Haluuuu... Salam Satu Malaysia. Salam Perak Aman Jaya dan Salam Jom Pi Jalan!!
Ke mana?
Gopenghegen The Ghost Town (matilaaaa aku kena marah ngan orang Gopeng! Hahahaha... memang kalau sebut dengan kengkawan Ipoh tu #negaraEeypoh, kalau Gopeng tu nak ke Gopenghegen. Kira-kira bajet cam oberC la kengkonon kannn)..
Jom jalan pergi Gopeng, Perak. Jauh dari pekan Ipoh (Bandaraya larrr, haisss ikut suka larrr.... piap! piap!) lebih kurang 20 kilometer. Naik bas dari stesyen bas Ipoh sampai ke stesyen bas Gopeng ni kalau tak salah RM1.20 kot. Lepas tu boleh jalan kaki je pergi tempat ni.. Errrr... ada ke yang datang naik bas???? Tapi tip yang aku bagi ni betul tau. Kalau datang dari highway PLUS, pekan lama ni betul-betul di antara persimpangan keluar Simpang Pulai dan Gopeng, jadi bolehla pilih memana exit yang korang nak. Tapi senang lagi tanya cik Carmen Garmin. Dah masuk pekan Gopeng, carilah satu-satunya roundabout dalam pekan ni. Mana??? Haaaaaaa.... Cer cari :D
Heritage House atau juga dikenali dengan Muzium Gopeng telah dibuka semenjak April 2009 dan dimilliki oleh orang tempatan di sini. Untuk masuk ke sini, tiada bayaran yang dikenakan cuma terdapat beberapa cenderahati dan juga tabung derma untuk pengunjung memberikan sumbangan jika mahu. Sumbangan ini bagi membolehkan muzium ini terus dibuka dan diperkembangkan.
Antara yang dikongsikan di muzium ini adalah sejarah Gopeng iaitu bermula dari awal tahun 1850-an, sumber hasil utama iaitu getah dan bijih timah, barang-barang antik dan di suatu bahagian dan perspektif yang lain, muzium yang berkonsepkan rumah ini turut membawa kita ke 'suatu ketika dahulu'. Kalau nak tahu, bangunan muzium ini juga sebenarnya telah dibina lebih dari 100 tahun yang lalu.
Heritage House a.k.a Muzium Gopeng
No 6, Jalan Sungai Itek,
Gopeng (look for Gopeng roundabout)
Website : www.muziumgopeng.org
Pesanan khidmat masyarakat :
muzium ni dibuka dari jam 9 pagi sehingga 3 petang sahaja. Pastikan masa perjalanan di'adjust' bebetul okaysssss.....
Moh kita terojah (masuk) dalam Heritage House.
Antara lampu-lampu antik iaitu lampu-lampu minyak tanah... Ada satu tu yang ada gambar makwe cina, mana ntah mak letak erk?? |
Sebahagian dari jam-jam dinding dan radio zaman dulu. |
Yang ini guna untuk buat kuih bulan??? |
Ok, satu.. dua.... tap!! Siap! Peralatan penggambaran antara yang dipamerkan bersama 800 barang antik yang lain.
|
Dah pindah masuk Heritage House utama, jumpa ini. Yer, saya pernah kena dodoi dalam buaian yang sama macam ini. |
Ingat entri yang sebelum ini, ada suruh teka gambar tu gambar apa kan? Haaaa inilah dia rupanya buaian (errrr) raga dodoi budak. Ini pertama kali tengok! |
Salah satu tangga dalam rumah. |
Umah sapa nih??? Chombi mana? Hahahaha... Dah serupa nak lari rumah dah nih... |
Kalau rumah siapa yang ada katil besi dulu-dulu kat rumah mesti dah biasa tengok tiang kat tepi tu. |
Percaya atau tidak, ini ruang rehat yang letaknya di atas loteng. |
Ruang makan. Yang tangga naik atas tu ialah tangga untuk naik ke loteng. |
Bilik tidur utama. |
Tempat aku rehat bersenang-senang... eh??? Hahahahahaha.... |
Orrait... sekian untuk siaran kali ni... Teman nak menyukat jalan ni.... Keroje...