JoM JaLaN-JaLAN.. KiTa JeLaJaH PuLaU.. KiTa DaKi GuNuNG.. KiTa KeNaL-KeNaL ORaNG.. KiTa TeNGoK TeaTeR.. KiTa CaRi MaKaN.. KiTa DaN aPa YaNG KiTa aDa.. KiTa sYuKuR .. DaN.. KiTa KoNGsi..
Thursday, May 28, 2009
TeRLaNJuR CiNTa
Waktu bergulir
Lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan
Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan
Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurangku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta, aku tetap cinta….
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang tlah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan…
Tuesday, May 26, 2009
MaNa SeTaNGGiNYa di IsTaNa BuDaYa
Tidak berpuas hati dengan peraturan tersebut, sekumpulan nelayan yang diketuai oleh Hawar (Shaharuddin Thamby) menentang dan berpindah ke atas bukit. Kehidupan mereka menjadi mewah sehinggalah kedatangan Unza (Iqbal Taufik) mengubah kehidupan mereka dengan 1 falsafah yang baru.
Konflik masyarakat tersebut meningkat apabila Juda (Tony Eusoff), anak kepada Hawar mengahwini Iriam (Sabrina Ali Khan), anak kepada Ibra (Azman Abu Bakar). Silbi (Mohd Nor Fatih) dan Subhat (Rudy de Luna) kemudian menabur fitnah ke atas Iriam.
Juda dan Hawar kemudian mengistihar diri mereka sebagai Raja. Semua penentang akan diserang dan semua tangkapan orang kampung hanyalah boleh dijual kepada mereka sahaja. Sikap ini ditentang oleh Uzza dan Paderi (Abdul Mutalif Bakar) kemudian di tangkap oleh Uzza. Untuk menyelamat mereka, Ibra diminta membayar 10 bakul ikan sebagai tebusan dan menyerahkan anaknya, Iriam, isteri Juda kepada Uzza.
Tiba-tiba turunlah ribut yang maha dahsyat serta halilintar yang membelah suasana. Belut gergasi yang dibela Uzza akhirnya memakan tuannya serta membunuh Hawar.
Akhirnya, Juda telah pun menemui sodom wa gamurahnya. Itulah pengajaran kepada kisah ini. Memang benar, manusia dijadikan di tahap yang tinggi, tetapi ia kembali kepada Tuhannya dalam tahap serendah-rendahnya.
Lokasi : Panggung Sari, Istana Budaya
Monday, May 25, 2009
CeNDoL KLaNG
Ok, info pasal cendol Klang ni kedainya terletak di 78, Jalan Nenas, Klang (berdekatan dengan Pasar Jawa. Jangan tanya detail sebab Den memang tak berapa nak tahu jalan-jalan di Klang nie.. Hee... Goggle larr). Kedai satu lot yang sangat simple. Menu cuma cendol dan rojak mamak. Pelanggan memang tak pernah putus.... Fuh!
Menu tambahan iaitu Samosa Klang diimport dari kawasan berdekatan (beriya Abang Ngah pergi membeli supaya kami semua merasa. Nie memang tuan rumah yang baik hati... err suka larr tu Abang Ngah kena puji).
Berbalik kepada cerita cendol, yup Den memang suka. Cukup lemak (santan), cukup manis (gula merah) dan cukup meriah. Kat bawah nie, Den sertakan rupa cendol yang Den makan - cendol campur. Yang lain cendol biasa, cendol pulut .... (kenapa larr Den tak amek gambar menunya?? Ermmm...).
Kepada yang suka mencuba dan singgah ke bandar Klang, jangan lupa try test rasa Cendol Klang.
Friday, May 22, 2009
KaLaULaH aKU BoLeH ....
Wednesday, May 20, 2009
CeRiTa DaRi KaMPuNG 3
* Mahu keluar rumah memakai T-shirt berlengan pendek. Tujuan mahu ke pasar sendiri dengan motor Ayah.
A: Ibu, ok tak baju nie? OKkan? Ke buruk sangat?
Ermm... barangkali anaknya yang seorang ini sudah gelap!!! Ekeke... Nampak sangatkah? Tak pernah-pernah Ibu bersuara mengenai cantik... ermm (kali kedua).
Monday, May 18, 2009
CeRiTa DaRi KaMPuNG 2
Diorang ni, semua bising tanya bila lagi nak re-union, bila lagi nak re-union. Nak geraknya? Amboi ber'passing-passing', sabar sahajalah dengan kengkawan aku semua nih..
