Haluuuu..... Salam hari Selasa, Salam dah dekat nak puasa... dan Salam Jom pi jalan (ahahahaha sempat lagi ke???)
Kagum jap dengan diri sendiri sebab hari ni, aku dok ngadap blog lagi..
Yeayyyy... Keep it up masMZ!!!!
Baru-baru ini negara kita dan negara jiran di selatan tanah air telah dilanda masalah jerebu. Bermula dari selatan, bacaan indeks pencemar udara (IPU) menunjukkan peningkatan ke arah utara pula.. Dan seingat aku ada 1 atau 2 hari bacaan tinggi sampai ke bahagian timur semenanjung. Bayangkan partikel-partikel halus tu boleh terbang sejauh berapa ratus kilometer dan melepasi pula banjaran titiwangsa... Peringatan pada diri kita, perkara-perkara yang berlaku kat alam kita ni, kuasa tuhan. Bencana, musibah ataupun kejadian bulan jatuh ke riba tu, tak siapa boleh jangka. Macam jerebu ini la jugak, dari langit biru dek panas tetiap hari tiba-tiba boleh jadi kusam suram, kelabu je langit tu. Nak kata mendung nak hujan tak pulak. Kabus? Kabus apanya kalau dah tetengah hari di tanah khatulistiwa ni. Orang kat Terengganu yang dok kata, "Kami rilek je, jauh tak sampai jerebu". Nahhhh kena juga korang kan?! Tak siapa pun boleh jangka boleh sampai ke sana.. Cuma keadaan di bahagian pantai timur tidaklah seteruk negeri-negeri di pantai Barat.
Selepas Johor, IPU yang tinggi dicatatkan di Negeri Sembilan, Melaka kemudian ke Klang dan akhirnya menjengah ke negeri Perak di kawasan Manjung dan terakhir sekali di Ipoh. Paling tinggi IPU di catatkan melebihi 700, jauh lebih tinggi dari 500 yang membawa kepada pengumuman darurat di Johor.
Di negeri Perak bacaan yang paling tinggi di catatkan ialah 333 melalui cerapan di Manjung telah menyebabkan sekolah-sekolah di Manjung dan kawasan Teluk Intan ditutup. Kebetulan, aku berada di kawasan Teluk Intan pada hari tersebut dan hari memang nampak gelap. Tekak memang dah tak selesa sejak beberapa hari yang lepas.... Minum air banyak pun rasa macam tak cukup-cukup.... Huhuuuuuuuuu.....
Hari tersebut, aku pun berhenti di kawasan tepi Sungai Perak dan dengan gigih untuk panjat menara Jam Condong Teluk Intan yang femes tu untuk ambil gambar.... Memang sebijik macam kat negara sejuk. Macam China, boleh????
Gambar-gambar ini diambil pakai kamera telefon dan aku foward pada beberapa orang kawan... Tanya deme apa aku balik kat mana? "Teluk Intan", jawab aku... "TIPUUUUUUUUUUUUUU". "Haipppp! Tepi Sungai Perak la nih!"
Lawa dak????? Lawa kan?? #terpaksa puji gambar sendiri
Lawa tapi merbahaya untuk kesihatan.... "Beauty But Hazardous"
melepasi pokok kat depan tu ada sungai sebenarnya... |
kengkonon subuh alam la nih??? Gambar pada jam 3.30 petang... |
Penutupan sekolah secara automatik apabila bacaan IPU mencecah 300 diperkenalkan pada tahun 2013. Tak sempat pula nak ambil gambar budak-budak ke sekolah pakai topeng muka tu. |