FReNs iN KaKi JaLaN

Saturday, January 31, 2009

RoYaL BeLuM STaTe PaRK, PeRaK (DaY 1)

Erm..... Kaki Jalan terbaru di pekan Gerik dan Belum.... Nak diceritakan panjang berjela nanti. Jadi, kita story dengan gambar sahaja... Okessss....
Pagi hari di pekan Gerik. Pemandangan dari bilik 'tumpangan'.
Hujan lepas subuh sampai nak ke tengah hari..

Sarapan pagi. Lapar seh sebab hujan!!
Ready to go. Tengah susun barang dalam bot.
Oh yaaa.... my partner Ann. She's Sarawakian n a life saver...
Huwaaaa dasyat Ann!!!...
Ermmm.... should it be putted as my kitchen??? Ekekeke
Orrait.... hiking naik menara ambil masa 30-40 minit.
Tinggi menara nih, sian kat Apai pancit!!! Ekekeke...
Dari kem naik bot untuk ke sini.
Sebahagian pemandangan dari atas menara.
Wahhhh pandangan bahaya... Ekekekeke
Another boat ride, n sampai ke lokasi kedua. Hajat nak tengok bunga rafflesia.
Ini kubisnya, nak tunggu kembang makan 8-9 bulan lagi :D

Ini bunga rafflesia, tapi dah nak layu....
Warna merah telah bertukar menjadi coklat.

Malam nie kami makan ala-ala 'carbait dinner'.
Dalam hutan mana ada candle light dinner.
Lilin dah tukar jadi carbait :)

Thursday, January 29, 2009

Matahari (OST Jelita) - Agnes Monica

tertutup sudah pintu,
pintu hatiku yang pernah dibuka waktu, hanya untukmu
kini kau pergi dari hidupku
ku harus relakanmu walau aku tak mau

* berjuta warna pelangi di dalam hati
sejenak luluh bergeming menjauh pergi
tak ada lagi cahaya suci
semua nada beranjak, aku terdiam sepi

** dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku
ucapkan matahariku puisi tentang hidupku
tentangku yang tak mampu melakukan waktu

repeat *

dengarkanlah kau matahariku
dengarlah matahariku suara tangisanku
ku bersedih karna panah cinta menusuk jantungku

repeat **

[entah!!! tapi sedap pulak dengar lagu nih!!!]

Wednesday, January 28, 2009

TAG : things I cant stand

Alahai Yani.... 'timo kasih' larr kerana menge'tag' Den ni haaaaa... Den cuba aaaa.....
Things that I cant STAND are :

1-Malaysian driver yang tak gheti bagi lampu signal
(eeee tak paham betuiiii!!)
Den ni memang geram bangat bila kete tiba-tiba cilok sana, cilok sini, berhenti suka-suka hati, belok suka-suka hati.... Ikut suka depa larrr nak cilok ke, nak berhenti ke, nak belok kiri ka, nak belok kanan ka, tapi awatlarrr susah sangat nak bagi lampu signal. Memang menyusahkan orang lain sebab nak potong pun salah, nak dok kat belakang depa yang dok konpius-konpius tu pun salah. Yang berhenti tepi jalan, tapi makan atas jalan aiiiii lagi larrr Den ishk. ishk. ishk.... Lagi Den geram, kalau kete jerr besar tapi lampu signal tarak!!!! Aiiiceh!!! :p

2- Manusia yang tak gheti nak senyum....
Nie satu lagi benda senang, tapi ada orang yang susah sangat nak buat. Awat larrr mahal sangat kaaaa senyum depa tu.... Ishkkkk awat tetiba cheq cakap utagha nih?!!! Ekekeke... Takde... Memain jer...... Geram betul, bila kita senyum kat orang, lepas tu, orang buat dek je atau paling best siap jeling pulak.... Ahaiiiii.... Sombong seh.... Den raso, diorang yang tak gheti nak senyum nie, tak rasa nikmat 'ringan hati' aka senang hati aka sejuk hati kot.... Semuanya masalah agaknya!!!! Aaaaaaa..... i don't know....

3-Cakap beria-ia
Nie, sebenarnya susah jugak nak cakap.... Ada orang yang cakap beria-ia, marah beria-ia, tapi bila tanya balik aiiiiii tengok-tengok bendanya tak adalah sehebat mana pun.... Baru buat/ pergi sekali dua, bunyi macam dah professional habesssss.... Marah beria-ia, bila di'offer' aiiiii banyak pulak alasannya.... For me, ghentikan jer larrrr.... Sekarang dah tobat, baik gerak sendiri lagi senang hati....

