FReNs iN KaKi JaLaN

Friday, February 27, 2009

MeNCaBaR DiRi SeNDiRi - SuKsEs

Bagaimana aku mencabar diri sendiri?
Bagaimana anda mencabar diri sendiri?

Bagaimana aku mencari kekuatan aku?
Bagaimana anda mencari kekuatan anda?

Aku selalu mencabar diri aku sendiri. Adakala aku berjaya, adakalanya aku gagal. Aku mengambil inspirasi. Aku juga berlawan dengan diri aku sendiri. Aku berlawan dengan keadaan.

Aku kagum dengan ramai orang. Kalau nak disenaraikan di sini, panjang pula ceritanya. Tapi aku tetap mahu berkongsi kekaguman aku pada seorang sahabat. Sahabat kepada sahabat baikku, dan akhirnya menjadi sahabatku jua.

Dia, sangat senang untuk didekati. Fun to be with. Sangat bersemangat. Lagi bersemangat apabila bercerita to what he is really in. Maka apabila dia mula bercerita, kita cuma perlu mendengar sahaja. Dia sangat bersemangat dan entah - memberi semangat sebenarnya.

Dia sibuk. Kalau sedang bekerja, jangan diganggu. Beri ruang. Baik tuan!! (bukan apa, telefon susah nak dapat! Tapi tidak mengapa)! Sepanjang perkenalan, sibuk bagaimanapun, dia akan kembali juga untuk bertanya mahupun memberi jawapan. Cuma, sabar sajalah cepat atau lambatnya (biasanya tak akan lama, tapi paling lambat tengah malam sehabis mesyuaratnya!). Mana tidaknya, kalau hari kerja dan hujung minggu jadualnya penuh!! Dan dia masih bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Aku pernah bertanya, “Eh, ko tak penat ke?”
“Tidak, aku muda lagi. Selagi aku kuat dan bertenaga, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai segala cita-cita aku.”

Baru ini aku bertanya lagi, “Ermmm... macammana?”.
Jawapan yang diberikan, “Eh, aku OK!! Orrait!”
Jadualnya masih sama, sifatnya masih sama. Pekerjaannya semakin maju, hobinya juga membawa dia lebih jauh, kehidupannya juga kini lebih bahagia!!!! Semoga dirinya lebih sukses.

Sukses juga buat teman-teman yang membaca blog ini. All the best....
Fakhzan, i know u can do it!
Yanie, suksess di pejabat baru... Uiiii bila kita nak lunch date nih???
Cik Koishie, salam pejabat. Hahaha.... Dah ok ker?
Cik Janggel, sukses yerrrr menyiapkan tugas2 yang ditanggungkan. (Cit! kata sibuk, camno leh ado kek Midvalley tuh?!!! Pesal ko balik kampung awal???? eeee jeles!)
Cik Amid, oooOyaaaaa...... never give up. Teruskan usaha. Buat yang terbaik... Chaiyok! Chaiyok!!....... Cerita kambing, blog kambing, jual kambing, koperasi kambing aiiii macam-macam......
Teman-teman di pejabat yang membaca, semoga sukses tanpa gangguan.
Pembaca-pembaca lain yang saya hormati, semoga anda juga berjaya di dalam apa yang sedang diusahakan.

[Buat diri aku sendiri..... muahahaha...... teruskan mencabar diri sendiri and find ur strenght.. Strong girl bebeh!!!!]

Thursday, February 26, 2009

KaLaU ENGkaU FaHaM...

Engkau ini,
Entah kerana degil?
Entah kerana ego?
Entah kerana malu?

Sebenarnya engkau tahu
Itu derhaka namanya
Tetapi mengapa engkau biarkan?

Engkau degil, kenapa?
Bukan degil, aku tak mahu
[Ah! Alasan!]

Engkau ego, kenapa?
Bukan ego, itu bukan aku
[Ah! Alasan lagi!]

Jadi? Engkau malu? Kenapa?
Erm… susah…
Sebenarnya aku sudah mula memahami
Aku salah, jadi aku malu

Engkau sebenarnya degil
Degil engkau yang tidak bertempat
Engkau juga ego
Ego engkau juga tidak bertempat
Mengapa tidak dibuangkan malu itu?
Malu engkau sangatlah tidak bertempat

Kalau engkau faham
Rendam degilmu
Koyak egomu
Hapuskan malumu
Kasih sayang itu tiada sempadan
Jangan derhaka, ibu mu sayang akan kamu
Ketepikan semuanya, pulanglah.


* [buat insan yang bernama anak]

Wednesday, February 25, 2009

CeRiTa MaT KusuT DaN MiNaH

Di bawah terik matahari Mat tiba-tiba menjerit. Katanya,

"Dada ku berdebar
Jiwa ku kacau
Fikiran ku kusut

Aku di tengah laman
Bergerak ke kiri dan tetap di kiri laman, tak kena
Bergerak ke kanan dan tetap di kanan laman, tak kena
Bergerak kembali dan tetap di tempat asal, sama!
Mana lagi harus aku pergi?
"

Tiba-tiba terdengar pula jeritan Minah, jari-jarinya yang tak berapa nak halus menarik telinga Mat. Katanya kepada Mat,