Dah alang-alang pulang ke 'pangkal jalan' dan bagi menjawab semua permintaan, senang jer jawab Den, "Organise re-union yang beriya-iya, Den tak nak. Kalau ad-hoc, boleh jer [senyum]".
Dua hari sebelum pulang (ni kes lambat wat keputusan), emel dimajukan kepada semua. Kalau kata tak tahu, nasiblah kan?? Den nak wat camno, kengkawan larr tolong sebarkan. Menjawabnya seorang. Aii takpe, yang sememangnya bermastautin di kampung tu, walau ribut taufan pun, Nana n Ogy kena datang jugak! Hahahaha... Kuasa veto!! [suka aku!].
Di pagi sebelum kejadian, pesanan ringkas pula dimajukan... Ermmm... manja betul kengkawan aku nih... Demand tempat laksss... cit! Luckily, tempat baru tu memang lagi best! Selesa, makanan cepat dan yang pastinya SODAP!!! Sampai ada larr yang terliur tengok bihun kung fu Den dan tengok Den makan. Fuh, very tempting. Sedap!!
Anyway, Re-Union SRKSAA (sekolah rendah sebenarnya!) berjaya diadakan. Sebenarnya ini re-union yang kedua (kali pertama just after SPM dan kami buat together2 ngan cikgu kami yang paling sporting Mr. Hwah n Cikgu Yu), macam kelakarkan?!! Memang best giler! :) [senyum sampai sekarang pun tak habis lagi]
Thanks pada yang sudi datang. Thanks to Jijoi. Thanks to Amy. Thanks to Nana. Thanks to Ogy. Thanks to Hani. Thanks but no thanks to Iskandar (harharhar), apa larr. Yani, sori last minute emel. Dan kengkawan lain yang dah balik minggu lepas dan masa Hari Pekerja, heeee tak dapek Den nak nolong... Den kena aaaa wat masa Den kat kampung...
HaPPY Old DaYs and HaPPY FoR WhaT We Having NoW
CeRiTa DaRi KaMPuNG 1
Tujuan utama pulang ke kampung sebenarnya mahu membuat lawat. Baru benar aku berbicara dengan sahabat lama (antara yang paling lama, paling rapat dan paling jauh aku berjalan sama), dua hari sebelum khabar sedih berkunjung. Masih ketawa-ketawa dan pesan memesan perkara-perkara yang sama tetapi bermakna. Erm...
Pesanan ringkas "Mak aku dah takde", diterima seawal pagi bening hanya dibaca lewat petang gara-gara telefon bimbitku 'ghaib'. Sempat membaca sekali lalu, sebelum telefon itu ghaib lagi kerana cuai (hari pelupa.. teruk betul!).
Yus, kuatkan hati yer...
AlFatihah...
Sunday, May 17, 2009
AkU DaN DiRiMu
nyanyian : Ari Lasso dan Bunga Cinta Lestari
tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap
sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpi malam kita
duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian
jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita
Wednesday, May 13, 2009
Aku : Dalam Beberapa Tahun Lagi (Boleh Ke?)
Thursday, May 7, 2009
ATas SaTU PeRMoHoNAN MaaF
Marah, ego dan penuh sombong walaupun dalam tangis
Atas satu permohonan maaf, aku meminta maaf
Kataku, "mohon maaf, aku butuh masa"
Atas satu permohonan maaf, aku meminta maaf
tambahku lagi, "mohon maaf, aku penat"
Atas satu permohonan maaf, aku meminta maaf atas permohonan maaf aku
Sesal atas ucapan di luar pertimbangan
Kenapa juga dibiar melarat
Owhhhh buruk rasa diri
Pada seseorang yang menyatakan salah dan memohon maaf, kutambahkan salah, kubiar tanda tanya
Akhirnya, ...
Sendiri merasa tewas dan salah
Kini, aku yang menganjur satu permohonan maaf
Biar maaf itu disambut dengan senyum tenang dan senang
mohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran kata
Memesan kepada diri sendiri dan semua yang sudi membaca,
"Jangan pernah menyimpan sesal "
"Jangan pernah sombong"
HuTaN SToNG??
[Utusan Malaysia 7 Mei 2009]
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kelulusan itu diberikan kepada sebuah syarikat swasta dalam mesyuarat mingguan Exco hari ini.
Mesyuarat Exco hari ini luluskan 1,000 ekar (400 hektar) tanah untuk dibangunkan ladang kelapa sawit di Stong kepada sebuah syarikat swasta,'' katanya kepada pemberita di pejabatnya selepas mesyuarat tersebut di sini hari ini.
