FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, March 30, 2009

BeRTeMU CiKGu (daRi PemeNTasaN iBu ZaiN)

Cikgu - salam sejahtera cikgu
selamat kita bertemu - selamat kita bertemuk
bertemu tuntut ilmu - bertemu tuntut ilmu
menyuluh hidup baru - hidup baru menunggu

Cikgu - apa hendak dibuat
gunakan otak sihat - apa pula dihajat
belajar dengan kuat - belajar dengan kuat
menjadi bangsa berdaulat - semoga bersepakat

Tuntutlah ilmu dengan mata hati
tekun teliti - rajin sekali
tunaikan bakti menjadi seri kandi
menabur budi - dengan senang hati

Cikgu - salam sejahtera cikgu
kita telah bertemu - kita terus bertemu
mencipta langkah baru - langkah baru menuju
malu jadi orang berilmu

ReVieW TeaTeR MuziKaL iBU ZaiN

Ermmm..... dah lambat nak buat review untuk pementasan Ibu Zain, tak sempat. Tapi untuk catatan, disenaraipendekkan sahaja beberapa perkara....

1. Lagu paling kiut/ paling suka : Bertemu Cikgu

2. Adengan yang paling suka : (banyak!!!!) disenaraipendekkan seperti berikut:

  • Siti Sahira (ibu kepada Ibu Zain -Liza Othman) mendukung Zainun a.k.a Ibu Zain sambil menyanyikan harapannya (terasa cam Den laksss tengah mendodoikan anak Den. Hik hik)

  • Babak Ibu Zain di sekolah tadika yang dibuka ketika berusia 13 tahun (mencuit hati, kiut dan kelakar!

  • Miss Ruth (cikgu kepada Ibu Zain - Datin Natasya Hudson) datang melawat Ibu Zain yang sedang mengajar (rasa terharu dan babak dikelilingi budak-budak memang Den suko!)

  • Babak-babak yang ada watak Cikgu Munah, Cikgu Ramlah dan Cikgu Jumilah yang sentiasa membibitkan ceria (memang semuanya kelakar!)

  • Babak dalam keretapi (memang 'real'! kalau tiada pun layar putih di belakang, semua pun boleh mengagak di mana situasi berlaku)

  • (eh, lima dah larrr... kata senarai pendek!)

3. Pakaian - ermmm... sebetulnya baju-baju yang dipakai oleh Miss Ruth, Ibu Zain eeeeeee..... cantiknya!!!!!! Banyak betul baju yang disediakan!!! (tambahan : Watak Shellarbear (lakonan Avaa) memang real memek muka, rambut, baju bukan setakat rupa jahat, tapi sebab baju merah tu dah sampai tahap 'setan'. Fuh, menyala!!!

4. Set pentas - ringkas tetapi sangat memadai. Melihat kepada gambar-gambar di pementasan pertama di kawasan pentas yang lebih luas dan sekarang di pentas yang agak terhad, ermmmm.... CAYALAH!!!! Memang kreatif!!

5. Apa lagi ya!!!! Sememangnya aku memang excited mahu menonton pementasan ini dan aku enjoy bersama teman-teman :)

Disertakan sedikit gambar yang sempat dibidik dan di'edit'!! Hehe

Miss Ruth dan Zainun.. Den memang suko larrr kalo Den di keliling camni... (ke laen pulak erk!!!)
Miss Ruth melawat Zainun (Ibu Zain) di sekolah.

Salah satu babak yang Den suko!

Lakonan Liza Othman memang mantap. Den memang suka dia dari doulu-doulu lagi!! Baju dan kain cantik2 pulak!!! Ishkkkk.... Jeles!

Den, sebagai penonton! Ekekeeke

LeGaSi aTuK

‘Legasi Atuk’ tajuk yang aku pilih untuk hari ini… Sudah seminggu teringat dan dari mana datang kebetulannya, percakapan mengenai legasi Atuk kerap timbul dalam perbualan aku dalam minggu ini.. Mula-mulanya aritu teringatkan Atuk; kemudian 2) sebelum tidur tiba-tiba terfikir kenapa aku tak jadi cikgu? (apasal boleh ke situ pulak?!) 3) B telefon dan bercakap mengenai belajar dan cikgu …. 4) sembang makan malam bersama LOS, LOS bercerita mengenai kakaknya seorang cikgu dan panjang lagi. 5) minum dengan dR, isteri si polan tu cikgukan? 6) Z bercerita tengah periksa senarai KPLI. 7) OG pula YM memberitahu ada peperiksaan KPLI esok. Pelik betul bila tiap-tiap hari aku dengar ‘Cikgu’ ni! Perasaan aku sahajakah? [Tak apa Atuk, nanti Meh balik. Atuk panggilkah? Tapi hari tu Atuk tak kenal Meh!! Dulu orang lain pun Atuk sebut Meh yang datang. Meh yang amek. Marah orang lain pada Meh sebab Meh yang dapat nama].

Bercerita pasal Atuk, umurnya sudah menjangkau 85 tahun kalau aku tak salah… Kalau tanya ibu atau makcik-makcik aku yang lain, memang diorang cakap lebih kuranglah!! Heeseh! Sebab doulu-doulu, daftar surat beranak pun agak-agak… Aku pun pegang sahaja larrr angka nie… Bolehlah tu!

