FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, August 31, 2009

KoMPLeKs SeJaRaH PaSiR SaLaK

Pasir Salak.... Kampung yang banyak meninggalkan bekas dalam zaman kanak-kanak aku. Tahun ini kembali aku jejaki setelah sekian lama meninggalkannya. Bukan rajuk, tetapi punya keberatan yang teramat kerana wujud simpati yang masih belum aku tanggani. Maafkan aku...

Kunjungan baru-baru ini, langsung terus ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Letaknya di antara tepi sungai dan hadapan rumah Opah Saudaraku yang kini telah dipindahkan ke kawasan berhampiran. Aku melihat tapak kompleks ini dari sebelum pembinaannya sehinggalah kepada keadaannya sekarang yang sudah uzur. Tebing sungainya juga sudah tidak seperti dahulu... Mahu terjun sungai??? Arghhh tidak lagi berani dengan air sungai yang sudah semakin dalam dan tidak nampak tenangnya. Tandas gantung juga memang sudah lama tidak ada... Cemar!! Aii cemar!! Jeti bot juga sudah lama ghaib, agaknya sejurus selepas jambatan siap dibina pada akhir 80-an- awal 90-an. Agaknya apa nasib si pembawa bot?? [Dahulu, jika tiada bot di tepi sungai, perlu menjerit memanggil bot di seberang. Ermmm kenangan :)].

Kompleks Sejarah Pasir Salak dirasmikan pada Mei 1990 oleh ketika itu DYMM Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin. Gah dan berpusu-pusu orang datang melawat. Rombongan sekolah apatah lagi, bagai tidak pernah putus setiap kali hujung minggu dan mulanya cuti sekolah. Aku juga setiap kali pulang ke kampung, dengan senang hati entah berapa puluh kali kompleks sejarah itu aku jengahi. Barangkali, rasa bangga dan seronok melihat bangunan cantik dan khazanah yang tersimpan didalamnya sangat tebal di jiwa kanak-kanak hingga membawa kepada remajaku.

Kompleks Sejarah Pasir Salak (Bumi Pahlawan Melayu) menyimpan sejarah pembunuhan JWW Birch iaitu Residen British yang pertama di Perak. Kejadian bermula pada tengah malam 2 November 1875, apabila JWW Birch melabuhkan kapalnya bernama Naga dan rumah rakit di kawasan ini (tapaknya ditandakan di kawasan Kompleks ini). Kejadian ini diceritakan melalui tugu-tugu yang dibina di kawasan sekitaran dan melalui diodrama yang di dalam Terowong Sejarah Pasir Salak.

Nostalgia tempat ini diusik kesedihan melihat bangunan Rumah-Rumah Kutai yang kelihatan uzur, sedang di dalamnya menyimpan sejarah yang tidak ternilai. Hanyasa, Terowong Sejarah yang masih elok terjaga. Barangkali kerana ianya satu-satunya bangunan yang perlu dibeli tiket sebelum dapat memasukinya. Jangan sampai suatu ketika terowong ini juga dibiarkan. Aku belum pernah jemu memasukinya. Melihat penceritaan melalui diodrama yang sangat teratur, menarik dan dijelaskan dengan penceritaan yang terperinci. Ada lagi yang menarik di bangunan Terowong Sejarah ini, ... (aishhhh, semua pun nak kena cerita ke? ekeke).

Disertakan beberapa gambar yang dapat dibidik di kawasan sekitar. Agak terbatas sumber kerana menghormati larangan bergambar dan petang yang agak lewat.


Jangan tidak-tidak menulis nama di buku pelawat.
Papan penunjuk lokasi.., jangan sampai sesat ya!!
Ditandakan kawasan kejadian 'pembunuhan' (bak kata sahabatku)
Inilah Terowong Sejarah Pasir Salak yang dimaksudkan. Paling sesuai jika punya masa minimum 1 jam setengah untuk melihat semua yang tersimpan di dalamnya. Dibuka Isnin - Ahad 9.30 pagi hingga 5.00 petang kecuali Jumaar ditutup sementara pada 11.45 pagi -2.45 petang. Tiket dewasa RM4, kanak-kanak RM2.
Berkobar-kobar untuk masuk ke dalam Terowong
Ada laks 'mafia' sesat..... [wahai sahabat, chobaan apakah itu?]Tugu Pahlawan, peristiwa Pasir Salak dianggap sebagai asas kelahiran demokrasi di Malaysia
Batu Peringatan akan peristiwa pembunuhan JWW Birch
Eh, tu pesal kena kurungke??