"Dada kau berdebar, aku tak kisah
Itu engkau yang rasa
Jiwa kau kacau, aku pun tak kisah
Itu engkau punya jiwa
Fikiran kau kusut, kenapa pula nak dibawa aku kusut bersama????
Engkau kusut sebab engkau dah tidur separuh hari
Engkau kusut sebab engkau tak kenal air, tak gheti-gheti nak mandi
Apa engkau buat berjemur bawah matahari???? Sun bathing????
Engkau kusut sebab engkau tu engkaulah!! Pemalas! Berangan apa juga tu????
Ooiiii kusut aku menengok engkau!!!!
"

[Bosanlah! Kita buat kuiz untuk entri ni. Soalan 1: Apa hubungan Mat Kusut dan Minah? Soalan 2: Kalau Mat Kusut tengah berangan, apa yang diangankan? Soalan 3: Mat Kusut bergerak ke kiri dan ke kanan. Bagaimana Mat Kusut bergerak? Soalan 4: Kenapa Minah kusut dengan Mat Kusut? Soalan 5: Kenapa rajin jugak korang menjawab? Ekekkeke.... untuk sesiapa yang membaca... jawablah untuk sama-sama untuk kusutkan fikiran.]

Monday, February 23, 2009

BuaiaN iTu - NoSTaLGia Aku & OPaH

Buaian di hujung laman
Lama sudah ia di situ
Umurnya juga barangkali hampir seusia dengan ku

Buaian itu [sepi]
Sudah lama tidak dijengah
Sudah lama tidak dibuai
Sudah lama tidak dihuni gelak dan ketawa

Buaian itu
Tempat aku membaca, menulis
Tempat aku bermain, berangan
Buaian itu juga tempat persembunyian aku yang paling tidak strategik,
tetapi di buaian itu juga aku bersembunyi

Buaian itu
Tempat aku berkasih-sayang
Tempat aku bercinta, bermanja
Tempat aku menyempit (kerana sudah penuh tempat duduknya!)

Buaian itu [menggamit]
Aku mahu kembali menjengahnya
Biar sunyi, biar sudah mati kelilingnya
Rindu dalam dadaku sudah berbuku
Aku tidak mungkin mengembalikan waktu, tetapi
Buaian itu tersimpan segalanya
Aku mahu kembali ke sana
Senyum dengan nostalgia indah

Buaian itu [nostalgia]
Tempat terakhir aku duduk berdua dengannya
Ketika senyumnya masih terukir
Ketika saat sakatnya dapat kupatahkan
Sambil dirinya mengupas rambutan dan menghulur kepadaku
Katanya aku cucu yang mengada-ngada sambil ketawa

Buaian itu [saksi]
Saksi saat manis yang terakhir aku dan dia
Yang akan aku bingkaikan menjadi nostalgia indah aku dan Opah
agar kekal di kamar hatiku

[owhh.... aku yang tidak memahami atau terlalu banyak mengelak??]

SmaLL FaMiLY GaTHeRiNG : YeoP BiRTHDaY (siMPLesT eVeR)

Last two weeks, celebrate birthday Yeop. As it is not properly planned, the 'party' tersangatlah simple. Bermula dengan kebetulannya cuba-cuba buat brownies and so to happenned, Den kena g amek Cu sefamili dari LCCT.

Buat kol pada Acik n Anik, diorang kata ok!
"Nak beli kek tak?"....
"Erm... tak yah lerr. Ingat nanti kita makan tengah hari. Tu boleh settle :)"

Rupa-rupanya flight lambat! Lewat petang baru sampai. Nasib baik Cu bagitau, jadi tak sediakan makan tengah hari berat-berat. Hehehe..... makan jer apa yang ada. Acik bawak bihun dan kat umah pun ada larrr makanan sikit-sikit. Ngeh ngeh.... jadi larrr.....


Friday, February 20, 2009

DaLaM KeNaNGaN

Sebenarnya rasa macam sudah lama tidak menulis. Betulkah? Ya! Aku rasa tulisan aku tidak berjiwa. Tulisan di atas pertimbangan yang singkat. Tulisan di atas perasaan yang kurang waras. Tulisan yang tiada keindahan. Owh Teruknya aku!!!!

AlFatihah buat sahabat lama dan adik-adiknya. Rupanya sudah empat tahun berlalu. Sahabat yang lembut tutur katanya, manja dengan caranya, jujur dalam perhubungan dan sering mengajak kepada kebaikan sedang aku cuba untuk mengelak-elak. Kepergian yang tidak dapat dilupakan kerana di saat-saat akhir, aku tidak dapat bersua muka, tidak juga bertelefon dan berbalas 'sms'. Masing-masing kebetulannya sangat sibuk dengan hal masing-masing. Bukan tidak mencari, tapi seringkali tidak tertemu.

Kali terakhir, katanya akan bercuti untuk mengambil peperiksaan. Aku pula sibuk dengan kerja luar dan sebetulnya pada ketika itu kecurian telefon. Jadi perjumpaan terhad di pejabat. Raya terakhirnya sempat dibawa satu keluarganya ke Teluk Intan. Tiba-tiba kami mempunyai hubungan yang lebih jauh kerana kakaknya adalah teman kepada teman-temanku.. Kecilnya dunia.

Apa yang aku pelajari, setiap kali mempunyai kesempatan, setiap kali perasaan rindu itu hadir, jangan sesekali melengahkan masa. Jangan sampai suatu masa nanti timbul kekesalan di hati. Berhubung, bertanya khabar dan menghargai masa-masa yang ada. Aku juga belajar untuk tidak meninggalkan teman-teman yang 'tidak diharapkan' oleh orang lain. Biar dipandang serong, tapi sekurang-kurangnya aku tidak membiarkan mereka hanyut. Berilah peluang...

