FReNs iN KaKi JaLaN

Monday, September 7, 2015

LaBu KuBoNG : BADANG MALAYSIA 2015 (PaRT 1)

Haluuuuu....
Salam Satu Malaysia
Salam Merdeka
Salam Perak Aman Jaya
Salam Sehati Sebendang
Salam Jom Jumpa Badang...
Eh eh dah macam rhyme pula ya BenDANG, BaDANG! Hahahaha

Hari Khamis yang lalu, tiba-tiba dapat info pasal satu event ni. Lokasi Kampung Labu Kubong. Errr errrr, mau pergikah? Tapi phewww dah lama tak cuti cari pasal, dan cari Badang dalam kampung?? WOw!! Ada sepuluh markah di situ!!  Maka agenda-agenda lain, dengan lajunya ku tolak ke tepi... Yihhhhh....


Kome tahu ke ada tempat nama Labu Kubong kat Kuala Kangsar? Cer tanya cik Gugel Map..  Lawa haa tempatnya.  Masuk kampung ada sawah keliling pula ada bukit-bukit, masuk pagi-pagi memang lawa yakmats, tapi masuk memalam haaa siap! Hahahahaha DUSH!


Pagi-pagi dah sampai tempat event.  Masuk kampung, tengok keliling hijau memang sejuk je mata ni memandang.  Tengok kat hujung sana, nampak pula beberapa buah khemah tengah sawah.  Amboi!! Port baik tuuu :)


Pusing sikit lagi, wow! Abang-abang Sado ber'morning run'... Hebat-hebat!  Kegigihan apakah ini??  Moh kita pusing lagi tengok apa yang ada kat sini.


Ada event rupanya... Sana sini orang sibuk.  Ni pun tengah get ready. 


Nampak dah? Nampak dah event apa?



Tadaaaaa...... Dare to be the strongest katanya... Siapa yang kuat sangat tu? Hiks
Oklah, takyah nak pusing-pusing sangat ayat..  

Hujung minggu yang lalu telah berlangsung Badang Malaysia 2015.  Ada sesiapa yang tak kenal Badang? Lelaki yang menjadi gagah dalam ceritera Melayu selepas makan muntah jin yang curi ikan tangkapannya.

Sedikit info pasal Badang Malaysia ini :-
  1. Badang Malaysia kali pertama diadakan pada tahun 2014
  2. Badang Malaysia 2015 diadakan pada 28-30 Ogos 2015
  3. Berlangsung di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau, Kuala Kangsar
  4. Menguji tahap kekuatan, ketahanan dan kelasakkan peserta (maklumlah Badang kan gagah! )
  5. Dua kategori Badang dipertandingkan iaitu kategori A : atas 75kg, kategori B : bawah 75kg
  6. Acara lain yang dipertandingkan termasuklah Iron Lady dan Tarik Tali

Boleh rujuk page rasmi event di sini --> klik


Huuuu ini ke Badang???.. 



Calon-calon Badan Malaysia haaaa.  Abang-abang Sado yang sedang bersedia sebelum acara saringan dimulakan.



Sebahagian dari peserta-peserta yang bakal bertanding..  Gambar dulu buat kenang-kenangan..  Tahun ini dikatakan seramai 38 orang peserta cuba merebut title Badang Malaysia 2015 dan saingan tahun ni turut diberikan oleh peserta dari Brunei... Pheeweet!!! Go Badang Go!


Pencarian Badang Malaysia 2015, telah diadakan selama tiga hari iaitu 28-30 Ogos 2015. Pada hari pertama, para peserta mendaftar, pemeriksaan dan taklimat.  Hari kedua, barulah acara saingan Badang dibuat dan pada hari terakhir, peserta-peserta akhir bertanding untuk mendapatkan gelaran Badang 2015.  

Moh-moh, kita layan gambar acara saringan ;)


Acara saringan yang pertama merupakan acara larian sejauh 2km masuk kampung.  Misi untuk sampai ke Check Point 1 dan Check Point 2 sebelum kembali ke kawasan acara di sawah.


