukan Melayu dan lagi canggih dari Kaki Jalan. Kaki Jalan dok jauh masa Kaki Jalan tengok kawan Kaki Jalan borak dengan satu orang tu. Masa nak pergi cari makan, satu orang ni ikut.

Jadinya, Kaki Jalan tegur. Kaki Jalan hulur tangan dan kenalkan diri. Kaki Jalan mana tahu satu orang tu memang kawan pada Kaki Jalan ke bukan. Lawaknya, sebab satu orang tu jawab "Entah, saya pun tak tahu nama dia". "What?? Leh lakss jawab macam tu!" <- ni Kaki Jalan cakap dalam hati ler..... (Jawapan yang gagal buat kali pertama).

Kaki Jalan tak sebergaya cam satu orang yang Kaki Jalan nak wat kawan tu. Kamera Kaki Jalan kecik je, tapi Kaki Jalan rasa spek hitam Kaki Jalan sama je besar dengan satu orang tu. Jawapan gagal, Kaki Jalan lupakan. Satu orang tu tanya Kaki Jalan kerja di mana. Kaki Jalan jawab. Satu orang tu tanya lagi Kaki Jalan kerja bahagian apa. Kaki Jalan jawab lagi, mana tahu agak-agak ada temannya yang satu tempat dengan Kaki Jalan... Tiba-tiba soalan gagal dari satu orang ni, "U gred apa ye?". Wahhhhhh sungguh Kaki Jalan tak boleh blah dah!

Soalan nak tanya pada-pada lar... Lepas sebuk-sebuk satu orang tu tanya gred apa, Kaki Jalan jawab dengan kerek dan terus diam. So what dengan pangkat bila kita kongsi minat lain kat tempat lain? Kaki Jalan setakat tanya kerja mana, tu je. Tak ada pulak sebuk-sebuk nak tanya gred 11, 17, 27, 32, 41, 48, 52, jusa, CEO waimma kalau tea lady pun Kaki Jalan tak kisah. Kaki Jalan memang taknak amek port dalam gred-gred ni sebab Kaki Jalan ni manusia... Kaki Jalan tak nak kalau soalan cam ni keluar ada yang terasa atau Kaki Jalan sendiri yang terasa. Kawan dengan Kaki Jalan, macam apa yang orang nampak pada Kaki Jalan, dengar Kaki Jalan sebab Kaki Jalan memang macam nie je orangnya... Tak kurang tak lebih... Jangan Kaki Jalan perasan berada di atas kerana semua orang ada yang lebih baik, ada juga yang kurang. Kaki Jalan seadanya...

Kesimpulannya.... Kaki Jalan tak jadi nak buat kawan.... Soweee....

[aiyoooo... soweee lagi sebab lepas perasaan kat blog nie...]

Sunday, November 8, 2009

LoLiPoPs @ Da WeDDiNG!

Den suko bila Den ado gamba tapi Den takyah bercerite sebab Den ghaso suma orghang leh raso apo Den raso... Hehe Boleh ke??






[Rasa apa??? Ermmm Yum Yum... aaaaa... korang tak rasa ke???]

wEDDiNG NoRa

Tahniah wat pengantin baru Nora n Suhairi... He'eh dah sebulan dah kot erk?? Ngeh ngeh... pengantin baru jugak aaaa... Akhirnya setelah sepuluh tahun, baru ada wedding baru... Last sekali seingat aku kalau tak salah wedding Abg Izam, yang mana Muiz pun dah besar panjang... Sebelum tu wedding Kak Izan, hah tu pun hero dah ada empat orang! Dua wedding yang terakhir tu aku tak ada. Ermmm, jadi kiranya ni wedding sedara mara belah ibu yang dah lama tak buat aaaa... Dan ini wedding sepupu yang pertama aku datang (huh! apa daaa teruk seh aku!)
Wa, sebelum digelar isteri posing dengan sepupu yang suka posing

Sesi gambar selepas bergelar suami dan isteri

Hari bersanding berbaju pink dan hijau

Dak-dak kompang

OwHHH bersilat laksss...

Dak-dak kalo dapat bunga manggar nih, suko!

Bapak pengantin kali nie tak dapek aaa maen, anyway Uda tetap layan

Family picture, tapi tak cukup korum nie... Separuh je nih!!

Meh, wakil pengantin perempuan nak baling bunga tangan :D

[psst: doulu bukan taknak datang erk! Diriku jauh di seberang laut! ngeh ngeh... sapo tak nak sponsor duit tambang?! ha2 <-pe punya bebel lar]