DaRi JuRNaL LaMa

18/2/2005 (12am)
-RISTEC, Port Dickson


Kepada Kau Yang Tersayang
Pada Teman Yang Kukenang
Pemergianku Ini Tak Dirancang
Usah Bertanya Mengapa Aku
Mengucap Salam Terakhir Kepadamu
Kerna Waktu Berputaran
Bimbang Tak Berkesempatan
Melahirkan Kerinduan Terhadapmu
Demi Sebuah Kenyataan
Yang Amat Menyakitkan
Aku Yang Tidak Berdaya
Hanya Berserah PadaNya
Salam Akhir…… Salam Yang Teristimewa
Bersamanya Ku Memohon Keampunan
Melaluinya Ku Beri Kemaafan Kepadamu
Demi Sebuah Kenyataan
Yang Amat Menyakitkan
Aku Yang Tidak Berdaya
Hanya Berserah PadaNya
Andainya Aku Punya Waktu
Masihku Ingin Mengulangi Semula Saat Indah Bersamamu
Sayang Tak Berkesempatan
Abadikan Saja Salam Ku Yang Terakhir……………………….


Macammana aku nak menulis? Baru je pegang pen dan mula nak menulis, lagu Salam Terakhir pun berkemundang di radio. Tidak dapat berfikir, tetapi tangan ini laju menyalin setiap patah perkataan. Lagu ini terasa bagai suatu pesanan luahan hati dan perasaan yang ingin disampaikan kepadaku. Apakah ini sebenarnya suatu tanda yang mengesahkan perasaan ku tadi?

Sebelum solat tadi, aku merasakan arwah ada betul-betul di depan ku. Melihatku dan seolah-olahnya ingin mengucapkan salam perpisahan. Ketika itu, aku dengan sedaya upaya cuba untuk meneruskan solat. Dua kali aku mengulang kerana waktu itu penuh dengan kesayuan. Aku tidak dapat menahan perasaan dan air mata ku. Sesungguhnya, aku memang merasakan arwah hampir dengan ku. Teralu hampir sehingga tidak ada tempat untuk berlari dan berlindung dari kebenaran. Lama aku duduk bermenung sebelum aku mempunyai kekuatan untuk bersolat semula.

Mungkin kehadiran arwah begitu kuat kurasai kerana sejak menerima berita kematian arwah hinggalah pada hari ini, aku belum pernah menyedekahkan apa-apa kepada arwah. Jangankan surah Yasin, alFatihah pun tidak. Menangis. Menangis. Menangis. Pada ketika aku tidak menangis hanya kerana aku di dalam kelas atau berada di dalam aktiviti. Aku berkursus ketika ini. Aku bersyukur kerana disibukkan di sini, dikelilingi dan ditemani rakan-rakan yang memahami keadaanku.

Aku masih belum dapat menerima berita pemergian Intan ke Rahmatullah. Kesalnya aku kerana tidak dapat berada di saat dia memerlukan aku. Kesalnya aku kerana di dalam kesibukkanku, aku tidak mempunyai kesempatan untuk berbual dan ber’sms’ seperti kebiasaannya. Apa dayaku? Dan yang pastinya, waktu-waktu kita, berlalu begitu sahaja. Tidak terlintas di dalam hati ku untuk mengelak. Aku kurang pasti apa yang berlaku. Di mana engkau dan di mana aku? Hingga kini kata-kata, “Mas, Mamin cari Mas. Tengok muka dia sedih je. Tak pernah tengok muka dia macam tu”, masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku. Hingga saat ini, aku juga masih belum dapat mencari jawapan.

Hakikatnya sukar untuk mengelakkan diri dari berfikir mengenai arwah. Trying so hard for not thinking of it. Guess I am too cruel. Mungkin kerana itu, hari ni (genap seminggu pemergianmu), aku merasakan kehadiranmu. Aku amat yakin dengan perasaan ku dan tidak pernah aku seyakin itu. Mungkin benar kata orang … . “Mek, how I miss you so much!!!”. Mohon maaf dunia akhirat Mek. Mohon maaf juga kerana menafikan pemergianmu. Sukar untuk aku menerima kenyataan ini. Sayang ku, rindu ku entah bagaimana hendak diluahkan.

Segala kenangan kita bersama akan tetap kekal diingatan. Terlalu banyak kenangan di antara kita. Knowing you even for a shortwhile, it does feel forever. Lot of memories to be remembered. InsyaAllah Intan, mengenali dirimu, menginsafi diri, berbeza personaliti antara kita sebenarnya. Seorang mengajak kepada kenikmatan dan kepuasan duniawi. Seorang penat mengajak kepada kebaikan dan kebenaran. Entah apa yang mengikat kita. Aku bersyukur mengenalimu. Semoga dirimu dan saudara-saudaramu diampunkan dosa dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Semoga Allah juga menguatkan semangatku, tabahkan jiwaku untuk menghadapi kenyataan ini. AlFatihah.

Wednesday, February 18, 2009

GeNG @ GeNG CoRNeR

Diam tak diam, di atas 'hasutan' seorang rakan, aku mengikutnya ke Malam Bersama Geng di Geng Corner yang terletak di Shah Alam. Walhal, malam tu Den bercita-cita nak rehat berehat di rumah.