Check Point 1 tersorok sikit atas bukit.  Tugasan makan bubur jerr sebenarnya sebagai simbolik cerita rakyat Badang tu.  Aku pun terai jugak semangkuk, teringin benor nak jadi gagah... Hahaha sumpah sedap!  Nasib baik tahu malu, segan nak mintak tambah #EkRppppP ;p


Dah selesai makan bubur, peserta kemudian berlari lagi dalam kampung sebelum kena lari pula dalam sungai.  Best kan kampung Labu Kubong ni.. Ada sawah, ada bukit, ada sungai... woot woot.... ada home stay kampung (selingan jap!)... 


Sampai di Check Point 2 dah jadi matrix, Mission Impossible semua boleh... Panjat tangga ala-ala helikopter tu.. Berayun-ayun.. Nasib baik kalau jatuh tu, jatuh sungai je, leh la berendam mandi. Kikiki...


Dah penat berlari masuk kampung, panjat bukit sikit, lari dalam sungai, panjat tali, peserta lari balik ke sawah dan perlu selesaikan tugasan di Check Point 3 iaitu kena angkat balak sejauh 50 meter dan kemudian angkat pula tayar traktor 50 meter.  Sengsara nengok deme mengangkatnya weiiiii...







Dua acara terakhir yang perlu diselesaikan oleh peserta ialah membalikkan batang kelapa sebanyak 4 kali dan tayar traktor sebanyak 3 kali... Ok ai is pitam! HAhahaha hebat deme-deme ni...


Bolehke kome bayangkan berapa berat tayar traktor tu??? Uiii idak ler teman... 80kg nak balikkan selepas buat semua task?? Sado + Badang = SADANG dah tu kompom!


Sementara di depan khemah, berlangsung juga acara tarik tali Piala Pusingan ADUN Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz..  Ehhh hahahaha achhommmmmmmm...



Ok. Ok. Kembali ke gambar asal... Ater nyerr tak buleh ke teman ni nak berseni sikit???


Keme yang melaporkan dari lokasi.. Cewahh dah ala-ala reporter pulak.  Moh balik dulu moh sesiap.  Malam ni ada Majlis Perasmian pulak.  Keme dah niat nak semeja makan together-together dengan abang-abang Sado..  Muahahahaa... Iyer sangatla tu ;p


Selesai majlis perasmian, teman pun sibuk-sibukkan lah diri minta posing dengan peserta-peserta Badang Malaysia ni...  Sekali tengok, keme pun dah rasa cam sado sama cam deme.  Adakah kerana bubur di kaki bukit siang tadi????? Makkkkkkkkkkk tolong anak makkkkkk ni makkkkkkkk.... Hahahahaa......

Haishhhhhh mimpilah malam ni... 

Tunggu next entri untuk acara akhir dan  gambar-gambar event ;D

Boleh juga tengok cerita Badang ni dalam Selamat Pagi Malaysia... cer kome klik sini --> Badang Malaysia 2015 SPM

Monday, August 3, 2015

Keputusan #TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015!!! (Part 1)

Haluuuuuu....
Assalamualaikum...
Selamat hari raya..... kuih raya ada lagi ke dak? ke tinggal serdak je dah ni??? Hehehe

Debor tak baca tajuk? HaHaHa!!! Sebelum tu nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Fitri dulu sebab #Rayakansebulan! Hiks



Ok keputusan ni kita buat dua entries la ye sebab satu entry untuk umum keputusan dan satu lagi untuk umumkan hadiah! Eksaited nak tau siapa menang???? 

Ok drum rolls!!!!!

Diumumkan pemenang TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015:-

  1. http://thesnowwybear.blogspot.com.au/2015/07/travelholicawesome-photo-challenge.html(Isabella Is)
  2. http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html?m=1 (Noona Sani)
  3. http://wanderlustdj.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015.html?m=0(Wonderlust DJ)
  4. http://pisangsetandan.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-hafiz.html(Hafiz Yusof)


HADIAH KHAS JURI:
TAHNIAH SEMUA!!!! Ok untuk mengetahui apakah hadiah yang menanti pemenang, kita tunggu entry selepas ni! Hiks


*** TO ALL WINNERS, PLEASE DROP AN EMAIL TO biqque@gmail.com WITH SUBJECT "Saya Pemenang #TA PHOTO CHALLENGE No: (Letak kedudukan anda)" UNTUK URUSAN HADIAH.