4-Durian dan tembikai susu
Ekeke.... bosan cakap pasal orang jerr.... Macam larrr Den ni baguih sangat!!! Tapi semua kat atas tu, semua yang Den tak dapek nak terima. Apa diskripsi yang paling baik untuk durian ngan tembikai susu nie erk???? Ermmmm..... Rasanya larrr..... Satu rasa cam durian. Satu lagi rasa tembikai susu.... Tekak Den ni tak boleh nak terima.... Durian memang orang takkan letak sekali ngan buah lain kan?! OK, tu memang dah jelas. Buah lain yang dihidang together2 dalam piring sekali ngan tembikai susu pun Den tak boleh nak terima. Sebabnya??? Buah tu dah kena 'jangkit' rasa tembikai susu.... Huhu.... sori larrrrr.....

5-Eh, kena bagi 5 ke atau banyak mana yang kita tak boleh terima.... Cukup-cukup larrr tu erk!!!!

Jadi, oleh kerana Den dah di'tag', maka adalah bijaksana juga kalau Den menge'tag' kawan-kawan kat luar sana untuk bagi list out Things I Can't Stand.... Lain padang lain belalang, Lain orang lain ??? (ngeh2, lupa!!).... Rambut sama hitam, hati lain-lain....
Kat sini, Den nak tag :-
  1. Fakhzan
  2. EncheK JaNGGeL
  3. CiK KoisHe
  4. PwiNcess DhiYa (aiii-chaiyok)
  5. CiK Lili PuTiH (aiiiyaya-chaiyok, chaiyok)

Wednesday, January 21, 2009

PRoJeK KoKeN: TeaTeR KoMPiLasi



Tag Line : 4 Kes – 1 Motif
Tarikh : 28 JAN – 1 FEB 2009
Masa : 8.30 malam (28 Jan – 31 Jan)3 petang dan 8.30 malam (1 Feb)
Tempat : Stor Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur
Tiket : Melalui sumbangan minimum RM 20.00.
KONSEP
Teater Kompilasi Vol. 1 adalah sebuah kerja kolaborasi 4 orang pengarah. Dengan menggunakan tag line 4 kes satu motif, teater ini akan dibahagikan kepada 4 cerita yang dihasilkan melalui proses devised di antara pengarah dengan pelakon dan proses ini diikatkan dengan satu tema iaitu Kuasa. Ke empat-empat cerita ini akan dipersembahkan selama 30 minit setiap satu secara berterusan selama 2 jam.
TEMA
Tema bagi projek ini adalah Kuasa. Melalui tema ini ke empat-empat pengarah bersama pelakon akan menjelajahi isu-isu berkaitan dengannya seperti penindasan, dendam, cinta, pembunuhan dan sebagainya.

Monday, January 19, 2009

LaYaNG-LaYaNG

Hujung minggu baru nie, aku mengajak seorang teman untuk mengikut aku. Dialognya seperti berikut:-
KMz : Salam. Yani, wat apa? Nak ikut I tak?
Yani : Tak wat apa. Nak g mana?
KMz : Kita g main laying-layang.
Yani : Layang-layang?? Mana ada orang besar main layang-layang!!!
KMz : Eh, ikut jer larrr…
Yani : Saya tak ada layang-layang.
KMz : Takpe

Minggu yang sebelumnya, ketika aku ikut Teh Tarik Session (TT) dengan satu kelab komuniti, diorang tanya ada cadangan tak untuk aktiviti kelab. Dialognya seperti berikut:-
Admin : Eh, korang ada tak aktiviti-aktiviti ringkas dan senang buat?
MZ : Senang? Erm…. Main layang-layang (lepas tu aku senyum)
Admin : Layang-layang? (muka yang sangat ‘konpius’)
MZ : Ha’ah. Layang-layang. Lepas tu kita sambung dengan aktiviti lain.
Admin : Ko betul ker?
MZ : Ha’ah. Betul!
Admin : Menarik jugak!!!
Dalam ramai yang aku ingat dah ramai orang main layang-layang, rupanya masih ada yang terkejut bila aku cakap “Jom main layang-layang!” Macam pelik sungguh bila aku sebut layang-layang tu. Layang-layang tu budak-budak je yang main!!! Aiiiiiii korang nie awat larrr tak percaya cakap aku!!