Malam Bersama Geng, meriah. Ramai team production turun dan disertai dengan maskot Upin dan Ipin. Ada kuiz, ada jualan istimewa, ada download nada dering, klip dan gambar-gambar percuma. Den sempat juga sertai kuiz dan terharunya sebab ada team Geng yang perasan Den!! HeHe..... Thanks Zarin :)

Jadi, hari nie Den nak kongsi beberapa gambar masa malam tu. Khabarnya akan ke Alamanda pada 22 Febuari ini. Warga Putrajaya bolehlarrr turun ramai-ramai...

Tuesday, February 17, 2009

MeNiPu DeNGaN BiJaK??

Aku berbicara dengan seorang teman melalui telefon semalam. Niat mahu mengajaknya keluar. Aku sungguh kusut dan buntu. Pada kebiasaannya, aku akan merancang untuk bertemu dengan teman-teman, berbicara dan mendengar kegembiraan orang lain. Berkongsi kegembiraan orang lain mahupun meminjamkan telinga mendengar kesedihan orang lain. Itu sudah cukup untuk aku melupakan apa yang ku rasa. Apalah sangat yang aku ada berbanding dengan manusia-manusia lain di luar sana. Aku sendiri tidak pandai untuk meluahkan perasaan.

Kebetulannya temanku mempunyai pekerjaan yang harus diselesaikan. Terbantut pertemuan yang diharapkan.

Ditanya kepadaku, "Mengapa?"

Jawabku, "Tidak ada apa-apa."

Katanya aku tidak pandai berbohong. Aku ulangi, "Tidak ada apa-apa. Jangan risau."

"Jangan menipu kerana kamu tidak pandai menipu."

"Jadi, apa yang harus aku buat? Ketawa sambil mengatakan tidak ada apa-apa?" (Wah, persis orang gila jika aku perlu berbuat demikian).

"Kamu perlu berterus terang sahaja atau jika tidak, menipulah dengan bijak."

"Menipu dengan bijak?"

"Menipu untuk mengembirakan orang lain atau kamu boleh terus sahaja menipu untuk menyakiti orang lain." sambung temanku.

Oh, aku tidak pandai untuk melakukan itu. Tidak pandai melainkan hanya untuk bergurau dan menyakat teman-teman, tetapi itu juga sebentar. Akhirnya aku akan gelak dan kantoi!!

Percayalah aku tidak berniat untuk menyakiti orang lain. Biarlah kerana aku tidak mahu menyusahkan. Aku juga tidak cukup tabah untuk menerima kenyataan atau sebarang penipuan. Bukankah mereka semua mengatakan aku seorang yang sentiasa menguntum senyum, berbicara dengan semangat dan ketawa dengan ria. Pada mereka, aku tidak kenal masalah dan kesedihan. Biar ia kekal begitu kerana ia memang begitu.

Monday, February 16, 2009

SiRaH JuNJuNgaN (TaHaJuD CiNTa)

Di antara… kebatuan cadas, padang pasir, panas matahari membakar kulit. Di tanah Mekah, bangunan kukuh Kaabah yang sejak awal dibangun untuk menyembah yang Maha Kuasa kini telah berubah dikelilingi berhala. Kejahiliahan membuat perilaku menjadi amat rendah dan nista. Budak dan hamba abdi menjadi binatang yang tak berharga, wanita hanya jadi pemuas nafsu belaka, anak perempuan dikuburkan hanya untuk ditertawa riakan oleh sang ayah yang tidak rela memiliki anak perempuan. Berhala-berhala disimpan, dijadikanpenyembahan kepada jalan kegelapan. Berhala menjadi sesembahan mereka bernama Lata Uzza.

Dalam pada kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy. Seorang wanita dirundung kepedihan tatkala suami tercinta pulang ke alam baqa, padahal di perut dikandung janin yang amat dicinta. Ketika terlahir bayi yang amat molai rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan. Di saat bayi ini dilahir- kan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Api di kuil Parsi padam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala-berhala di sekeliling Kaabah tumbang. Bayi yang kelak menjadi perkasa, mengukuhkan empat tembok tinggi kisah. Bayi inilah yang terlahir menjadi pemadam api sesembahan kaum Majushi. Di tahun gajah, telah lahir bayi mulia Muhammad bin Abdullah.

Muhammad tampil menjadi cahaya bagi lingkungannya. Tidak hanya sebagai penyejuk tetapi juga sebagai penegak hilar-bilar keadilan. Beliau tegak bagai karang yang kukuh menghadapi kebatilan. Hiful fudul adalah cahaya yang mulai berkibar untuk menegakkan kebenaran dalam kegelapan kejahiliahan.

Di telapak tangannya Muhammad terdapat api yang menyala yang dapat menunjukkan jalan yang benar sedangkan di dalam darahnya mengalir akidah yang kuat yang sentiasa siap untuk menentang sesiapa yang membangkang, dan sesungguhnya sudah menjadi sunatullah, setiap perubahan selalu mendapat tentangan. Kaum Musyrikin Quraisy seakan tidak rela, Muhammad mencerai-beraikan keluarga mereka, Muhammad akan menggantikan sembahan mereka, Muhammad akan meruntuhkan peradaban mereka. Maka, bermulalah siksaan datang.