Atuk hebat… Aku membesar dengan Atuk tapi tak rapat macam aku rapat dengan Opah [Arwahnya Opah]. Atuk garang betul (ermmm… Opah pun garang jugak, tapi hihi… ala biasa larrr)!! Atuk cikgu. Mengajar dari zaman Jepun lagi... Sebab tu Atuk garang gila! Kena marah, rotan(eh, yang ni pernah ke?), kurung, semua tu biasalah. Akupun nakal!

Masa budak-budak, aku dengan kawan-kawan selalu juga main cikgu-cikgu kat umah. Satu perangai Atuk, suka merekod, buat jadual dan semua yang seangkatan dengannya. Jadi kat rumah Atuk ada papan hitam (ingat lagi papan hitam? Sekarang masih pakai lagikah?). Seronoklah kami main. Masa main, kadang-kadang Atuk datang beri kapur, kertas dan pensil. Kadang-kadang Atuk datang bercerita masa kami main. Pernah satu masa Atuk cuba nyanyi lagu Jepun lepas dia cerita zaman Jepun pada aku. Tapi Atuk ingat-ingat lupa, aku pun tak berapa nak besar sampai nak menghafal lagu yang ber‘lopong-lopong’ itu. Kelakarkan!

Atuk memang suka mengajar. Aku belajar main badminton dengan Atuk. Atuk memang kuat sebab selalu main badminton (selain aktiviti di kebun!). Seingat aku, belum pernah aku kalahkan Atuk. Sekarang jangan tanyalah, nak lawan pun tak guna. Atuk jalan pun bertongkat. Aku? Tukang sorak boleh larr! Bila cuba-cuba nak main balik, asyik bulu tangkis selalu tak kena. Macam lawakkah kalau aku cakap yang betul-betul aku main dulu adalah masa main ngan Atuk dan main kat sekolah. Lepas tu entah tak ingat (ngeh ngeh). Cuba main dengan Acik, lepas tu ada cuba pegang raket lagi masa kengkawan ada tournament.. Balik-balik kalau bukan aku yang gelak, semua orang akan gelakkan aku. Malu je!

Belajar bawa kereta pun, banyak dengan Atuk. Ibu tak berani nak ajar aku bawa kereta sungguhpun masa tu aku dah dapat lesen. Kete Ibu gaban sket! Dengan Ayah, masa hujung minggu jer. Masa tu Ayah kena tukar ke Seremban, jadi berulang masa hujung minggu sahaja... Kereta Ayah sport sket... Lagi sonang Den belajau! Belajar bawa motor, hikhik... memang dengan Ayah! [apa pula dah mengarut ke lain nih! Ishk ishk].

Balik semula pada legasi Atuk.. Dari cikgu hingga akhirnya menjadi pengetua dan selepas pencennya dilantik pula menjadi pengetua di sebuah sekolah swasta. (best kalau ikut Atuk ke sekolah, duduk dalam bilik pengetua. Wahh penuh mamat-mamat beratur kat dinding cermin bilik Atuk, ada hati nak ngorat lar tu! Ceh! Bila diorang nampak Atuk, tahu pula semua bertempiaran lari! Lawak! Makcik atau pakcik aku mungkin pernah duduk kat bilik tu, tapi kalau nak cerita semua sepupu sepapat aku.... Ahakss... rasanya aku sorang sahaja yang pernah masuk dan duduk di kerusi pengetua tu. Ewahh!)[iklan lagi!].

Anak-anak Atuk, seorang sahaja yang meneruskan legasi Atuk menjadi guru. Tapi Pak Long dah meninggal dunia. Anak-anak Pak Long sama macam cucu-cucu Atuk yang lain tidak ada yang mengarah menjadi guru.

Ayah pernah ambil borang maktab untuk aku. Bukan setakat tak isi borang, nak tengok pun aku tak nak. Kenapa ye? [kesian Ayah bersemangat belikan borang tu untuk aku]. Guru – mendidik. Aku juga mahu mendidik. Setiap kali mengisi ruangan cita-cita rekod pelajar, saban tahun aku menulis mahu menjadi pensyarah. Pensyarah bukan pendidik jugakah? Mungkin aku sombong masa tu. Kalau aku menjadi seorang guru, pasti gelaran ‘Cikgu Meh’ melekat pada aku. Cikgu Meh, cucu Cikgu Mukhtar, fullamak!! Pasti Atuk bangga ngan aku. Ermm... [Tak tahu sama ada Atuk ingat atau mungkin juga tak tahu aku menjadi tutor selepas SPM. Murid-murid aku dari semuda 4 tahun hinggalah pada seorang yang masa tu, layaknya dipanggil nenek (jahat aku masa tu!). Ramainya dari 6 tahun hingga 12 tahun. Akupun macam budak-budak!]

