Haluuuu....
Assalamualaikum...
Salam kenang daku dalam doa makan mu jua... hihihihi...
Lama tak share port makan ni... Ada, tapi tak sempat. Hari ni, sebab lapar, kita buka folder gambar kita, kita jumpa gambar kita makan kambing. Peberet kita sangat ni... phewww phewwwwwww......
Sebenarnya, dah banyak kali kita cuba nak makan kat kedai ni. Nama dan ke'femes'annya telah menarik tertarik hati kita ni. Tapi bila cari ikut waze, takde pun kedai kambing bakar sahara... Bila telefon kawan kita, "Mas, i ingat u salah tempatlah.. Biasa bukaklah!"... pastu kita pun garu kepala haih!
So, pada suatu hari kita ada event kat Setia Alam... Kita check cik waze, ada pula nama yang kita cari kat sini.... Search "Restoran Cik Tri Sahara" ye.
Lokasi restoran ni di no 44, Jalan Setia Utama AS U13/AS, Shah Alam.
Yang ni kita order air lemon. Almaklumlah kunun cam nak slim walau makan banyak hahahahaha
Ok.. kita order set kambing bakar dengan nasi. Portion dia banyak juga cam boleh kongsi dua orang tapi lebih kasi can meratah kot hiksss... Kalau tak order set nasi, boleh je order ala carte.. SAYA NAK KAMBING SAHAJA! gitew! Harga set RM14.50.
Lepas tu kita order sup kambing juga... Marbeles juga rasanya tapi pedas gak ni, nampak dak cili padi depa buboh tu... Harga set RM10.
Untuk menu kambing lain yang kita perasan, ada juga kari kambing dan sup gear box kambing... Sup ayam dan daging pun ada, andai kata ada ahli rombongan tak makan kambing.
Last but not least, kita terai jugak set Talapia Penyet yang harganya RM7 (set).. Selain talapia ini ada juga set itik penyet, keli penyet, puyuh penyet, kembung penyet tapi sebab anak buah kita suka ikan maka di'order' le ikan.. hehehehe
So, lulus kedai ni.. gambar kita makan takde.. tengah selebet baru lepas event lari masa tu š