Cinta kepada Allah… Cinta kepada Rasul! Membuat ringan setiap derita. Ujian tidak terhenti. Kekejaman bermaharajalela. Kehilangan sanak saudara. Yang lebih menyedihkan ialah apabila Muhammad kehilangan bapa saudaranya Abu Talib yang meninggal di saat belum sempat memeluk agama Islam. Derita semakin terusai dan yang lebih memilukan apabila isteri tercinta pula, Siti Khadijah, penyejuk di kala batin resah, yang meneguhkan di kala goyah, yang rela menafkahkan harta, tenaga demi dakwah, dipanggil oleh Yang Maha Pencipta. Rasulullah Muhammad S.A.W betul-betul pilu kehilangan isteri, kekasih, penyejuk dan peneguh. Hampir seperempat abad mendampingi suka duka. Itulah tahun kedukaan bagi baginda.

Kematian Abu Talib telah meruntuhkan benteng-benteng penghalang kemarahan orang-orang Quraish terhadap Muhammad. Kalau dulu Abu Talib adalah pembela Muhammmad tetapi sejak ketiadaan bapa saudaranya itu, orang-orang Quraisy makin bermaharajalela. Ke mana sahaja Muhammad pergi, pasti baginda akan direjam dengan batu bahkan ditaburkan pasir di atas kepala, dibaling dengan najis namun baginda menghadapi kekejaman musuh dengan perisai kesabaran dan istiqamah.

Kesakitan yang dilalui sama sekali tidak mampu menghentikan nafas perjuangan kaummuslimin sehingga kemajuan Islam semakin pesat. Baginda Muhammad berjaya memujuk tokoh-tokoh utama Quraish untuk masuk Islam lantaran golongan Quraish menjadi marah dan mengadakan pakatan untuk menyekat ekonomi kaum muslimin. Setelah 3 tahun kaum muslimin terpaksa berdepan dengan berbagai rintangan dari kaum Quraish dan selama itu juga mereka berlindung di Lembah Abu Talib, akhirnya Muhammad sudah tidak lagi sanggup melihat kesakitan dan kezaliman orang-orang Quraish terhadap kaum muslimin. Ramai yang menderita lalu Muhammad mengarahkan supaya kaum muslimin kembali ke rumah masing-masing untuk berdepan dengan orang Quraish manakala sahabat-sahabatnya diputuskan berhijrah ke Madinah untuk mencari penempatan baru.

Hijrah Rasulullah S.A.W ke Madinah merupakan langkah awal dari proses terbentuknya Darul Islam yang pertama di muka bumi saat itu. Rasulullah berjaya meletakkan asas-asas penting bagi negara ini iaitu pembi- naan masjid, mempersaudarakan sesama kaum Muslimin dan mengatur kehidupan sesama kaum Muslimin. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi.

Bagi kaum Quraisy , tidak ada sebab yang lebih berkesan untuk membangkitkan pertempuran dan kemarahan orang Islam selain tumpahnya darah melalui peperangan. Bahkan Nabi pun terhujam di Bukit Uhud. Luka menganga. Hamzah singa Allah terhujam, dirobek, dikunyah jantungnya oleh Hendon. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan, Diberi ujian dia bersabar maka sabar menjadi kebaikan.

Rasulullah dengan para sahabat masih meneruskan dakwah dengan berangkat masuk semula ke Mekah. Perjalanan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang-orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Akhirnya, baginda berjaya membawa Abu Sofyan mengakui “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah”.

Sunday, February 15, 2009

ORkiDku BeRBuNGa

HeHe... sukanya hati Den... Ni orkid Den yang Den cakap berbunga tu... Ada empat tangkai semuanya dan setiap tangkai ada dua kuntum.... Gembiranya rasa hati. Den memang minat orkid. Rasanya menurun dari arwah Opah dan dari Ibu yang sememangnya peminat orkid.

Nak cari nama orkid nie, tapi dalam buku tak ada. Nak kena cari buku lain nih!!!
Buku orkid lagi erk?!!!! Yezza.....

Friday, February 13, 2009

GeNG: PeNGeMBaRaaN BeRmuLa


HeHe... sebenarnya bila balik rumah semalam hati berbunga sebab orkid Den kat umah dah berbunga... Empat tangkai pulak tu... Rasa tak sabar nak cerita. Tapi bila malam, tengok Upin dan Ipin di Alamanda, rasa tak sabar pulak nak buat promosi tambahan untuk filem nie :)

Sedikit pengenalan, cerita ini bermula dengan kisah kehilangan durian di Kampung Durian Runtuh. Tok Dalang (En. Senin b. Khamis) percaya kehilangan durian ini disebabkan kewujudan Hantu Durian kerana durian keadaan kulit durian yang dikopek cantik. Pengembaraan ishk.... tak sampai hati pula nak cerita dengan panjang lebar, nanti orang lain yang belum menonton tak dapat nak layan sepenuh jiwa pulak.

