FReNs iN KaKi JaLaN

Sunday, July 23, 2017

RaYa Ku TuNGGaNG TeRBaLiK BiLA JuMPa GeNG SeKoLaH ReNDaH

Assalamualaikummm...

Salam Hari Raya!  Dah habis raya ke tu??? Tak puas lagi? Hahahaha

No story mori hari ni... cuma nak share gambar betapa raya kali ni makin menjadi-jadi pulak geng kenal berhinggus tapi semua dah lawa dah ensem belaka ni..  Sekali dengan anak bini deme angkut sekali dengan deme kome tunggang terbalikkan yer...

Ramai jugak geng sekolah rendah aku ni kat kampung.. ni yang sempat raya sama, tak sempat pi sambung raya kat pekan Kolumpo pulak! SAKAN!

Apa pun, tahun ni ada lain sikit bila berjaya menjejak kasih sorang lagi kawan lama tapi bila sebut je semua orang leh ingat.. Terror juga kepala otak memasing ni mengingat kengkawan. Ara ni kejap je satu sekolah ngan kitaorang.. dari darjah 1 sampai darjah 2, tapi bila sebut nama je yang lain semua boleh terbayang oooo Ara yang masa sekolah tu rupanya sekian sekian...... lawak!


 Raya rumah Su... Kali pertama jumpa Ara setelah ditelefon dan 'paksa' datang! Hahahaha

Raya rumah Hana.. ni pestaim Junaz pulak join beraya

Posing depan rumah Hana...

Raya umah Amy - dari kecil2 sebab maklum last minit sekali selori 3 tan kitaorang serbu.

 Mata belalang cari rumah nak serbu!

 Raya rumah Hani.  Deme satu famili mak ayah adik beradik semua dah jadi famili kitaorang gak!

 Love yer

 Gegurl yang sempat datang

Hero dua orang tu pun nak masuk frame.

Muka ploles sebab kamera hahahaha.

 Raya rumah Jijoi di KL... tapi dalam gambar bukan Jijoi... Man ni gigih datang dari Klang hahaha

Dah sepuluh kali round makan tunggu Daus dari Subang.. Last2 dia sampai tepat pukul doblas malam bawa student2 dia pulak...  Tapi gambar tak ambil dah sebab rasa dah tak cun.

Raya kat rumah Adrie pulak dah.. kasi can sebab dia tak sempat jumpa kat kampung meh kami yang pi serbu.

See... famili pun tarik masuk jugak! Hihihi SUKA!

Tazzabar nak berREUNION pulak... katanya version baru hahahahaa...

Sunday, June 18, 2017

BERBUKA PUASA DI TANAH TINGGI CAMERON HIGHLANDS

Assalamualaikum....

Haluuuu.... Puasa ke semua??? Atau tak puasa sebab musofir??? Aiii alasan sangat! Is kenot ok!!!

Buka puasa baru ni tak tahulah tebiats apa yang telah melanda, tiba-tiba geng ajak pi lawat abam kawasan Cameron Highlands iaitu Janggeltrekker dan buka puasa di tanah tinggi.  Katanya juga jom ler berpuasa sambil bermusafir, baru tak terasa sangat puasa ewahhhhhhhh.

Jadi, aritu kami Chawanna sekeluarga, Pae, kak Coco, Kaki Berangan pun bergerak dari pekan Kolumpo menuju ke Cameron Highlands.  Pagi lagi kami dah sampai seusai bershopping terlebih dahulu di Kampung Kacang Putih di Ipoh (sebabnya nak naik dari Simpang Pulai).  Shopping kacang tu pulak sekali nak beli untuk stok raya, SONANG!

Disebabkan kami naik ikut Simpang Pulai, perhentian pertama di Cameron Highlands adalah di Lavender Park.  Tempat ni biasalah tempat orang shooting-shooting drama filem bagai bajet macam oberC (hihihi)... Tiket masuk ke tempat ni bagi dewasa RM8/ seorang dan RM5 bagi kanak-kanak.  Gambar kat sini takyah share le ye sebab cam dah pernah share dulu... 

 Sedap nor tengok Aqilah makan aiskrim dan buah strawberi wehhh.. Hari ni mummy dia kasi cheat day tak puasa.

Lepas tu dah tengah hari, kami terus ke Taman Abang untuk book buffet buka puasa yang katanya tengah viral sekarang.  Tak ke pelik tetengah hari pi tempat makan?!

Sambung lagi jalan sebelum balik homestay... Kali ni berposing di ladang teh... Opkos syarat wajib bila berkunjung ke Cameron Highlands ni.

 Walaupun dalam gambar tak nampak terik, sebenarnya masa ni matahari masih lagi kat atas kepala!

Eh bila Aqilah besar? Hahahaha.. Ohh emmm geeee.... baru perasan muka Na sebijik Aqilah! eh terbalik!

Tapau skon dan strawberi shake sebelum balik.. Ni gara-gara takut nanti malam tak dan nak beli dah kedai tutup hahaha.

 Dalam pukul 6.30 kami pun sampai di Restoran Taman Abang Steambot & Grill. Bersemangat sungguh rasanya, almaklumlah nak berbuka puasa!

 Tadaaaa.... sayur-sayuran... Pilihan dia opkos ada yang beza dengan stimbot kat bawah..

 Yang ni untuk grill.

 Segala mak datuk bebola pun ada.

 Lauk pauk kena sambar cepat.  Hari tu ada top up tapi tak banyak laaa.. Jadi yang ni kenalah ambil awal dan ambil pun berpada-padalah jangan membazir ok!

Ni meja kitoarang... memasing dah ready gayanya.

 Ok orang lain hilang pi ambil makanan!

 Air ada banyak jenis.

 Sabar... Sabar....

Dan akhirnya selesai... Alhamdulillah... Makanan sedap... Kuah dia pun sedap...  Berbaloi makan kat sini dan puas hati.

Haaa siap untuk bersahur pun ada.  Untuk tempahan boleh call no dalam gambar ni.

Harganya....  Makanlah sampai tak lalu nak makan dah miahahaha...

And all of us... Selamat berpuasa semua :)