Post tag #TravelholicAwesome
Kaki BeranganKaki JalanCoco NutzGlobetrotter LilyChawanNaKeluarga BahagiaJourney of LifeMy Story Is On LifetimesTraveller AnatomyJanggelTrekker's Life

Monday, June 29, 2015

#TRAVELHOLICAWESOME PHoTo CHaLLeNGe BaLiK RaYa 2015

Assalamualaikum......
HaLuUUUuUUuuuuu....

Puasa ke idok arini??? Hiksssss
Pejam celik pejam celik sedar-sedar dah masuk 12 Ramadhan ya...  Cepat sungguh masa berlalu.
Puasa kali ni mencabar sungguh rasanya sebab tak sihat dan cuaca pulak sekarang ni panas dan kering....  Time-time ni rasa nak migrate ke tempat-tempat sejuk, tapi nak puasa berbelas jam macam deme laks rasa cam tak sanggup... Hadeh!

Lai Laiiiii Tukar Mood.....  Ada citer berita best nak habaq mai nihhhh...

Laii Laiiiiiii......

Hadiah khas dari #travelholicawesome kepada sesiapa sahaja yang berani mencabar diri sendiri untuk menyediakan gambar-gambar yang kami kehendaki.....  Haaaaaaa

Lai Laiiii



YEAHHHH! PHOTO CHALLENGE DATANG LAGIIIII! ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY? LET'S DO THIS!


3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
  1. Setiap gambar MESTI ada Blogger.
  2. Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".
  3. Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Tak kisah baju melayu/baju kurung/kebaya/jubah/apa2 yg motif raya la)
Note : 

Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah je la kihkih!



10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
  1. Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, patu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya. (Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)
  2. Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah. (Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)
  3. Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. (Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendri tau hehe.)
  4. Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak.  (Lagi kreatif, lagi bagus.)
  5. Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih. (Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)
  6. Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api. (Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)
  7. Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.)
  8. Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. (Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)
  9. Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. (Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)
  10. Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. (Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


PERINGATAN!


  • Ingat! 10 challenges diatas, mesti kena ada 3 syarat utama tu dalam setiap gambar. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D
  • Tarikh tutup ialah Ahad (26 July 2015). Blogger kena publish post kat blog pada Isnin (27 July 2015). Jangan lewat tau!
  • Post kat blog mesti bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – Nama korang”. Patu letak 10 challenges berserta gambar bukti, ikut sususan. (Copy paste je kat atas tu.)
  • Dah post, sila tinggalkan link post korang tu kat ruangan comment bawah ni. Senang kitorang nak view nanti. Kat sini je tau! Jangan comment tempat lain plak hehe.
  • Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (3 Aug 2015). Again, jangan lewat yeeee :)
  • Segala keputusan akan dijuri oleh ahli #TravelholivAwesome dan segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!

THE BEST PART IS, OF COURSE LA HADIAH-HADIAH NYER!

FIRST PRIZE :
TIKET FLIGHT

SECOND PRIZE :
VOUCHER HOTEL

THIRD PRIZE :
VOUCHER TAMAN TEMA

Notes:
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.

APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA! SEMUA ORANG BOLEH MASUK, JANJI POST KAT BLOG JE. APA? TAKDE BLOG? CEPAT BUAT SATU HANYA UNTUK PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA NI! INGAT! PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE. NAMPAK JE SUSAH TAPI ACTUALLY SENANG GILE KALAUUUUU KORANG TAU BERFIKIR SECARA KREATIF. KALO TAK TAU, JANGAN RISAU! KORANG IMPROVISEEEEEE :D OK?



