FReNs iN KaKi JaLaN

Thursday, December 28, 2017

CHiNeSE NeW YeaR PRoMoTioNS for CHiNA TReaSuReS To uSHeR iN THe YeaR oF DoG

Haluuuu....

Puas dah cuti?  Ada beberapa hari baki tahun 2017 je ni hahahaha... Sempat lagi nak pi jalan, tak sempat jauh pi laa cuti dekat-dekat pun jadilah!!!

Hari ni nak kongsi sedikit promosi Tahun Baru China 2018 (Tahun Anjing!) di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.  Haaaa siapa yang tak tahu, di Sime Darby Convention Centre (SDCC) Bukit Kiara ni ada satu chinese restaurant nama dia China Teasures yang HALAL (disahkan oleh JAKIM) dan SEDAP! Ok harus bold pulak ke? Hahahhaa tapi memang sedap ye sebab KJ sendiri dah 3 round makan kat sana hehehe...

Ok balik pada cerita asal.. Untuk sambutan Tahun Baru Cina 2018, SDCC ada buat promosi early bird untuk Special China Treasures Chinese New Year International Buffet.  Dari 1 November hingga 31 Disember 2017, SDCC dah buka early bird discount vouchers , iyalah "the early bird catches the worm" kan!  Siapa awal la untung menyambar!

Set-set menu yang ditawarkan dipercayai akan membawa kepada kebahagian, perhubungan, keselamatan, kejujuran, kesetiaan, kebijaksanaan, dihormati dan kebertanggungjawaban (yang mana semuanya dikaitkan dengan zodiak anjing).  Contoh menu sat lagi naaa dalam gambar. 

China Treasures dibuka setiap hari untuk makan tengah hari dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang (hari kerja) dan 10.00 pagi hingga 4.30 petang (hujung minggu dan cuti awam), manakala untuk makan malam dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.  Dalam satu-satu masa, China Treasure boleh memuatkan tetamu sehingga 200 orang dan terdapat 6 bilik khas jika inginkan makan malam yang lebih privasi. Untuk booking individu atau korporat di restoran, bilik khas atau grand ballroom boleh dibuat mengikut kumpulan (group booking).

Sama seperti China Treasures, SDCC juga ada menawarkan banquet room as ' build your own' pakej menu untuk CNY untuk private event.  Pakej yang confirmed pada November ditawarkan pada RM698nett / table of ten, RM798 pakej yang ditempah dalam bulan Disember 2017 dan RM1388nett untuk tempahan pakej yang dibuat dalam bulan Januari sehingga Febuary 2018.  Pakej event adalah di dalam bulan Januari 2018 sehingga Febuari 2018. 

Harga pakej adalah seperti di bawah :


Bagi yang berminat untuk Special China Treasures CNY Eve International Buffet, voucher early bird pun ado!

*valid untuk digunakan pada 15 Febuari 2018 dari jam 6.00 petang sehingga jam 10.00 malam.  BOOKING AWAL UNTUK ELAK HATI MEMBERONTAK TAK DAPAT TEMPAT! Hahaha


Untuk tempahan, hubungi talian / emel China Treasures 
03-20893788/ chinatreasures.sdcc@simedarby.com

Sebarang pertanyaan, hubungi talian / emel
03-20893688 / enquires.sdcc@simedarby.com

Boleh juga masuk dari link ini. 

Ok jom layan menu iconic specialities dari China Treasures!!

 Hall untuk makan besar.

 China Treasures Emperor Herbal Chicken!

  Steamed Live Grouper With Lemon Chili Garlic Sauce!



Lo Hon Chai

Braised Black Moss Roll & Beancurd Puff With Seasonal Hong Kong Vegetable in Claypot 

 Braised  Crab Meat Soup

 Tomato Seafood Chowder

 Double Boiled Black Chicken Soup With Dried Scallop, Matsutake & Cordyceps Flowers

Wok-fried Crystal Prawn With Chili Paste Traditional Style 

 Chilled Ginseng Root & Snow Bird Nest With Red Dates - SEDAP!

 Ada persembahan tarian singa yang comel!


The winning menu! SALMON FISH & CRYSTAL PEAR PROSPERITY "YEE SANG"

Ok dah ready dalam plate! Tak sabar!

Yeahhhh its eat!!  EVE REUNION BUFFET DINNER!


AYUH!


Saturday, November 18, 2017

LARIAN KEPUTERAAN SULTAN NAZRIN SHAH 2017

Assalamualaikum....

Halu!!! Jom kita pi ekseSAIZ! Miahahahaha
Jom lari weh!!!  

