FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, October 31, 2009

Da BeauTY? Da UGLY? aND Da WoRST

Sepanjang minggu lepas, Den yang menurut perintah telah diarahkan untuk menjalankan tugas di kawasan utara tanah air. Dari satu tempat ke satu tempat Den kena pi. Den dapat ambek banyak gambau cantik yang sebenarnya tak cantik. Yang buruk dah tentu lar dah nyata. Tapi yang teruk, di tempat yang 'cantik', Den leh jatuh di kawasan yang sepatutnya .. Aiyaya.. Kalau dah ditulis, Den jatuh, Den jatuh jugak larrr. Nasib baik juga, hari kejadian merupakan hari yang terakhir dan tempat terakhir yang Den kena pi. Kalau tak, naya juga Den nak menjawab...

'Scenic' larr konon... muahahaha

Pemandangan lain di kawasan lain

Owh... ni pun pemandangan lain di kawasan lain

Di kawasan lain lagi di sudut yang lain

Grrr.... lubang yang membawa kepada kejadian jatuh (ermmm sebenarnya gelincir kaki je tak de lar jatuh terduduk/ tergolek dan seangkatan dengannya - seliuh 1)

Nasib baik ada ais... Fuh muka control ayu dan macho... "Biar Den tunggu sini", bila diorang pegi, terus Den bukak 'cool box' curik ais

Pemandangan di tepi Den ketika melayan 'ayu macho' Den di ketika matahari betul-betul atas kepala... Mak aiii....

Meneruskan tugas yang diperintahkan. Dek kerana terlalu bersemangat menjalankan tugas, jatuh lagi... huh seliuh 2!

[Ada orang cakap "Kenapa panjat gunung tak jatuh, bersiar-siar dalam kilang jatuh?". Aiyaya sungguh kurang asam boi!! Sabar je larrrr]

[Trip yang tak sempat langsung mencuri masa untuk berjalan.. Lagi tak best, masa singkat yang ada pun kena tinggal kat bilik hotel dan diorang pi berjalan... Huwaaaaaaa... - oklah frankly, speaking Den tak jeles! Erm.... sob sob sob]

Friday, October 30, 2009

TeaTeR NaTRaH akaN DaTaNG!!!!!!


Tarikh : 30 November 2009- 9 Disember 2009

Sinopsis :

Teater Natrah memaparkan rentetan kehidupan Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Heartogh. Beliau adalah wanita keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi yang menyebabkan terjadi rusuhan di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit. Pada 9 Julai 2009, beliau meninggal dunia pada umur 72 tahun di Huijbergen, Belanda akibat leukemia.

Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun dan Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!

Tiket : RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150

Kaunter Tiket : BOX OFFICE, ISTANA BUDAYA, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR

Tel : 03-4026 5558 / Faks : 03-4026-5552


Waktu Operasi :
9.00 Pagi – 6.00 Petang (Hari Bekerja)/ 9.00 Pagi – 1.00 T/hari (Sabtu)


Tempahan/Pembelian Online : www.ticket2u.biz
Tel: 03-4149 8600

Laman Web Rasmi : www.istanabudaya.gov.my

[Disalin terus dari sesawang Istana Budaya... Mengiklan kembali apa yang sudah diiklankan... Sesungguhnya tak sabar-sabar mahu menonton Natrah... Mari kita ke panggung!]

LeaViNG

Tak sangka lama juga habiskan blog Stong. Urus kerja sememangnya tak mengizinkan. Jadi dikesempatan ini dikongsikan gambar-gambar terakhir untuk dikongsi. Masih lagi gambar di waktu pagi di puncak Air Terjun Jelawang menjadi kegemaran dan kekal dalam ingatan. Dikongsikan juga air terjun yang sudah sampai ke bawah, air sungai yang mengalir dan kami-kami yang perlu meninggalkan tempat yang indah ini.