Jadi Pensyarah? Teringin juga.... Lepas tamat pengajian dulu, memang aku masih menyimpan cita-cita itu. Sekarang? Bukan rasminya pensyarah, tapi pembentang kertas kerja. Sayangnya, gelaran Cikgu Meh tu memang tidak akan terpakai.... Perlukah aku menyambung lagi pengajian seperti Miss Nur atau seperti teman-teman ku yang lain juga? Teman-teman sejabatan sudah ramai yang lari keluar. Yang menjadi pensyarah, entah dah berapa ramai. Aku? Mungkin juga memadai membentangkan kertas kerja. Siapa tahu suatu hari nanti aku juga akan menjadi tenaga pengajar di pusat latihan Jabatan. Fuh (kali kedua)!! Kira bolehlah tu... Legasi Atuk kira terpakai jugakan?!...

[Rasa-rasa, mungkin tak aku amek sijil untuk buka tadika je? Huhu... Legasi Atuk tu kalau tak banyak, sedikit memang ada pada aku. Nak buek guano kalao aku cucu Atuk (kahkahkah... perasan!!)??]

Thursday, March 26, 2009

3. CikGu MemaNGGiL MuRiD

(sambungan dari entri sebelum ini)
3. Cikgu Memanggil Murid

Adussss.... malu seh.... Bukan lagi murid yang mencari cikgu. Cikgu mencari murid yang tak kunjung-kunjung tiba. Bukan sekali, tapi panggilan secara rasmi semata-mata dengan tujuan itu sudah dua kali. Untuk tunggu panggilan yang ketiga, ohhhhhh aku tak sanggup. Malu!! Tak berkat!!!! Lagipula 'Cikgu Besar' yang telefon! Huh!!!!

Cikgu Besar dan cikgu-cikgu dari Ombak semuanya teman-temanku... 'Cikgu Besar' yang ku kenal dahulu dan memang bersemangat besar... Dulunya mahu aku menjadi pelajar kepada pelatihnya... Selepas itu, tawarnya "Aku tak kisah, boleh ajar semua gaya. Lepas tu ko tolong-tolong aaa ngajo kat sini, keje ngan aku! Hehe"... Seterus-seterusnya:

(Dua minggu lepas, kut!)

B: Eh, ko buat apa. Hujung minggu, ari Sabtu Ahad turunlah sini.
D: Hehe... Ala, sori lerrr tak sempat lar B. Korang semua sekali ada kat sana ker?
B: Semua orang ada. Kitaorang memang sabtu ahad dari pagi sampai malam kat sana. Semua orang ada.. Ko jer yang tak datang-datang...
D: He... Korang mengajo dengan training erk. Semua masuk event tu ke? Waduh, segannya aku...
B: Datang sini, belajar... Ko pilih jer nak belajar ngan sape.
D: Alamak... he... bukan datang nengok korang jer erk?!! Ngeh ngeh
B: Datang sini belajar... Tahun ni jer bagi ko dok kat atas, tahun depan ko kena masuk, join kita orang, turun bawah. Budak-budak pun masuk tau...
D: Tahu (mood antara excited tapi mengelak lagi). Ermmm.... nanti ler oghang g sana...

(Dialog minggu nie)

B: Haaa.. buat apa minggu nih? Bila ko nak datang nih?
D: He (senyum walaupun B tak nampak! Mood: rasa salah)
D: Oh yaaaa.... aku baru plan nak pg minggu nih (haha, ayat cover. Macam iyer je masa aku cakap nih)... kejap aaaaa (baru belek planner)... Ermm...
B: Haaa... oklah tu... Ko datang tau... Ko cakap je nak belajar ngan sapa... Ngan aku boleh, ngan Ann boleh, ngan ...... (ada larr kengkawan lain)... Aku tak kisah...
D: Aku tak yah belajo ngan Cikgu Besar kan?!!! (merujuk kepada B)
B: Aku tak kisah... Tapi kalo ngan Cikgu Besar, wooo aku garang sket!! Hehehe... Ko datang tau. Datang tau!!!
D: Ermmmm yerrr.... baik... nanti aku datang....

[Ombak dipunya oleh B, mengajar berenang. Dahulu aku selalu duduk di tepi melihat kanak-kanak belajar - memang kupilih waktu itu... arghhh kiutnya mereka!. B dan teman-teman di Ombak akan sertai acara renang Kapas ke Maran April ini termasuk juga student adik-adik comel mereka... Semoga berjaya semua... ]

[Aku untuk berenang sejauh itu??? Aku akan mengkagumi diri aku sendiri jika aku mampu!]

PeSaNaN RiNGkaS TeMaN SeKaMPuNG

Erm...... tak ada mood nak menulis sebagaimana tak ada mood untuk berbuat apa-apa. Sungguh teruk aku sekarang nih!!! Urghhhhh... tak tahu apa nak jadi dan kenapa boleh jadi... Yang pasti sudah beberapa aku berdoa dijauhkan 'malas' dari aku. Demi masa, sesungguhnya aku dikalangan orang yang sangat kerugian sekarang. Aku tahu itu, dan aku tahu banyaknya perkara yang menanti aku untuk disiapkan... Justeru? TOLONGLAH AKUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU.................

Exercise brain dulu.... Cuba! Sebab? Ada dua tiga tajuk dah ada, tapi.... ermmm.... Coba, Kau Coba"- Faizal Tahir, Cuba.