Apapun, ada beberapa perkara yang Den nak ingat dan Den paling suka (sebenarnya seluruh filem Den suka!!!):
  1. Upin dan Ipin main kat kedai Uncle Maniam, Uncle marah Upin dan Ipin sebab asyik main jer. Jawapan "Kecik-kecik mainlah, apalagi!!" , jawapan yang bukan kurang sopan tapi memang kelakar.
  2. Ada pula scene cam cerita 'Hindustan', mula dengan K. Ros menyanyi lepas tu disambut dengan binatang-binatang, lepas tu disertai pula dengan orang-orang kampung. Rasanya macam satu kampung tu menyanyi dan menari.. Imbas-imbas macam cerita Snow White pun ada juga! Lagu blues campur rap.
  3. Banyak betul binatang-binatang dalam cerita nie. Sesuai kalau nak menunjuk budak-budak binatang-binatang nie. Yang setakat Den ingat ada ayam jantan (wahhh ayam nie memang 'dajal' (ermm nakal??) gila sebab pantang nampak kenderaan lalu, dia akan ...), tenggiling, angsa, kongkang, ular, burung, cicak, labah-labah, lipan, lipas, kelip-kelip, sesumpah. Lepas tu ada pula anaconda (memang cam citer Anaconda) dan lintah gergasi (cam citer Jurasic Park). Yang Den terlepas tak tahu larrr...
  4. Hantu Durian, Hantu Timun dan Toyol
  5. Hindustan, Snow White, Predator, Anaconda, Jurasic Park, Ultraman dan raksaksa, Hulk Hogan, Alice and The Wonderland, Starwars.
  6. Brand Malaysia!!!!
Rugi siapa yang tak tonton filem nie. Memang best dan tak rugi duit tiket tu. Best sangat!!!

Dari 4 bintang, Den nak bagi * * * * (eh berapa bintang tu??) * satu! * dua! * tiga! * empat! Yeahhhhh.... best. best. Tahniah buat semua yang terlibat dalam pembikinan dan penghasilan filem ini terutamanya Les’ Copaque Production SB dan pengarah Mohd. Nizam Abd. Razak. Cayalah!!!

Thursday, February 12, 2009

1993, ekekEKe

Hai hai hai.... sungguh kelakar rasanya pagi nie.... Senior kat sekolah dulu telah meng'pos' gambar ni di facebook. Apa daaaa.... malu ada kelakar pun ada.... Apasal Den tak pernah ada gambar nie??? Ekekeke.... Anyway, nie gambar masa kempen bahasa inggeris pada tahun 1993. Den dah tentulah di tengah-tengah tu. Konon nak bagi seimbang sebab Den sorang jer yang lain. Ekekeke...

Yang sama-sama dengan Den sebenarnya semua senior dan dalam kumpulan tu, Den sorang jer yang melayunya (ohhhh kecuali yang pegang microphone tu adalah Abg Nazir). Aiiii macam tak percaya je tengok gambar nie!!!! Masa sekolah, masa yang paling best buat Den. Semua Den buat, dari koperasi, menari, sukan, debat, forum, hehehehehe.... Sekarang??? Someway, somehow, Den rasa Den nie dah jadi pemalu pulaksssss. Ahaksssss.... Selalu pula lidah kelu tak terkata-kata.


Ni pulak gambar yang di'pos'kan oleh rakan sekelas... Hoho... i miss my time!!!

Wednesday, February 11, 2009

TeaTeR MuziKaL iBU ZaiN


Teater Muzikal Ibu Zain akan dipentaskan semula!!!! Terima kasih kepada cik Koishie kerana maklumannya. Tak sabar nak pergi menonton kerana nama besarnya dan lagi tak sabar nak pergi menonton setelah membaca review persembahannya yang terdahulu :)

Teater Muzikal Ibu Zain dianjurkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Aman Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, Istana Budaya, Matic, Aswara dan De’Media & Event Entertainment.Muzikal ini diterbitkan oleh Siti Rohayah Attan dan diarah oleh Rosminah Mohd Tahir yang menjadi penulis skrip asal.Muzikal ini pernah dipentaskan pertama kalinya pada 12 hingga 18 Ogos 2008 di Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia ke-51 tahun.

Teraju utama teater termasuklah Liza Othman, Nur Fatimah Abd. Wahab, Tengki Iezahdiyana Nurhanie Tengku Alauddin dan Nurul Syariza Nor Azim sebagai Ibu Zain. Turut membintangi pementasan ini adalah Datuk Rahim Razali, Avaa Vanja, Mazin Ameen Siraj. Zaefrul Nordin, Tania Zalina, Sherry Syed Abdullah serta 50 pelakon lain. Datin Natasha Hudson juga akan membintangi teater ini sebagai Miss Ruth.

Persoalannya, "Siapa Ibu Zain?". Ibu Zain atau nama sebenarnya Tan Sri Zainun Munshi Sulaiman merupakan seorang nasionalis yang berjuang untuk kemerdekaan dan menghalau penjajah. Beliau sanggup berjuang ke mana sahaja sehingga ditembak oleh komunis di pahanya. Parut di pahanya itu dianggapnya sebagai Peta Merdeka. Ibu Zain adalah Ketua Kaum Ibu Kebangsaan yang kedua atau sekarang dikenali sebagai Pergerakan Wanita UMNO. Ibu Zain tokoh guru yang banyak berjasa juga tokoh persuratan dan penulisan.

Jom kawan-kawan kita ke MatiC :)
Tarikh persembahan : 13 - 22 Mac 2009
Tempat : MatiC
Harga tiket RM20, RM30 dan RM50.

Perjuangan & keringat serta air mata seri kandi inilah membawa kebahagiaan kepada kita hari ini. Dia pernah difitnah. Dia pernah ditembak. Dia pernah kehilangan suami,tapi dia tetap gagah demi bangsa, agama & negara. Dialah Ibu Merdeka. Saksikanlah Teater Muzikal Biografi Ibu Zain Anjuran Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan AMAN Malaysia dengan kerjasama CTRA Production, MaTic, ASWARA & Istana Budaya.

