FReNs iN KaKi JaLaN

Wednesday, September 5, 2018

Photo Sharing : SAMBUTAN HARI MERDEKA KE 61 DI PUTRAJAYA

Haluuuu
Assalamualaikummmmm....
Salam pagi Rabu... lagi 2 hari kerja lepas tu boleh cuti panjang pergi jalan... 
Boleh ke kongsi korang nak pergi mana tuuuuuuuu????


Entri hari ni nak kongsi sikit gambar-gambar semasa sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 di Dataran Putrajaya, Prescint 4.  Punyalah ramai manusia katanya dah mula berkumpul dari jam 5 pagi lagi!  Gigih!






















Hai awak.... lambat saya ke? hiksss  Saya kat bawah ni..

Ngedate dengan kawan masa muda rumaja dulu.... Akhirnya di hari merdeka kita berjumpa :D

Tuesday, September 4, 2018

RiNDu PuLak




Siapa boleh cam tempat ni??
Emmmm... kita mungkin sekampung hahahaha...

JOM BALIK KAMPUNG!

Monday, September 3, 2018

ANAK-ANAK MALAYSIA WALK 2018

Haluuuu....

Assalamualaikum...
Salam moh masuk kerja hahahahaa...
3 hari ya cuti, seronok beronok-ronok kome berjalan!
Ada sesiapa yang masuk aktiviti berjalan secara berjemaah?
ermmmm... meh nak kongsi sikit aktiviti berjalan secara berjemaah yang iols join masa cuti 3 hari ni... 

Anak-anak Malaysia Walk anjuran usahama di antara Eco World Development Group dan Star Media Group sudah masuk 4 tahun penganjuran.  Dan tahun ni, dah 3 kali berturut KJ joint event.. Buat seronok-seronok dengan famili, jalan-jalan untuk kesihatan dan opkos juga nak menang cabutan bertuah yang vasssss kebabommmm hadiahnya.. Tahun pertama KJ join tahun 2016 di tengah bandar Kuala Lumpur, tahun lepas di Shah Alam dan tahun ini di Eco Ardence, Setia Alam. 

Akviti bermula jam 6.30 pagi.  KJ sampai pukul 6 tepat tapi ya ampun kereta beratur nak masuk hazab pula kali ni..  Last-last pusing parking kat entrance lain, jalan kaki 1.7km!  Adik KJ, dia sefamili lambat sket KJ soh dia cari terus kat Setia Avenue..  KJ nyer partner malaih dia nak pusing-pusing cari tempat tu, takdan waze nak cari route, dia kata "OK kita parking sini je. Tengok orang lain jalan!"  Lepas tu KJ check jalan nak menapak bagai nak jeritttt Ala omakkk kawenkan aku! Jauhnya! hahahaha. 
"Balik nanti kita hitamlah! Pitam!  Jauh tetengah hari nak menapak nanti!"
"Ahh takde.. takde.. jalan. jalan.."
"Ok! Balik dukung cam citer Korea!"  lol! Motip nak drama sangatkan?!

Partner kata ha ikut sini sebab orang ramai masuk sini... jom jalan... Fine! Pagi oklahhhhhhh... Tapi sini bunyi apa pun tak, sah jauh... terus check distance..  Murung jap! hahahahah 

Bila dah dekat kawasan event, nampak cantik betul taman dia.

Ada jambatan sana, jambatan sini.

 Semagat haiiii....  Tema tahun ni #jomkehadapan"

For Unity, Humanity and Tolarance.. Penyertaan Anak-anak Malaysia Walk dibuka kepada semua peringkat umur dan ada pakej penyertaan keluarga taw!

Ada nampak mami happy? kikiki....  Bila mahu start daaaaaa???  Dah pukul 7.30 dahhhhh.... panaih sat lagi panaih!

Haaaaaaa.... kita bawak bendera sendiri taw!  Program Anak-anak Malaysia Walk ni tiap tahun mesti sambut sekali dengan Hari Merdeka.

Pelepasan...

Team Air Asia...  Antara cabutan bertuah hari ni, sepasang tiket ke Honolulu, Hawai dan sepasang lagi ke Tokyo, Jepun yaaaaaa..... bestnyaaaa terbangggg.

ok ni pusing kat tasik lain pula.  Sesak itik pulang petang?  Tapi pagi lagi ni weh???  Lepas tu barulah tergiang-giang 10k penyertaan, manalahhhh tak ramai.... big event, lokasi ja sempit.  Apapun, taman ni memang cantik ~ semoga semua pokok cepat besar plisssssss.....

Semut!  Tapi jom terus jalan!  Matahari dah mula memancar-mancarkan bahang...  Tapi matahari pagi, positif KJ! Vitamin D tu! Kau lawa nanti! Miahahaha...

Sempatlah posing

eh ada orang offer ambilkan gambar pula.  Masa ni dah berjalan berdua dengan Aisyah je..

dan lagi...

 Dan lagi..... siapa pandai belakang Aisyah tu apa? Hehehe

Dan lagi... Ada 5 papan tanda ikon Malaysia kat sini dan kita kena ambil kat semua ikon ni utk dapatkan hadiah istimewa iaitu klip untuk kita lekat pada wristband.

EEE sukanya berposing dak ni...  Layan je laaaaa

Sebab lepas tu daku jua nak join ngeh ngeh ngeh

She and the bendera Malaysia

 She and the wrist band dan klip hasil usaha berposing tadi!  Good job Aisyah!

Tadaaaaaaaa.... Kinda cute kan?!



Vespa S125 yang KJ nak sebenarnya..  Cam nak fefeeling santai dijalanan sambil pipi di sapa bayu... Ewahhhh...  Hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan adalah sebanyak RM150k ya... Hadiah utama sebuah kereta Proton Saga 1.3 Executive yang ditaja oleh DRB-Hicom...  Mungkin sebab kalau dapat kereta ni, KJ nak jual, tahu dah sah tak dapat! Ermmmmm

Ok jom menapak balik.  Itik kau taknak teman KJ menapak ke?

Ok ni gambar last sebelum terus menguatkan hati untuk menapak.  Matahari dah tinggi takleh nak selindung kat mana-mana kawasan redup pun... Syukurlah ada orang gigih berlari anak ke kereta melihatkan diri ku ini yang kalau boleh ingin sekali bergulek di bawah astaka ataupun bergulek terus ke dalam air tasik dan terus menyorok bawah jambatan! wahahahaha... ok bai!

Oh yaaaaa last but not lease, wahai penganjur... daku sangat suka akan eventmu... tapi kali ni why so lack?  Parking takde papan tanda, trafik tak smooth, checkpoint air, gelas tak cukup???, event start lambat ya tahun ni - Malaysia ni panas yaaaaaaaaaaaa....  

Next entri nak kongsi port cari makan kat Setia Alam.  Lahzat dan puas hati!