1. Pesanan Ringkas
Terima dari seorang senior sekolah, jiran setaman dan akhirnya menjadi saudara berbau-bau jering setelah berkahwin dengan saudara aku yang berbau-bau machang... Tak ada masalahpun terima pesanan ringkas a.k.a SMS dari bro A yang aku panggil A je. Chomanya, malas betul mahu membalas... Apa yang hendak dijawab?

A: Tak balik kpg ke weekend ni. Ramei orang kawen (wooo ni baru dapat tadi)
A: Tak balik ke? Cuti panjang ni
A: Tak balik? Umah Pakcik XXX ni dengan umah XXXX (jiran-jiran setaman) kenduri
A: Minggu ni tak balik kpg ke? ... .

Waduh! Lemas sungguh aku!!! Soalannya lebih kurang sama... Seingat aku, hanya mak dan mertuanya sahaja yang ada di kampung... Seingat-ingat aku juga lepas A habes sekolah, memang tak pernah aku pernah jumpa ngan dia pun. Ermmm... macamlah kat sekolah aku ada sembang atau jumpa dia pun!!! Seingat aku tak ada apa-apa langsung kecuali satu kad raya rasanya lah!! Alahaiiii tu leh kira jugak ke??. Huh! Satelit betul larrrr...

[Dalam satu mood lain : Napernyer? Kalau tak balik kpg, TI tu tak meriah ke?? Huk huk.... Perasan!!]

2. Cuti
Aku rasa sekarang memang masa yang aku kemaruk cuti. Macam tiap-tiap minggu amek cuti.. Minggu lepas, cuti dengan cita-cita lain tapi yang dicapai lain. Minggu nie, mendapat arahan untuk cuti dua hari untuk standby urusan di kampung. Minggu depan, bersiap-sedia untuk berpergian. Minggu berikut, 'mandi matahari' dan aku akan jadi udang bakar!! Hahaha...
[Kalao hampir rentung, rasanya mahu juga cuti itu ku sambung menjadi cuti sakit atau cuti kecemasan... Hahahaha (gelak lagi!)...]

Monday, March 23, 2009

KaKi JaLaN Di HoT AiR BaLLooNS FiesTa

Hehe... terlebih dahulu Den nak mintak maaf pada seorang teman... Katanya Cik Mas macam dah lama tak buat blog... Asyik wat iklan orang sahaja!!! Jawab ku, "Kurang kesempatan. Dan apa jua yang saya masukkan di sini, adalah apa yang saya ingin kongsikan supaya semua atau sesiapa sahaja yang singgah di blog ini dapat turut serta dengan apa yang akan saya buat... Kaki Jalan kena promote jugak tempat yang Kaki Jalan nak pergi *wiNK*
Orait.... pasal International Hot Balloons Fiesta yang tamat semalam, ermmm... sesak jadi Putrajaya nih!!! Meriah dan Kaki Jalan berjalan ke sana, ingat ada dalam 2 kali... Ahahaha... sebab nak amek gambar... Kaki Jalan dengar ada yang kata best. Ada yang kata bosan. Jadi Kaki Jalan pun tanya pada si Bosan, "Datang pukul berapa?" "Owhhhh... Padanlah! Sepatutnya datang masa belon naik, baru best!! Kenapa datang tak tengok acara?" "Ermmmmm" "Tak dapek Den nak nolong!"
Anyway, kat sini, Kaki Jalan kongsikan sikit gambar-gambar yang sempat diambil. Enjoy!



* Catatan : Ada perkara cantik dan kurang keperluan belon panas ini. Sebab apa??

Thursday, March 19, 2009

EaRTH HouR (JoiN uS)

Earth Hour 2009 aims to reach more than one billion people in 1000 cities around the world, inviting communities, business and governments to switch off lights for one hour at 8:30pm on Saturday March 28 and sending a powerful global message that we care enough about climate change to take action.
SiGN uP NoW
62 countries including Malaysia have committed to participate in WWF’s Earth Hour in 2009. This will be the first time Malaysia officially takes part in Earth Hour and our Prime Minister, Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi has indicated his support and endorsement of Malaysia’s participation.
The campaign, which hopes to reach out to more than one billion people in 1000 cities around the world, encourage individuals, businesses and governments to switch off lights for just one hour on Saturday March 28, 2009 at 8:30pm to convey their support for action on climate change. Cities already committed to Earth Hour include Los Angeles, Las Vegas, London, Hong Kong, Sydney, Rome, Manila, Oslo, Cape Town, Warsaw, Lisbon, Singapore, Istanbul, Mexico City, Toronto, Dubai and Copenhagen.
2009 is a critical year in terms of the political decisions that will be made at global climate negotiations in December 2009. Earth Hour, aims to highlight the voice of the people of the world and represent a visual mandate for meaningful policy on climate change. If you would like to pledge your support of Earth Hour log on to http://www.earthhour.org/malaysia and sign up.
It’s as simple as a flick of the switch.
Join us for Earth Hour 2009.

Further info :
http://www.earthhour.org/ or www.wwf.org.my


8:30PM local time, wherever you live on planet earth.