MaC di iSTaNa BuDaYa


Kategori : Teater
Tarikh : 09 - 14 Mac 09
Masa : 8.30 Malam


Teater arahan Erma Fatima akan dipersembahkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Cerita mengisahkan babak-babak penting dalam sejarah Rasulullah S.A.W yang pastinya menyentuh jiwa dan keimanan orang-orang mukmin.
Tempat Panggung Sari, Istana Budaya

*** *** *** *** *** *** ***


Kategori : Teater
Tarikh : 15 - 16 Mac 09
Masa : 3 PETANG & 8.30 MALAM

Masakini Theatre sekali lagi buat kali kedua mencungkil bakat-bakat baru secara spontan dalam penghasilan teater dalam jangka waktu yang sangat pendek iaitu 24 jam sahaja.
Tempat Lambang Sari, Istana Budaya


*** *** *** *** *** *** ***


Kategori : Teater
Tarikh : 20 - 22 Mac 09
Masa : 3 PETANG & 8.30 MALAM
Orkestra Tradisional Malaysia merupakan gabungan alat-alat muzik tradisional pelbagai kaum. Persembahan Orkestra Tradisional Malaysia ini akan menampilkan artis-artis tempatan terdiri daripada pelbagai kaum. Bersesuaian dengan konsep penubuhan orkestra ini, lagu-lagu yang akan dipersembahkan juga terdiri daripada lagu kegemaran rakyat sezaman.
Tempat Panggung Sari, Istana Budaya

Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:

BOX OFFICEISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558 Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)

Pembelian Tiket Secara Online http://www.ticket2u.biz/
Tel: 03-4149 8600

Tuesday, February 10, 2009

SuNGai LeMBiNG, PaHaNG

Perjalanan ke Sungai Lembing merupakan perjalanan yang tidak dirancang. Aku pernah sampai di sini tapi tidak berkesempatan untuk mengekplorasi ke seluruhan kawasan. Ketika itu aku sampai ke pekan ini pada waktu malam dan meneruskan perjalanan ke Gunung Tapis. Sememangnya pekan ini adalah pekan yang terakhir sebelum memulakan perjalanan untuk mendaki. Pelik sebab semua yang ada di sini, aku seperti 'dejavu'.
Sedikit maklumat mengenai Sungai Lembing, asal namanya dipercayai dari perkataan 'lembing' iaitu sejenis senjata yang digunakan dalam perburuan. Kisahnya berkisar pada sekumpulan pemburu di satu kawasan hutan yang dikatakan telah melontarkan sebatang lembing pada seekor kijang. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak di badannya. Setelah sekian lama, sekumpulan pelombong bijih tiba di kawasan ini. Sedang mendulang, mereka menemui sebatang lembing yang dipercayai pemburu tersebut. Maka dinamakanlah tempat ini sebagai Sungai Lembing. Namun demikian, tiada bukti yang dapat menyokong cerita ini.
Sungai Lembing pada suatu masa dahulu adalah bandar yang terkaya dalam pengeluaran bijih timah di negeri Pahang. Ini kerana kawasan Sg. Lembing merupakan kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar selepas Bolivia. Ia juga dipercayai mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam di dunia iaitu sehingga 1,400 ke 2000 kaki. Kewujudan Sg. Lembing berkait rapat dengan sejarah moden Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Kawasan Sg. Lembing diterokai oleh pihak British dalam bulan Febuari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,000 kaki persegi dipajakkan bagi tempoh 100 tahun dengan bayaran 1 sen setahun.

Pekan Sg. Lembing kini seakan bandar tinggal. Rata-rata penduduk tempatan yang ditemui merupakan warga emas.
Masjid yang terdapat di pekan ini. Penduduk di sini Melayu dan Cina, tetapi di kawasan pekan boleh dikatakan hampir kesemuanya adalah orang-orang cina.
Sebahagian kawasan pekan Sg. Lembing.
Sebahagian kawasan pekan Sg. Lembing, terdapat lot rumah kedai dan dewan orang ramai.
Pemandangan dari atas.
Alamak dah lupa!! Kalau tak salah ini pejabat pentadbiran (lebih kurang PBT) larr.
Inilah satu-satunya stesyen minyak yang ada di pekan ini.
Muzium SG. Lembing dibuka kepada orang awam setiap hari dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang kecuali pada hari Jumaat dibuka 9.00-12.15 dan 2.45 hingga 5.00 petang. Muzium ditutup pada Hari Raya Puasa dan Haji. Masuk percuma.
Inilah Muzium Sg. Lembing. Bahan yang dipamerkan adalah menjuruskan kepada aktiviti perlombongan yang wujud di Sg. Lembing ini. Apa yang ada dalam muzium ini memang mengkagumkan, orang dahulu memang hebat!!
Penunjuk arah ini sebenarnya menunjuk arah pintu terowong lombong.
Kelihatan pintu masuk terowong ke lombong 1. Tangga tu tak tahu ke mana...
Pintu terowong ke lombong 2.
Pintu terowong ke lombong ke ?. Ada banyak pula pintu terowong yang dijumpai kat kawasan sekitar ni.
Lebih kurang macam pemandangan Angkor Wat lar kononnya. Tak dapat dipastikan kawasan ini dahulunya menempatkan bangunan apa. Mungkin kawasan memproses timah kerana di atas bukit terdapat ruang bakar (oven). Mungkin pihak muzium boleh meletakkan papan tanda meletakkan sedikit maklumat.
Pemandangan dari atas kawasan '?'.
Bagi yang berminat untuk 'hiking', mungkin boleh mencuba ke menara Bukit Panorama. Dalam gambar stesen yang pertama. Terdapat 3 stesen ke semuanya dan Den hanya melepasi 1 setengah stesen kerana 'tour guide' tak beri maklumat lengkap. Aiii cit!!! Rugi betul!!!
Anak tangga untuk ke menara. Gambar nie, dah tentulah semasa nak turun :p
Sebahagian denai yang perlu dilalui untuk ke menara Bukit Panorama.