Ia sebahagian daripada kawasan hutan yang amat dikagumi para penyelidik dan pencinta alam kerana kekayaan kepelbagaian biologi yang tinggi dan unik.
Kawasan yang diluluskan atas nama pembangunan pertanian itu dipercayai berada dalam Taman Negeri yang bukan sahaja sebagai khazanah warisan, tetapi juga dianggap sebagai gedung ilmu dan destinasi ekopelancongan dengan potensinya yang begitu besar.
Malah, kawasan itu juga merupakan kawasan sumber air bagi sebahagian penduduk di kawasan pendalaman yang datang dari aliran air terjun Gunung Stong setinggi 270 meter - yang tertinggi di rantau ini.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN), Datuk Abdul Aziz Derashid ketika diminta mengulas berkata, sekiranya benar ia membabitkan kawasan Taman Negeri, ia suatu yang amat mengejutkan.
Malah, beliau meminta kerajaan negeri mengkaji semula kelulusan itu kerana ia bukan sahaja menjejaskan kepentingan penduduk setempat, tetapi juga kepentingan negeri dan generasi masa depan.
Nota
What should i say regarding this issue?? Ermmm..... Hutan Stong, Gunung Stong, Gunung Ayam.... semuanya magis, mistik atau dalam kata sebenar - indahnya ciptaan Tuhan... Macam-macam yang macam-macam... Biodiversiti yang tinggi, udara yang segar, pemandangan yang indah, air yang sejuk, langit malam bertabur bintang... magis!!! Teringat juga mengelungsur dalam terowong air di air terjun, hebat!!!
Terus terang Den tak boleh bayangkan kalau kawasan yang cantik ini diganggu sedang peluang menerokai Stong sebagai pusat kajian dan ekopelancongan terbuka luas. Kalau ia diganggu usik, hancur musnah hati saya melihatnya.
Den kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan. Gambar dari kamera teman-teman di mana simpannya? Aduh!!! Kena selongkar balik ni!!
Wednesday, May 6, 2009
aN eNDiNG is ReaLLY a NeW BeGiNNiNG
NoH HuJaN vs NoN RiBuT
"Macam siapa CM?"
"Ermmm... alah tak tahu yer nak describe. [fikir] Lebih kurang macam penyanyi Hujan tu. Lebih kurang larr"
Amboi-amboi terus berderai-derai ketawa terutama sekali si Budak Kecik.
[Grrrr] "Dah tu kenapa tanya artis mana? Kalau I jawab Lisa Stansfield, korang tak kenal pulak!"
"CM, u agak-agak auntie tu atau anak dia kenal tak? [terus ketawa]"
[Cisssss, sungguh hampeh!]
Lepas waktu pejabat, aku, Budak Kecik dan Budak Kecik Yang Tak Berapa Kecik terus ke Banting untuk mencari yang terbaik. Tak ada siaran radio yang lebih bising dari kami. Ini memang drastik!
Selesai dan akhirnya aku menjadi versi perempuan Hujan... Yups, I'm a NoN RiBuT...
Budak Kecik - Anak JaPaNG
Budak Kecik Yang Tak Berapa Kecik (silent reader rupanya! Berani meh aaa tulis :p) - Ayu O.I.A.M (aaaahahahaha tak boleh blah lerrrrr)
* [ sori kalau tak faham citer ni.... For those yang ada masa kejadian-kejadian kat atas jer yang faham, "oOOo suka!" ]
Monday, May 4, 2009
PaNiC @ tHE DisCo
Fuh! Panik tak baca tajuk entri nie? Panic at the Disco (eh ni nama kumpulan ke lagu ntah!) yang pasti terakhir yang berkumandang di corong radio kereta tadi.
Akupun panik juga. Entah apa yang bermain dalam kepala aku hari ni. Bodoh duduk di klinik kerana penyakit yang dicari. Klinik, mahupun tuan doktor merupakan antara perkara yang paling tidak digemari. Fobia juga ya!! Kebarangkalian untuk dikatakan penipu kerana acapkalinya waimma sakit walaubagaimanapun, jika tiba di pintu klinik haiii penyakit pun hilang. Sihat walafiat boleh melompat-lompat lagi (kalau rasa tak malu nak melompatlah!).
Justeru, aku duduk diam menunggu nama dipanggil. Tak senang duduk kerana tahu akan dimarahi. Aku sudah lewat sebulan dari tarikh temujanji. Aku fikir sudah tidak mahu ke mari lagi. Ermmmm.... nasib 'tak baik' kerana hari ini aku punya banyak masa dan aku dalam keadaan yang ’waras’.