Saturday 28 March 2009.

PuTRaJaYa INTeRNaTioNaL HoT AiR BaLLooN FieSTa 2009


Antara event yang Kaki Jalan tunggu dekat 3 bulan dah!!!! Pertunjukan Hot Air Balloon atau nama rasminya 1st Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2009. Pertunjukan ini bermula pada hari ini iaitu 19 Mac 2009 (Khamis) sehingga 22 Mac 2009 (Ahad). Dibuka dari 7.45 pagi hingga 7 malam pada hari Khamis dan Jumaat, manakala hari Sabtu dan Ahad masa dilanjutkan sehingga 9 malam. Lokasi di Monumen Alaf Baru, Presint 2 (atau depan tasik/ dekat jambatan menghala ke Ministry of Finance / ermmmm alahaiii.... kat kawasan pasar tani lerrrrr dalam bahasa orang-orang kat sini)....

Esok Den cuti... hajat di hati nak belajauu... tapi.... pagi sok, kuar aaa kejap g amek gambo dulu kan??? Kalau hujung minggu, mesti ramai orang!!!!

Maklumat lanjut layari http://www.ppj.gov.my/
Psttttt: Jom kita ke Putrajaya!!!

klik pada imej untuk besarkan (Itinery Event)

Monday, March 16, 2009

RaHsiA BuLaN daN aNDa (eKeKe)

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH MENGENAI KAREKTOR SESEORANG BERPANDUKAN KEPADA BULAN KELAHIRAN.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius * Suka mendidik dan dididik * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan * Smart, kemas dan teratur * Bersifat sensitif ,berfikiran mendalam * Pandai mengambil hati orang lain * Pendiam kecuali telah dirangsang * Agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi * Mudah mendisiplinkan diri sendiri * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema * Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya * Cukup sayang pada kanak-kanak * Suka duduk di rumah * Setia pada segala-galanya * Perlu belajar kemahiran sosial * Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak * Sukakan benda yang realiti dan abstrak * Bijak dan genius * Pesonaliti yang mudah berubah * Mudah menawan orang lain * Agak pendiam, pemalu dan rendah diri * Jujur dan setia pada segalanya * Keras hati untuk mencapai matlamat * Tidak suka dikongkong * Mudah memberontak apabila dikongkong * Suka pada kegiatan yang lasak * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif * Mudah mempamerkan kemarahannya * Tidak suka benda yang remeh-temeh * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya * Sangat berani dan suka memberontak * Bercita-cita tinggi,suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya * Pemerhatian yang tajam * Suka hiburan dan sukan * Suka benda yang bersifat seni * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran * Cenderung pada benda yang tahyul * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros * Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti yang menarik dan menawan * Mudah didampingi * Sangat pemalu dan pemendam rasa * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran * Suka pada kedamaian * Sangat peka kepada orang lain * Sesuai dengan kerjaya yg memberi khidmat kepada orang lain * Tidak cepat marah dan sangat amanah * Tahu balas budi dan tahu kenang budi * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal * Suka berangan-angan * Suka melancong * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi * Kelam kabut dalam memilih pasangan * Suka dengan hiasan rumahtangga * Punya bakat seni dalam bidang muzik * Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik * Jangan terlalu moody

APRIL
* Sangat aktif dan dinamik * Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal * Sangat menarik dan pandai memanjakan diri * Punya daya mental yang sangat kuat * Suka diberi perhatian * Sangat diplomatik (pandai memujuk) * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang * Sangat berani dan tiada perasaan takut * Suka pada adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah * Emosi cepat terusik * Try control the emotion * Cenderung pada sifat dendam * Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan * Kuat daya ingatan * Gerak hati yang sangat kuat * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain * Berpenyakit disekitar kepala dan dada * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati dan degil * Kuat semangat dan bermotivasi tinggi * Pemikiran yang tajam * Mudah marah apabila tidak dikawal * Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian * Perasaan yang amat mendalam * Cantik dari segi mental & fizikal * Tidak perlu dimotivasikan * Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain * Mudah dipujuk * Bersikap sistematik (otak kiri) * Suka berangan * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu * Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit * Daya khayalan yang tinggi * Permikiran yang tajam * Pandai berdebat * Fizikal yang baik * Kelemahan sistem pernafasan * Suka pada sastera,seni dan muzik serta melancong * Tidak berapa suka duduk di rumah * Tidak boleh duduk diam * Tidak punya ramai anak * Rajin dan bersemangat tinggi * Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh dan berwawasan * Mudah ditawan kerana sikap baik * Berperangai yang lemah lembut * Mudah berubah sikap,perangai idea & mood * Idea yang terlalu banyak di kepala * Bersikap sensitif * Otaknya aktif (sentiasa berfikir) * Sukar melakukan sesuatu dengan segera * Bersikap suka menangguh-nangguh * Bersikap terlalu memilih dan mahukan yg terbaik * Cepat marah dan cepat sejuk * Suka bercakap dan berdebat * Suka buat lawak dan bergurau * Otaknya cerdas berangan-angan * Mudah berkawan dan pandai berkawan * Orang yang sangat tertib * Pandai mempamerkan sikap * Mudah kecil hati * Mudah kena selsema * Suka berkemas * Cepat rasa bosan * Sikap terlalu memilih dan cerewet * Kurang mempamerkan perasaan * Lambat nak sembuh apabila terluka hati * Suka kepada barang yang berjenama * Mudah menjadi eksekutif * Kedegilan yang tidak terkawal * Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya

JULAI
* Sangat seronok didamping *Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki * Agak pendiam kecuali diransang * Ada harga dan maruah diri * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan * Mudah dipujuk dan bercakap lurus * Sangat menjaga hati orang lain * Sangat peramah * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya * Berjiwa sentimental * Jarang berdendam * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan * Tidak suka benda yang remeh-temeh * Membimbing cara fizikal dan mental * Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang * Layanan yang serupa dengan semua orang * Tinggi daya simpati * Pemerhatian yang tajam * Suka menilai orang lain dengan pemerhatian * Mudah dan rajin belajar * Suka muhasabah diri * Suka megenangkan peristiwa atau kawan2 lama * Suka mendiamkan diri * Suka duduk dirumah * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan * Tak agresif kecuali terpaksa * Lemah dari segi kesihatan perut * Mudah gemuk kalau tak kawal diet * Minta disayangi * Mudah terluka hati tapi lambat pulih * Terlalu mengambil berat * Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak * Mudah tertawan kepadanya * Sopan santun dan caring terhadap orang lain * Berani dan tidak tahu takut * Orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan * Pandai memujuk orang lain * Terlalu pemurah & bersikap ego * Nilai harga diri yang sangat tinggi * Dahagakan pujian * Semangat juang yang luar biasa * Cepat marah dan mudah mengamuk * Mudah marah apabila cakapnya dilawan * Sangat cemburu * Daya pemerhatian yang tajam dan teliti * Cepat berfikir * Fikiran yang berdikari * Suka memimpin dan dipimpin * Sifat suka berangan * Berbakat dalam seni lukis,hiburan dan silat * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk * Cepat apabila ditimpa penyakit * Belajar untuk relax * Sikap kelam kabut * Romantik , pengasih, penyayang * Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun dan bertolak ansur * Sangat cermat,teliti dan teratur * Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik * Pendiam tapi pandai bercakap * Sikap sangat cool sangat baik dan mudah simpati * Sangat prihatin,terperinci,amanah,setia dan jujur * Kerja yang dilakukan sangat sempurna * Sangat sensitif yang tidak diketahui * Orang yang banyak berfikir * Daya penaakulan yang baik * Otak bijak dan mudah belajar * Suka mencari maklumat * Kawal diri dari terlalu mengkritik * Pandai mendorong diri sendiri * Mudah memahami orang lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak menyimpan rahsia * Suka sukan,hiburan dan melancong * Kurang menunjukan perasaannya * Terluka hatinya kerana sangat lama disimpan * Terlalu memilih pasangan * Sukakan benda yang luas * Bersistematik

OKTOBER
* Suka bersembang * Suka pada orang yang sayang padanya * Suka mengambil jalan tengah * Sangat menawan dan sopan santun * Kecantikan luar dan dalam * Tidak pandai berbohong dan berpura-pura * Mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan * Sentiasa berkawan * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama * Cepat marah * Macam pentingkan diri sendiri * Tidak menolong orang kecuali diminta * Suka melihat dari perspektifnya sendiri * Tidak suka terima pandangan orang lain * Emosi yang mudah terusik * Suka berangan dan pandai bercakap * Emosi yang kelam kabut * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) * Suka melancong,bidang sastera dan seni * Pengasih ,penyayang dan lemah lembut * Romantik dalam percintaan * Mudah terusik hati dan cemburu * Ambil berat tentang orang lain * Suka pada kegiatan luar * Orang yang adil * Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran * Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya * Berfikiran ke hadapan * Berfikiran unik dan bijak * Penuh dengan idea-idea baru yg luarbiasa * Pemikiran yang tajam * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi * Bagus untuk jadi doktor * Cermat dan teliti * Personaliti dinamik * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran * Terlalu degil dan keras hati * Apabila hendak, diusahakan sehingga berjaya * Tak suka marah kecuali digugat * Mudah ambil berat terhadap orang lain * Pandai muhasabah diri * Cara berfikir lain dari org lain * Otak yang sangat tajam * Pandai mendorong diri sendiri * Tidak menghargai pujian * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu * Cuba sampai berjaya * Badan yang tegap * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam * Romantik * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang * Suka duduk dirumah * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi * Amanah, jujur setia dan pandai berahsia * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi * Bercita-cita tinggi * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah * Bersifat patriotik * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa * Bercita-cita tinggi * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi * Seronok didampingi * Suka bercampur dengan orang * Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai * Sangat jujur amanah dan bertolak ansur * Tidak pandai berpura-pura * Cepat marah * Perangai yang berubah-ubah * Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi * Benci pada kongkongan * Suka berlawak * Berfikiran dengan logik

[selamat berfikir, seswai ker tidak agak-agaknya dengan diri anda?] * SuKa-Suka SaJa. Have FuN!!!