Mee Jawa sedap yang Den makan kat depan muzium. Memang sedap dan semua makan sampai tak ada apa yang tinggal dalam mangkuk.
Dah tentulah ini Den!!! Muehehehe

BuKa PiNTu..

Pernah suatu ketika seseorang bertanya susahkah untuk aku buka pintu dan melangkah keluar. Hee.. memanglah susah kalau nak pergi buka pintu pun ada sesi ambil gambar lagikan?!!!! Hahaha...

Gambar nie diambil khas dan ditujukan khas buat orang yang bertanya itu :)

Saturday, February 7, 2009

MY ReCeNTLY aDDeD ITeMS daN PeRuBaHaN??

Den?? Erm.... kaki jalan.... Kalau arwah Opah yang bercakap.... aku ini cucu jantan opah. Sebab? Macam-macam yang aku buat. Masa kecik di laman opah kerjanya mengangkat-angkat pasu, kemudian ke kebun mengait buah, memanjat pokok. Mengacau dodol dan bakar lemang pun bukan masalah bagi aku. Masa belajar aktifnya pelbagai, bermain yang 'sopan' tak berapa nak pandai. Heee... Dah kerja, tak tahu nak berhenti... Perginya merata dan tak reti duduk diam dan kerja sentiasa memerlukan kerja luar kawasan. Sebab itulah arwah Opah cakap Den ni cucu jantan. Kerja macam orang 'jantan' :) Opah.... Owhhh....

Se'jantan' aku, tetap cucu Opah... Setakat nak kukur kelapa dengan kukur kayu yang kena duduk bersimpuh, membuat kerisik, titik bedak sejuk, masak sikit2, menjahit sikit2, ke pasar dan kemas rumah tu perempuan jugakkan!!! Jiwa orkid dan layan bunga, ermmm cukuplah Opah... ke mana lagi kita erk!!!!!

Lain ke intro aku dengan tajuk yang aku tulis??? Hehe.. Berkait sikit, teringat dan dekatnya arwah pada aku..

Hari ini, Den nak kongsi koleksi Den yang baru, transformasi pada Den dan Den sangat-sangat suka.

LASAK

Kasut nie Den beli kat Phuket pertengahan tahun lepas... Beli sebab nak gantikan kasut yang dah ala-ala hampir uzur dan tak sesuai dibuat 'hiking' lagi. Dirasmikan di Gunung Stong tapi kasut nie memang Den pakai g jenjalan.


RUGGED

Jaket nie Den beli akhir tahun lepas. Sekali pandang dah berkenan. Ditahan-tahan dari membeli, but i just can't resist.. Beli jugak akhirnya dan jaket ini sentiasa dibawa ke mana-mana. Pakai jaket ni masa mesyuarat?? Mas, ko memang over!!! Hahaha... Dah meeting masa cuti kenapa??

KASUAL DAN A BIT FEMININ

Beg ini hadiah dari rakan-rakan di pejabat. Aku tahu korang baca nie, Terima kasih banyak-banyak. I love it so and so much!!! Kenapa beg nie?? Diorang tak nak Den bawa beg 'sekolah' datang pejabat lagi. Kalau betulpun nak bawa beg besar, biarlah ladies sikit. Hehehe... Beg nie selain pergi pejabat, Den suka bawa outstation untuk isi baju. Suka :D

TOTALLY LADY LIKE??

Ermmm.... ini yang paling terbaru.... Jam pink??? Wahhh...

Tuesday, February 3, 2009

ATTacHeD To RoYaL BeLuM STaTe PaRK, PeRaK

BeLum. HaHa belum habis lagi bercerita pasal Belum!!! Untuk dikongsi bersama dan ingatan diri sendiri.... Tak semua dapat diletakkan di sini kerana u have to be there to feel it and to see it...

THe PLacE
Menara atas bukit... Nak mendaki wahhhhhhh cungap juga bagi yang tak biasa!!
Titi galah kat kampung orang asli....
Sempat juga aku 'casting' kat atas titi nie dengan Mud!!!


Perkampungan orang asli

FLoRa n FauNa - wiLDLiFe
Salt Lake (tapi sebenarnya bukit Garam)...
Gajah korek bukit nie untuk dapatkan mineral.


Pokok paku raja yang banyak kat Pulau Batu Putih. Dipercayai pokok ini telah wujud dari zaman dinosour lagi. Rupanya seakan-akan pokok palma. Merupakan pokok paku yang paling besar.
Bunga rafflesia yang menjadi pujaan.
Untuk melihat bunga ini perlu juga nasib yang baik.



Cik Lipan... diam-diam jer merayap...
Not the biggest as i seen kat Stong but hehehe suka jugak!
Labah-labah. Aiii susah nak tengok betul-betul.


Belalang daun dengan penyamaran yang sangatlah mengelirukan.
Bagi kaki pancing, seronok kalau dapat nih buat umpan!!!

Ikan kelah hanya boleh didapati di kawasan air Kelas I dan IIA..


PeMaNDaNGaN daN PeRasaaN