POST TAG #TRAVELHOLICAWESOME BLOGS:  

P/S: Nak tengok macamana peserta tahun-tahun lepas buat dengan jayanya? Klik link kat bawah ni.
·         Contoh perserta 2012
·         Contoh perserta 2011
·         Contoh perserta 2010
P/S: Nak tengok hadiah menarik tahun-tahun lepas? Klik link kat bawah ni.
·         Hadiah tahun 2012
·         Hadiah tahun 2011
·         Hadiah tahun 2010
~Organized and sponsored by #TravelholicAwesome.~

~Originated by Sekupang Team.~

Monday, June 15, 2015

KuaNG KaMPuNG ReTReaT : HS11 SMaLL GaTHeRiNG

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera...
Salam Hari Isnin  (yeayyy sekolah dah buka! lega kawasan opis dah tak sunyi :D)
Salam puas ke kome cuti???
Tak puas kalu, meh nak bagi lagi satu salam....
Salam JoM Pi JaLaN :D

Pi mana?  Hang nak ajak pi mana?
Apa Hang, Hang?
Ai is nak ajak cuti kat Kuala Lumpur je okay.
Opsss.. Okay! U nak ajak g mana? Ai is eksaited ni...
Muahahahahaha

Ada yang nak pi cuti ramai-ramai, kumpul-kumpul ngan keluarga, kengkawan lama tapi tak nak pergi jauh-jauh?  Meh sini nak kongsi satu tempat kat Kuang (siapa yang tak tahu Kuang kat mana, Tasik Biru taw?  Gugel erk! ;p )

Hari tu, aku bergathering dengan kawan-kawan masa belajar.  Gigih cari tempat mana yang sesuai dan senang untuk semua orang.  Yang dari Lembah Klang boleh datang, yang dari luar leh tidur terus takyah dah nak menggagau-gagau cari tempat tinggal nak tidur kan....  So cari punya cari, jumpalah satu tempat ni Kuang Kampung Retreat.  Lokasi of course la kat Kuang aka pinggir bandar Kuala Lumpur.  Kuang Kampung Retreat ni di bawah Avillion Private Collection.  Maksudnya bila dah sebut collection tu ada la pilihan-pilihan mantap yang lain dan bolehlah sesuaikan dengan bajet dan bilangan orang yang nak datang tu.. Haaa gitewwww....

Meh tengok gambar sambil layan-layan cerita.

Perjalanan untuk masuk Kuang Retreat ni, agak jauh naik masuk ke lorong kampung dan terletak di atas bukit.  Kalau pakai waze, tak tengok kiri memang boleh terlajak sampai ke track mountain bike.. Kalau korang dah sampai kat point tu, memang sah korang di jalan yang benar, cuma dah terlajak sahaja. Depan dari Kuang Retreat ni ada satu menara tinjau.

Masa aku sampai hari tu, family Aloy, family Iza, family Jambu, Beng, Prof dah sampai.  Amboiii sakan korang erkkk gelak-gelak sampai ke luar dengarnya...


Ni kat hall, bestnya kalau rumah aku macam ni haaaa.  Mesti rajin aku update blog.. Cewah

Yang ni pulak pandangan di sebalik ruang tamu utama.. Nampak tak tuala-tuala bersidai tu?  Haaa tu meja makan dan tuala-tuala anak Iza..  Candeliar kayu okay!

Ubah angle pulak... Tadaaaaaa nampak dak warna biru tu apa?  Swimming pool!! YahOOOOoOoOOOO sambil mata keluar love-love.. Omaiiii bila nak terjun nih????

Ni antara kekanak yang sepuluh kali turun naik masuk keluar kolam sampai yang menjaga dalam air pun gigil terpaksa tukar-tukar shift..  Mangsanya Aloy dengan Jambu laaa.. 

Ni dari side lain laluan nak pergi bilik.  Untuk Kuang Retreat ni ada 3 bilik tidur dan 3 bilik air.  Peringatan mesra, kolam mandi yang korang tengok ni tak termasuk dalam senarai bilik air / mandi ;p

Rasanya ini bilik tidur utama kot.  Cam bilik pengantin je tetiber.. Malam ni, aku ngan Beng dapat bilik ni... Weeeeeeeeee i loike katil tiang dan dinding semua leh buka jadi tingkap.  SEMUA!!!

Bilik kedua... Dalam ni ada bilik air.. Sejuk je warna bilik ni.