Sunday, March 15, 2009

ReVieW PeMeNTasaN SiRaH JuNJuNGaN TaHaJuD CiNTa

Syukur kerana akhirnya waktu yang dinanti-nanti menjelma jua. Penantian di api-api dengan pembacaan ulasan teman-teman dan media. Bagaimana aku boleh terlepas sedikit pembukaan… Owh!!!!!!


Menonton Sirah Junjungan Tahajud Cinta, lain benar dari pementasan yang pernah aku tonton sebelum ini. Sungguh berlainan dan istimewa sekali. Ringkasan ceritanya pernah di‘entri’kan di sini pada Febuari yang lalu.


Menung aku mahu menulis review ini. Bagaimana hendak aku ceritakan pada yang di luar sana. Menonton Tahajud Cinta, membawa aku jauh. Mengenal cinta dan memahami erti perjuangan yang sebenar. Menyingkap sejarah yang dilupakan kerana diri sibuk mengejar dunia. Sungguh naif aku mengingatkan diri aku sendiri.


Pementasan yang sungguh cantik kerana penceritaannya, set pentas yang turut disokong dengan layar skrin di belakangnya serta kareografi dan pakaian yang sangat bersesuaian.


Puji-pujian dan selawat yang sentiasa mengusik aku. Labaikallah, Solla ‘Alaikallah, lambaian Ka’abah mengundang rindu untuk kembali ke sana. Aduh, sebak dada ku. Namun, antara babak-babak yang paling berbekas kerana Rasullah S.W.T. sedang sakit dan berbicara dengan anaknya Fatima, saat Rasullah S.W.T. keluar dari kamar dan berjumpa dengan sahabat-sahabat Baginda yang mahu menunaikan solat Subuh dan saat-saat kematian Baginda, ya, sudah tidak mampu aku menahan air mata dari terus mengalir (walaupun pada babak-babak sebelumnya memang sudah mengundang ‘hujan’).


Justeru, aku mahu memanggil teman-teman lain untuk menonton pementasan ini. Aku menjamin pementasan ini memang istimewa. Pementasan masih lagi berlangsung di Istana Budaya sehingga 22 Mac 2009.


Sekalung tahniah buat Pn Erma Fatima, tenaga produksi dan pelakon-pelakon yang menjayakan pementasan ini. Pementasan yang membekas di hati, mengundang sayu dan air mata.


* Selamat Hari Ulang Tahun kepada Pn. Erma pada 14 Mac.

Nota : Di akhir pementasan, terdapat kejutan dibuat untuknya yang dihadiri oleh ibu dan adik-adiknya, dan beberapa teman artis yang lain.




Saturday, March 14, 2009

SuaTU PeTaNG Di LoKasi BeRLaiNaN

Petang minggu aku ke Carrefourre, makan di sebelah Burger King di tempat aku menulis Suatu Petang Di Burger King pada entri yang lalu. Sengaja aku ke situ bersama Adik kerana sudah lama tidak berjalan-jalan dan akupun sebenarnya lapar!!!

Senyum 7 – Perasaan Perasan!

Sedang-sedang makan, datang Encik Pakcik dan Puan Makcik barangkali sudah di pertengahan enam puluhan (mungkin lewat lagi bagi Encik Pakcik). Berbaju hampir sedondon. Encik Pakcik memakai kelabu cerah dan Puan Makcik memakai jubah putih. Encik Pakcik membawa dulang dan Puan Makcik menuruti di belakang. Hidangan yang dibawa hanya satu set ayam goreng dan kentang. Pasangan ini akhirnya duduk berhampiran dengan kami. Alah seronoknya aku melihat... dan ... .

Aku pun tersenyum lagi. Aku rasa senyum perasaan perasan! Sentimental betul aku nih!!!

Senyum 8 – Setia Bersama

Di suatu petang di tepi pantai juga aku pernah melihat sepasang pasangan tua iaitu Encik Atuk dan Puan Nenek. Mereka berdua berjalan meninggalkan anak yang membawa mereka di duduk di benteng. Encik Atuk dan Puan Nenek berjalan bersama-sama berpimpinan tangan di tepian pantai. Salah seorang dari mereka memakai tongkat, aku lupa sama ada Encik Atuk atau Puan Nenek. Setianya mereka dan gembiranya mereka.

Petang itu, aku hampir tidak dapat membezakan cantiknya melihat matahari terbenam atau bahagianya Encik Atuk dan Puan Nenek yang sedang berjalan-jalan berdua. Kalau hendak aku cerita gambarkan senyum ini ermm.... setia bersama?? Wahhhhh!!!!!

[Suatu Petang Di Burger King salah satu entri jiwa yang sentiasa mengundang senyum ku]

* Sebenarnya aku teringin mendekati mereka tetapi tidak mungkin aku mahu mengganggu mereka. Aku mahu berterima kasih kepada Tuhan, kerana diberi kesempatan 'menumpang' kegembiraan mereka dan berkongsi kegembiraan ku dengan yang semua yang sudi membaca blog ini.