Jika masih berkesempatan, iya aku akan kembali lagi [tapi bukan dengan cara aku membawa diri sebelum ini :)]







[Terima kasih Tuhan atas kesempatan yang Engkau berikan padaku]

Tuesday, October 27, 2009

PaGi YanG CaNTiK LaKss







[Ada lebih baik kali ini aku tidak bercerita]

WakTu PaGi YaNG iNDaH

Di waktu pagi yang indah di puncak Air Tejun Jelawang, tempat kami bermalam.... fuh.... terasa malas menyelebungi setiap sisi rasa yang aku punya. Pastinya petang semalam hujan. Sepanjang malam, entah! Yang pasti sejuk itu terasa hingga ke tulang hitam (ada ke?).

Subuh itu, aku gagahi juga membuka mata kerana jiwa sudah dipanggil untuk menikmati indah terbit mentari. Mahu juga menjadi orang terawal di puncak air terjun, lantas sleeping beg beserta kain telekung diangkut sekali. Tak kira.... Port mesti cun!! Yezza....

Dah puas di puncak air terjun, bersarapan dan bersantai di tapak perkhemahan. Banyak gambar yang sempat diabadikan. Sayangnya mahu meninggalkan tempat yang cantik ini. Ermm....

Aku kongsikan lagi beberapa gambar di sini.

Dari Air Terjun Permaisuri ke Jelawang

Ke puncak Air Terjun Jelawang

Mengintai ke puncak air terjun

Menyibuk di hammock orang. Saja nak ambil feel dan nikmati bumbung hutan. Sejuk betul, cam mana diorang tidur???

Cendawan jernih tumbuh di tempat bekas bakar. Cantik pulak!

Khemah Den. Orang lain tak boleh masuk!

Salah satu jalan nak ke sungai

Air terjun yang terletak betul-betul belakang tapak perkhemahan

[next gambar matahari terbit: pemandangan dari Air Terjun Jelawang]

Sunday, October 25, 2009

kE PuNCaK GuNuNG SToNG

Hari kedua di Taman Negeri Gunung Stong... Hari nie kami nak mendaki ke puncak. Sungguh tak sabar tapi orang kata jangan terlalu excited! Semalam dah seharian duduk berehat di puncak Air Terjun Jelawang. Tenaga dah re-charge larr konon! Ngeh ngeh!!
Perjalanan ke puncak akan mengambil masa 3-4 jam, kami rancang makan tengah hari atas puncak gunung nanti. Nampak gayanya, tengah hari nie tak mewah lar makanan!! Gaya makan maggi, sandwich sardin dan maggi larr.... ahakssss....
Streching dulu... Panas-panas kan otot supaya tak 'cramp'... Keje Den ngambik gambo jer masa ni... Nunggu dak2 ni lama betul nak bersiap!!!
Muka pada separuh perjalanan.... Maintain!!

'Brunch' (Breakfast campur lunch)? Makan biskut mayat je cukup!! Kira sedaplah nih!

Di puncak Stong.... ada atas satu batu besar... Waktu nie lebih kurang pukul 12 tengah hari...

Kat satu part lagi, masih di puncak Gunung Stong

A nature friend cik Tupai yang sangat jinak.

Bagi makan cik Tupai... tunggu giliran nak bagi makan :)

Oraitt... dah puas kat atas puncak nie.. Dah habiskan bekalan, dah recharge tenaga, dah bagi tupai makan, dah abes puas me'lepak', jom kita turun. Macam ada ciri-ciri nak hujan, even kat tempat lain, dikhuatiri tak lepas pulak kami nak menyeberang sungai nanti.

Hah! Nak tunjuk ni Payung Permaisuri... Leh lar ganti memori daun pisang sebab kat sini tak jumpa pokok pisang nak berteduh dari panas atau hujan :)

[Petang hari kedua, nasib tak menyebelahi. Sedang masak-masak nasi dan lauk untuk makan malam, hujan turun dengan lebat. Ada jugak orang bancuh kopi dalam hujan! Kah kah kah... Nasib baik ini hujan dari kawasan hutan! Kalau di bandar, alamatnya air asid jugak yang masuk dalam tekak nih! Makan malam terpaksa tunda dengan minum kopi cicah biskut lagi!!]

Friday, October 23, 2009

BuaH CeMPeDaK BaNGKoNG?