Hari ni kita kongsi gambar-gambar semasa Larian Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2017.  Larian ini memang acara tahunan di Kuala Kangsar ni dan boleh dicakap taraf wajibulghunnahlah untuk warga-warga Perak dan kaki jalan yang suka lari dan jjcm hihihi....

Last masuk dulu 14km tahun 2012 kot lepas tu pelan-pelan gantung kasut.  Tapi tahun lepas kawan-kawan hantar gambar bukan main best dan enjoynya diorang masuk event ni dengan berlari dalam bendanglah, makan-makan masa lari... jadinya.... dengan berbekalkan 'hasad dengki dan kejelesan melampau' maka tahun ni kita pun register laaa.... gilo lemau dah lama gantung kasut woit!

Ayuh! 10km sahaja sudeh!

 Ayuh bersedia!

 Bip pun dah pakai

 Siap sedia untuk pelepasan oleh Sultan Nazrin Shah, Sultan Negeri Perak Yang ke-35

Dannnn..... ponnnnnnnnnnnnn hahaha ok tak boleh gerak sebab semua orang pun akan berhenti untuk ambil gambar keluarga diRaja ni termasuklah KJ ni kan.

Tengok orang main ni.. Nobat?  OOo sebelum sampai kawasan ni, KJ bertembung dengan putera puteri Sultan Nazrin Shah iaitu Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safiya.. Beriya konon ambil video last-last masa dah habis race tengok takde pun.. Allahu tak tertekan kot butang rekod sebab eksaited benor ke masa lari2 dok tangan gatai2 pi delete ke? Sedih betoi rasanya, sob. sob.


 Tengok orang pegang singa dan naga... EEE nape tak wat show masa ni haaaa? Hahaha


 Ni pun sama! Narilah!

 Tengok orang main gendang!

Lalu lorong kampung (alaaa kecewa tahun ni 10km tak masuk lari dalam kawasan sawah.. Yang lari 15km masuk sawah lawa kemain gambar diorang! Menchik ai taw!)

Lalu kawasan pembuatan tembikar dan labu sayong (teman nak kabo yang Kuala Kangsar merupakan tempat pembuatan tembikar dan labu sayong yang terkenal ye :) )

Lalu kubur...

 Minum ayor (air) kelapa!

Sama-sama dengan penduduk sekitar...  ha ni belum kira yang kita lalu depan rumah deme masa masuk kampung.

 Tengok orang senam tari.. Haaa nak join pun boleh!

 Tengok lembu

Tepi Sungai Perak.  Lepas laluan ni sebelum naik jambatan kena pancutan air dari bomba pula, tapi gambar cekci tak dapat nak upload, hiks..


Dah habis lari pun dapat makan percuma!  Rezeki hari ni dapat makan roti arab, LAPO YAKMATS!

Peserta terakhir sampai, sporting habis diorang kasi support pada pakcik ni dan N PAKCIK! U ROCK! YOP BOLEH! ewahhhh

Ni le ghuper (rupa) pingat untuk tahun ni :)

Tuesday, October 31, 2017

FORMULA 1 MALAYSIA GRAND PRIX FINALE 2017 (F1)

Assalamualaikum..

Halu... Salam sihat ke semua...
Hari ni dah 5 hari demam tapi gagah juga bangun sebab nak kena panas.  Badan sejuk menggeletar tak tahu lah pasal apa wehhhhh.  Kau mampu pakai sweater di tetengah hari perit siap stokin bagai?? Haaa KJ lerr tuuu.... 

Ok hari ni nak kongsi pengalaman pertama dan terakhir kot menonton Formula 1 Malaysia Grand Prix di litar Sepang (Sepang International Circuit).  Selama 19 tahun penganjuran Formula 1 di litar Sepang, memang inilah satu-satunya peluang nak pergi tengok.  Gigih!!!

To cut the story very short, KJ kongsi gambar je lah ye...  Susah jugak nak ambil gambar sebab berdesup keretanya.. Nasib baik laaa ko pusing banyak round hahahahaa...

Keputusan F1 Malaysia Grand Prix 2017
1.  Max Verstappen (no 33) - Red Bull Racing Tag Heuer 
2.  Lewis Hamilton (no 44) - Mercedes 
3.  Daniel Ricciardo (no 3) - Red Bull Racing Tag Heuer


 Bersemangat haaa nak pergi ni..

Terima kasih Petronas!


Berlapis-lapis baju! But who cares?!!! Hahahaha


Fiuhhhhhhh nasib baik sempat sampai sebelum mula!  Dari Putrajaya pun berjam nak sampai!

Pasukan Ferrari












I'm in!

Habuan! Sebelum pergi... Balik sambung minum 100plus balik!