Apa jadi pada Yani dan Admin kelab aku? Yani cakap “Owhh, rupanya macam nie main layang-layang. Lepas nie boleh pergi lagi.” Admin pulak minggu baru nie terus beli layang-layang. SMS tengah-tengah hari rembang ajak main layang-layang. Aku cakap “Uiiii panaih wehhhh sekarang. Kalau petang sket lain citer”. “Eh, petang nanti kitaorang main lagi!” “Uiiii…. Hahhahahaha…” Suka betul aku bila korang dah ‘jangkit’ main layang-layang nih!!!!
Nak diceritakan dulu masa budak-budak, aku tak pandai pun naikkan layang-layang. Kalaupun layang-layang tu nak terbang, sebab aku berlari je.. Aku belajar main layang beberapa tahun lepas, sebab Pakcik dan Acik suka betul main layang-layang. Biasa kami pergi main di Taman Metropolitan yang terletak di tepi MRR2. Taman ni adalah satu-satunya taman yang diwartakan sebagai kawasan permainan layang-layang kat Malaysia ni (setakat ni, memang nie je yang aku pernah jumpa. Memang ada papan tanda, kawasan permainan layang-layang!). Kalau lalu tempat ni, dari jauh pun dah nampak kemeriahannya. Tak percaya, try pi tengok! Betul!!!

Main tepi pantai lagi seronok. Angin kuat, jadi layang-layang memang tak sabau-sabau nak melayangkan dirinya. Kadang-kadang bila dah naik,ikatkan tali pada tunggul kayu, makan larrr sambil tengok layang-layang tu main-main kat atas…. Macam layang-layang aku, ikan pari dan ikan ‘jaws’ bukan melayang-layang tapi berenang-renang kat atas. Ekekekee….

Kesimpulannya, jom lerr kita main layang-layang… Den ni teringin benau nak main wau. Jeles bangat bila ada orang naikkan wau. Wau tu bukan sekadar klasik, tapi bila kat atas uiiii gah!!!! Agak-agak kena wat trip homestay kat Kelantan/ Terengganu untuk main wau nie kot! Ahakssss…..

me N mY BeaUTiFuL LaYaNG-LaYaNG LoRRR
LaYaNG-LaYaNG PaKciK kaT BaGaN LaLaNG

Sunday, January 18, 2009

MeLuR @ MeLoR @ oMPuTiHNYa JasMiNe

Bunga Melur. Bunga yang sangat sinonim sebagai bunga India. Tak ada salahnya bunga melur itu sehingga disebut begitu sehingga ada yang tidak suka padanya. Pelik, bila sebut 'jasmine' tak ada pulak orang sebut apa-apa(ermmm??).

Selama aku hidup, aku tidak pernah terniat untuk mendekati melur. Memegang, mahupun cuba untuk mencium baunya. Walhal, aci depan rumah tiap-tiap hari memetik pokok bunga melur di depan rumahnya.

Melur. Putih.
Melur. Halus. Mulus.
Melur. Erm….. harum (aku rasa khayal!!!).

Pernahkah anda lihat bunga melur? Pernahkah anda cuba pegang? Pernahkah anda rasa? Pernahkah anda cuba hayatinya?

Perkenalan aku dengan melur, uuiiiii. Aku jauh dari melur dan tidak ada sikit rasa pun untuk mendekatinya. Teruknya!!!! Aku bertuah kerana masih berpeluang untuk kenalinya semula. Perkenalan semula semasa Puteri Gunung Ledang pertama kali dipentaskan di Istana Budaya. Aku lihat dan rasa wanginya. Tapi aku biarkan ia sehinggalah baru-baru ini, aku berkenalan semula dengannya di pementasan Raja Besar Senyanya.
Belum lihat bayangnya,“ Harumnya, bau apakah ini?”.
“Apa didepan sana?”

Sebaik melangkah, alangkah terkejut melihat melur di dalam bekas tembaga yang disusun sepanjang perjalanan masuk ke dalam dewan. Owhhhhh…. Terasa seperti bidadari di dalam taman!!! (Apa jugak yang aku mengarut nih!!!!!!!)