[Selamat Ulangtahun Kemerdekaan ke-52 buat negaraku tercinta]
[Jauhi aku dari menjadi seorang manusia yang terlalu mudah lupa akan sejarahnya]

Friday, August 28, 2009

MaSJiD TuaNKU MiZaN ZaiNaL ABiDiN : KeSeMPaTaN

Syukur Alhamdulillah, hari pertama berpuasa di Putrajaya terus mengambil kesempatan ke Masjid Besi. Tak tahan memandang dari jauh, mesti pergi. Mesti pergi. Dari rumah, laung azannya jelas kedengaran [sekarang dengar dua kali azan setiap kali masuk waktu, satu surau depan rumah, satu lagi dari masjid], cahaya lampunya memancar. Jika diintai di kala subuh, dan ada awan, masyaAllah cantiknya!!

Setakat ini bukan sahaja dapat berterawih di sana, tetapi buat pertama kalinya berbuka di masjid.
"Mas, ko biar betul?". "Kenapa?". "Marilah...". Seronok! Aku suka sangat. Dibukakan niat buatku untuk menetapkan berbuka di sana, dan diberi kesempatan. Alhamdulillah, sampai lagi hajat aku.

Keadaannya, berbuka dengan bersederhana iaitu dua biji kurma dan seketul kuih, kemudian solat Maghrib berjemaah, solat sunat dan baru makan. Menu malam tadi, alhamdulillah makan nasi beriani lauk kurma ayam dan dalca... Rezeki! Tanpa perlu berkejar-kejaran, boleh bertadarus, solat Isya' dan terawih. Bezanya kalau berbuka di rumah. Mungkin berbuka di masjid ni boleh dipertimbangkan bagi yang belum pernah mencuba. Marilah.. [buat yang jauh, langsung saja dari pejabat ke Putrajaya dan merasa berbuka dan terawih di sini :)]
Dikongsikan beberapa gambar yang sempat dibidik di Masjid Besi a.k.a Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Masjid Besi nie sebenarnya bersinar dengan cahaya putih, tapi ...... [ntah bila nak pandai membidik gambar di waktu malam.... ermmm....]

Monday, August 24, 2009

PaSaR RaMaDHaN TeLuK INTaN

Puasa pertama kalau tak balik kampung rasa memang tak pueh hati... Nak nak jugak balik kampung. Sahur pertama mesti dengan famili dari doulu-doulu lagi.... ekeke (ke yang sebenarnya sahur pertama nie takut terlajak? hahaha... yang penting ibu masak dan makan bersama... yezza).
Penyakit bila balik kampung nie, kalo bukan ke pasar malam yang best kat Teluk Intan tu, mesti lar ke Pasar Ramadhan bila dah bulan puasa nih... Hehehe... Kali nie sekali niat ke Pasar Ramadhan nak masuk dalam blog... Semua orang kena tau apa yang spesel sangat, hopefully semua yang aku nak kongsi dapatlah dikongsikan... Tetapi... ermmmm....
Air Bandung Tarik Menara Condong
- air bandung spesel yang dah aku minum dari jaman budak-budak lagi... Air Bandung Tarik Menara Condong memang best! Nak cerita cam maner erk?? Kira-kira cukup lar sirap, susu, pekat, manis, masin, segar, sejuk, kembang, nyaman.... uishhhh.... nak ceghita pun chek tak tau... Air Bandung Tarik Menara Condong ni kalau di Pasar Ramadhan Teluk Intan, kena pastikan datang seawal mungkin... Kalau jarum jam sudah melajak hampir ke 6 petang, tengok rezekilah ada lagi ke tak.. Ekeke. Kalau tidak di bulan puasa, ke pasar malam setiap Sabtu. Lokasi gerai, betul-betul depan SKOMK.... ermmmm..... Harga satu cawan RM1. Satu plastik RM2.