Bukan senyum tapi tambahan

Minggu lepas aku menonton slot cerekarama bertajuk Tuntutan Maut (Nanu Baharudin sebagai pengarah dan penerbit – Tahniah! Saya sukakan drama ini sehingga tidak mahu mengalih ke saluran tv yang lain!). Aku sukakan watak Zali, mungkinkah ada orang sepertinya?

Memetik kata-kata dari dialog drama tersebut,
“Jika kita menguji kebahagian, ia mungkin tidak akan lama. Sebaiknya jika kita menikmati kebahagiaan itu, insyaAllah ia akan berkekalan”.

Wednesday, March 11, 2009

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 4)


Makan dan Makan-Makan
Makanan terakhir yang dijamah hanya sarapan pagi tadi. Jadi pada pukul empat, memang sudah lapar bangat! Berhenti makan di Restoran Terapung Puteri (berdekatan Pasar Payang)! Nikmatnya makan. Perjalanan diteruskan dan kerana duit kutipan masih berbaki, berhenti lagi makan di Tanjung Lumpur. Sampai di Kuala Lumpur sudah hampir 3.30 pagi dan paginya terus kerja!! Uuiiii....
Ni Den nak kenalkan Kembar Den, Pid. Hehe...sama ker???
Patut pose buka spek baru betul!! Mak Yaya n Danish.

NI kebetulan kembar sebab sama kaler baju ngan Den.
The only indian guy yang join trip nih..

Ni Dhahiya a.k.a Yaya.. Keje Den kat Kenyir maen ngan dia jer...

Lagi gambar ngan Yaya & Danish (abang Yaya)... Kek depan tu Aireen...
Disertakan lagi beberapa gambar Den dan My Momments....

*kureng asam diorang amek gambar ngantuk nih!

Pagi : Ikut diorang g casting. Konon Den casting gak lar.. Sebenaunyer g posing n amek gambar jer.. ekeke

Tengah hari : Main ngan 'anak' Den. Perasan muka sama sebab Mak Yaya tu katanya macam Twin Den!!

Malam : Lepas selesai makan, Den layan jiwa. Hajat hati nak tengok bintang :)

Orrait... itu sahaja catatan KaKi JaLaN di Kenyir!!
[Paling cantik perjalanan ke Kenyir semasa berhenti melihat bintang bertaburan di langit (kebetulan kena berhenti menunggu salah sebuah kereta menukar tayar). Macam duduk dalam bola kristal kerana banyaknya bintang dari hujung langit ke hujung langit. Lokasi pemandangan : Bukit Besi]
* info Kenyir akan diusahakan kemudian.....

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 3)

Kuala Terengganu

Masjid Kristal dan Taman Monumen
Balik dari Kenyir, terus bergerak ke Kuala Terengganu. Tempat tujuan ke Masjid Kristal – memang cantik tapi tidak berpeluang untuk aku solat di dalamnya. Ermmm.... Kemudian bergerak ke Taman Monumen yang terletak berdekatan Masjid Kristal. Bayaran masuk RM10 sahaja (siap dengan pasport sekali untuk diskaun lawatan seterusnya). Taman ini menempatkan replika MasjidilHaram dan masjid-masjid lain yang terdapat di seluruh dunia termasuklah Masjid Nabi, AlHambra (Spain), Kalyan Minaret (Uzbekistan), Taj Mahal, Masjid Jawa... eh banyak!!!


[Taman Monumen dibuka Ahad sehingga Sabtu dan ditutup pada hari Selasa kecuali pada hari cuti umum dan cuti sekolah. Tiket dewasa RM10, kanak-kanak RM5].

Keropok Lekor

Ke Terenggganu tidak sah jika tidak membeli keropok lekor ataupun losong. Ermm borong sakan kami!! Den kongsikan saat kepok lekor ni diuli, direbus, dijual dan dibeli!!

TaMaN NeGaRa KeNYiR, TeReNGGaNU (PaRT 2)


Air Terjun Lasir
Pemandangan di Kenyir cantik. Den ini ‘Hantu Ayer!’, mampu termenung mengadap air berjam-jam lamanya. Kalau merendam diri, lagilah pula! Selagi tidak terbakar kulit oleh pancaran matahari, selagi itu tak nak kuar dari air!! Di Kenyir, Den mampu mengadap air tasik sahajalah. Nasib baik juga ada slot mandi di Air Terjun Lasir.... Cantik tempatnya. Ada 3 air terjun kat situ. Airnya sejuk!!!

* Gambar air terjun yang pertama tu setakat boleh tengok sahaja!!! Airnya terus jatuh dalam tasik! Siapa berani nak terjun tasik tu? Aiiii tak mau!!
** Gambar akhir : Danish dah serupa "My Precious. Precious" dari LOTR!
Memancing, Rezeki dan Jiwa
Ikan? Ermmm... tidak ada rezeki mereka agaknya.... Balik-balik lampam juga yang dinaikkan. Kemudian adalah seekor dua baung yang lekat. Yang Den naikkan? Ada larrr tapi Den sebenaunya tak minat sangat memancing nih!!! Tak jiwa walaupun cuba dijiwai berkali-kali. Takpo larrr.... korang jer yang teruskan.