Oklah dipendekkan cerita, I am too skeptical about this flower for a long time until recently I get to know about this flower for the first time and my perception changed!!! Bunga melur, kecil dan comel. Pernah cium baunya? Wangi!! Baunya sangat sedap, khayal dan mengasyikkan.... In my experience, I took it back with me (tak banyak, separuh genggam), I put it in my handbag and it surprised me…. Bunga melur tu memang dah wangi, pegang pun terasa diri sendiri wangi (light) tapi yang best my handbag remains wangi for days dan wangi tu pula lekat pada purse…. Ermmmm…. Dah jadi macam orang tak betul bila asyik cium purse sendiri (nak cium handbag, orang kata betul gila pulak budak nih!! Ekekekee). Wangi!!!!! Malam tu juga sebenarnya aku keluarkan sedikit tabur kat tepi bantal, sedapnya tidur….. Betul macam aromatheraphy…. (bila juga cerita nak pendek nih?)…..

So and so, friends out there get yourself to know better about this flower… I like it :)

Friday, January 16, 2009

aKHiRNYa SeNYuM

After a while, dah lama rasanya tak boleh nak senyum sendiri.. Ada pun, senyum masa berborak dengan dua orang uncle di Accordian Hotel yang tengah lepak-lepak lepas breakfast air kopi dan roti bakar. Memang seronok jugak borak ngan uncle tu, ingat-ingat sejam lebih kot berborak. Itu dua minggu yang lepas dan senyum yang sebelum itu, aku pun dah tak ingat bila. Adakah itu sangat menyedihkan???
My personal life been miserable... It's gone with da wind bila my job overrule my whole life.... Dah di pejabat kerja. Di rumah pun sambung kerja... Tak cukup dengan itu, sampai public holiday pun kerja... End result, pergi mana pun tak senang sebab teringat kerja, dan semua rutin biasa pun ya ya ya...... gud bye!!!! Teruk, bil pun sampai lupa nak bayar!!!!
Arini no sad story.... semalam i'm back to as what i am before (meaning life back to normal).... Went to gym sebenarnya dah dua hari dan dah dua hari tak bawa apa-apa kerja balik rumah. Hehehehe.
Cerita pasal gym, my first day after a long break (dekat 4 bulan kot, tak work out!!) was frustrating.... Seriously..... Be in rpm class, not even reach half an hour i slow down, peh tu berenti. Muscle pain.... Me still in high spirit, but what can i do.... If i push myself, it would be worst!!!!! So i stopped. Ermm...... Yesterday was my second day, ermmm..... not bad!!! Boleh tahan larrrr.... hope dapat naik balik stamina..... dan semalam 'Bodyjammed' class make me smile through whole class.... Sungguh larrr tak kisah kalau ada orang cakap macam kerang busuk pun! Hahahahaha.... Puas hati.... Dah lama sangat tak masuk dan i still get the step!!!! Huwaaaaa terasa ke'best'an diri sendiri.... Ahaksssssss.....

Thursday, January 15, 2009

Blog Rock Award

Award dari Yani.... buddies masa Secondary School.... Muehehehe.... Thanks Yani.... Den pun belajau dari blog ko.... Your Blog RocK!!!

1st time dapat award dah cukup terharu.... "Love is blind, but friendship closes it's eyes"? uiiii lagi berganda-ganda terharu.... muahsssss... (untuk Ako dan Alani sekali!)



***the rules***

1.Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.
2.State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.
3.Each blogger (upon acceptance) of this award should do a post and show the award on their blog and put the name and link to the blog that has given her/him the award.
4.Show these rules…

I dedicated this award to :

1- Yani (again!)

2- Fakhzan (take my heart)

3- Cik Janggel (aiii macam-macam)

4- Cik Amid (ide kambing!!! :p)

5- alamak! Kena tambah kawan blogger lagi nie!!!!!!

Silalah terima ya, walaupun dah dpt award nie buat sekian kalinya... muehehe....

Wednesday, January 14, 2009

KeRaNa aPA??

Baru-baru ini aku menghadiri bengkel bersama ‘stakeholder’. Tidak ada yang luar biasa mengenai bengkel ini cuma… di akhir bengkel aku telah disapa oleh seseorang. Terkejut dan terkelu apabila soalan yang tiba-tiba terpacul dari mulutnya, “Cik, boleh saya tahu kenapa cik kerja dengan alam sekitar?” Wah, macam mana tak terkejutnya aku!