Dua kali aku ke sana. Kali pertama, klinik tutup sebentar (huh, katanya 24jam!). Kali kedua selepas beberapa jam, sudah ramai orang yang menunggu. Kalau tadi bodoh, kali nie gila aku agaknya!
Dek kerana lambat, dek kerana XXXX, kasihan aku pada tuan doktor yang terpaksa membebel kepada aku (bukan kasihan kepada diri sendiri!). Mengangguk kepala pada setiap ayat. Angguk dan terus mengangguk.
“.....”
“[Angguk] Iya Doc”
“.....”
“ [Angguk] Tak sempat Doc”
“....”
“ [Angguk] Kerja luar Doc”
“....”
“ [Angguk] Iya, saya cuba Doc”
“....”
“[Angguk] Iya Doc”
“....”
“[Angguk] Baik Doc. Ada apa-apa lagi Doc?”
“Ikut ya”
“[Angguk] Terima kasih Doc”
Mana aku sekarang?? MacD Alamanda melepas geram. Haiyakkkkkk!!! (masa entri ni ditulis)
BuKiT CeRaKaH, ShaH AlaM [KeNa TiPu DeK MooD!]
Ada sesiapa yang pernah hiking di Bukit Cerakah? Menapak sudah pastinya dari kawasan letak kereta pelawat di luar hingga ke Empangan Sungai Baru kemudian masuk ke dalam hutan sebelum keluar di Empangan Sungai Kuning. Trek biasa tapi laluan dalam hutan banyak pokok-pokok besar yang baru tumbang yang secara tak langsung telah melambatkan perjalanan kerana terdapat keperluan untuk ‘buka jalan baru’. Nak mengagak dahan mana nak pijak, tinggi ke, boleh tak ni, tapi kira oklah, boleh tahan. Cuma, kasihan Abang Long dan Adik Ann yang panik-panik dengan pacat. Lagi kasihan dengan Abang Long kerana kakinya luka dan calar balar kerana tergelincir semasa turun.
Yang kena tipunya apa? “Okey, lepas nie dah tak jauh dah. Kita semua nanti rehat dekat menara. Kat situ nanti kita lihat pemandangan seluruh Shah Alam”. Ini kejadian selepas keluar di Empangan Air Kuning. Ingatkan dalam perjalanan balik singgah di menara yang kononnya terletak dalam perjalanan (kena tipu sebab dah kata on da way balik!) Ermm..... Takdo larr Den heran sangat sebenaunya nak panjat menara dan nengok bandar Shah Alam. Den diam, ikut je.. Kena tinggal sorang naye. Sapo nak jawab?
Untuk ke menara pandang sebenarnya perlu mendaki Bukit Sapu Tangan dengan jarak 1.8km (berbukit dengan pelbagai darjah kecerunan sungguhpun jalan bertar). Ingatkan dekat jer nak ke menara ni, alamak mana tahu rupanya dah lar perjalanan mencabar (sebab dah lapar dan penat), lepas tu kena patah balik di jalan yang sama! Hampeh betul Abang Ngah aku nih! Boleh pulak gelak-gelakkan dan ”Eh, sikit lagi jer. Sikit lagi jer!” Aiiii mak aiii hidup-hidup kena tipu dengan Mood a.k.a Abang Long. Ini bukan on the way balik! Penat aku dan adik Ann buat helah untuk berhenti rehat mahupun berhenti dan menunggu mereka patah balik, sikit pun tak kasik (Mana boleh monyet kidnap kami!!! Tak logik langsung!). Ini trek tambahan 3.6km!!! Aduyaiiiii mental tak ready tu pasal larrr... Hampeh tui!!
Apapun pemandangan dari atas menara memang boleh nampak keseluruhan bandaraya Shah Alam dan di satu bahagian lagi boleh nampak empangan?/tasik dan kawasan kerja tanah yang Den tak dapat nak pastikan sebab lokasi tu di luar kawasan Bukit Cerakah.
Pagi tu terlepas langsung makan pagi (kononnya lepas hiking – dah set dalam kepala paling-paling lambat pun jam sebelas). Jadi, makan time terus carbo-loading yang loading tak ingat! Semua pekena nasik beriani gum power... Ermmm... BuRNiNG n LoaDiNG!!!
Info perjalanan:
It’s a good walk.
Keseluruhan masa yang diambil dari jam 8 pagi sehingga 1.30 tengah hari (termasuk setengah jam di atas menara)
* Continous walk – berhenti di kawasan pokok tumbang (amek gambar), tepi empangan (periksa pacat) dan menara sahaja.