Haluuuu...
Assalamualaikum...
Salam Satu Malaysia...
Salam Jom Pi Jalan...
Korang dah sampai Kedah? Ada cita-cita yang jalan pi sana? Haaaa ni memang terbaiklah kalau nak survey nak pi mana kat Kedah tu, nak pi cari apa, nak pi makan apa bagi sesape yang suka jalan-jalan cari makan ni... Jom pi Kedah sebab Macam Ada 'Something' kat Kedah tu wehhhhhh......
Jom pi tengok apa ada Kedah Travel fair 2016 yang bakal berlangsung di Pusat Pelancongan
(MATIC) Kuala Lumpur pada 23 hingga 25 September 2016.
Program
yang dianjurkan oleh FORWARD KEDAH dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah,
Kedah Tourism, Matic, MITA dan Santai Travel ini merupakan satu langkah
proaktif dalam mempromosikan Kedah sebagai satu destinasi pelancongan domestic
dan antarabangsa. Ianya bakal menjadi satu platform untuk pengusaha pengusaha
industry Pelancongan untuk menjual produk produk dan perkhidmatan pelancongan
decara pukal atau pada harga yang sangat kompetitif.
Program
yang berlangsung selama tiga hari ini akan turut dimeriahkan dengan beberapa
acara sampingan termasuk business matching (B2B), forum tamadun Kedah tua,
pelancaran buku ‘kedah travel guide’, Job fair, Persembahan Kebudayaan,
pertandingan photografi dan Makanan unik
Kedah.
Menurut
Ketua Eksekutif Tourism Kedah, Dato Zulkifli Mohammad yang turut mewakili YB
Dato Hj Mohd Rawi bin Abd Hamid, EXCO Pelancongan Kedah, penganjuran Kedah
Travel Fair 2016 adalah sangat penting untuk mendapat perhatian dan sambutan
dari Pelancongan pelancong tempatan terutama di ketika Kedah sedang menyambut
Tahun Melawat kedah pada tahun ini hingga 2017.
Pengerusi
Forward Kedah En Khairil Hanafi pula yakin program ini
bakal dikunjungi oleh lebih 30,000 orang dan mampu menjana jualan lebih dari
RM2 juta.
Untuk
maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari www.kedahtravelfair.com