Aku tengok dia. Lelaki yang sememangnya banyak betul bercakap tadi. Macam mana lar terbuka pula hatinya nak bertanyakan aku soalan seperti itu! Ini semua pasal bos akulah, dok sebut-sebut nama aku. Cessss…..

“Maksud encik?”

“Iya, kenapa cik kerja dengan xxx”

“Pelik juga soalan encik ni. Tapi saya minat terutama ‘studi’ yang macam ni. Memang masa belajar dulu pun, saya bercita-cita untuk bersama xxx dan perunding alam sekitar. Masa buat pilihan kursus, kursus berkaitan alam sekitar memang pilihan pertama”.

“Kenapa cik tanya?”, aku soal balik.

“Saya cuma nak tahu sama ada cik benar-benar menjiwai kerja cik atau terpaksa kerana tiada pilihan”.

“Terpaksa? Oh, tidak! Jauh sama sekali”

“Ada ramai juga yang saya tanya, mereka menjawab kerana tiada pilihan, terpaksa. Tiada pilihan termasuk kerana tidak mendapat pekerjaan lain.”

“Oh!”, sekali lagi aku terkejut.

“Good to know you. Nice chat. Jumpa lagi”, lelaki itu tersenyum dan kemudiannya meminta diri.

Hingga ke hari ini aku masih berfikir. Berapa ramai yang berada di luar sana, berkerja kerana minat? Berapa ramai berkerja kerana terpaksa? Betulkah aku berada di sini kerana minat? Kalau betul minat, kenapa adakalanya aku juga merasa bosan?

*Ulangan dari Apa Yang Aku Rasa July 14, 2008

Tuesday, January 13, 2009

MaCHO

"Eh sedih ye, ooh sentimental jugak ye? Ingatkan macho yang extreme!"

Huwaaaaaa….. itulah kata-kata tajam yang menyusuk jiwa tetapi mengelikan hati. Bukan kalau sudah namanya perempuan (manusia?), mestilah sentimental! Tapi macho yang extreme? Hahahaha…. Tak pernah aku ingat yang aku pernah melafazkan kata-kata itu. Macho kalau mengikut kamus dan mengikut pemahaman aku, sifat lelaki yang suka menunjukkan kekuatan fizikalnya, kurang sensitif dan lain-lain sifat tipikal lelaki (macho behaviour emphasizes a man’s physical strength, lack of sensitive feelings, and other qualities considered to be typical man. Macho man - a man who is always trying to show that he is strong, brave, etc). Hahaha…. Fikir-fikir balik….. Arghhhh minta maaflah… Macam tak kena je!! Mana ada macho women! Abes-abes dengar pun ‘iron lady’, ‘first lady’, pretty lady, pretty zinta, etc adalah!! Pretty Mas?? Hehehehe…

* ulangan dari Apa Yang Aku Rasa July 2008

Thursday, January 8, 2009

MY NeW YeaR 'CeLeBRaTioNs'

owhhhhh..... Harap tak terlambat untuk ucap Selamat Tahun Baru untuk teman-teman yang sudi melawat blog rojak nih dan Selamat Tahun Baru juga untuk diri sendiri..... Apa yang korang suma buat erk malam tahun baru, pagi tahun baru, petang tahun baru dan malam tahun baru????? Suprisingly......

Tahun nie, tahun baru yang paling tak meriah buat aku in terms of celebration (in da short term). However, in the other way, i hope the 'kick' start activities of 2009 will continues bring me to the top. Semua sekali - in my workplace, my dream and to my personal life. I'm really looking for it!!! Owhhhh wish me luck!!!

Malam tahun baru, dah check-in kat Seremban. Seawal 8.30 pagi iaitu tatkala orang lain best berguling-guling atas katil bangun lambat (aiiiii bestnya!!!!), dah kena attend meeting. Meeting yang berlarutan dari pagi membawa hampir ke tengah malam. Pening kepala tapi macam best jugak sebab duduk dalam committe yang 'not for me to sit in' sebab dalam tu, aku yang paling cikai (meaning less experience and level paling rendah sekali). Buat dasar??? Huh!!! Meeting larut sampai 2nd January....

