FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, November 2, 2008

Oooo YeRRrRr SYMP!!!

Keje hujung minggu?? Oh, bosan! Bosan!! Tapi lebih baik begini kerana kerja lebih tenang.
Apalah daya melawan takdir kalau kebetulan duduk di pejabat dan dapat panggilan Bos?!! Oh, bosan! Bosan!! Bosan!!! Terberhenti dari kekusyukkan!
Kusyuk ke? Kusyuk bila buat kerja tak ada yang mengganggu. Tumpuan kita satu perkara sahaja. Tak macam hari kerja lain, ahhhh macam-macam!! Tak boleh duduk untuk satu kerja saja. Ishk!!
Ermmm… nak kena tune balik otak nie sambung keje tadi. Esok bos dah bagi kerja lain (ad-hoc). Cessss!!!
Oooo yerrrr SYMP!!!

Friday, September 26, 2008

Taman Negara Kuala Tahan, Pahang

Taman Negara Pahang, diam tak diam, sudah dua kali aku ke sana. Taman Negara paling seronok semasa menaiki bot dari Kuala Tahan. Pada masa ini, jalan darat untuk terus sampai ke Taman Negara masih lagi baru dan tidak cukup ‘feel’! (ulu Tembeling)


Di Taman Negara banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kalau balik bilik untuk balik mandi dan tidur malam saja. Taman Negara – hiking ke Gua Telinga (melihat kelawar, pelbagai jenis ular dsb), jambatan gantung (uji gayat!), night walk (melihat haiwan keluar minum), mandi di jeram dan di Lata Berkoh (air terjun), mandi bersama kelah di Santuari, bersumpit di perkampungan orang asli dan duduk santai sambil makan tak berhenti-henti di restoran terapung memang tidak dapat dipisahkan.

Ada satu aktiviti yang aku teringin nak buat di sini, tapi tak ada cukup keberanian ialah tubing. Tubing ialah aktiviti hanyut dengan pelampung sepanjang sungai di mana kalau di sini sungainya berjeram dan mempunyai kedalaman 20-30 kaki. Ermmm… tak sanggup!!

Banyak lagi cerita belantara. Lain kali kita sambung!!