[kalau teringat nak beli, biasanya jam 5 dah beli air nie :). Nana kata tinggalkan dulu dapur! Hahaha]

Nie banner baru ke? Tak perasan pulak sebelum nie!

Tarik jangan tak tarik.... best!

Dah ada menu lain laks bulan posa nih... Apapun, bandung tetap menjadi pilihan :)
Popia Teluk Intan
ermmm... apa yang spesel sangat dengan popia Teluk Intan? Hehe... entah lerr tapi mana-mana popia kat tempat lain, jarang juga berkenan dihati. Agaknya sebab sambal Perak ni lain sket kot. Sambalnya cukup rasa pedas, manis, masin dan pekatnya. Tengok warna pun dah memang tergoda.. Ekekeke.. Popia Rahman dan satu lagi Popia Majid memang popular.... yang basah pun sedap yang goreng pun sedap....

Kalau ke Teluk Intan, Popia Rahman nie ada kat pasar malam-pasar malam Teluk Intan jer (ikut hari). Kalau nak cari Popia Majid, cari di bumbung biru depan Jam Tinggi. Harga satu popia = RM0.40

[ada orang jual Popia Teluk Intan di pasar tani Putrajaya, tapi tak sama pun!! Harga pun ada sikit tinggi... Aiyaaa... Kena balik makan kat kampung jugaklarrrr :D]

Popia Pak Rahman bisnis keluarga dari dulu... Makk aiii mengingau aku malam nie teringat Popia Teluk Intan

Konsentrate..... apa larr minah ni snap snap gambo aku nih! Hahaha
Ermmmm alahai .....

Tak ada rezeki nak kongsi makanan-makanan favourite aku kat kampung.... langit sudah runtuh larrrr.... kalau ada rezeki, nak juga aku kongsikan Satay Teluk Intan yang sememangnya menjadi pojaan hati.... Hehehe

Erphmmmm alahai.... camner nih??

Alahai siannya kat budak tu... Kat belakang semua orang kelam kabut sebab hujan tiba-tiba tersangatlah lebatnya...


Friday, August 21, 2009

MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA.

Sukacita dimaklumkan bahawa Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya telah memulakan operasinya pada 20 Ogos 2009 (Khamis). Sembahyang lima waktu dan sembahyang tarawih akan bermula pada 21 Ogos 2009 (Jumaat) manakala solat Jumaat akan di dirikan pada 4 September 2009 (Jumaat).


Aktiviti Ihya' Ramadhan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya 1430H/2009M .

  1. Kuliah Zohor- Setiap Isnin hingga Jumaat
  2. Solat Tarawih- Diimamkan oleh 2 orang Imam Tahfiz
  3. Majlis Berbuka Puasa dan Moreh- Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Tadarus Al-Quran (Remaja)- Selepas solat Asar untuk remaja, manakala selepas solat tarawih untuk dewasa (terbuka kepada sesiapa yang berminat)
  5. Tadarus Al-Quran (Dewasa) - Selepas solat Tarawih
  6. Majlis Berbuka Puasa bersama Y.B Menteri di JPM * Tertakluk kepada sebarang perubahan
  7. Ceramah Nuzul Al-Quran - 6 September 2009
  8. Majlis Khatam Al-Quran - 15 September 2009 (Penyertaan terbuka kepada peserta tadarus)
  9. Program Ikhtikaf - 10 malam terakhir Ramadhan
  10. Tadbir dan Solat Sunat Hari Raya

Sumber : www.islam.gov.my

Info tambahan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Besi


[ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin juga dikenali sebagai Masjid Besi atau Masjid Keluli, semalam tengok dari atas jambatan, cantiknya!!]

[Menyimpan hajat terawih di sini. Mudahkanlah perjalananku :) Amin. ]

[Selamat menunaikan ibadah puasa buat kengkawan yang menjenguk blog 'rojak' nie. Rojak? Erm.... Teringat jaman doulu-doulu deme ada sebut "yang-yang yuk, pagi-pagi bukak periuk' itu posa yang yuk!!]


Mengintai di waktu Subuh. Tak sabar nak menjejakkan kaki ke sana.