Pagi 2hb, tiba-tiba ter'pasang' satu lampu...
"Alamak......5hb ari apa?"
"Isnin"
"What?" "Meaning?"
"Monday have to come back here larrrrr"
"Owhhhhh"

Fikir-fikir, dah lama tak 'escape'. Aritu pergi Kenyir pun tak senang. Bercuti separuh hati, asyik ingat kat pejabat jer. Balik dari Kenyir, tak sempat rehat, terus full force kat pejabat - pergi site, wat report, attend meeting, aiiii.. Ermm..... Bagpacker to Melaka? Bagpacker to Port Dickson? Timbang-timbang..... MELAKA here i come.....

Pergi Melaka, dengan tak de baju jalan kecuali baju-baju formal (kerja). Luckily sekarang Megasale.... Oklar tu borong t-shirt dua helai kat Seremban Parade, lepas tu terus gerak ke Melaka.... (cerita di Melaka, in separate story larr nanti.... ekekekeke)... Yezzzaaaaa...

So and so, ari Isnin di Seremban semula sampailah ke petang rabu... Sungguh larr cam wanita berkerjaya betul! Kalau arwah Opah ada lagi, memang dia pun geleng kepala... Bila lagi 'cucu jantan' dia nie nak berhenti dan jadi perempuan?!! Aduh!!! Nanti yer Opah, Mas on da way... Hehehe...

Pagi nie.... malasnya nak buat kerja.... baca-baca blog.... jiwa-jiwa.... makan-makan.... huiiii best.... Sori bos!!! Dan sori pada sesiapa yang Den ader utang keje.... hari nie otak tak jalan lagi.... Dah jammed!!! Muehehehe....
Esok malam nak tengok Makyung!!!!! Eeeee best!!!!!! :)


* Selamat Hari Ulangtahun buat Lemang Opah Style a.k.a savvykaya... Tak ada larrr postpone birthday present :p

Monday, January 5, 2009

MY FiRsT MaSuK KaMPuNG EDisi 2009

Untuk entry kali nie, tak sompek den nak nulis panjang lebar.... Just intro jer dulu.... Banyak benda yang nak dikongsikan kat sini.... Arini kita berkenalan dengan Minah.... OoooOO Minah erk.... Kisah aku dan Minah berebutkan susu kambing!!!

Nie nak kenalkan. Monyet yang muka yang macam sedih nie, namanya Minah... Kenapa muka dia cam sedih?? Sebab dia jeles tuan dia bawak orang lain datang kat kawasan dia iaitu dalam Kandang Kambing yang mana dialarrr yang menjaganya dengan setia. (Bukan muka sedih nih... muka jeleskan!!!)

Ok.... ni larrrr cik Amid. Tuan punya kandang kambing dan kambing-kambing dalam kandang nie larrrr... Minah tu kira best pren larrrr kat sini... Minah tu manja....
Minah tengah tengok susu kambing yang cik Amid bagi dalam kandang... Eksen seh!!! Susu tu kotor sebab kena lantai kandang... Minah tengok jerr... Sebelum nie bukan main nak...
Cik Amid, sambung perah susu kambing!

Nieh, den pulak nak cuba... Bos kata memang dah reserved kantung kambing nih supaya aku senang wat keje.... hahahaha... Minah tengok jerrr sebab dia nak susu kambing dalam bekas yang aku pegang tuh!! Uiiii nervous!!!
Bila dah perah, susu kambing tu kita tapis dulu baru boleh minum! Cuba tengok Minah! Memang muka tak sabar-sabar nak minum susu kambing tuh!
Ohhhh Minah marah.... Minah marah sebab Den amek susu tu... Bahagian dia dah habes!! Haha
Ni akhirnya dapat jugak Den minum susu kambing fresh dari kambing.... Nie termasuk susu yang Den perah tau!!!!! Susu fresh nie, mak aiiiii memang sedap gilesssss.... Cik Amid, tambah lagi!!! Mintak maap yerrr Minah.... Huuuuuuu suka betul!!!!!!
**
Nanti bila ada kesempatan, Den nak citer pasal tempat yang Den pegi nih.... Seronok!!!! Arini tak sompek sebab Den nak kena gerak ke Soromban..... Daaaa.... Don't miss me ya!!!! Hahahaha

MAKYUNG RAJA BESAR SENYANYA

Kategori : Teater
Tempat : Istana Budaya
Tarikh : 09 - 11 Jan 09
Masa : 8.30 Malam



* apasal tak ada further info? Ada ke tidak persembahan nih?? Sinopsis???