Ini laluan dari bilik tidur utama ke bilik tidur kedua.  Kalau tengok dinding ni, sebelah kanan ada dua bilik air dan balik dinding kiri tu kolam renang.

Haaaaaaaa tak puas mandi dalam kolam, sambung mandi dalam bilik mandi..  Sejuk dan open concept.  Lapangnya!!! Maksud open tu, ada tingkap kalau mandi kome nak buka tingkap seluas-luasnya suka hati korang... errrrrrrr.  Maksud open tu ada satu pokok dalam bilik ni dan tak dibumbung sepenuhnya...

Ni laaa nampak tak batang pokok sebelah kiri aku dan tingkap seluas-luas alam kat sebelah kanan..  Tingkap tu kalau mandi tutuplah ye.... Seriau laksss kalau kena skodeng...

Added happiness value kat tempat ni, selain ada open air kolam renang (mandi pagi memang sejuk yakmat bak mandi air sungai lakss rasanya!), ada juga sebuah jakuzi dalam bilik mandi..  Curlasttt...

Aktiviti malam, kami buat bar-b-q.  Tempat pembakar ni boleh disewa.  Pestaim pakai ala-ala moden ni boleh adjust suhu, so waktu nak membakar pun cepat je...  Untuk barang makanan, kami sediakan sendiri.

Ayam, kambing, ikan, sosej bakar dalam panggangan.

Satu-satunya masalah kat sini (selain menahan kanak-kanak yang asyik nak mandi kolam), tv tak function sebab takde antena.  Nak tengok kalu, channel semut ada.  Nasib baik ada pulak geng yang pakai henpon canggih leh pancar wayang kartun untuk kanak-kanak semua ni sementara kami semua layan borak kat dapur sambil makan tak hengat dunia.  Hiksss

Jadi, dicadangkan boleh la bawak dvd player ke, ohp ke apa ke untuk back-up plan kanak-kanak.

Bangun pagi kat sini, memang segar sebab sejuk.. Dah memang duduk atas bukit dan keliling kebun getah.  Best wooo tidur sini, nyenyak!!  Malam tadi hanya famili Aloy, aku, Beng dan prof sahaja yang tidur ini.  Sarapan ada disediakan untuk 7 orang.  Macam heaven je makan main tambah-tambah..  Ada nasi lemak dan kuih-kuih kampung, roti dan pelbagai sapuan, telur, buah, air jus, air panas semua ada.  Untuk pagi ni, kami pakat nak makan kat luar pula.

Sebelum makan, pagi tu kami jalan-jalan kat belakang.. Tu diaaaaa..  Ada orang bandar tak pernah tengok ayam?  Sini ada.  Ada yang tak pernah tengok kambing, kandang kambing?  Sini ada.  Ada yang tak pernah tengok kuda, kandang kuda?  Haaaa kandang kuda ada, kuda dah takde.. Apapun budak-budak memang suka.

Reban ayam dan kandang kambing...  Meriahhh woooo bangun pagi ayam dah berkokok, kambing dok mengembek.

Kan dah cakap dinding tu semuanya tingkap!

Alahaiiii lupa dah nama buah ni.

Ni pula pokok malberry...  Ada banyak, nak makan petik je laaa... Aku memang pestaim makan, sedap.

Penat Prof layan budak-budak besaw cam kami

Sebab yang besau pun cam rakan sebaya je ngan yang kecik.. Ekekekeke

Seronok yakmats dapat jumpa famili Jambu..  Muka memang tak berubah, pastu muka anak-anak pun muka fotostat! Hahahahahaa... Sempoilah.  Ni wifey tengah layan baby kat dalam, pun sporting gak.

Yeayyy berjaya jugak...  Ni pose untuk yang datang masa hari pertama.. Hari kedua, ada lagi yang datang menyinggah.  Memang best dan salam muah-muahh untuk semua.  Ai is loike :)

Untuk maklumat lanjut Kuang Kampung Retreat ni boleh tengok kat link ni...
klik sini.  Untuk best price boleh cekidaut Agoda dan semua yang seangkatan dengannya.. Enjoyyyyyyy tempat ni memang rekomended la :)  Jomssss