WaRisaN - SudiRmaN (Syed Haron Ahmad)


Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


[TeRsENTuH TiaP KaLi MeNDeNGaR LaGu iNi. SaLaM MeRDeKa buaT NeGaRaKU]

Thursday, August 13, 2009

OMBAK di PD iNTeRnaTioNaL TriaTHLoN 2009

Cerita PD International Triathlon 2009 sudah sebulan diperam... Kira-kira kalaulah catatan nie cam ikan dijadikan ikan pekasam, memang dah cukup peram dah nie.... Hahahaha.

Selepas OmBaK mengganas di Kapas-Marang International Swimmaton pada April yang lalu, kali ini OmBaK lebih meng'ganas' dengan gabungan nama yang lebih besar OmBaK-BoTaK-MaMaK (macam yang diorang ni cakap)... Ekekeke... [sebenarnya saja ditambah begitu... Geng BoTaK dan MaMaK, famili OmBaK jugak, lebih BoTaK dan MaMaK nie sebab diorang nie lebih dulu kayuh beskal dari famili OmBaK. Lebih OmBaK sudah tentu lebih lama di dalam air dan keluarga yang lebih besar :)]. Beriya-iya nak juga tulis OmBaK-BoTaK-MaMaK walhal geng BoTaK ada 4 orang je lepas tu tambah sorang lagi dari geng MaMaK. Ermmmm ikut suka larrrr....

PD International Triathlon 2009 telah berlangsung pada 11-12 Julai 2009 (edisi yang ke berapa, dah terlupa pulak!). Lokasi mula dan penamat di Avillion Admiral Cove. PD Triathlon melibatkan acara renang 1.5km, berbasikal sejauh 40km dan larian sejauh 10km. Tahniah buat semua kerana berjaya menamatkan perlumbaan. Korang nie memang hebat!!!! Tuan Besar, yang pertama kali buat ketiga-tiga X (alahai apa term dia?? <- nak kena betulkan nih), dengan cekal menghabiskan juga perlumbaan dan tak kisah menjadi orang terakhir sampai di garisan penamat... Yang penting, "Aku mesti habiskan!" ya!! Memang cayalah!! Tabik Spring buat Tuan Besar :)

Posisi aku dalam event nie, masih lagi mengekalkan status sebagai support crew... Kengkawan jangan marah erk!!! Belum sampai masa lagi nak turun gelanggang, ermmm boleh ker?? [aku?] Buat masa nie, rasanya lebih selesa di posisi 'Yang Berkejaran' dan 'Yang Melaporkan'. Kerja kuat juga tu, kena pandai dan memandai! Pengalaman di event kali nie, dengan jayanya bawak kereta dan 'menyamar' jadi event crew masa berbasikal. Dalam hati, macam-macam alasan dah siap kalau kena tahan... Kami media. Kami support crew. Kami itu.. Kami ini.... Nasib baik tak de apa-apa. Ahaksss sukanya aku!! Trafik siap angkat tangan dan beri laluan khas.... Huhu.

Daftar dan ambil nombor

Gayanya memang tak sabar-sabar nak terjun laut tu :p

Coach Ombak escott dalam air, jangan risau. Boleh bincang-bincang lagi tu, ekekeke.

Pernah jumpa ke pelumba yang leh posing-posing camgini masa race? Suka yer nampak kitaorang...


Ada tak diorang kat sini??? Hehe laen macam jer kaler kulit nyerr... Tak de larr... Ni Matt Saleh nieh...

Rilekss jerrr aaa amek angin.... ekekeke

"Betulkan polis tu kasik kita terus u-turn kat sini?" Ekekeke... Spesel seh kereta kami selain official nyer event crew. "Yer. Yer."

Satu OmBaK Hawai sampai... Sempat lagi bergaya!

Sorang Botak sudah sampai.

Yeah, lari laju lagi!!!!! [rally Wanita OmBaK]

Tuan Besar, tahniah!! Tercapai cita-cita!! Lepas nie kat mana pulak yer??

Antara wakil OmBak (cucuk langit), MaMaK (bonzer), BoTaK [alamak pakai cap lar pulak!] (fire!)

Peserta dan support crew OmBaK di PD International Triathlon 2009. Lepas nie??

[Coach Z, tak de rezeki kali nie. Nampaknya, perkataan "dah serik" tu tak boleh nak pakai ye? Dah sekali terjebak, ermmmm. Hahahaha....]