Arini Den nak kenalkan satu buah hutan yang Den dan kengkawan makan kat Stong. Nama buah ni cempedak bangkong. Betul ke? Hahaha.... [time gini laarr pulak buku catatan nak hilang!)... Buahnya tak de larr cam buah cempedak yang ada isi dan dalamnya biji. Buah bangkong ni ada biji saja. Cara nak makan, kuarkan 'biji-biji' tu dan rebus ngan air. Rasa buah nie cam makan buah berangan... Sedap! Cumanya..... kalau makan banyak-banyak, bersiap-siaplar untuk menghadapi angin 'puting beliung' dalam badan. Nanti nak tengok balik betul tak nama buah nie (atau de sesape kenal??) Ngeh ngeh ngeh... (apa nyer 'pelapor' lar nih!)

Memang dari luar cam cempedak larr

Dalamnya, keluarkan isinya - biji

Rupa buah yang nak dimakan... biji jerrr, tak sama cam cempedak yang ada isi dan biji :) Sedap dan boleh layan!!!!

Salak hutan ke salak bukit ke, yang pasti Den memang tak leh layan. Kengkawan Den memang sesungguh hati makan buah nih..
[buah kegemaran ibu, anaknya saja yang tak pandai makan - rasa cam durian muda!]


Ada orang bawak durian dari dusun.. Syoknya diorang layan! Entah sebab memang sedap ke sebab durian free??? Hahahaha
[komen dari bukan pemakan durian, memang tak boleh dipakai!!]
- Jamuan durian selepas turun dari Stong :)


[tengok buah, teringat lakss ngan rambutan kat buaian Opah... ermm.... bila nak balik kampung nih??]

Thursday, October 22, 2009

DaBoNG - aiR TeRJuN JeLaWaNG - SToNG

Lokasi Jiwa terletak di Negeri Kelantan. Naik kereta api turun sahaja di Dabong.. Makan sarapan nasi kerabu.. uiiii.... nyaman!! Lepas tu barulah bergerak ke Taman Negara Gunung Stong....
Cerita sikit pasal Taman Negara nie, Gunung Stong mempunyai ketinggian 1,443 meter merupakan satu puncak di Negeri Kelantan. Gunung Stong memang best dan berbaloi untuk pergi (ayat Den aaa nih! Memang best!). Kat sini ada 7 air terjun dan yang paling tinggi namanya Air Terjun Jelawang dengan ketinggian 303 meter dari aras laut. Air Terjun ini dikatakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau mendaki, memang akan lalu sepanjang air terjun ni.
Pada sesiapa yang tak berniat untuk mendaki ke puncak Gunung Stong atau Gunung Ayam, cukup juga untuk berkelah di bawah atau hiking sampai ke puncak Air Terjun Jelawang. Atau alternatif, boleh juga berkhemah di puncak Air Terjun Jelawang kat Kem Baha. Perjalanan untuk sampai ke Kem Baha lebih kurang 3 jam (jalan santai), kalau tak lagi cepat.


Berhati-hati, jangan sampai tergelincir.. Pilih beg yang seswai masa mendaki :)
Inilah Air Terjun Jelawang yang marvellous!!
Selepas menyeberang air terjun. Lokasi masa crossing - 3/4 dari puncak kot!

Ni dah kira nak dekat separuh perjalanan. Tengok kat batu yang kering tu ada basah yang membentuk kalimah ALLAH. Kata guide, kat sini dulu pernah ada pelancong yang tergelincir selamat dengan berlindung bawah batu yang kering tu.

Hahaha.... ini lah pintu gerbang yang Den nanti-nantikan!!!! Orrait, kita dah sampai ke Kem Baha tempat ala-ala creepy lar konon korang cakap ek?!! Tempat nie memang cantik!!


Kat puncak air terjun... puas hati yang tak terkata... Nanti Den kongsikan lagi gambar-gambar kat puncak air terjun ni.

Tapak khemah, duduknya berhadapan dengan satu lagi air terjun dan Kolam Permaisuri. Memang port terBAEK!!!!!

A nature friend.... Nak letak kat tangan memang takut! Berani pegang belakang lipan nie je.... Oiii mak aiii bukan main laju lipan nie jalan bila lepas ke tanah!!!

Hohoho.... KaKi JaLaN baCK to SToNG!!!!!!
[nanti Den letak lagi banyak gambar kat sini. Banyak yang nak kongsi nie. Tungguuuu :)]